Wednesday, September 7, 2016

Set Berus Make Up Hello Kitty Dari Lazada

Bila dah semakin menginjak ke alam dewasa ni, keinginan aku sebagai seorang perempuan untuk belajar make up semakin membuak-buak. Haaa, membuak-buak kau. Yelah, sebelum ni mana aku kisah sangat pasal mekap-mekap ni. Apa yang aku tahu tepek bedak kat muka je. Lepas tu pakai la pelembap bibir sikit supaya bibir tu tak nampak kering sangat. Tapi sejak dah ada koleksi barang mekap ni, teringin jugak la nak belajar mekap tu. Aku ni bukannya reti sangat bab mekap ni. Hahaha.  Terbaru aku 'terbeli' set berus make up Hello Kitty di Lazada. Beli tu sebab berkenan sangat. Tambahan lagi harga di Lazada ni memang murah. Nak tengok set berus make up Hello Kitty aku? Tengok kat bawah yer. Hihihi..


Haaaa, nampak set berus mekap Hello Kitty ni. Cantik tak? Mesti lah cantik kan. Tambah lagi koleksi Hello Kitty dan pastinya warna pink. Hahaha. Aku dah lama berkenan nak beli set berus mekap ni tapi belum berkesempatan untuk membelinya. Maklum lah, ongkosnya tiada. Baru-baru ni ada la sedikit rezeki tu, aku pun beli lah set berus mekap ni. Murah je aku beli ni. Tak sampai pun RM30. Hihihi.

Harga set berus mekap Hello Kitty ni hanyalah RM19.60 sahaja. Free shipping tau uolss. Hehe. Murah kan. Kalau korang nak tahu, di Lazada tu banyak gila set berus mekap yang korang boleh pilih. Memang rambang mata laa oiii korang nak memilihnya.Aku pun ambil masa nak memilihnya sampai lah aku terjumpa set berus mekap Hello Kitty ni. Tanpa berfikir panjang terus aku order. Hahaha. 

Set berus mekap Hello Kitty ni ada 7 semuanya. Antara berus yang terdapat ialah Lip, Face, Shader, Eyeshadow, Foundation, Angled eyeliner dan eye shades stick. Aku pun tak tahu macam mana nak guna semua tu. Yang aku tahu guna untuk eyeshadow, blusher dan lipstik je. Yang lain memang aku tak tahu la. Hahaha. Nampaknya memang aku kena godek tutorial kat You Tube laa kalau nak belajar mekap ni. Entah ke paham ke tidak aku pun tak tahu lah. Tapi memang kena cuba la sebab barang dah ada. Tunggu nak praktikkan je. Hehe. 

Kalau aku dah mula mekap nanti korang jangan terkejut pulak la yer. Maklumlah baru nak belajar kan. Takut nampak tak cantik pulak. Hihi. Haaa, korang kalau nak beli berus mekap boleh tengok di laman web Lazada. Sebelum nak beli tu, baca dulu review dari orang yang pernah membeli barang tersebut. Supaya nanti korang boleh buat pilihan yang tepat. Hehe. Ok lah korang. Babai..


.

7 komen

waa dah ada set mekap hello kitty lg tu.. selamat bermekap la yer pas ni.. :D

Great post. i just follow your blog.
Greetings from Greece.
www.beautyisallaround6.blogspot.gr

Cantik plak set yang ni...comel jerk..

Murahnyaaaa. Ni nak beli ni. Ena hantu Hello Kitty.. Huarrrggghhh

wah sakan lah mekap lepas ni ada brush yang comel tu. bekas dia pun comel. berbaloi

Nanti nak beli utk Dhia..Dhia suka Hello Kitty

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon