Sunday, September 18, 2016

Tak Nak Makan Daging Dah

Hai korang. Mesti dah ada pulang bandar kan untuk mula masuk kerja esok. Kalau kat Kelantan hari ni dah mula kerja dan sekolah. Macam mana cuti raya dan cuti hari Malaysia korang? Best tak? Ataupun korang dah pening makan daging banyak sangat ni. Jaga-jaga hokeyyy. Jangan sampai darah naik pulak yer. Risiko besar tu. Tak pasal-pasal kena darah tinggi.. Kang naya tu.. Aku pun dah naik muak makan daging tiap hari. Sampaikan hari ni aku rasa cam tak nak dah makan daging. Jadi hari ni aku tukar selera. Nak tahu? Tengok kat bawah yer...




Taraaa. Hari ni aku makan nasi dengan telur mata letak kicap. Hahaha.. Sedap oii. Takde la rasa muak asyik dok makan daging je hari-hari. Tekak aku pun macam dah tak nak makan daging. Jadi, memandangkan di rumah aku takde lauk lain aku pun goreng telur je laaa. Aku hanya tolong masakkan sahaja lauk daging tu tapi aku tak makan pun. Hehehe. Korang pun sama macam aku jugak ehh? Kalau sama boleh geng lah kita yer. Hehe.

Korang jangan terliur pulak tengok telur mata yang aku goreng tu. Dah selamat masuk perut aku haaa petang tadi. Hahahaha.. Apa boleh buat sebab lapar kan. Tak nak makan daging, kita goreng telur je laaa. Hihihi.. Ok lah korang.. babai..



4 comments:

  1. sedap..akk akan patahkan cili api kalau makan dgan telor goreng mata ni :)

    ReplyDelete
  2. Daging merah(lembu, kerbau, kambing, unta) mmg x elok untuk kesihatan. Kena kurangkan. Ganti sahaja dgn daging putih (ikan dan ayam)

    ReplyDelete
  3. http://madey09.blogspot.my/ klik ya

    ReplyDelete

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)