Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan perkara dilarang oleh Allah serta meninggalkan suruhanNya. Manusia wajib bertaubat kepada Allah untuk memohon keampunan di atas segala dosa yang telah dilakukan. Kadang-kadang kita tidak menyedari akan dosa yang kita lakukan tetapi Allah itu Maha Mengetahui akan setiap tingkah-laku hambaNya. Oleh itu, kita disarankan agar sentiasa berzikir dan berdoa agar Allah mengampunkan segala dosa kita. Di sini, aku kongsikan 7 kalimah penghapus dosa. Dengan mengamalkan 7 kalimah ini semoga dosa-dosa yang kita lakukan dapat dihapuskan.
7 KALIMAH PENGHAPUS DOSA
Barang siapa hafal tujuh kalimah, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebesar lautan:
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
″Semoga Allah melapangkan rezeki dan kebahagiaan yang melimpah buat sahabat yang mengucapkan ″
Sama-samalah kita memohon keampunan di atas segala dosa yang pernah kita lakukan selama ni. Semoga Allah membuka pintu keampunan buat kita semua.
4 komen
bagus perkongsian zatie..
ReplyDeletetq atas perkongsian
ReplyDeleteTerima kasih kerana mengingatkan....
ReplyDeletenice sharing. thankyou :')
ReplyDeleteHai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)