7 Punca Hilang Keberkatan Dan Rezeki

10:00:00 PM
Assalamualaikum. Rezeki seseorang itu tertakluk kepada setiap usaha dan kesungguhan seseorang hamba dalam doa-doanya, solat 5 waktu yang tidak pernah tinggal, solat-solat sunat hajat atau tahajjud setiap malam sering di'top-up’ untuk menyatakan pada Dia betapa hamba ini memerlukan pertolongan dan kuasa dariNya untuk menjadikan impian seseorang hamba ini menjadi kenyataan. Mungkin ada yang terlupa bahawa rezeki seseorang itu sudah ditentukan oleh Allah sejak azali. Pernahkah kita terfikir kenapa rezeki sering lari dan kenapa hidup kita tidak mendapat keberkatan dariNya? Mari kita selidik antara 7 Punca Hilang Keberkatan Dan Rezeki.

7 Punca Hilang Keberkatan Dan Rezeki
Gambar dari FB Imuslimshop.com

7 Punca Hilang Keberkatan Dan Rezeki


1) Sering Bergaduh
Selama ini adakah kita sering bergaduh dengan pasangan berkaitan soal duit? Salah satu punca hilangnya keberkatan hidup adalah sering bergaduh dengan pasangan. Sebaiknya cuba elakkan dari bergaduh perkara yang remeh-temeh. Elakkan bergaduh kerana duit tidak cukup. Semua itu rezeki dari Allah. Dia yang menentukannya.

2) Menganggap Anak Sebagai Beban
Anak itu adalah anugerah dari Allah. Jangan lah kita menganggap itu adalah beban untuk kita. Setiap anak yang dilahirkan, sudah terselit rezeki yang Allah tetapkan. 

3) Banyak Mengeluh
Mengeluh. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita banyak mengeluh. Tahukah anda Allah paling tidak menyukai pada manusia yang suka mengeluh? Mengeluh ini tanda orang yang berputus asa. Jadi, jangan cepat mengeluh. Sentiasalah bergantung pada Allah.

4) Terlalu Berkira Dan Kedekut
Allah paling tidak menyukai manusia yang mempunyai sifat kedekut. Rezeki itu tidak akan beroleh keberkatan jika kita mempunyai sifat kedekut. Rezeki yang diperolehi seharusnya dikongsi bersama keluarga kerana setiap rezeki yang kita perolehi seharusnya dikongsi bersama keluarga. 

5) Gagal Mengawal Emosi
Sebagai manusia yang hidup dimuka bumi ini, kita takkan terlepas dari mengalami masalah.. Setiap masalah yang di hadapi perlulah kita tangani dengan baik agar ia tidak mengganggu emosi. 

6) Kurang Sabar
Kita seharusnya bersabar dalam mencari rezeki. Bukannya sentiasa merungut dengan setiap rezeki yang Allah berikan. Allah boleh menarik bila-bila masa sahaja rezeki yang ada jika kita kurang bersabar dalam menanti rezeki yang lebih banyak. 

7) Kurang Berdoa
Sentiasa lah berdoa pada Allah agar dimurahkan lagi rezeki untuk keluarga dan dapat menikmati hidup dalam kebahagiaan dan ketenangan. 

Apakah maksud rezeki yang berkat? "Sedikitnya cukup, banyaknya boleh diagih-agihkan. Manakala rezeki yang tidak berkat, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas. Rezeki yang tidak berkat umpama meminum air laut, semakin diminum semakin haus."


Sebagai hambaNya, kita seharusnya bersyukur dengan setiap rezeki yang diperolehi. Jangan mudah berputus asa kerana setiap rezeki untuk kita sudah Allah tetapkan. Semoga perkongsian kali ni dapat meberi manfaat buat semua. Wassalam.

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

8 komen

Write komen
Putery Memory
AUTHOR
October 31, 2016 at 1:19 AM delete

Mudah mudahan kita dimurahkan rezeki :)

Reply
avatar
Unni Anje
AUTHOR
October 31, 2016 at 9:56 AM delete

syukur selalu... Moga di tambah kn rezeki

Reply
avatar
Azlinda Azman
AUTHOR
November 1, 2016 at 10:05 AM delete

allahuakbar...minta di permudahkan rezeki kita semua..aamiin

Reply
avatar
November 4, 2016 at 7:54 PM delete

no.7 tu biasa tak buat bila tak boleh solat.sobsobsob

Reply
avatar
Akif Imtiyaz
AUTHOR
November 4, 2016 at 11:18 PM delete

Semoga kita semua mendapat keberkatan rezeki..

Reply
avatar
Jari Manis
AUTHOR
November 13, 2016 at 9:05 PM delete

nice sharing..betul kalau berkat..sedikit un cukup

Reply
avatar
November 16, 2016 at 12:26 AM delete

nice sharing.
moga-moga kita murah rezeki. amin

Reply
avatar
Noor Maizan
AUTHOR
November 19, 2016 at 2:45 AM delete

Ada perkara nampak mcm remeh, tapi memberi kesan pada keberkatan rezeki, masyaAllah. thanks atas ingatan...

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon