Kegemukan atau obesiti sememangnya tidak asing di negara kita. Boleh dikatakan negara kita mempunyai ramai individu yang mengalami obesiti. Bila badan sudah obesiti, berbagai penyakit bahaya boleh datang seperti serangan jantung, darah tinggi serta kencing manis. Ketiga-tiga penyakit ini boleh menyerang diri seseorang sekiranya ia tidak mengawal pemakanan yang di ambil seharian. Justeru itu, satu program Mudah Kurus telah di anjurkan untuk memberi rawatan dan mengurangkan kadar obesiti pada diri seseorang yang mengalaminya. HGC adalah program mudah kurus yang di anjurkan oleh Dr Malinda untuk merawat penyakit obesiti ini. Apa itu HGC? Nanti aku terangkan pada korang. Sebelum tu, jom kita kenali obesiti. Adakah anda tergolong dalam golongan obesiti?
HCG | Program Mudah Kurus Untuk Mengurangkan Kadar Obesiti
OBESITI
OBESITI adalah sejenis ‘penyakit’. Obesiti adalah masalah dunia moden. Ia hampir tidak
wujud 50 tahun dahulu. Antara penyebab yang menyebabkan fenomena ‘Obesogenic’
adalah – Pemakanan yang tinggi karbohidrat terproses, makanan tinggi gula,
nutrisi yang rendah dan kurang aktiviti fizikal.
Metabolisme
kacau. Hormon tak seimbang. All haywire. Pengurangkan kalori sahaja pun
kadang-kadang tidak dapat membantu menurunkan berat badan yang terus meningkat
naik. Peperangan Alaf Baru!
ANDA BERISIKO TINGGI JIKA :
BMI > 23
Ukuran Lilitan Pinggang Melebihi
> 102 cm (40 inch) – Lelaki
> 80 cm (35 inch) - Wanita
Obesiti adalah peratusan lemak
badan yang berlebihan dalam badan seseorang individu.
Anda dikatakan obese apabila :
Wanita : Peratusan lemak badan
>32%
Lelaki : Peratusan lemak badan
>25%
BAHAYA OBESITI
Obesiti berkait rapat dengan
pelbagai jenis penyakit :
-
Diabetes (Kencing manis)
-
Hipertensi (Darah Tinggi)
-
Kolestrol Tinggi
-
Penyakit jantung koronari
-
Stroke (Angin Ahmar)
-
Batu hempedu
-
Kanser Payudara
-
Kanser Prostat
-
Kanser kolon (usus besar)
-
Masalah pernafasan (respiratori)
-
Masalah muskuloskeletal
-
Vena varikos
-
Masalah kulit
-
Osteoarthritis
-
Penyakit Alzheimer’s
-
Gout
-
Sleep Apnea
-
Infertility (Ketidaksuburan)
-
Masalah psikologi (kurang keyakinan diri)
- Depresi
Bila dah kena penyakit bahaya macam ni, lagi lah kita tak senang duduk kan? Oleh itu, anda perlu bermula dari sekarang untuk mengawal obesiti pada badan anda. Macam mana? Program mudah kurus boleh membantu anda melalui HGC. Aku akan terangkan pada korang tentang HGC.
APA ITU
hCG?
hCG adalah Human
Chorionic Gonadothrophin, sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan
manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika
wanita hamil, ia memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu
hypothalamus memberi ransangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan
digunakan sebagai sumber tenaga.
hCG juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada
di dalam keadaan ‘kebuluran’ dimana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam
badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori
sehari sebagai tenaga.
Ia bukanlah ‘sex hormon’. Ia mempunyai tindakan
yang sama pada lelaki dan wanita. Ia bertindak sebagai ‘Kunci’ untuk menggerakkan
lemak yang tersimpan dalam badan.
BAGAIMANA hCG BERFUNGSI UNTUK RAWATAN OBESITI?
Rawatan hCG untuk Obesiti ini telah dimulakan
oleh Dr. Simeons, seorang doktor perubatan British. HCG memainkan peranan
penting dalam mengurangkan lemak badan
melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus.
Hipothalamus berfungsi untuk keseimbangan badan
(homeostasis). Ia bolah mengawal semua kelenjar endokrin dalam badan dan ia
juga akan membantu untuk mengawal tekanan darah, suhu badan, keseimbangan
cecair badan, selera makan dan berat badan.
Obesiti berlaku apabila berlaku hypothalamus gagal
berfungsi dengan baik dan menyebabkan
gangguan metabolism, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan yang tidak terkawal,
pembakaran lemak yang tidak effektif dan pengumpulan lemak yang berlebihan di
bahagian perut, peha, punggung dan lengan.
Kerosakan hypothalamus biasanya berlaku
disebabkan oleh stress, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk
pemakanan yg mengandungi banyak lemak trans, gula dan bahan pengawet. hCG akan memberi signal kepada hypothalamus
untuk mengerakkan lemak-lemak degil yang tersimpan lama di dalam badan – lemak
yang berkumpul di perut, punggung, peha dan lengan. Lemak jenis ini sangat
susah untuk dibuang kerana badan akan menyimpannya sebagai ‘survival
stratergy’. Apabila kita berdiet biasa, apa yang pertama akan hilang dari badan
adalah air, otot dan ‘subcutanoeus fats’ iaitu lemak yg memberi bentuk muka dan
payudara. Kerana itu kebanyakkan diet boleh menyebabkan kulit menjadi kendur.
APAKAH PRINSIP YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?
hCG akan kombinasikan bersama-sama dengan diet
rendah kalori dan prinsip pemakanan diet sihat. Ini akan memberikan ‘trick’
kepada hypothalamus dan membantu ‘membuka kunci’ lemak di mana seolah-olah ia
berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan ‘lemak jenis 3’ atau lemak
abnormal digerakkan. Pergerakan lemak
ini akan membekalkan 1,500 – 4,000 kcal sebagai tenaga melalui pembakaran lemak
abnormal.
DIET RENDAH KALORI & PRINSIP DIET SIHAT? MACAMANA TU?
Jangan Risau.
Semua manual dan menu pemakanan akan disediakan
untuk anda!
Kebaikan program ini adalah ia seperti ‘DETOX’
program. Dan diet yang anda perlu ambil adalah – Diet yang sihat, Tanpa Gula,
Karbohidrat yang sihat, Tanpa Makanan segera atau terproses, Rendah Lemak dan
Tiada minuman berkarbonat. Ini sangat penting untuk memastikan kejayaan anda
dalam program – Ia adalah proses ‘membersihkan sel-sel badan’ bukan sekadar
diet untuk kurus sahaja.
Melalui proses cleasing dengan pengurangan kalori (calories
restriction) dilakukan – Anda akan rasa lebih sihat dan tiada lagi masalah
‘food craving’ atau ‘food addiction’ ! Anda tidak lagi terpenjara dalam nafsu
dan tabiat buruk pemakanan sendiri. Dan ini akan menyebabkan anda lebih mudah
untuk membuat pembaharuan seterusnya dalam cara hidup untuk jangkamasa panjang
selepas ini.
ADAKAH BERAT BOLEH MENDADAK NAIK SETELAH BERHENTI PROGRAM INI?
BONUS dari program ini adalah ia membantu
keseimbangan metabolism badan. Jika anda mematuhi program ini, anda akan
meningkatkan metabolism badan ke satu ‘setting’ yang baru dan keadaan ini akan
mengelakkan berlakunya Kesan ‘YoYo’ – kenaikkan mendadak setelah berhenti
rawatan program.
BERAPAKAH
DOS hCG YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?
Wanita yang mengandung menghasilkan 500,000IU –
1,000,000 IU semasa hamil. Dalam rawatan kesuburan pula, pakar O&G
menggunakan 5,000 – 10,000 IU dalam rawatan kehamilan. Tetapi, dalam program
ini hanya 125-200IU hCG digunakan didalam rawatan.
Semua hCG ( dalam bentuk injection dan
homeopathy) dihasilkan di makmal
daripada sel sterile. hCG bukan di ekstrak daripada wanita hamil – fakta yang
sering di salah ertikan (common misconception).
ADAKAH SAYA AKAN LAPAR SEPANJANG PROGRAM INI?
Walaupun anda mengambil kalori yang rendah
dalam program ini, anda akan kurang
merasa lapar kerana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai
sumber tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.
Anda akan merasa lebih bertenaga kerana program
ini akan membekalkan supplement sebagai nutrisi tambahan anda.
BERAPA BERAT YANG SAYA BOLEH TURUN?
Potensi berat yang boleh turun adalah 0.5kg
sehari. Bergantung pada individu, tetapi potensi biasanya antara 6-8kg dengan
penurunan 1-2 saiz baju, hanya dalam masa 23 hari!
Rawatan ini boleh disambung terus untuk cycle
ke dua (46 hari) dengan potensi utk penurunan sehingga 15-20 kg.
TAK
BAHAYA KE TURUN BERAT MENDADAK?
Kajian terbaru menunjukkan pengurangan yang
lebih cepat akan memberi motivasi lebih kepada client. Penurunan dalam program
hCG ini adalah antara 0.3-0.5kg sehari dan apabila disertakan dengan nutrisi
yang cukup dan pemantauan doktor. Ia adalah penurunan yang selamat dan tidak
akan mengganggu metabolisme atau sistem badan.
APAKAH KEBAIKAN PROGRAM INI BERBANDING PROGRAM DIET YANG LAIN?
Perbezaan rawatan hCG adalah ia bukan sahaja
membantu membuang lemak-lemak lama tetapi ia akan membantu untuk badan menjadi
lebih pejal dan padat (tidak menggeleber setelah kurus). Ia hanya akan
menggerakkan lemak abnormal tanpa menggangu tulang dan otot. Selain penurunan berat badan, kesan yang lebih ketara adalah ‘Inch Loss’.
Saiz baju biasanya akan berkurangan antara satu atau dua saiz yang lebih kecil.
APAKAH KEBAIKAN LAIN PROGRAM INI?
Selain dari penurunan lemak badan, anda juga
akan dapat memperbaiki tahap kesihatan keseluruhan. Tahap gula dan tekanan
darah lebih stabil, penurunan tahap kolestrol, tiada lagi masalah sakit sendi
dan lutut, tidur lebih baik, tenaga meningkat, complexion dan tone kulit yang
lebih cantik dan tiada lagi ‘food craving’ terhadap karbohidrat dan gula atau
nafsu makan yang hodoh. hCG akan membantu untuk seimbangkan sistem endokrin,
menghasilkan endorphin yang akan membantu untuk emosi yang lebih baik, fokus
dan bertenaga.
Apabila lemak ditukarkan kepada tenaga – ini
akan mengurangkan radang didalam badan. Obesiti dan penyakit kronik sangat
berkait rapat dengan tahap radang yang tinggi dan pengurangan lemak badan akan
memperbaiki tahap radang dan banyak masalah metabolisma lain. Tidak hairan jika
ramai yang dapat menurunkan tekanan darah, kolestrol, gula dalam darah, sakit
sendi, jerawat, tiada lagi masalah sakit kepala, allergic, dan banyak masalah
sistem imun yang lain.
Rawatan hCG adalah transformasi baru dalam
dunia pelangsingan!
ADAKAH RAWATAN hCG INI SELAMAT?
Rawatan ini selamat. Wanita boleh mempunyai
tahap hCG yang jauh lebih tinggi tanpa ada sebarang kesan sampingan negatif. hCG
juga biasanya digunakan sebagai rawatan kesuburan oleh pakar O&G. Dengan
mengambil program hCG untuk menurunkan berat badan, anda sebenarnya juga
meningkatkan tahap kesuburan anda dimana ramai client mengalami masalah
kesuburan dan telah mengambil program
ini juga berjaya hamil.
Pada tahun 2004,
Kajian klinikal (double blind studies) oleh Dr. Belluscio yang melibatkan 6,540
patient telah membuktikan bahawa hCG effektif dan selamat dalam rawatan obesiti.
KESAN SAMPINGAN RAWATAN hCG?
Rawatan hCG yang dipantau oleh doktor adalah
selamat. hCG tidak mempunyai kesan sampingan yang serius (jika tidak wanita
yang mempunyai 1,000,000 IU hCG dalam badan ketika hamil juga akan mengalami
masalah yang serius)!
Akan tetapi antara kemungkinan kesan adalah
seperti sembelit, lapar, letih, pening, cramps atau hypoglycaemia yang berkait
rapat dengan pengambilan kalori yang rendah. Walaubagaimanapun, pengambilan air
yang banyak dan supplement akan membantu.
Kajian Dr. Simeon terhadap 10,000 pesakitnya
membuktikan bahawa diet program dengan rawatan hCG mempunyai kesan yang lebih
baik dari segi pengurangan lemak badan dan pengekalan berat badan dalam
jangkamasa panjang berbanding client yang hanya mengambil diet sahaja.
BOLEHKAH SAYA BERJAYA SEPERTI YANG LAIN?
Kejayaan program ini sangat bergantung kepada
disiplin, keyakinan, konsistensi & kekuatan impian anda untuk mendapatkan
kesihatan yang lebih baik! SET MINDA ANDA– 23 atau 46 Hari ini adalah waktu
membersihkan diri (cleansing program), pembuangan lemak & detoksifikasi. Sediakan satu baju yang lebih kecil dari saiz
anda sekarang.
Matlamat bukan sekadar untuk kurus sahaja tetapi
Lebih Sihat untuk jangkamasa panjang.
Kuatkan semangat untuk melawan nafsu &
keinginan – Ini adalah proses untuk ‘RESET’ Hipothalamus.
Testimoni
Masih meraguinya? Di sini aku sertakan beberapa testimoni yang sudah pun berjaya menurunkan berat badannya setelah mengikuti program yang di anjurkan oleh Dr Malinda.
Untuk info lagi berkenaan testimoni , boleh tengok di SINI.
Bagi anda yang yang berminat dengan program ini dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi dan lawati talian berikut:
Website: http://www.drmalinda.com/
Facebook : Dr. Malinda Health & Beauty Academy
No. Tel: +6017 508 4430 (Dr. Malinda)
5 komen
Write komenProgram yang menarik
ReplyMakanan sekarang punya kepada semua permasalahan diatas ditambah Cara pemakanan kita
bestnya program ni?? memang nmpak sgt pbezaan...
Replywahh bagusnya! testimoni semua nampak perubahan dia ! :D
ReplyProgram yg cukup bagus..
Replyfuh!!! boleh kempiskan perut ni
ReplyHai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon