Ikhlaskah Kita Dalam Memberi?

6:00:00 AM
Ikhlas seringkali disalah ertikan apabila seseorang memberi sesuatu pada nilai kecil. Tak kisah laa sama ada ia berbentuk duit ataupun sebarang objek yang boleh dijadikan sebagai hadiah. Sebagai contoh, tiap kali dijemput untuk hadir ke majlis perkahwinan, majlis hari lahir, majlis sambut anak yang baru lahir mesti kita akan terfikirkan nak beli hadiah apa kan? Lepas tu mesti dok godek-godek tengok barang yang bersesuaian untuk beri pada si penerima. Bila dah jumpa yang berkenan, harga pulak menjadi halangan buat kita. Barang yang kita pilih tu dah cantik, besar dan sesuai sangat untuk diberi pada kawan kita tu. Akhirnya terpaksa lah membuat pilihan yang lain. Betul tak? Persoalannya, ikhlaskah kita dalam memberi sesuatu? Sejauh manakah ikhlas itu dapat dinilai?



Ikhlaskah Kita Dalam Memberi?

Sebenarnya sebesar mana atau semahal mana pun hadiah yang ingin diberikan, semua itu bukanlah satu kepentingan. Apa yang penting ikhlaskah hati itu dalam memberi sesuatu? Manusia sekarang lebih pada ingin menunjuk-nunjuk. Yelah, orang tu bagi hadiah besar takkan kita nak bagi hadiah yang kecil pulak. Mesti lah kena bagi hadiah yang lebih besar dari dia. Bukankah begitu? Orang tu menderma dengan jumlah wang yang besar. Takkan lah nak bagi sikit dari dia. Kena lah bagi banyak jugak. Lepas tu canang habis biar orang lain tahu kita ni menderma dengan sejumlah nilai yang banyak. 

Sama juga bila kita ingin  memberikan hadiah pada kawan untuk sempena hari lahir atau perkahwinan. Jika kita bukanlah dari golongan yang 'ada ada', tak perlu lah membazir ataupun sampai berhutang untuk membeli hadiah yang mahal. Cukuplah dengan sekadar kemampuan kita sahaja. Orang kata ukur baju di badan sendiri. Buat lah sesuatu mengikut kemampuan kita sahaja. Tak usah terlalu mengikutkan rentak orang lain.

Allah lebih suka jika kita merahsiakan nilai pemberian yang kita berikan dari pengetahuan orang lain. Sedangkan sewaktu memberi derma, kita digalakkan menghulurkannya dengan tangan kanan dan menyorok tangan kiri kita di belakang. Jika aku salah betulkan tau. Aku terlupa kat mana aku pernah dengar pasal ni. Tapi kalau tak salah pernah dengar dalam radio THR Gegar. Hehehe..

Kesimpulannya, berilah sesuatu dengan hati yang ikhlas dan ingin mendapat redha Allah bukannya ingin meraih redha manusia. Buatlah sesuatu dengan penuh keikhlasan agar diri kita sentiasa mendapat rahmat dariNya. 





Artikel Terkait

Previous
Next Post »

4 komen

Write komen
Inani Hazwani
AUTHOR
October 17, 2016 at 12:50 PM delete

Kecil atau besar sesuatu pemberian tu tak penting asalkan ikhlas. Tq zatie kongsikan pasal ni :)

Reply
avatar
October 18, 2016 at 7:15 AM delete

Nice story, i like it

Regards
Budy | Travelling Addict
www.travellingaddict.com

Reply
avatar
Amanda Suria
AUTHOR
October 21, 2016 at 10:13 PM delete

Walau kecik..walau besar...kena ikhlaskan hati memberi

Reply
avatar
November 24, 2016 at 7:43 PM delete

kalau kita bg barang yang kita syg sgt kat org lain...boleh consider ikhlas jugak kan :')

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon