Kad Nama Percuma Dari Pixajoy

by - 8:23:00 PM

Fuhh, baru sempat nak buat entri pasal kad nama aku. Haaa korang, aku dah ada kad nama tau. Bisnes kad aku sendiri. 6 tahun jadi blogger baru nak buat bisnes kad. Hahaha. Dulu-dulu takde pendedahan sangat pasal bisnes kad ni tapi sekarang bila ramai blogger otai bagitahu seorang blogger perlukan bisnes kad, jadi aku rasa aku pun perlu buat bisnes kad aku sendiri. Bisnes kad yang aku buat ni simple je korang tapi comel la jugak. Upss, perasan pulak. Hahaha. Mesti lah comel kan sebab aku design sendiri kot. Hehehe. Yang penting aku print bisnes kad ni percuma je tau. Nak tahu buat kat mana? Aku buat di Pixajoy. Pixajoy menawarkan servis mencetak bisnes kad dengan percuma. 

Kad Nama Percuma Dari Pixajoy



Dah tengok kan bisnes kad aku. Lawa tak? Lawa kan. Hahaha. Maaf la terperasan pulak. Jangan marah yer. Hehehe. Korang nak buat jugak ke? Ok ok ok. Meh aku ajarkan macam mana nak buat bisnes kad di Pixajoy ni. 

Kad Nama Percuma Dari Pixajoy

Cara Membuat Kad Nama di Pixajoy

1) Mula-mula sekali bukak laman web Pixajoy

2) Korang boleh daftar akaun di Pixajoy macam biasa la. Klik sign up, masukkan apa-apa butiran yang diperlukan

3) Selepas itu, klik PRODUCTS dan pilih Name Card

4) Akan keluar pilihan untuk korang pilih. Ada dua tau. Free Personalised dan Standard Personalised. Pilih yang Free ok. Kalau korang pilih yang Standard kena bayar la caj printing tu. 

5) Korang boleh mana design yang korang suka. Nak yang readymade pun boleh. Customade pun boleh. Nanti korang hanya edit letak nama dan detail korang je. Sangat mudah.


Bila dah selesai semua proses tersebut, boleh la check out. Korang hanya caj postage je tau. Caj postage RM8 sahaja. Cetak bisnes kad ni free sahaja. Jimat kan. Lupa pulak nak cakap, bisnes kad ni ada satu page je. Page belakang kosong. Hehehe. Biasa lah, bila barang free kan.

Jadi, korang yang belum ada lagi bisnes kad ni boleh la buat di Pixajoy ni. Memang puas hati. Kualiti dia memang tip top. Penghantaran pun cepat. Nantikan entri aku yang lain tentang Pixajoy ni yer. Babai..

Kad Nama Percuma Dari Pixajoy



You May Also Like

17 komen

  1. simple tapi cantik..nak buat tak buat2..hahaa

    ReplyDelete
  2. free tu y suka dgr.. baru tahu blogger kena ada kad nama.. ty info..skg hgk nk buat..

    ReplyDelete
  3. Huhuu kita pun dah buat.
    Jom sertai http://akukaudansesuatu.blogspot.my/2016/11/giveaway-tag-win.html?m=1

    ReplyDelete
  4. Cantikknyee.. Thanks for sharing! :D

    ReplyDelete
  5. zatie dan pink berpisah tiada. hahaha.. akk da buat dah..nantikan kemunculannya kihkih

    ReplyDelete
  6. yeke percuma? nk try jugak.. mmg cantik dan cute..

    ReplyDelete
  7. cantiknya kad nama kak jati!! jeles tengok haha.

    ReplyDelete
  8. Cantik..kak lya punya lum buat jugak lagi..bila ntah ntah nk buat

    ReplyDelete
  9. Cantiknya kad kak zati, jeles pula, hahahaha. Mai pun dh buat tapi simple je, tepek muka sendiri pulak tu,hahahaha.

    ReplyDelete
  10. simple tapi nice :D
    nak buat jugak lah nanti *bookmark this entry*
    hehehe. thanks for sharing^^

    ReplyDelete
  11. just nice. warna lembut dan kemas

    ReplyDelete

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)