Thursday, October 27, 2016

Kelebihan Ketawa Dari Perspektif Kesihatan


Ketawa adalah penawar semulajadi bagi kesihatan kita. Ianya dapat mengatasi tekanan, sakit dan konflik. Ketawa dapat meringankan beban, memberi harapan serta menyokong kesihatan mental dan fizikal. Ketawa akan menjadikan kita lebih gembira dan bersemangat dalam menghadapi apa jua dugaan yang datang. Banyak kelebihan ketawa ni sebenarnya. Jangan korang fikir ketawa ni tiada kelebihan. Jadi, kali ni aku nak kongsikan beberapa kelebihan ketawa dari perspektif kesihatan. 


Kelebihan Ketawa Dari Perspektif Kesihatan

Kelebihan ketawa Dari Perspektif Kesihatan


Mengurangkan Stres
Menurut Dr. Dhilip Kumar seorang pakar perubatan semulajadi, apabila seseorang ketawa kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun. Hormon-hormon inilah yang memberi tekanan terhadap sistem ketahanan tubuh yang boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kesihatan yang tidak baik. Kajian menunjukkan bahawa ketawa membantu mengurangkan stres dan meningkatkan daya ketahanan tubuh secara semulajadi.

Memperbaiki aliran dan tekanan darah
Telah terbukti bahawa ketawa dapat menurunkan atau mengimbangkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah vaskular. Ianya dapat membantu untuk melancarkan kembali  peredaran darah dan meningkatkan oksigen di dalam darah. Selain dari itu ketawa merupakan terapi terbaik memerangi penyakit jantung

Penyembuhan semulajadi
Ketawa akan menyebabkan pengeluaran banyak hormon endorfin yang berfungsi meninggatkan kelegaan dan kesejahteraan diri. Apabila anda ketawa ianya akan melegakan ketegangan fizikal dan tekanan otot santai sehingga 45 minit. Dengan banyak ketawa dapat mengurangkan stres dan akan meningkat daya mencegah penyakit. Malah ianya sangat bermanafaat untuk rawatan penyakit kanser dan HIV.

Memperbaiki pernafasan dan sebagai urutan
Menurut Dr. Dhilip Kumar lagi, individu yang selalu rasa tertekan, bimbang dan marah kebiasaannya mengalami pernafasan laju dan pendek. Ini akan memudaratkan tahap kesihatan mereka. Ketawa dapat membaiki cara pernafasan dan menyediakan urutan sitematik pada otot abdomen, limpa, hati, buah pinggang serta usus. Ianya juga meningkatkan sistem pernafasan, peredaran darah dan saraf.

Merupakan satu senaman
Kajian menunjukkan 100 kali ketawa adalah bersamaan dengan tenaga 10 minit mendayung atau 15 minit mengayuh basikal. Kerana itu selepas ketawa anda akan sering terasa penat sebab ketawa mengunakan tenaga yang banyak.

Untuk tujuan penyembuhan ketawa dengan mudah dan kerap adalah sumber terbaik bagi bagi menyelesaikan banyak masaalah bekait dengan kesihatan. Ianya pengubatan semulajadi yang dianugerahkan tuhan kepada manusia secara percuma.

Namun seperti ubat-ubat yang lain ianya perlu diambil dengan betul dan tidak melebihi had. Jika ketawa secara melampau dan tidak dilakukan secara sepatutnya ianya tidak lagi menjadi ubat sebaliknya menjadi mudarat.
- Dikongsikan oleh Tuan Abd Rahman Bin Mat Yasin


Dah tahu kan yang ketawa juga ada kelebihan. Jangan takut untuk ketawa. Jangan tahan untuk ketawa. Kita berhak untuk gembira dalam hidup ni. Tetapi jangan terlebih ketawa pulak tau. Nanti dikatanya kita ni gila pulak. Hihihi.. Ok lah. Babai.



13 komen

hehehehehehe... jom ketawa bersama

wahh banyakknya kelebihan ketawa. selama ni ingatkan orang yang suka ketawa ni orang yang senang hati je. hehehe

kalau x ketawa sehari memang x sah.. hahahaha.. mujur bnyak kebaikkan..

kalau ketawa terbahak-bahak nanti orang cakap kita lak gila..
huhuhu...

Biasa org yng banyak ketawa nie mempunyai masalah yang terlalu banyak..

Posting terbaru AM
4 Tips Menjaga Kesihatan Paling Simple


Ikhlas dari
AlongMisuari.com

Eh banyak manfaat jugak ketawa ni rupanya. Baru ku tahuu :D

Setuju. So ketawalah... Tapi jangan sampai orang kata kita gila pulak sebab terlebih ketawa. hihi

Hello ! This is not spam! But just an invitation to join us on "Directory Blogspot" to make your blog in 200 Countries
Register in comments: blog name; blog address; and country
All entries will receive awards for your blog
cordially
Chris
http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/

Hello ! This is not spam! But just an invitation to join us on "Directory Blogspot" to make your blog in 200 Countries
Register in comments: blog name; blog address; and country
All entries will receive awards for your blog
cordially
Chris
http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/

Semoga info ini berguna untuk semua

memang suka ketawa XD
tapi kekadang kena cop giler. sobs :(
hahahaha. sabar je lah

org ckp ketawa ni buat kita awet muda :P

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon