Limited Edition La Fleur Shawl Dari NUR Luxury

9:00:00 AM
Shawl dan perempuan tidak dapat dipisahkan. Macam aku la. Aku sekarang ni sangat gemar mengumpul koleksi shawl. Boleh dikatakan sekarang ni hampir penuh laci almari aku dengan pelbagai koleksi shawl. Tu pun rasa macam nak beli lagi. Hahaha. Kalau boleh aku nak ada semua warna. Senang nak match dengan baju nanti. Tak payah pening kepala nak beli tudung baru. Hahaha. Yang terbaru, aku berjaya grab sehelai shawl ekslusif dari NUR Luxury. Cantik wehhh shawl ni. Limited edition hokehh. Nasib baik aku sempat sambar je. Koleksi limited edition dari NUR Luxury ini ialah La Fleur Shawl. Memang cantik sangat La Fleur Shawl ni. Kalau korang tengok pun mesti berkenan lah.



La Fleur Shawl Dari NUR Luxury

Rekaan Corak Yang Ekslusif

Cantikkan La Fleur Shawl dari NUR Luxury ni. Dilengkapi dengan hiasan manik dan bunga-bunga pada permukaan penghujung shawl ni. Sebenarnya ini adalah kali pertama aku pakai shawl yang ada manik dan bunga camni. Sebelum ni semua shawl aku kosong je. Aku nak pakai pun ikut suka aku je yang mana perlu dibuat hujung. Hehehe. Tetapi bila pakai La Fleur Shawl ni, memang aku dah set laa yang mana untuk muka dan yang mana untuk penghujung shawl. Nanti tak nampak la manik-manik dan bunga yang cantik pada shawl ni. 




Jenis Kain Yang Berkualiti Tinggi

Jenis kain La Fleur Shawl ini adalah High Quality Heavy Chiffon. Bila high quality tu maknanya bila kita pakai memang selesa laa. Aku nak pakai shawl ni pun mudah sangat. Tak perlu ambil masa yang lama untuk betulkan pada permukaan muka. Yelah, aku tak nak laa bila aku pakai shawl ni muka aku nampak tembam dan bulat. Hehehe. Shawl ni dengan sendirinya akan ikut bentuk muka aku bila aku memakainya. Jadi, takde lah menampakkan muka aku ni bulat sangat semasa mengenakan La Fleur Shawl ni. 

Mesti korang nak tahu kan sama ada kain dia jenis lembut atau keras? Meh aku bagitahu korang. Kain dia sangat lah lembut dan ringan. Memang ringan sangat. Jadi, sangat lah mudah bagi aku untuk menggayakan La Fleur Shawl ni mengikut fesyen shawl terkini. 



Ukuran Shawl

La Fleur Shawl mempunyai panjang dan kelebaran sebanyak 1.8m X 0.8m. Mungkin korang rasa 1.8m ni macam pendek je kan. Mesti tak boleh nak buat labuh depan. Sebenarnya La Fleur Shawl ni boleh di buat labuh depan dan belakang. Macam yang aku pakai tu labuh di depan dan menutup dada. Korang kena ejas-ejas la sikit supaya ia kelihatan labuh apabila dipakai. 


Pilihan Warna Yang Menarik

Ada banyak lagi pilihan warna menarik yang korang boleh pilih. Yang aku tunjuk ni baru satu warna. Mesti korang dah tergoda kan tengok shawl aku tu. Hehehe. Masih ada lagi beberapa warna yang pastinya akan membuat korang lagi tergoda dengan La Fleur Shawl ni. Sejujurnya aku cakap memang cantik sangat koleksi warna La Fleur Shawl ni. 

Limited Edition La Fleur Shawl Dari NUR Luxury


Limited Edition La Fleur Shawl Dari NUR Luxury


Aku tunjuk sikit je laa yerr. Kalau tunjuk semua tak syok la pulak. Korang kena godek sendiri dalam katelog NUR Luxury. Hehehe.. 


Koleksi Limited Edition

Untuk pengetahuan korang, La Fleur Shawl keluaran NUR Luxury ini merupakan koleksi limited edition. Maknanya, korang harus cepat-cepat mendapatkannya. Kalau dah habis korang jangan nangis pulak yer sebab aku dah warning awal-awal ni. Kang nanti korang pulak yang mengigau dok ingatkan La Fleur Shawl yang ekslusif ni. 


Harga La Fleur Shawl

Pung pang pung pang aku cerita dari tadi, mesti korang nak tahu harga La Fleur Shawl yang ekslusif ni. Harga dia memang berbaloi dengan kualiti yang ada pada shawl ni. Harga La Fleur Shawl ni RM69 sahaja. Berbaloi laa kalau korang nak memilikinya sebab corak bunga dan manik pada La Fleur Shawl ni sememangnya ekslusif. Cantik pulak tu coraknya. Memang melaram habis lah korang nanti dengan La Fleur Shawl ni. 


Bagi korang yang ingin melihat pelbagai lagi koleksi warna La Fleur Shawl ni serta ingin memilikinya, korang boleh hubungi dan lawati talian berikut:

Hotline : 019-2935229
Facebook : N.U.R Luxury
Email : nurluxurycouture@gmail.com                         







Artikel Terkait

Previous
Next Post »

6 komen

Write komen
October 6, 2016 at 10:29 AM delete

Cantik sangatttt tudung ni.. nak grab la nanti

Reply
avatar
Amanda Suria
AUTHOR
October 6, 2016 at 10:55 AM delete

Cantik kan....akak dh ordee kaler pepel...hehehe

Reply
avatar
Azlinda Azman
AUTHOR
October 6, 2016 at 1:36 PM delete

Lawa...akk suka shawl manik2..tp tpt lain jual rege mahal2.

Reply
avatar
Diana Rashid
AUTHOR
October 6, 2016 at 5:06 PM delete

cantiknya yang warna biru tu..belum ada shawl warna biru..kena cari ni..

Reply
avatar
Mrs. A
AUTHOR
October 7, 2016 at 11:55 AM delete

Shawl cantik yang pakai pun cantik

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon