Saturday, October 8, 2016

Nasi Kukus Sigai UiTM Machang

Siapa kat sini suka makan nasi kukus? Angkat tangan cepat. Hehe. Mesti ramai kan yang suka makan nasi kukus. Aku pun suka makan nasi kukus. Kalau zaman belajar dulu, nasi kukus ni antara makanan wajib yang aku akan beli. Haaa, kalau korang nak tahu masa aku belajar di UiTM Machang dulu aku memang suka makan nasi kukus. Bukan aku je tau. Boleh dikatakan kebanyakan pelajar UiTM Machang suka makan nasi kukus ni. Nasi Kukus Sigai kami panggil. Hahaha. Sigai tu nama kedai sebenarnya. Nasi kukus ni memang legend laa di UiTM Machang tu. Hehehehe. 




Korang terliur tak tengok nasi kukus ni? Hahahaha. Aku upload kat facebook pun ramai geng bekas UiTM Machang dok rindukan nasi kukus Sigai ni. Ofkos la rindu kan nasi kukus ni. Aku pun rindu oiii. Ni pun kebetulan hari selasa lepas singgah kat situ lepas balik dari Pasir Puteh. Dah alang-alang lalu kat depan tu dan beli makanan, aku pun mintak la nak makan nasi kukus sigai ni. Rindu wehhh. Banyak kenangan masa belajar dulu. 

Apa yang bestnya nasi kukus Sigai ni? Bagi aku ialah ayam goreng berempah tu. Memang sedap. Lebih-lebih lagi kalau makan masa tengah panas. Garing-garing gitu. Perghhh. Maveles tau. Sebenarnya ada la sedikit perubahan pada nasi kukus sekarang berbanding zaman aku belajar dulu. Kalau dulu harganya RM3.50 tapi sekarang RM4.00 dah. Ayam pulak macam tu lah. Ayam tu takde la kecik sangat pun. Sama je macam dulu. Rasa pun masih sama macam dulu. Tetap sedap. Hehehe..

Yang membuatkan aku rindu adalah kenangan nya. Bila habis kelas je aku dan kawan-kawan akan keluar pergi beli nasi kukus ni. Kalau pergi beli waktu kemuncak, memang beratur panjang laaa oii. Naik lenguh kaki dok berdiri lama. Lepas tu bila sampai turn je, tengok ayam dah habis. Kena tunggu ayam masak pulak. Lama jugak menunggu. Hahaha. Sama juga kalau masa bulan puasa. Kalau teringin nak makan nasi kukus ni, memang kami rela la beratur panjang. Janji dapat makan apa yang diinginkan. Hehehe. 

Aku tahu memang ramai yang rindukan nasi kukus sigai ni kan. Aku pun rindu jugak. Masa dok menaip ni pun terbayang pulak zaman belajar dulu. Terbayang dok beratur nak beli nasi kukus ni. Hahahahaha. Kadang-kadang tu kalau malas nak beratur, kami pergi cari makanan lain je. Tempat yang lagi cepat untuk beli makanan. Tu kalau perut memang tengah lapar sangat. Hahahaha..

Setakat itu sahaja bingkisan aku hari ni. Kalau ada geng UiTM Machang baca entri aku ni, jangan dok rindu-rindu sangat lah ehh. Saja je nak buat throwback sikit kenangan lalu. Cewahhh. Ok lah. Babai.. 





2 komen

yaAllah sedapnyaa. kalau siang ni, dah turun sekarang jugak g beli kat cafe. nasib dah malam. hahahah

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon