Tak Pedas Pun Mee Samyang Ni

1:27:00 AM
Dah lama tak update entri. Rindu pulak rasanya nak berceloteh di sini. Hehehe. Ok lah. Aku nak cerita satu benda dengan korang ni. Baru-baru ni heboh pasal orang dok makan ramen Korea Samyang tu. Ada yang kata pedas gila laaa. Aku pun macam teringin jugak lah kan nak cuba. Nak tahu sejauh mana tahap kepedasan ramen Korea ni. Rela weiii kirim kat kawan aku yang dok KL. Mintak dia belikan sebab kebetulannya masa tu dia nak datang rumah. Yelah kan. Mengidam punya pasal. Nak cari di kawasan rumah aku ni macam susah sangat. Aku import je laaa dari KL. Hahaha. Agak-agak korang aku makan ramen ni pedas ke idokk? Hehehe.. Sebenarnya tak pedas pun Mee Samyang ni. Memang tak pedas weiii. Siyess. Hahaha.. Angkuh betul aku ni.




Korang caye ke aku cakap mee samyang ni tak pedas? Memang la tak pedas ramen ni sebabnya aku letak cili dia tu sikit je.. Bukan habis sepaket pun. Hahahaha. Kalau letak habis sepaket cili tu memang gila la weiii. Aku letak cili dia sikit pun sudah terasa kepedasan dia tu oiiii. Tak menahan lidah aku nak makan ramen ni. Berasap rasanya mulut aku ni. Hehhehe.. Lagipun aku ni bukannya boleh makan pedas sangat. Perut cepat memulas. Pedas sikit-sikit tu boleh laaa. Bukan yang pedas kaw kaw tu. Yang tu memang berasap laaa oiii..

Kalau korang nak tahu jugak, aku cuba jugak masak ramen versi kuah. Saja la kan nak rasa macam mana. Pedas ke tidak. Bila aku masak bagi ada kuah ni, memang tak pedas sangat pun. Pedas biasa-biasa je. Aku pun boleh habiskan satu bungkus ramen tu. Hahahaha.




Taraaaaa. Ramen versi berkuah. Takde la banyak kuah sangat pun. Sikit sahaja. Sedap la jugak makan camni. Tapi aku rasa lagi sedap versi kering kot. Macam goreng tu. Makan camtu memang boleh rasa laaa kepedasan yang maksima tu. Lagipun, kalau korang jenis tak suka makan tapi teringin nak cuba jugak elakkan lah minum air semasa makan. Lebih-lebih lagi air sejuk. Memang korang akan rasa berapi sangat mulut korang tu. Jadi, elakkan minum air semasa makan makanan yang pedas. Hehehe..

Ok lah. Sekian sudah celoteh aku hari ni. Tak tahu nak taip apa dah. Babai... 


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

7 komen

Write komen
Amanda Suria
AUTHOR
October 5, 2016 at 7:29 AM delete

Akak angkat tangan la kalau bab samyang ramen ni..kalau letak cili dia sikit macam x serasi plak dengan mee tu kan..hahhaha

Reply
avatar
Along Misuari
AUTHOR
October 5, 2016 at 7:56 AM delete

Selalu baca je bab review samyang nie..
AM sendiri tak try test lagi..

Ikhlas dari
AlongMisuari.com

Reply
avatar
Shikin Razali
AUTHOR
October 5, 2016 at 8:06 AM delete

Tak penah cuba lagi mee nie, takut pedas sebab saya memang jenis yang tak makan pedas..

Reply
avatar
October 5, 2016 at 9:18 AM delete

yui suka.. dlm 5mnt settle..hihih

Reply
avatar
October 6, 2016 at 9:57 AM delete

pernah cuba..hangat aih...sedap dgn perencah,cuma bila tbur yg kaler ijau tu x sdp.hehe...

Reply
avatar
Noor Maizan
AUTHOR
November 19, 2016 at 2:48 AM delete

Mai boleh habiskan semangkuk tanpa air, phewww... hanya air mata yg meleleh. hahaha sanggup gitu sbb kalau start minum air pedasnya akan merebak lepastu asyik minum jelah sampai kembung perut. pernah makan dua kali jelah sbb harganya bleh tahan wuuu mahal.

Reply
avatar
November 24, 2016 at 7:50 PM delete

lagi suka yang version kering. heheh
dah berpeket2 habis, pedas tapi still nak makan lagi. hahahah

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon