Tamat Sudah Patahnya Sebelah Sayap

11:52:00 PM
Hai korang. Mesti ramai kan dok tercongok depan tv nak tengok drama Patahnya Sebelah Sayap yang disiarkan di slot Samarinda TV3 tadi. Sape tengok episod akhir tadi? Sila angkat tangan. Wahhh. Ramai rupanya yang menunggu drama ni. Aku pun salah seorang yang setia menunggu jugak tau. Bukan aku je, malahan satu family aku setia menunggu drama ni. Tadi tamat lah sudah drama Patahnya Sebelah Sayap. Trending nombor 1 tau di Twitter. Hebat jugak penangan drama ni. Macam mana reaksi korang? Best tak? Ke ada yang terlepas tengok episod akhir tadi?

Tamat Sudah Patahnya Sebelah Sayap


Episod Akhir Patahnya Sebelah Sayap


Seperti yang kita tahu lah kan, Khuzairi sudah pun menyedari kesilapannya kerana menuduh Alisya melanggar Tania 2 tahun lepas. Padahal yang melakukannya adalah Amzar. Khuzairi sentiasa berusaha untuk memujuk Alisya agar memaafkannya. Khuzairi membantu Alisya mendapatkan tender membekal frozen food yang diusahakan oleh Alisya. Setelah pelbagai cara dilakukan, Alisya akhirnya menerima Khuzairi kembali. Manakala Amzar pula, berusaha mengganggu hidup Alisya.

Amzar cuba untuk mencederakan Alisya tetapi sempat dihalang oleh Khuzairi. Walau macammana pun Amzar tidak berpuas hati dan dia menculik Alisya. Amzar mengaku bahawa dia yang membunuh adik Alisya iaitu Leen. Alisya seakan tidak mempercayai Amzar sanggup membunuh adiknya. Alisya diselamatkan oleh penyiasat yang di upah oleh Khuzairi. Amzar di tangkap polis dan di dakwa atas kesalahan membunuh. Dia dikenakan hukuman gantung sehingga mati. 

Mak Amzar pulak macam murung. Tapi dah tak tunjuk sangat dah kisah mak Amzar selepas tu. Banyak dok tunjuk kisah Alisya dan Khuzairi je. Alisya pun sudah berjaya menjadi seorang usahwan dan membuka kedainya sendiri. 

Dalam hidup ni tak selamanya kita akan berada di atas. Tuhan pasti akan membalas kembali perbuatan jahat yang di lakukan. Seperti Amzar sudah pun mendapat hukuman yang setimpalnya dan mak Amzar pun dah dapat balasan atas apa yang pernah dia katakan pada Alisya. Pendapat korang macam mana? Berapa bintang nak bagi? Aku bagi 4 bintang je sebab tak puas hati tak dapat tengok reaksi mak cik Salbiah dengan mak cik Midah. Hahahaha. Ok lah korang. Babai. 


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

4 komen

Write komen
Unni Anje
AUTHOR
October 25, 2016 at 8:30 AM delete

cerita ni paling hangat budak2 opis duk borak time keja.. tp Unie satu episode pun x penah tgk, pelakon sape pun bru tau ari ni.. tp mcm best pulak.. hahahahaha..

Reply
avatar
October 30, 2016 at 5:26 AM delete

Ha'ah..sama lahh.. frust sebab tak banyak sangat tunjuk part Mak Amzar tu..hihi..

Reply
avatar
November 16, 2016 at 12:35 AM delete

roomate suka giles cita ni. tapi kita tengok 2 episode awal je. busy xsempat sambung. heheheheh

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon