Friday, October 7, 2016

Terus Sarung Dengan Lixy Butterfly Shawl Dari N.U.R Luxury

Hai korang. Semalam aku ada cerita dengan korang tentang satu shawl terbaru kan. Tak sempat nak baca eh? Korang boleh tengok di SINI. Hari ni aku nak cerita lagi dengan korang tentang satu lagi shawl ekslusif dari NUR Luxury. Shawl kali ni instant tau dan semestinya laa ada corak cantik juga. Haaaa, teruja ke tak korang nak tahu shawl macam mana yang aku pakai kali ni? Hehehe.. Sabar sabar. Aku akan cerita dengan korang dari awal sampai akhir. Lixy Butterfly Shawl adalah shawl kedua pilihan aku dari NUR Luxury. Kalau dah nama butterfley, mesti lah ada corak butterfly kan. Meh aku tunjuk kat korang Lixy Butterfly Shawl ni. Tengok bawah tau. 




Lixy Butterfly Shawl

Shawl Instant Satu Muka

Buat pengetahuan korang, Lixy Butterfly Shawl ni merupakan Shawl Instant 1 Loop atau satu muka. Maknanya, masa nak pakai shawl ni aku cuma sarung je kat muka lepas tu lilit sikit kat atas kepala dan pinkan. Senang je sebenarnya. Kalau yang nak cepat tu, sarung je lepas tu lilit. Cepat dan mudah.




Ukuran Shawl

Agak-agak korang instant shawl ni singkat tak? Tak singkat hokehhh. Lixy Butterfly Shawl mempunyai ukuran sepanjang 1.8m dan lebar 0.8m. Jadi, bila pakai shawl ni memang akan nampak labuh juga di bahagian depan dan belakang. Korang boleh tengok macam aku pakai tu. Labuh kan di bahagian depan? Bahagian belakang pun labuh jugak tau. Korang kena ejas-ejas laa jugak kalau nak bagi nampak labuh masa pakai Lixy Butterfly Shawl ni. 


Jenis Kain Yang Selesa Dipakai

Aku sememangnya cerewet bab memilih shawl ni. Aku mesti akan pilih shawl yang jenis kainnya selesa apabila dipakai. Aku memang suka dengan jenis kain Lixy Butterfly Shawl ni. Heavy Chiffon adalah jenis kain Lixy Butterfly Shawl ni. Memang selesa sangat apabila nak memakainya. Kain dia yang lembut membuatkan aku lagi mudah untuk menggunakannya. 

Corak Rama-Rama Yang Cantik

Kalau dah nama pun Lixy Butterfly Shawl, mestilah ada corak rama-rama kan. Shawl ni ada corak rama-rama pada permukaan hujung shawl ni. Kalau korang nak tahu, Lixy Butterfly Shawl ni pun limited jugak tau. Ramai yang ingin memiliki shawl ada corak rama-rama ni. Bertuah la aku dapat memiliki shawl ni. Hehehe


Terus Sarung Dengan Lixy Butterfly Shawl Dari N.U.R Luxury


Harga yang Berpatutan

Harga Lixy Butterfly Shawl ni sememangnya murah. Untuk sehelai shawl harganya ialah RM40 tetapi sekarang ni ada promosi tau. Kalau korang beli 3 helai, korang akan dapat RM100. Murah kan? Rugi korang kalau tak sambar awal-awal. Kalau habis nanti melepas laaa korang nanti. Kang nanti menangis pulak tak dapat beli shawl ni. 

Pelbagai Koleksi Lixy Shawl

Selain Lixy Butterfly, ada jugak Lixy Shawl yang lain tau. Tapi bukan corak rama-rama laa yer. Lixy Fleur Shawl ada corak bunga pada permukaan hujung shawl. Harganya juga sama seperti Lixy Butterfly Shawl. 





Cantikkan Lixy Fleur Shawl ni? Aku pun berkenan jugak oiii. Terasa nak sambar satu lagi jer. Hahaha.. Habis la penuh almari aku dengan koleksi shawl ni. Hehehe..


Bagi korang yang ingin melihat pelbagai lagi koleksi shawl dari N.U.R Luxury ni serta ingin memilikinya, korang boleh hubungi dan lawati talian berikut:


Hotline : 019-2935229
Facebook : N.U.R Luxury
Email : nurluxurycouture@gmail.com                        



5 komen

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon