Tips Penjagaan Bags Agar Tidak Mudah Rosak
Tidak dinafikan bahawa ramai wanita
yang sanggup membelanjakan sejumlah wang yang banyak semata-mata untuk memiliki
koleksi beg tangan kegemaran mereka. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang memang
pengumpul koleksi beg tangan berjenama atau branded bags, setiap satu beg tangan
sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri. Oleh kerana itu juga, majoriti
pengumpul beg tangan atau handbags collector biasanya amat cerewet dalam soal
penjagaan koleksi bags mereka terutama sekali beg-beg yang berharga mencecah
ribuan ringgit. Jadi kali ni, aku nak kongsikan dengan korang beberapa tips
penjagaan bags untuk memastikan ia tidak mudah rosak dan kekal lebih lama.
Tips Penjagaan Bags Agar Tidak Mudah Rosak
Berikut adalah beberapa tips yang boleh korang amalkan untuk memastikan beg kesayangan korang tu tidak mudah rosak.
1) Pertama sekali, penting
untuk anda mempunyai ruangan khas untuk menyimpan beg-beg tersebut.
Sebaik-baiknya, simpan koleksi beg anda di rak khas penyimpanan beg.
2) Untuk beg yang tidak
digunakan dalam jangka masa yang panjang, simpan beg tersebut di dalam kotak
atau sand paper untuk mengelakkan beg tersebut daripada terkena habuk atau
serangga perosak.
3) Jangan gantung beg
tersebut kerana ia boleh menyebabkan pemegang atau tali beg anda mudah rosak
atau terkoyak.
4) Untuk mengekalkan bentuk
beg tersebut, masukkan gumpalan kertas ke dalam beg tersebut apabila tidak
digunakan.
5) Bagi koleksi beg tangan
kulit, anda boleh menggunakan krim kulit khas untuk menjaga kualiti kulit beg
tersebut agar tahan lebih lama.
Haaa. Mudah je kan tips penjagaan bags ni. Antara nak buat dengan tak nak je sebenarnya. Sayang laa kalau beli beg yang mahal tapi tidak dijaga dengan elok. Bila dah rosak terpaksa buang beg tu. Dah jadi membazir kan.
Kalau korang ni jenis yang suka mengumpul handbags ni, boleh la amalkan tips yang aku berikan ni. Kadang-kadang kita terlepas pandang tentang penjagaan beg ni. Tengok-tengok je dah rosak beg kesayangan yang kita beli tu. Terpaksa la buang sebab dah tak tak boleh pakai lagi. Sayang wooo. Lagi-lagi kalau beg tu jenis yang berjenama dan menjadi kesayangan kita. Nangis laaa jawabnya.
Ok lah korang. Semoga perkongsian aku dari aku dapat membantu korang untuk menjaga agar tidak mudah rosak. Beg murah ke mahal ke tetap kena jaga elok tau. Jadi, pastikan korang jaga dengan baik beg-beg korang tu yer. Babai..
4 komen
Kena Beli tempat penyangkut khs untuk handbag...handbag magal kena la jaga selalu kan..
ReplyDeletePerkingsian bgus...
ReplyDeleteterbaik tips ni . *thumbsup*
ReplyDeleteSand paper tu kertas pasir ke? Boleh terangkan?
ReplyDeleteHai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)