Wednesday, November 30, 2016

Bersantai Di Idaman Villa Homestay Melaka

Hai korang. Sebenarnya dah lama aku nak buat entri ni tapi tak menyempat. Tak tahu la dok sibuk kan apa sampai kan tak sempat nak buat entri yang ni. Dah nak masuk akhir bulan 11 kot. Sepatutnya dari awal lagi aku siapkan entri ni. Aduhai. Ok lah. Pada awal 5 November yang lepas, aku pergi Melaka. Alaa saja je jalan-jalan kejap tapi takde la jalan-jalan sangat pun. Sekejap je. Banyak lepak kat homestay. Upsss.. Homestay? Haaaa.. Yang ni la aku nak cerita dengan korang semua. Aku lepak di Idaman Villa Homestay Melaka. Besar weiii Idaman Villa Homestay ni. Aku masa mula-mula sampai kat sana macam teruja jugak la tengok rumah yang besar tu. Memang sesuai laa buat aktiviti santai di Idaman Villa Homestay Melaka ni. Menarik sangat ke Idaman Villa Homestay ni? Kena la baca sampai habis yer. 


Bersantai Di Idaman Villa Homestay Melaka


Idaman Villa Homestay Melaka

Lokasi Idaman Villa Homestay ni sangat bersesuaian untuk dijadikan tempat bermalam sekiranya korang bercuti ke Melaka kerana ianya terletak di Taman Kota Syahbandar dan lokasinya berada di tengah-tengah bandar Melaka. Best kan. Lokasi Idaman Villa ni sangat strategik kerana hanya 5 minit untuk ke Jonker Walk, 8 minit ke Taming Sari, 9 minit ke Dataran Pahlawan, 11 minit ke The Stadthuys, 12 minit ke A'Famosa dan pelbagai destinasi bersejarah di Melaka. Jadi, takde la jauh sangat kalau korang nak ronda bandar Melaka tu dari Idaman Villa Homestay ni.

Bersantai Di Idaman Villa Homestay Melaka


Kemain haaa kami berselfie kat depan Idaman Villa Homestay ni. Abadikan kenangan la kan sekali-sekala. Laman rumah ni memang luas. Budak-budak nak main pun selesa. Idaman Villa Homestay ini dilengkapi dengan 7 bilik tidur, 6 tandas dan mempunyai TV dengan 50 lebih siaran di ruang tamu. Selain itu juga, TV dengan 20 lebih siaran turut disediakan untuk bilik master di tingkat 1 dan tingkat 2. Korang yang memang kaki online tu jangan risau tentang kemudahan internet di Villa ini kerana di Idaman Villa Homestay ini juga menyediakan kemudahan Wifi yang mempunyai kelajuan internet 30Mbps. Wahhh. Best la kan.


Tak lepaskan peluang untuk selfie di ruang tamu. Di setiap sudut dalam rumah tu kami berselfie. Hahahaha.. Nanti korang tengok je laa yer.. Hihihi..


Ruang tamu Idaman Villa Homestay Melaka

Ruang tamu pun luas. Memang best bila dok bersantai-santai di ruang tamu sambil tengok TV dan berborak dengan kawan-kawan. Memang enjoy laaa..

Ruang dapur untuk memasak juga turut disediakan. Segala kelengkapan cukup lengkap. Pinggan mangkuk gelas sudu garfu semuanya ada. Korang hanya menyediakan bahan-bahan untuk memasak sahaja.

Meja di ruang dapur yang ala-ala bar


Sebenarnya kan kerusi tu tinggi sangat. Kemain aku usaha nak duduk atas kerusi tu. Ada sesi panjat memanjat sikit semata-mata nak duduk di kerusi tinggi tu. Hahahaha..


Korang yang nak buat aktiviti masak memasak di Idaman Villa ni sangat lah dialukan. Segalanya sudah disediakan. Dapur gas, periuk nasi, kuali, pemanas air, peti sejuk serta lain-lain peralatan dapur. Pendek kata memang mudah untuk korang memasak sebab semuanya ada.

Ruangan untuk makan juga disediakan. Set meja makan makan ni boleh muat untuk 8 orang. Besar la kan. Macam-macam makanan boleh dihidangkan di atas meja. Jadi, jangan risau kalau takut meja ni kecik. Hehehe..



Jangan terliur yer tengok makanan yang dimasak oleh kami ni. Ramai chef yang masak untuk hidangan makan malam kami ni. Hehehe..

Selain itu juga, kalau korang merancang untuk mengadakan aktiviti BBQ di Idaman Villa Homestay ni pun boleh sebabnya di sini turut disediakan tapak untuk korang mengadakan aktiviti tersebut. Boleh laa nak bakar ayam, sate, sosej dan lain-lain lagi.



Ok lah. Aku dah habis cerita tentang keadaan sekeliling rumah. Mesti korang teringin nak tegok kamar beradu kami. Cewahhh. Kamar beradu gitu. Seperti yang sudah aku maklumkan tadi, Idaman Villa Homestay ni mempunyai 7 bilik tidur. Banyak woo. Dan setiap bilik mempunyai aircond dan kipas. Best wooo..



Haaa.. Ini adalah bilik 1-1 yang mana bilik ni terletak di tingkat bawah berdekatan dengan dapur. Bilik ini mempunyai sebuah katil queen, almari loker dan juga bilik air.


Ini pula adalah bilik 2-1 iaitu master bedroom yang berada di tingkat 1. Bilik ni mempunyai 2 katil queen, almari, serta bilik air. Istimewanya bilik master ni kerana ia mempunyai TV. Nak rehat sambil bersantai dalam bilik memang best laa kan. Tambahan lagi bilik ini juga mempunyai ruang balkoni.

Bilik 2-2

Bilik 2-3

Bilik 2-2 dan 2-3 ini juga terletak di tingkat 2. Bilik ini dilengkapi dengan 2 set katil single dan juga almari. Bilik ini juga mempunyai sebuah bilik air.



Haaa... 2 set katil queen ni pulak berada di master bedroom tingkat 3. Bilik 3-1 ini juga mempunyai sebuah bilik air, meja kecil di ruang balkoni, iron board  berserta seterika dan juga almari.


Dan ini pula ialah set meja yang berada di ruang balkoni dalam bilik master tingkat 3. Boleh laa kan petang-petang sambil bersantai tu minum kopi dan makan biskut.. Hihihi..


Ehhh. Jangan terkejut pulak yer. Aku pun tak melepaskan peluang untuk berselfie atas katil empuk ni. Tumpang la kejap walaupun bukan aku yang tidur atas katil tu. Hahahaha.. Nanti korang tengok pulak bilik tempat aku beradu. Haaa gituu. Hehehe..



Inilah dia bilik aku. Bilik orang bujang kan. Bilik 3-2 ni aku kongsi bersama Blogger Inani Hazwani. Aku tidur di katil hujung sekali berdekatan dengan almari tu. Hehehe. Memang syok sangat la aku tidur sampaikan rasa macam tak nak bangun je. Hahahaha.. Bilik ini mempunyai sebuah almari serta meja solek dan sebuah bilik air yang berkongsi dengan bilik 3-3. Hehehe..


Last sekali ialah bilik 3-3. Bilik ini mempunyai sebuah katil queen, almari dan juga set meja berserta kerusi di sudut balkoni.





Macam biasalah juga, sempatlah juga kami berposing di sini. Mana sempat kami bergambar, memang kami takkan lepaskan peluang yang ada..Hihihihi..


Kerusi ini pula terletak di ruang balkoni tingkat 3. Masa naik tangga tu, memang akan nampak kerusi ini dulu. Boleh la nak berehat seketika di luar bilik haaa. Hehehe..



Sebelum balik, kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama di hadapan Idaman Villa sebagai tanda kenang-kenangan. Bukan senang tau nak berkumpul macam ni. Masak sama-sama, makan sama-sama. Memang best sangat lah. 

Jadi, kalau korang ingin bercuti ke Melaka dan mencari tempat penginapan untuk seisi keluarga yang ramai Idaman Villa Homestay ini adalah pilihan terbaik untuk korang. Untuk sebarang maklumat lanjut atau ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi dan layari talian berikut:

Website: http://idamanvilla.com/idaman-villa-malacca/
Nombor telefon: 012211826 / 016-2098623
Email: support@idamanvilla.com

5 komen

Alaa.. Nak pegi lagi la. cam tak puas la. Nak makan kuih keria antarabqngsa #dekatjer dgn homestay ni..

Pergi melaka memang tak cukup sehari 😃 banyak tempat nak lawat. Dekat dekat pulak tu

wow cantiknye villa nie.. kalau pegi ramai2 boleh laa duduk sini kan.. haritu e'in pegi melaka tp duduk kat homestay kat bukit katil..

Amboi posing, hihihi. Cantik betul rekaan dalamannya, nampak mewah dan exclusive, kalau sy duk selfie kat setiap sudut ler gamaknya. haahahaha

Cantik homestay ni! Besar & nice deco. Memang selesa holiday dgn family

http://www.fatindays.com

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon