Monday, November 14, 2016

Manjakan Kulit Dengan NIVEA Skin Delight Body Milk

Kulit cantik dan mulus menjadi idaman wanita. Sape tak nak kulit lembut kan. Kulit yang lembut seperti bayi gitu. Tapi sekarang ni kalau nak manjakan kulit mudah je. Sapu je losyen kat tubuh. Senang. Bila dah sapu kulit pun akan rasa lembut, segar dan sihat. Kalau korang nak tahu, sekarang ni aku manjakan kulit aku dengan NIVEA Skin Delight Body Milk. Dengan NIVEA Skin Delight Body Milk, sebuah produk berinovasi terbaru keluaran NIVEA, memastikan korang menikmati sesi memanjakan diri yang akan menaikkan “mood” korang semasa berada di kamar mandi. Seindah namanya, NIVEA SKIN DELIGHT direka dengan satu tujuan utama – memberilkan kenikmatan buat deria dengan sentuhan, penglihatan dan wangian yang membuat korang berasa istimewa semasa memanjakan diri. 

Manjakan Kulit Dengan NIVEA Skin Delight Body Milk

Manjakan Kulit Dengan NIVEA Skin Delight Body Milk

Ditakrif sebagai rawatan terulung bagi kulit yang kering, minyak badan berfungsi sebagai pembekal keanjalan dan seri kepada permukaan kulit anda bermula dari dalam. Kulit akan menyerap serta menikmati segala kebaikan yang terkandung dalam minyak tanpa berasa melekit, kerana NIVEA Skin Delight mengandungi nutrisi penjagaan terbaik dari minyak badan dalam bentuk “body milk” yang mudah untuk disapukan.  

Seperti minyak badan, susu juga diperkaya dengan manfaat menyubur dan mencerahkan kulit. Sejak berabad lamanya, golongan wanita sering menggunakan susu segar sebagai bahan mandian selain air bagi mengekalkan kecerahan kulit mereka. Ini kerana kandungan asid laktik yang terdapat dalam susu menguraikan protein yang menyatukan sel-sel kulit mati, lantas memberi ruang kepada kulit baru yang lembut serta bertekstur licin dan halus untuk tumbuh. Susu ini juga mengalir lembut di atas kulit apabila ia dioleskan lantas menjadikan kulit anda lembut dan berseri-seri.

Manjakan Kulit Dengan NIVEA Skin Delight Body Milk


Kalau korang nak tahu, NIVEA Skin Delight mempunyai dua haruman bunga yang berbeza iaitu bunga mawar dan lavender. Baunya memang harum dan bila pakai pada kulit kita akan merasakan kulit kita lebih lembut dan licin. 


NIVEA Skin Delight glowing rose (bunga mawar)

Bunga mawar bukanlah satu bahan asing dalam dunia kosmetik. Penggunaanya amat menyeluruh samada secara sepenuhnya ataupun sebahagian daripada asas campuran dalam produk wangian mahupun manfaat rawatan. Wanita-wanita Yunani kuno dan Rom dikatakan menggunakan kelopak-kelopak segar dari bunga mawar untuk mewangikan air mandian mereka. Pada masa yang sama, minyak pati yang terkandung dalam bunga mawar mampu mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit.

Manjakan Kulit Dengan NIVEA Skin Delight Body Milk

NIVEA Skin Delight relaxing lavender (lavender)

Lavender atau nama saintiifknya Lavandula Angustifolia juga mempunyai reputasi yang mengagumkan dalam dunia aromaterapi. Sejenis tumbuhan herba berbunga dan tergolong dalam keluarga pudina, lavender boleh didapati di setiap pelusuk dunia bermula dari benua Afrika hingga ke kawasan pergunungan di Asia, Terkenal dengan profil wangiannya, lavender telah digunakan secara meluas di kebanyakan negara sebagai bahan untuk menenangkan stress dan kelesuan. Selain itu, ia juga dapat meredakan iritasi serta kekeringan pada kulit.  

Manjakan Kulit Dengan NIVEA Skin Delight Body Milk

Mulakan ritual memanja diri NIVEA Skin Delight selepas anda menikmati mandian air panas yang menyegarkan. Oleskan “body milk” yang mewah ini ke seluruh badan anda semasa kulit anda masih lembap dan biarkan minda merasa tenang dengan wangian floral yang mengasyikkan. Oleskan “body milk” ke seluruh tubuh anda dengan lembut dan rasai kelembutan dan kehalusan yang tidak terhingga pada kulit anda. Ini membolehkan anda menikmati rawatan badan yang holistik di mana ia meliputi tubuh serta minda. 

Dengan dua wangian yang lembut untuk dipilih – Glowing Rose yang memberikan kulit anda wangian feminine dan Relaxing Lavender yang menenangkan deria anda – NIVEA Skin Delight terdapat dalam dua saiz dan dijual pada harga pengenalan iaitu RM11.90 (Harga Runcit RM16.50) bagi saiz 250ml dan RM17.50 (Harga Runcit 21.90) untuk saiz 400ml.  


9 komen

kalau malam susah nak tido sapu yang lavender tu...rasa relaks dan cepat lelap...

suka bau roses..sedap mewangi.. :)

Wah ada jenis lain ? Boleh try ni. Tau tau je zati min punya lotion dah nak habis. Hehe.. tq inform

Rose and lavender ..dedua fav. nanti nak try lah :D

Nivea ni packing baru.. Tp wagian memng Best..

best kan pakai nivea. harum je bau badan.

Terima kasih atas informasinya yang sangat penting izin shared buat temen temen saya by author Peluang Bisnis Indonesia

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon