Wangian Yang Memukau Dari Syahirah Vitalis Eau De Cologne

9:27:00 PM
Wanita dan minyak wangi tidak dapat dipisahkan. Dalam handbag mesti akan ada sebotol minyak wangi untuk di bawa ke mana-mana. Minyak wangi itu melambangkan semangat seorang wanita. Korang nak tahu tak? Aku dah mula jatuh cinta dengan wangian terbaru keluaran Syahirah. Wangian yang aku maksudkan ialah Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Ia merupakan haruman yang menjadikan kita sebagai wanita yang memiliki haruman tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain. Memang wangi oii. Memukau gitu wangian Syahirah ni. Syahirah Vitalis Eau De Cologne disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor, menepati imejnya. 

Wangian Yang Memukau Dari Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Wangian Yang Memukau Dari Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne mempunyai aroma tersendiri yang akan merangsang aura positif diri kita seperti esen sitrus, ia akan memberi kesegaran dan kecergasan agar kita sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. Semestinya haruman ini akan membina keyakinan dan menyerlahkan daya penarik diri. Erti kata lain, wangian yang tepat menyempurnakan aura dalaman dan karakter seseorang wanita disamping meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan orang di sekeliling serta mendorong orang lain untuk lebih mengenali mereka. Kesimpulannya, Syahirah Vitalis Eau De Cologne membantu melancarkan perjalanan kearah kejayaan dan hubungan sesama individu menerusi kuasa harumannya.

Pada mulanya aku pikir wangian Syahirah Vitalis Eau De Cologne ni biasa-biasa je tetapi bila dah cium bau dia memang best sangat. Semerbak bau dia. Korang semburkan sikit je dan harumannya akan terus mekar mewangi pada pakaian korang. Buat pengetahuan korang, Syahirah Vitalis Eau De Cologne ini telah diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna beragama Islam. Wangian Syahirah Vitalis Eau De Cologne ini didatangkan dalam empat haruman yang berbeza dan mengikut karakter tersendiri. Jom berkenalan dengan empat haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne. 



Wangian Yang Memukau Dari Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Syahirah Vitalis Eau De Cologne


1. Haute Couture
Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.

2. Femme Chic
Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.

3. Celebrite
Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan anda mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.

4. Glam Star
Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti. Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.


Haaa.. Menarik kan? Korang pilih je nak guna yang mana. Semuanya bau wangi. Mekar mewangi gitu. Memukau setiap orang yang menghidunya. Pastikan wangian Syahirah Vitalis Eau De Cologne ada dalam beg korang tau. 

Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk “serlahkan pesonamu, raih bintangmu”.

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

6 komen

Write komen
Ummi Nani
AUTHOR
November 13, 2016 at 11:03 PM delete

bestnya,,,mesti sedap bau kann

Reply
avatar
Azlinda Azman
AUTHOR
November 14, 2016 at 10:37 AM delete

wangi..tengah pakai yang hijau bawa pi opis hehehe.

Reply
avatar
Inani Hazwani
AUTHOR
November 14, 2016 at 11:59 AM delete

Memang best kan bau dia :)

Reply
avatar
gulew kapas
AUTHOR
November 19, 2016 at 6:07 PM delete

kecik suka gile warna hijau.

Reply
avatar
November 25, 2016 at 11:31 AM delete

best bau perfume Syahirah ni. siap pakai time solat hehehe

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon