Saturday, December 31, 2016

Hai korang. Hari ni dah masuk hari terakhir tahun 2016 korang. Hari ni sudah pun 31 Disember 2016 dan maknanya esok kita bakal masuk tahun baru 2017. Cepat sungguh masa berlalu. Dah habis pun tahun 2016. Macam mana tahun 2016 korang? Azam korang untuk tahun ni tercapai ke tidak? Sekiranya tercapai Alhamdulillah dan tahniah aku ucapkan pada korang. Aku pulak nampaknya kena bawak lagi lah azam tahun ni ke tahun hadapan. Hahahha. Aku pasti banyak suka duka tahun 2016 korang kan? Sama lah juga dengan aku. Memang banyak perkara suka duka telah aku lalui sepanjang tahun 2016 ini. 




Tahun 2016 merupakan tahun di mana bermulanya kerja aku sebagai seorang blogger sepenuh masa. Kalau nak ikutkan aku ada blog ni dah lama kot. Masuk 6 tahun dah cuma tak berapa aktif sangat dan tahun 2016 adalah tahun aku kembali aktif sebagai blogger dan jadikan blog aku sebagai salah satu karier. Haa gitu. Alhamdulillah, aku dapat juga merasa income hasil dari blog aku ni dan berjaya memiliki domain aku sendiri. Hasil dari blog juga lah aku dapat bayar bil wifi rumah aku ni. Hehehe.. Mungkin ini adalah satu pencapaian buat aku sebagai seorang blogger. Walaupun pada hakikatnya masih jauh perjalanan aku sebagai seorang blogger.

Tahun 2016 juga banyak mengajar aku erti kesabaran dan pengorbanan. Berkorban laa untuk orang yang tersayang tapi orang tu tak tahu nak hargai kita pun. Tapi takpe aku anggap semua tu sebagai dugaan dan cabaran buat aku. Allah sedang menguji aku. Aku akan sabar dalam menghadapi apa jua situasi yang melanda aku. 

Kalau nak di ikutkan tahun ni bukan lah tahun yang banyak kisah sedih buat aku. Kontra. Ada sedih dan ada duka. Mungkin aku dah pandai kawal emosi aku kot. Sebab tu aku rasa macam tak sedih sangat. Hahahha. Dah besar aku rupanya. Umur pun dah nak masuk 26 tahun kan. Cuma tak kawen je lagi. Nak buat macam mana, jodoh tak tiba lagi. Masih sesat di awangan. Hahahaha..

Impian aku untuk 2017 ialahhhhh. Nanti masuk tahun 2017 aku cerita kat korang. Sekarang ni aku nak cerita kisah sepanjang tahun 2016. Tapi bukan semua laa. Aku cerita yang mana aku ingat je la.. Hahhaa. Sebenarnya takde apa yang menarik sangat pun untuk tahun ni. Sebab aku banyak habiskan masa aku duduk di rumah mengadap henpon dan laptop je. Dan juga masak sekiranya aku rajin. Hahahaha. Itu je lah kan. Praktis untuk jadi suri rumah lah katakan. Hihihihi..

Walaupun tahun 2016 tidak banyak sangat kenangan manis yang aku perlu ingat tetapi ianya akan tetap menjadi memori buat aku. Semoga kehadiran 2017 membawa sejuta makna dalam hidup aku dan semoga aku dipertemukan prince charming aku. Hahahahha. Apa pula kisah 2016 korang? Meh la kongsi dengan aku ni. Hehehe.. Ok lah korang. Babai..




Hai semua. Hari ni nak join satu giveaway ni. Giveaway ini aku telah pun di tag oleh cik Inani Hazwani kita ni haaa. Terima kasih Nani kerana tag kita yer. Hehehe. Dan aku nak join lah Giveaway Planner 2017 by @papernplanner

Klik banner untuk join


Pemilik blog Whatever Apa-Apa Sahaja ini iaitu LZ ada meminta pendapat mengenai blog dia. Jadi, pendapat saya ialah blog LZ cantik. Kemas tersusun rapi. Widget yang tersusun di sidebar pun kemas. Cuma satu sahaja iaitu url blog. Url blog LZ ni panjang. Url blog ni ibarat nama kita sendiri. Peribadi sendiri. Jadi, adalah lebih baik sekiranya url blog ni biar orang mudah nak sebut dan ingat. Itu sahaja. Harapnya LZ tidak berkecil dengan cadangan saya ini. 

Orang yang aku nak tag ialah Mastura Din, Cekgu Norazimah dan Bonde Zaidalifah

Ok lah korang. Kalau nak join boleh klik banner kat atas yer. Babai..


Friday, December 30, 2016

Lelaki amat mementingkan penampilan dan gaya untuk menjalankan aktiviti yang dilakukan seharian. Bagi lelaki penampilan yang menarik dan kemas merupakan simbolik untuk lebih meningkatkan keyakinan dalam diri. Jadi, memang wajarlah kalau kita sering lihat lelaki sering berpenampilan dengan kemas dan bergaya apabila melakukan sesuatu tugas luaran. Oleh itu, Romano yang popular dengan semburan deodoran hadir dengan formula sinergistik yang diperbaharui berserta haruman maskulin yang berpanjangan dan perlindungan serta kesegaran maksimum. Wangian Romano ini pastinya lebih meningkatkat lagi keyakinan diri untuk lelaki urban zaman ini. 

Romano | Tingkatkan Keyakinan Diri Untuk Lelaki Urban


Romano | Tingkatkan Keyakinan Diri Untuk Lelaki Urban


Semburan deodoran Romano ini mempunyai wangian maskulin premium dan formula cepat kering yang diperbaharui mampu memberikan kesegaran sehingga 24 jam dan memberikan perlindungan kepada lelaki yang memerlukan keyakinan dalam rutin harian mereka. Semburan deodoran ini mempunyai kandungan antibakteria yang mampu melindungi anda daripada bakteria dan menghalang pembentukan bau badan yang mampu menggugat keyakinan. 

Ianya didatangkan dengan empat jenis haruman yang berbeza mengikut gaya anda ini lebih berkesan dengan peningkatan 20% tahap kekuatan harumannya. Semburan ini pastinya dapat bertahan lama dan membolehkan anda berbau harum dan segar sepanjang hari. Pek baharu semburan deodoran Romano ini menunjukkan tentang lelaki maskulin yang sentiasa cemerlang dalam setiap perkara yang dilakukan tetapi masih mampu mengekalkan kesegaran sepanjang hari.


Romano Metro Pulse


Dimulakan dengan adunan Citrusy dan Aqueous yang menyegarkan, dicampur bersama Pudina dan Sage yang menyamankan serta diakhiri dengan kehangantan Woody. Segar dan provokatif, haruman ini sempuran untuk lelaki urban yang bersemangat tinggi. 



Romano Prestige


Menyaksikan keindahan campuran Black Pepper dengan Citrus yang dijalinkan bersama kemewahan Lavender dan Sage serta didasari bauan Amber Woody.Tarikan utama haruman ini adalah esen akuatiknya yang menggoda menjadikan ia wangian mewah kepada lelaki sofistikated dan berpengaruh.



Romano Classic

Berteraskan wangian Woody hasil adunan minyak daripada pokok nilam dan cendana. Esen tumbuhan aromatiknya pula memberikan kesegrana dengan sedikit adunan Citrus serta Spices. Kehangatan esen-esen tersembunyi kemudiannya membentuk wangian ini sebagai satu epitome terhadap ciri versatil. Ia dicipta untuk lelaki perkasa moden dengan tarikan yang merentas zaman.



Romano Urbane Attitude


Difokuskan terhadap kesegaran haruman Fougére daripada Lavender bersama percikan Bergamot dan perahan Lemon. Esen buah-buahan eksotik seperti Nanas dan Cassis menambah sentuhan berkarisma manakala esen sensual kesturi dan Woody menyepurnakan haruman dinamik ini. Paling sesuai untuk lelaki urban bergaya dengan personality yang menyerlah.




ROMANO Deodorant Spray 150ml dijual pada harga RM14.90 dan boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terkemuka seluruh Malaysia




Monday, December 26, 2016

Haaaa tajuk. Gempak gituhh.. Gempak ke eh? Gempak la kot sejak akhir-akhir asyik tengok orang dok share pasal barang make up. Aku yang menengok pun naik juling mata ni haaaa. Barang make up kot. Sape tak nak kan? Memang menjadi idaman orang perempuan dapat satu set alat make up. Fuhhh. Best weiii. Kalau korang perasan la kan, kebanyakan orang perempuan dok share gambar bouquet yang dipenuhi set alat make up. Bukan bouquet bunga ros merah hokeyyy. Tapi bouquet barang make up. Alahai...


Haaaa.. Sape nak dapat bouquet barang make up camtu? Mesti lah nak kannn.. Aku pun nak weiii.. Best nyeee kalau dapat set barang make up camni. Aku pulak sekarang ni mampu beli satu persatu je dulu. Kumpul mengumpul orang kata. Nak beli satu set terus duitnya nann hadooo haa.. Hahahaha.. Bahagia kalau dapat set barang make up camtu. Memang seharian dok telek je benda tu.. Hihihi.. 

Benda ni dah viral kat facebook kalau tak silap aku awal bulan disember baru ni. Masa mula-mula aku tengok gambar ni, aku pun terpegun weiiii. Lepas tu berangan la jugak nak dapat bouquet camni. Mampu berangan je la sebab aku tahu takde sape nak bagi aku pun. Sob sob sob.. Sedihhh. Hahaha. Aku perati la jugak kat facebook orang dok share gambar ni dan tag pasangan masing-masing dengan harapan pasangan mereka tu boleh bagi bouquet camni. Huntunggg korang kalau pakwe atau suami korang bagi benda ni. Hihihi..



Kalau di perhatikan betul-betul set barang make up ni, semuanya barang make up yang berjenama dan mahal harganya. Aku pun tak mampu nak beli. Mampu bermimpi je lah kan. Hehe. Tapi takpe aku akan usahakan juga untuk dapatkan barang make up yang aku idamkan walaupun aku sendiri sebenarnya tak pandai nak pakai make up ni. Hahaha. Setakat calit gincu dan tepek foundation tu boleh la sikit-sikit. Tu pun rasa cam tak pakai apa-apa kat muka. Maklumlah, orang tak pandai make up. Hihi...

Aku nak tanya korang, korang nak tak dapat bouquet barang make up camtu? Baik ngaku cepat. Ngaku hokeyyy. Hahaha.. Ok lah korang. Babai.. 


*gambar dari Facebook*

Saturday, December 24, 2016


Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah:

Grand Top Referral : RM100

Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)

Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners

*hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*

Wednesday, December 21, 2016

Lumrah orang perempuan kalau dia bersedih. Orang perempuan ni hati tisu. Keras macam mana pun dia tak boleh lari dari mempunyai rasa sedih. Dah nama pun perempuan kan. Ada setengah perempuan dia tak suka tunjukkan rasa sedih dia. Dia sedih ke tak, sama je. Takde beza pun. Ada juga setengah perempuan, sangat mudah nak tengok bila dia dalam kesedihan. Tetapi yelah kan. Nak sorok macam mana pun tapi kalau di depan orang yang rapat, rasa sedih tu tak boleh disorokkan lagi. Haaa gitu. Sebenarnya orang perempuan ni bukannya nak sangat sedih-sedih ni. Mereka akan berusaha untuk menghilangkan rasa sedih yang dihadapi. Ingat senang ke? Jadi, aku nak kongsikan beberapa cara orang perempuan menghilangkan rasa sedih yang dihadapi. Mungkin lain orang lain pendapatnya kan. Kalau nak tahu bagaimana cara orang perempuan menghilangkan rasa sedih, kena la baca sampai habis..

Cara Orang Perempuan Menghilangkan Rasa Sedih


Cara Orang Perempuan Menghilangkan Rasa Sedih


1) Makan
Antara cara yang paling terbaik bagi orang perempuan untuk hilangkan rasa sedih ialah makan. Makan ni sebenarnya terapi weiii. Jiwa yang berduka lara pun boleh jadi kembali ceria bila dapat makanan yang disukai. Perempuan dengan makanan tidak dapat dipisahkan. Makanan merupakan senjata utama bagi seorang perempuan untuk mengubati luka dihatinya. Jadi, memang tak pelik lah kalau selalu dok tengok perempuan ni pantang tengok makanan sedap. Semua nak di bedalnya. Hahaha..


2) Shopping
Perempuan kalau dapat shopping memang senyum sampai telinga. Segala rasa sedih pun boleh hilang bila dapat shopping. Puas hati kot kalau dapat beli barang yang diinginkan. Tak kisah lah walaupun barang tu barang pasar malam sekalipun. Asalkan dapat beli apa yang diinginkan. Jadi, kalau nak ubati kelukaan di hati seorang perempuan bawak-bawak la dia pergi shopping yer. Memang mood dia terus berubah. Tak ingat dah segala kisah sedih tu.


3) Lepak dengan kawan-kawan
Jumpa kawan-kawan juga boleh jadi antara terapi untuk hilangkan rasa sedih bagi seorang perempuan. Bila dapat jumpa dan lepak dengan kawan-kawan ni, kita boleh hilangkan rasa sedih yang melanda di hati. Jadi, takde la asyik nak layan rasa sedih tu sangat. Kadang-kadang perlu juga bagi peluang pada diri sendiri untuk enjoy dengan kawan-kawan. Betul tak?


4) Keluar atau bercakap dengan tersayang
Orang perempuan ni kalau sedih dia mesti ingat orang yang dia sayang. Bila dia dapat cakap atau jumpa dengan orang yang dia, perasaan sedih dia tu boleh hilang. Itu pun kalau bukan dia sedih orang yang dia sayang lah kan. Sedih sebab perkara lain. Tetapi dalam hal ni, orang perempuan memang sangat memerlukan insan yang disayangi berada di sisi dia. Dengar luahan dia. Dengar cerita dia. Hiburkan hati dia yang sedang tu. Jangan ditambah rasa gundah di hati sudah lah yer.


Kesimpulannya, orang perempuan akan cari jalan supaya dia tidak sedih sepanjang hidup dia. Bagi seorang perempuan 'Life Must Go On'. Tiada guna terlalu menangisi kesedihan. Perempuan seorang insan yang hebat. Dia mampu menghadapi kesedihan dan kesusahan yang dia hadapi. Apa yang aku kongsikan ini hanyalah pandangan aku sahaja yang mana aku sendiri pun teringin nak buat kalau aku sedang bersedih namun apakan daya, aku tak boleh nak buat semua tu. Huhu. Ok lah korang. Babai..


Friday, December 16, 2016

Hai semua. Selamat berhujung minggu. Haaa. Esok hari cuti kan.. Mesti ramai yang meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Jadi, memandangkan aku pun dah lama tak kongsi resepi di blog aku ni. Rasa macam rajin pulak nak kongsi resepi dengan korang. Mana lah tahu kot nak masak untuk anak-anak dan suami tetcinta.  Resepi ni mudah je sebenarnya. Tak tunjuk pun takpe. Hahahaha.. Sangat lah mudah hokeyyy. Tapi aku nak kongsi lah jugak kot ada yang nak tahu kan cara-cara nak buatnya. Resepi yang aku nak kongsikan kali ini ialah Resepi Ayam Goreng Kunyit. Haaaa. Korang nak tahu tak resepi ayam goreng kunyit dari aku ni? Kalau nak tahu kena baca sampai habis tau. Hehehe.

Resepi Ayam Goreng Kunyit



Resepi Ayam Goreng Kunyit


Bahan-bahan:
- Seketul dada ayam (dipotong kecil)
- Garam kunyit / serbuk kunyit
- 3 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- Kacang panjang
- Lada besar


Cara membuatnya:
1) Gaulkan dada ayam yang dipotong kecil dengan garam kunyit. Anda boleh juga menggunakan serbuk kunyit tetapi saya menggunakan kunyit hidup yang di blender bersama garam.

2) Goreng potongan ayam yang telah digaul tadi sehingga kuning keemasan. Jangan goreng terlalu garing. Angkat ayam yang sudah digoreng dan toskan.

3) Dengan menggunakan lebihan minyak yang telah anda gunakan untuk menggoreng ayam tadi, tumiskan bawang putih bersama bawang besar. Biarkan ia layu sedikit.

4) Kemudian, masukkan sayur kacang panjang ke dalam kuali. Letakkan juga sedikit garam dan serbuk perasa.

5) Akhir sekali, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi ke dalam kuali dan juga lada besar. Kacau hingga sebati. Lepas tu tutup api dan boleh di hidang bersama nasi putih. Lagi sedap kalau makan dengan tomyam.

Mudah je kan? Memang mudah pun sebenarnya buat ayam goreng kunyit ni. Campak-campak je terus siap. Haaa, gituuuu. Hehehe.. Resepi ni pun aku main bedal je sebenarnya.. Haha. Nasib baik jadi uolls. Mak aku pun puas hati sebab dia yang beria suruh aku masakkan. Hihi.. Ok lah korang. Babai.


Monday, December 12, 2016

Cepat dan Mudah dengan Menggunakan Sandisk Ultra Dual Drive m3.0 64GB | Hai korang. Aku nak tanya la kan. Siapa suka simpan gambar dalam handphone sampai full memori? Angkat tangan plisss. Hahaha.. Aku yakin pasti ramai suka buat camtu kan. Aku cakap ni pun sebab aku pun tergolong dalam kategori yang sama. Dah la aplikasi dalam handphone pun dah banyak lepas tu di tambah pulak dengan gambar-gambar yang beratus-ratus keping. Aduhai. Camni la kan bila suka bergambar. Hehehe. Tetapi sekarang aku dah ada back up untuk aku simpan segala gambar-gambar aku. Jadi, takde la rasa sayang nak buang gambar tu. Ye dakk? Sekarang ni aku menggunakan Sandisk Ultra Dual Drive m3.0 yang mana fungsinya adalah OTG USB Flash Drive untuk pengguna android. Haaa.. Untuk pengetahuan korang, Sandisk Ultra Dual Drive m3.0 OTG USB Flash Drive 64GB merupakan antara yang terdapat dalam Box Of Joy yang aku pernah ceritakan sebelum ni. Boleh tengok kat SINI

Cepat dan Mudah dengan Menggunakan Sandisk Ultra Dual Drive m3.0 64GB


Sandisk Ultra Dual Drive m3.0 OTG USB Flash Drive 64GB

Menarik ke Sandisk Ultra Dual m3.0 ni? Mesti lah menarik oiii. 64GB kot. Besar tu saiz dia. Macam-macam aku boleh simpan dalam ni haaa. Sandisk Ultra Dual Drive m3.0 OTG USB Flash Drive ini berfungsi untuk memindahkan fail yang berada di dalam handphone terus ke komputer. Ianya sangat mudah dan cepat kerana mempunyai micro-USB connector dan juga USB connector 3.0. Tak perlu susah-susah nak hubungkan telefon korang dengan wayar USB yang panjang tu ke komputer atau laptop korang. Hanya guna OTG USB flash drive ni sahaja. Cepat dan mudah tau. Hubungkan micro-USB pada telefon android korang dan pindahkan fail yang korang nak pindahkan tu. Lepas tu hubungkan pula USB port pada laptop korang. Kang senang camtu.


Bahagian micro-USB yang membolehkan untuk disambung pada smartphone Android. Korang cucuk je benda ni di telefon korang tu.


Yang ni pulak untuk port USB yang mana ianya boleh disambung pada laptop kita. Lepas dah sambung di telefon android dan menyimpan segala jenis kandungan yang dikehendaki, boleh la memindahkan kandungan tersebut untuk disimpan di dalam laptop kita.


Kegunaan Sandisk Ultra Dual Drive m3.0 OTG USB Flash Drive 64GB


⇛ Untuk mengosongkan memori yang terdapat pada peranti Android
⇛ Untuk back up gambar, video serta senarai kenalan
⇛ Untuk memudahkan membuat pemindahan kandungan yang terdapat dari peranti Android ke laptop
⇛ Mengandungi satu mikro-USB dan satu penyambung USB 3.0 




Kelebihan Sandisk Ultra Dual Drive m3.0


⇒ Memudahkan untuk mengosongkan memori smartphone Android dengan menggunakan OTG Flash Drive
⇒ Reka bentuk yang nipis boleh ditolak tarik untuk kedua-dua mikro-USB dan penyambung USB 3.0
⇒ USB 3.0 mempunyai kelajuan yang tinggi untuk memindahkan data ke laptop sehingga 150MB/s (untuk 32GB - 128GB sahaja)
⇒ Senang dibawa kerana reka bentuknya yang kecil dan ringan
⇒ Sesuai dijadikan sebagai memori luar untuk menyimpan data penting yang berada di dalam smartphone

Mudah kan ada OTG flash drive ni. Nak simpan gambar-gambar yang banyak pun senang dengan adanya benda ni. Tak payah la aku pening kepala nak sambungkan telefon ke laptop. Guna OTG ni sudah memudahkan dan mempercepatkan kerja aku.

Dapatkan Barangan Sandisk Di Lazada Online Revolution


Korang boleh dapat Sandisk Ultra Dual Drive m3.0 OTG USB Flash Drive ni di Lazada dengan harga yang sangat murah bersempena dengan Lazada Online Revolution yang masih lagi berlangsung hari ni.


Bukan saja Sandisk Ultra Dual Drive m3.0 OTG USB Flash Drive ni je korang boleh dapat malahan berbagai lagi barangan Sandisk yang korang boleh godek-godek sempena Lazada Online Revolution. Haaa, korang boleh la terjah Sandisk di Lazada sekarang. Cepat tau sebelum tawaran ini tamat. Babai..


Sunday, December 11, 2016

Friday, December 9, 2016

Hey guys. Do you like button badge? I'm sure that the all of you love to collect button badge. Now, you can order the customized button badge from Liberty Printing. Liberty Printing is a company that responsible as a Malaysia Button Badge Supplier. As a company for button badge production, they have 16 designs of button badge can be used as gift for any events such as schools, corporate events, product launches, fundraising opportunities, wedding or personalization gift ideas. 

Cute Button Badge Production From Liberty Printing


Cute Button Badge Production From Liberty Printing


Do you know that button badge can be a creative and cost-effective way to market a brand or product? As long as you know how to fully maximize the potential of it, the possibilities are endless! Here’s why:
  1. Inexpensive to produce - with cost as low as RM0.40 each (included printing cost).
  2. Various different types of finishing for different usage / application - magnetic to be placed on fridge, pin it on hat, turn in into a hook and many more different usages.
  3. Able to reach a wider audience for a long term result - Because of the low cost to produce, businesses can produce in bulk and with its durability, it can be used for a long time.
  4. Able to tailor to individual marketing needs - Can be used for brand awareness, product launch, corporate identity or personalized gift ideas.


For your information, the button badge produced using the button badge machine which is that machine can produced the variety of button badges such as pins, fridge magnet and keychain. The investment cost for the machine and material is minimal while it can generate up to 5X profit. Ideal for any businesses such as fast print shop, event companies, gift shops, photography studios, souvenir shops to expand their product offerings.

Some inspirational usage of the button badges include a personalized fridge magnet with family photo, corporate button badge for company event, door gifts for wedding dinner, button badge with names for sales assistant in retail outlets.


4 Reasons Why You Should get the Button Badge from Liberty Printing


→ Liberty Printing offers 16 designs of button badge with different sizes
→ All button badge are made if high quality metal and very durable
→ The image or design of your choice can be printed on quality glossy paper, no limitation of colours
→ Liberty Printing offer most competitive packages for Liberty Agent




As I already mentioned earlier, the button badge produced using the button badge machine and now let me explain about main features button badge machine.



Main Features of Liberty Printing Button Badge Machine


⇛ Small size, light weight
⇛ No power supply required
⇛ Simple to install and operate, user friendly
⇛ Fast production, high profit margin
⇛ Secure and durable, low failure rate
⇛ No maintenance required
⇛ Extensive application


I will show the video about tutorial button badge produced using the button badge machine


 Its very easy and fast. Right?

Competitive Package for Liberty Agent


Liberty Button Badge Machine (body) is made by aluminum while the button badge mould is made of chrome plated steel and rust-resistant surface finishing that allows frequent usage of up to 5 to 10 years. Starter package from as low as RM1200. More info, you can click here: http://www.libertyprinting.com.my/products/Button-Badge-Package.html?categoryid=116



Package includes:
⇨ Button badge machine aluminium
⇨ Button badge mould
⇨ Button badge die cutter
⇨ Button badge pin 100pcs
⇨ Inkjet paper 100sheets
⇨ Training provided


Interested to know more about button badge printing? Kindly email or call sales person:


Contact Number: 019-9858151 (Ms. Elaine) or 019-3231515 (Mr. Steven)
Emailorder@libertyprinting.com.my
Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T),  Malaysia Button badge supplier:Address: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang.
Business hours: Monday to Saturday (9am to 6pm)
Websitehttp://www.libertyprinting.com.my/


Wednesday, December 7, 2016

Hello semua. Sekarang ni asyik hujan je. Siang malam hujan. Baju pun kena jemur dalam rumah. Takde baju nak pakai hari-hari sebab baju tak kering. Kesian kan.. Huhuhu. Bercerita pasal takde baju ni kan, orang perempuan selalu cakap takde baju kan kalau nak pergi mana-mana majlis penting. Betul tak korang? Asyik ayat sama je yang keluar dari mulut seorang perempuan yang mengatakan dia takde baju. Korang setuju tak? Hahahaha..


Sebenarnya kan inilah masalah utama orang perempuan. Asyik cakap takde baju. Takde baju dan takde baju. Hakikatnya dalam almari tu dah boleh bukak satu butik kot. Hahahaha.. Kalau nak di ikutkan memang penuh satu almari tu dengan pakaian orang perempuan. Ada tu sampai kena beli almari lain untuk simpan pakaian lain. Aduhai. Tak cakap kat orang lain, aku pun camtu la. Bila nak keluar pergi kenduri ke, jumpa kawan-kawan ke, pergi dating ke mesti aku akan renung dalam almari pakaian aku. Lepas tu merungut cakap takde baju. Muahahahaha. 

Aduhai.. Itulah yang selalu menjadi masalah. Dah la bersiap pun lama, pilih baju pun dah sehari suntuk. Hahaha. Tak sehari suntuk macam mana kalau asyik dok belek je baju dalam almari sebab tak tahu nak pilih baju mana yang nak pakai. Sama jugak kalau nak pergi travel, mesti lama jugak nak packing baju masuk dalam beg. Masalah utamanya ialah, tak tahu nak bawak baju mana. Aduyaii. Sape sama macam aku? Sila angkat tangan hokeyyy. Hahahaha.

Berbeza pulak dengan orang lelaki. Pakai baju sama untuk 2 3 hari pun takpe. Hahahaha. Yang ni pun pelik jugak. Tak busuk ke ehh? Hihihi. Jangan marah yer. Bukan semua orang lelaki gitu. Aku masih ingat zaman aku belajar dulu. Budak lelaki kelas aku, siap kongsi baju lagi pergi kelas. Lagi la kelakar. Sampaikan kami geng perempuan ni dah boleh tahu baju sape yang mereka pakai. Hahahaha. Tapi yelah kan, orang lelaki ni tak kisah pun sebenarnya bab ni.  Asalkan ada baju untuk dipakai. Ye dakk wahai jejaka sekalian? Hehehe..

Aku masih ingat nasihat arwah mak saudara aku. Biar orang nampak kita ni asyik pakai baju sama sebab itu menandakan yang kita ni bukanlah dari golongan orang yang 'ada ada'. Jangan terlalu nak berlagak anak orang kaya sangat. Sampai sekarang aku masih ingat nasihat itu. Huhuhu. Tapi memang betul apa yang dia katakan. Seeloknya jangan lah membazir duit dengan membeli baju je tetapi akhirnya tak pakai pun baju tu. Simpan dalam almari jugak. Dari simpan dalam almari baik sedekah je bagi pada orang susah. Aku dulu pun memang banyak baju. Tetapi lepas peristiwa banjir yang melanda dulu, banyak baju-baju aku yang rosak dan terpaksa buang. Sayangkan? Namun, itulah hakikatnya. Allah nak menegur hambaNya supaya tidak membazir. Huhuhu..

Kesimpulannya, jangan asyik nak beli baju je tapi langsung tak pakai baju tu. Kan dah membazir. Aku pun dah lama tak beli baju baru. Pakai je baju yang mana ada. Ada jugak baju-baju yang kawan aku bagi. Jadi, jimat la sikit duit aku untuk melabur beli baju. Hihihi. Cuma sekarang ni banyak melabur beli shawl dan alat make up. Ehhh. Hahahha.. Ok lahh. Babai..



Tuesday, December 6, 2016

Wanita sangat menitikberatkan dalam soal penjagaan diri. Wanita sentiasa ingin memastikan keadaan diri mereka terjaga untuk menempuh hari-hari bersama yang tersayang serta memenuhi kehendak kerjaya. Penjagaan diri amatlah penting bagi wanita yang mempunyai kerjaya kerana ia merupakan sebagai pemberi semangat untuk berhadapan dengan orang sekeling apabila melakukan tugas. Enchanteur merupakan jenama yang tidak asing dalam mengeluarkan produk penjagaan diri untuk wanita.  Wangian hasil keluaran Enchanteur adalah wangian yang boleh memberikan sentuhan keajaiban buat wanita. 

Alami Sentuhan Keajaiban Dengan Enchanteur

Alami Sentuhan Keajaiban Dengan Enchanteur


Wanita hari ini berusaha keras untuk mencapai kejayaanbaik di dalam hubungan mahupun karier. Mereka mungkin berdepan cabaran mengimbangi waktu untuk kerjaya, kehidupan peribadi dan hobi; tetapi mereka tidak menjadikannya hambar. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan bagi menyuntik keyakinan dalam menghadapi hari-hari penuh cabaran. Anda mahu tahu rahsianya?

Bauan, lebih dikenali sebagai deria kelima berkait rapat dengan memori. Bauan yang biasa dihidu akan membangkitkan memori-memori tertentu terhadap sesuatu pengalaman atau acara. Bauan signatur akan merangsang deria hidu sekali gus menerbitkan pelbagai perasaan termasuklah tarikan romantis. Bauan sememangnya unik dan memiliki keupayaan untuk membina tanggapan, terutama pada pertemuan pertama dan akan menentukan tindakan susulan berdasarkan kemahuan perasaan yang tercipta ketika itu.

Justeru, ENCHANTEUR berbangga sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi yang berinspirasikan wangian mewah Perancis. Setiap seleksi minyak wangi dicipta istimewa bersama pembuat minyak wangi Perancis supaya tidak hanya memanjakan penjagaan kulit, tetapi juga memberikan pengalaman menakjubkan, malah turut mencipta, mengukuh serta menyemarakkan rasa cinta dalam perhubungan. Haruman berkekalan yang menyenangkan ini membantu menonjolkan kehadiran anda, meningkatkan keyakinan dan menciptakan momen penuh keajaiban setiap hari untuk anda.

Mulakan hari anda dengan ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème. Wangian yang menyegarkan ini merangsang keceriaan untuk memulai melalui setiap hari anda. ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème bertindak sebagai asas dalam rutin haruman harian anda. Haruman campuran bunga-bungaan terbaik di dalamnya menjadikan waktu mandian anda penuh kemewahan serta menjadikan anda berasa menawan sepanjang hari. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower turut diformulasi dengan kandungan pelembap yang melembutkan kulit sambil membersih. Untuk kelegaan diri selepas hari yang panjang, krim mandian dengan haruman mempesona ini dapat membantu anda untuk relaks dan rasa seperti dimanjakan.



Selepas mandi, sapukan ENCHANTEUR Perfumed Lotion pada kulit yang telah dikeringkan untuk kelembapan ekstra dan bagi mengoptimumkan penyerapan untuk kulit yang lebih lembut dan anjal. Losen wangian badan ENCHANTEUR yang diadun bersama minyak wangi ENCHANTEUR mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit sepanjang hari. Sesiapa sahaja pasti akan terpesona dengan kelembutan bak sutera kulit anda saat mereka berjabat tangan dengan anda.



Kemudian, sebagai perangsang keyakinan, adalah disarankan untuk anda menggunakan deodoran atau semburan badan (body mist). Oleh kerana kita akan berpeluh sepanjang hari walaupun berada di dalam persekitaran berhawa dingin, gunakan ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant atau Body Mist yang diaplikasi di bawah lengan (ketiak) akan membantu anda kekal segar dan sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti harian.



Rejim penjagaan diri disempurnakan dengan semburan ENCHANTEUR Eau de Toilette. Sembur ENCHANTEUR Eau de Toilette di titik denyut nadi anda bagi membebaskan haruman yang mempesona dan menyempurnakan lapisan wangian yang dicalit dari langkah terdahulu. Jangan langkaui langkah tanpa wangian ini, biarkan wangian ilham haruman mewah Perancis ENCHANTEUR yang tersendiri ini membuatkan anda berasa lebih girang dan lebih menawan. Anda tidak dapat menjangka siapa yang akan anda temui, mahupun peluang untuk mencipta detik romantik. Namun, adakah anda bersedia untuk mempesona si pencuri hati anda dan mencuri tumpuannya daripada orang lain? Maka jadikan wangian ENCHANTEUR sebagai instrumen harian anda untuk cinta yang memukau dalam setiap semburan.




Ikuti langkah-langkah mudah ini setiap hari dan anda pasti mampu mempesona sesiapa sahaja serta akan sentiasa bersedia untuk menikmati momen penuh magis yang romantik.  Cipta detik-detik istimewa indah anda bersama haruman menawan ENCHANTEUR yang tahan lama.

Maklumat Produk
Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower dijual pada harga RM9.20 sehingga RM13.65. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion pula dijual pada harga RM7.50 – RM21.00; manakala ENCHANTEUR Perfumed Deodorants dijual pada harga RM4.90 sehingga RM11.90. Tidak lupa, rangkaian ENCHANTEUR Eau de Toilette yang dijual pada harga RM18.75 sehingga RM33.50.

Kesemua produk ENCHANTEUR boleh didapati di semua kedai utama, pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my atau kunjungi laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

Sekarang ni sudah menjadi fenomena wanita inginkan kulit yang cantik, putih, licin dan gebu. Haaa gituuu. Sampaikan semua produk untuk putihkan muka dicubanya. Tapi aku tak cuba la sebab belum ada keberanian lagi walaupun kulit aku ni takde lah putih mana, jerawat dan parut jerawat tu memang ada hokeyyy. Kadang-kadang tu bila tengok muka sendiri di cermin rasa stress pun ada. Stress la kan bila tengok muka banyak parut jerawat. Sampai rasa tak nak tengok cermin dah. Hahaha. Aku cuba la juga cari penyelesaiannya sehinggalah kawan aku perkenalkan Dianz Vitamin C. Hisap-hisap terus cantik tagline dia. Haaa. Kelas gituuuu tagline. Jadi, aku pun cuba la makan Dianz Vitamin C ni. Hisap-hisap je korang. Takyah laa nak cucuk bagai ni. Senang.

Hisap-Hisap Terus Cantik Dengan Dianz Vitamin C


Dianz Vitamin C


Dianz Vitamin C mengandungi 5 bahan semulajadi yang terpilih seperti vitamin C berasaskan berry, vitamin E berasaskan Maquiberry kolagen asli berasaskan ikan talapia, glutathoine serta serbuk mutiara yang mana ianya berfungsi untuk merawat masalah parut, jerawat, jeragat, untuk menjadikan kulit lembut dan gebu serta untuk menjadikan kulit lebih putih seluruh badan. Korang jangan risau tentang produk Dianz ni kerana ianya tiada gelatin dan 100% halal. Produk ini merupakan keluaran muslim dan kilang bertaraf GMP serta diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Siapa Yang Sesuai Makan Dianz Vitamin C?


⇒ Lelaki dan Perempuan 16 tahu ke atas
⇒ Ibu mengandung dan menyusu bayi
⇒ Boleh diambil ketika datang bulan atau belum berpantang
⇒ Boleh diambil bersama jamuan dan ubatan lain. (Jarak 3-4jam)
⇒ Mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif dan berminyak


Cara Pengambilan Dianz Vitamin C


⇒ Makan 2 biji sehari. Sebiji waktu pagi dan sebiji waktu malam
⇒ Minum air putih sekurang-kurangnya 3 liter sehari
⇒ Kurangkan mengambil minuman berkafein dan minuman bergas

Aku baru cuba sebotol Dianz Vitamin C ni. Setelah habis sebotol, aku rasa kulit muka aku dah kurang berminyak bila bangun pagi malahan kulit pun jadi lembut je bila di sentuh. Rasa vitamin ni pun sedap tau. Rasa masam manis gitu. Sambil buat entri blog pun boleh dok kunyah-kunyah dianz ni. Tetapi yang penting, kena jaga makan hokeyyy. Kurangkan pengambilan ais, minuman bergas dan minuman berkafein. Fuhh. Nampak cam susah kan tapi aku berjaya lakukannya terutama bab minuman bergas. Feveret aku tu kot. Hahaha. Tapi takpe demi nak cantik dan miliki kulit yang sihat luar dan dalam, aku berpantang lah semua benda tu. Hehehe..


Testimoni Pengguna Dianz Vitamin C


Di sini aku akan tunjukkan beberapa testimoni pengguna yang sudah pun menggunakan Dianz Vitamin C dan berjaya menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Hisap-Hisap Terus Cantik Dengan Dianz Vitamin C






Harga Dianz Vitamin C


Haaa.. Mesti korang pun teringin nak tahu harga Dianz vitamin C ni kan. Harga dia memang mampu milik. Harga dia adalah RM45 sebotol dan setiap pembelian korang akan dapat free gift lagi tau. Bukan senang nak dapat free gift ni. Nak beli combo pun boleh jugak. Kalau korang beli combo pun akan dapat free gift jugak. Menarikkan. 



Bagi korang yang ingin dapatkan Dianz Vitamin C ini, korang boleh hubungi agent Dianz yang sah berdaftar dengan menghubungi talian berikut:

Whatsapp: 0169684232
Facebook: Radhiah Razali
Instagram: @afiatul_husna


Friday, December 2, 2016

Hai semua. Siapa kat sini suka tengok drama Lara Aishah? Aku rasa macam ramai je yang follow drama ni kan termasuklah aku. Hahaha.. Boleh dikatakan setiap petang aku dah tercongok depan tv nak tengok cerita ni. Walaupun sebenarnya aku dah ketinggalan banyak episod. Tapi aku tahu la serba sedikit tentang drama ni. Best kot drama Lara Aishah ni. Takde la rasa bosan sangat nak tengok drama ni. Lagu OST pun sedap jugak di dengar. Aku pasti mesti ramai jugak yang sukakan OST Lara Aishah ni. Betul tak? Lagu Dirgahayu yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir dan Dato' Siti Nurhaliza ni memang best. Hasil ciptaan Faizal Tahir kan. Karya dia tak pernah mengecewakan. Aku pun dah tersuka dengan lagu Dirgahayu. Meh aku belanja lirik lagu Dirgahayu untuk korang.

Lirik Lagu Dirgahayu - Faizal Tahir & Dato' Siti Nurhaliza

Lirik Lagu Dirgahayu - Faizal Tahir & Dato' Siti Nurhaliza


Adakah ini kali yang pertama
Adakah ini kali yang terakhir
Mungkin waktu tak mengizinkan kita
Mungkin jalan ceritanya berbeza
Ouhh huwooo
Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku

Adakah ini kali yang pertama
(Ku berdoa selalu)
Adakah ini kali yang terakhir
(Takkan pernah ku lepas)
Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku

Tidak pernahku bersoalkan takdirNya
Dan ku percaya cintakan mengatasi
Semuanya

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku
Cinta Dirgahayu
Dirgahayu
Cinta Dirgahayu


Best kan lagu ni.. Harapnya korang enjoy laa dengan lirik yang aku kongsikan untuk korang ni. Ok lah. Aku belanja video jugak untuk korang yer.. Babai..





Thursday, December 1, 2016

Hello Disember. Pejam celik pejam celik dah masuk akhir tahun. Bulan disember dah ni korang. Maknanya bulan depan kita akan bertemu dengan tahun baru 2017. Aku tak nak melengahkan masa dengan membebel panjang lebar. Nanti korang bosan pulak.. Hehehe.. Seperti yang aku janjikan, hari ni aku akan umumkan pemenang top commentator November di blog aku. Siapakah yang bakal menerima hadiahnya. Hihihi..

Pemenang Top Commentator November


Tahniah di ucapkan pada Noor Maizan kerana berjaya jadi Top Commentator untuk bulan November. Kepada yang lain jangan bersedih yer. Peluang masih ada untuk korang jadi top commentator di blog aku ni dan memenangi hadiah yang akan aku berikan.. Walau bagaimana pun, semua yang berada dalam senarai top commentator akan masuk dalam bloglist blog ini. Hehehe..

Kepada pemenang, boleh bagi detail anda di facebook Izzati Suhaide. Tahniah lagi sekali diucapkan. Terima kasih kerana sudi komen di blog buruk saya ini. Ok lahh.. Babai..