Bila Perempuan Cakap Takde Baju

10:30:00 AM
Hello semua. Sekarang ni asyik hujan je. Siang malam hujan. Baju pun kena jemur dalam rumah. Takde baju nak pakai hari-hari sebab baju tak kering. Kesian kan.. Huhuhu. Bercerita pasal takde baju ni kan, orang perempuan selalu cakap takde baju kan kalau nak pergi mana-mana majlis penting. Betul tak korang? Asyik ayat sama je yang keluar dari mulut seorang perempuan yang mengatakan dia takde baju. Korang setuju tak? Hahahaha..


Sebenarnya kan inilah masalah utama orang perempuan. Asyik cakap takde baju. Takde baju dan takde baju. Hakikatnya dalam almari tu dah boleh bukak satu butik kot. Hahahaha.. Kalau nak di ikutkan memang penuh satu almari tu dengan pakaian orang perempuan. Ada tu sampai kena beli almari lain untuk simpan pakaian lain. Aduhai. Tak cakap kat orang lain, aku pun camtu la. Bila nak keluar pergi kenduri ke, jumpa kawan-kawan ke, pergi dating ke mesti aku akan renung dalam almari pakaian aku. Lepas tu merungut cakap takde baju. Muahahahaha. 

Aduhai.. Itulah yang selalu menjadi masalah. Dah la bersiap pun lama, pilih baju pun dah sehari suntuk. Hahaha. Tak sehari suntuk macam mana kalau asyik dok belek je baju dalam almari sebab tak tahu nak pilih baju mana yang nak pakai. Sama jugak kalau nak pergi travel, mesti lama jugak nak packing baju masuk dalam beg. Masalah utamanya ialah, tak tahu nak bawak baju mana. Aduyaii. Sape sama macam aku? Sila angkat tangan hokeyyy. Hahahaha.

Berbeza pulak dengan orang lelaki. Pakai baju sama untuk 2 3 hari pun takpe. Hahahaha. Yang ni pun pelik jugak. Tak busuk ke ehh? Hihihi. Jangan marah yer. Bukan semua orang lelaki gitu. Aku masih ingat zaman aku belajar dulu. Budak lelaki kelas aku, siap kongsi baju lagi pergi kelas. Lagi la kelakar. Sampaikan kami geng perempuan ni dah boleh tahu baju sape yang mereka pakai. Hahahaha. Tapi yelah kan, orang lelaki ni tak kisah pun sebenarnya bab ni.  Asalkan ada baju untuk dipakai. Ye dakk wahai jejaka sekalian? Hehehe..

Aku masih ingat nasihat arwah mak saudara aku. Biar orang nampak kita ni asyik pakai baju sama sebab itu menandakan yang kita ni bukanlah dari golongan orang yang 'ada ada'. Jangan terlalu nak berlagak anak orang kaya sangat. Sampai sekarang aku masih ingat nasihat itu. Huhuhu. Tapi memang betul apa yang dia katakan. Seeloknya jangan lah membazir duit dengan membeli baju je tetapi akhirnya tak pakai pun baju tu. Simpan dalam almari jugak. Dari simpan dalam almari baik sedekah je bagi pada orang susah. Aku dulu pun memang banyak baju. Tetapi lepas peristiwa banjir yang melanda dulu, banyak baju-baju aku yang rosak dan terpaksa buang. Sayangkan? Namun, itulah hakikatnya. Allah nak menegur hambaNya supaya tidak membazir. Huhuhu..

Kesimpulannya, jangan asyik nak beli baju je tapi langsung tak pakai baju tu. Kan dah membazir. Aku pun dah lama tak beli baju baru. Pakai je baju yang mana ada. Ada jugak baju-baju yang kawan aku bagi. Jadi, jimat la sikit duit aku untuk melabur beli baju. Hihihi. Cuma sekarang ni banyak melabur beli shawl dan alat make up. Ehhh. Hahahha.. Ok lahh. Babai..



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

11 komen

Write komen
December 7, 2016 at 11:27 AM delete

nak pergi kenduri..pergi kelas, kerja..selalu cakap takde baju. haha. sebenarnya susah nak buat pilihan kan

Reply
avatar
Inani Hazwani
AUTHOR
December 7, 2016 at 12:02 PM delete

Hahahah! Baju dah banyak tapi tak tahu nak pakai yang mana kan :)

Reply
avatar
sofie adie
AUTHOR
December 7, 2016 at 12:33 PM delete

hahahaha...betul tu...tp nasib baik saya ni jenis bukan suka beli baju...harapkan baju yg parents beli je..tu pun lebih suka pakai baju zaman sekolah rendah dulu sbb kain dia selesa dan masih muat...

sekrang nak cari kain selesa dan murah memang susah nak jumpa mcm zaman ritu...jadinya jimat duit...

Reply
avatar
Unni Anje
AUTHOR
December 7, 2016 at 6:56 PM delete

kena kat diri sendiri.. btl tu bju blambak tapi sllu ckp tak da baju.. thks nasihat :) sia2 mbazir, Satu saat Allah pasti Tarik nikmat tu

Reply
avatar
Noor Maizan
AUTHOR
December 7, 2016 at 10:51 PM delete

Sebenarnya bukan masalah takda baju, tapi takda baju yg matching dengan tudung, hahahaha. Mai selalu repeat2 je baju, tambah2 kat U, malas bawa bnyk2 nanti seksa nak pack balik.

Reply
avatar
A'ishah K.
AUTHOR
December 8, 2016 at 12:21 AM delete

Dulu Sha banyak baju jugak... Tapi now maybe utk 2 -3 minggu rolling je. Pastu habis. Salam kenal. Sha follow sini

Reply
avatar
Mrs. A
AUTHOR
December 8, 2016 at 9:43 AM delete

Setuju perempuan memang sinonim dengan ayat tu.
Lagipun baju perempuan ada banyak pilihan sebab tu kot perempuan ada banyak baju.

Reply
avatar
Jari Manis
AUTHOR
December 8, 2016 at 4:33 PM delete

Lelaki 7 pasang baju utk sbln pun x de hal kalau pompuan mmg x boleh nanti kena perli asyik pakai baju sama jek

Reply
avatar
Jun Zie
AUTHOR
December 10, 2016 at 9:34 AM delete

mslh ni bpisah tiada ngn wanita haha.. ju pun mcm ni tp xda la bli pakaian smpai xtpakai. Dah lama xbeli baju baru tp masi alami mslh ni juga sb nak elakkan baju sma bila selfie kat insta HAHAHA. Nasihat yg baik smemnag perlu kita amalkn =)

Reply
avatar
lyana ishak
AUTHOR
December 13, 2016 at 10:13 PM delete

hahahah .. sama lah kes kita .. lagi satu tudung .. cakap xda .. xda padahal bersepah jaa =P

Reply
avatar
Nik Ainaa
AUTHOR
December 18, 2016 at 2:50 PM delete

ni jenis aina kata baju xdak padahal bila beli baju baru, tgk2 baru sedar rupanya ada byk dlm almari. hahaha padahal aina suko pkai baju hok sama. baju hok kita selesa hoktulaaa duk pakai sokmo. huhu

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon