Wednesday, December 21, 2016

Cara Orang Perempuan Menghilangkan Rasa Sedih

Lumrah orang perempuan kalau dia bersedih. Orang perempuan ni hati tisu. Keras macam mana pun dia tak boleh lari dari mempunyai rasa sedih. Dah nama pun perempuan kan. Ada setengah perempuan dia tak suka tunjukkan rasa sedih dia. Dia sedih ke tak, sama je. Takde beza pun. Ada juga setengah perempuan, sangat mudah nak tengok bila dia dalam kesedihan. Tetapi yelah kan. Nak sorok macam mana pun tapi kalau di depan orang yang rapat, rasa sedih tu tak boleh disorokkan lagi. Haaa gitu. Sebenarnya orang perempuan ni bukannya nak sangat sedih-sedih ni. Mereka akan berusaha untuk menghilangkan rasa sedih yang dihadapi. Ingat senang ke? Jadi, aku nak kongsikan beberapa cara orang perempuan menghilangkan rasa sedih yang dihadapi. Mungkin lain orang lain pendapatnya kan. Kalau nak tahu bagaimana cara orang perempuan menghilangkan rasa sedih, kena la baca sampai habis..

Cara Orang Perempuan Menghilangkan Rasa Sedih


Cara Orang Perempuan Menghilangkan Rasa Sedih


1) Makan
Antara cara yang paling terbaik bagi orang perempuan untuk hilangkan rasa sedih ialah makan. Makan ni sebenarnya terapi weiii. Jiwa yang berduka lara pun boleh jadi kembali ceria bila dapat makanan yang disukai. Perempuan dengan makanan tidak dapat dipisahkan. Makanan merupakan senjata utama bagi seorang perempuan untuk mengubati luka dihatinya. Jadi, memang tak pelik lah kalau selalu dok tengok perempuan ni pantang tengok makanan sedap. Semua nak di bedalnya. Hahaha..


2) Shopping
Perempuan kalau dapat shopping memang senyum sampai telinga. Segala rasa sedih pun boleh hilang bila dapat shopping. Puas hati kot kalau dapat beli barang yang diinginkan. Tak kisah lah walaupun barang tu barang pasar malam sekalipun. Asalkan dapat beli apa yang diinginkan. Jadi, kalau nak ubati kelukaan di hati seorang perempuan bawak-bawak la dia pergi shopping yer. Memang mood dia terus berubah. Tak ingat dah segala kisah sedih tu.


3) Lepak dengan kawan-kawan
Jumpa kawan-kawan juga boleh jadi antara terapi untuk hilangkan rasa sedih bagi seorang perempuan. Bila dapat jumpa dan lepak dengan kawan-kawan ni, kita boleh hilangkan rasa sedih yang melanda di hati. Jadi, takde la asyik nak layan rasa sedih tu sangat. Kadang-kadang perlu juga bagi peluang pada diri sendiri untuk enjoy dengan kawan-kawan. Betul tak?


4) Keluar atau bercakap dengan tersayang
Orang perempuan ni kalau sedih dia mesti ingat orang yang dia sayang. Bila dia dapat cakap atau jumpa dengan orang yang dia, perasaan sedih dia tu boleh hilang. Itu pun kalau bukan dia sedih orang yang dia sayang lah kan. Sedih sebab perkara lain. Tetapi dalam hal ni, orang perempuan memang sangat memerlukan insan yang disayangi berada di sisi dia. Dengar luahan dia. Dengar cerita dia. Hiburkan hati dia yang sedang tu. Jangan ditambah rasa gundah di hati sudah lah yer.


Kesimpulannya, orang perempuan akan cari jalan supaya dia tidak sedih sepanjang hidup dia. Bagi seorang perempuan 'Life Must Go On'. Tiada guna terlalu menangisi kesedihan. Perempuan seorang insan yang hebat. Dia mampu menghadapi kesedihan dan kesusahan yang dia hadapi. Apa yang aku kongsikan ini hanyalah pandangan aku sahaja yang mana aku sendiri pun teringin nak buat kalau aku sedang bersedih namun apakan daya, aku tak boleh nak buat semua tu. Huhu. Ok lah korang. Babai..


9 komen

kalau sedih sgt2, tido terapi dia. hehe

Ada yang pergi menyendiri dan menghadiri majlis ilmu. Dalam majlis macam ni banyak ketenangan dan rahmat Allah

Sebab tu kalau pergi kuliah, orang perempuan lagi ramai dari lelaki. Hati perempuan lembut. Senang nak kembali pada penciptanya

selain Makan dan Tidur.. selalunya bila sedih, akak akan tonton filem hindustan.. lepas tu jadi ok balik.. bhaabhaabhaaa.. :p

...

shopping tu memang prempuan suka. time tak sedih pun rajin je shopping. hahahaha..

Blogwalking kejap kat sini. Jemput join segmen saya. Ada hadiah misteri utk dimenangi.
http://huseinrider.blogspot.my/2016/12/segmen-pray-4-aleppo-by-husein-rider.html

orang pempuan..jangan sedih selalu.

sebab bila sedih..nanti dia makan je selalu.

Kalau Nani prefer yang ketiga tu. Hehehe :D

kalau mai sedih..diam, lepas tu menangis, lepas tu buat apa yang boleh hilangkan kesedihan.

orang perempuan ni kadang2 sedih tak bersebab pun ada kan..heee

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon