Monday, December 12, 2016

Cepat dan Mudah dengan Menggunakan Sandisk Ultra Dual Drive m3.0 64GB

Cepat dan Mudah dengan Menggunakan Sandisk Ultra Dual Drive m3.0 64GB | Hai korang. Aku nak tanya la kan. Siapa suka simpan gambar dalam handphone sampai full memori? Angkat tangan plisss. Hahaha.. Aku yakin pasti ramai suka buat camtu kan. Aku cakap ni pun sebab aku pun tergolong dalam kategori yang sama. Dah la aplikasi dalam handphone pun dah banyak lepas tu di tambah pulak dengan gambar-gambar yang beratus-ratus keping. Aduhai. Camni la kan bila suka bergambar. Hehehe. Tetapi sekarang aku dah ada back up untuk aku simpan segala gambar-gambar aku. Jadi, takde la rasa sayang nak buang gambar tu. Ye dakk? Sekarang ni aku menggunakan Sandisk Ultra Dual Drive m3.0 yang mana fungsinya adalah OTG USB Flash Drive untuk pengguna android. Haaa.. Untuk pengetahuan korang, Sandisk Ultra Dual Drive m3.0 OTG USB Flash Drive 64GB merupakan antara yang terdapat dalam Box Of Joy yang aku pernah ceritakan sebelum ni. Boleh tengok kat SINI

Cepat dan Mudah dengan Menggunakan Sandisk Ultra Dual Drive m3.0 64GB


Sandisk Ultra Dual Drive m3.0 OTG USB Flash Drive 64GB

Menarik ke Sandisk Ultra Dual m3.0 ni? Mesti lah menarik oiii. 64GB kot. Besar tu saiz dia. Macam-macam aku boleh simpan dalam ni haaa. Sandisk Ultra Dual Drive m3.0 OTG USB Flash Drive ini berfungsi untuk memindahkan fail yang berada di dalam handphone terus ke komputer. Ianya sangat mudah dan cepat kerana mempunyai micro-USB connector dan juga USB connector 3.0. Tak perlu susah-susah nak hubungkan telefon korang dengan wayar USB yang panjang tu ke komputer atau laptop korang. Hanya guna OTG USB flash drive ni sahaja. Cepat dan mudah tau. Hubungkan micro-USB pada telefon android korang dan pindahkan fail yang korang nak pindahkan tu. Lepas tu hubungkan pula USB port pada laptop korang. Kang senang camtu.


Bahagian micro-USB yang membolehkan untuk disambung pada smartphone Android. Korang cucuk je benda ni di telefon korang tu.


Yang ni pulak untuk port USB yang mana ianya boleh disambung pada laptop kita. Lepas dah sambung di telefon android dan menyimpan segala jenis kandungan yang dikehendaki, boleh la memindahkan kandungan tersebut untuk disimpan di dalam laptop kita.


Kegunaan Sandisk Ultra Dual Drive m3.0 OTG USB Flash Drive 64GB


⇛ Untuk mengosongkan memori yang terdapat pada peranti Android
⇛ Untuk back up gambar, video serta senarai kenalan
⇛ Untuk memudahkan membuat pemindahan kandungan yang terdapat dari peranti Android ke laptop
⇛ Mengandungi satu mikro-USB dan satu penyambung USB 3.0 




Kelebihan Sandisk Ultra Dual Drive m3.0


⇒ Memudahkan untuk mengosongkan memori smartphone Android dengan menggunakan OTG Flash Drive
⇒ Reka bentuk yang nipis boleh ditolak tarik untuk kedua-dua mikro-USB dan penyambung USB 3.0
⇒ USB 3.0 mempunyai kelajuan yang tinggi untuk memindahkan data ke laptop sehingga 150MB/s (untuk 32GB - 128GB sahaja)
⇒ Senang dibawa kerana reka bentuknya yang kecil dan ringan
⇒ Sesuai dijadikan sebagai memori luar untuk menyimpan data penting yang berada di dalam smartphone

Mudah kan ada OTG flash drive ni. Nak simpan gambar-gambar yang banyak pun senang dengan adanya benda ni. Tak payah la aku pening kepala nak sambungkan telefon ke laptop. Guna OTG ni sudah memudahkan dan mempercepatkan kerja aku.

Dapatkan Barangan Sandisk Di Lazada Online Revolution


Korang boleh dapat Sandisk Ultra Dual Drive m3.0 OTG USB Flash Drive ni di Lazada dengan harga yang sangat murah bersempena dengan Lazada Online Revolution yang masih lagi berlangsung hari ni.


Bukan saja Sandisk Ultra Dual Drive m3.0 OTG USB Flash Drive ni je korang boleh dapat malahan berbagai lagi barangan Sandisk yang korang boleh godek-godek sempena Lazada Online Revolution. Haaa, korang boleh la terjah Sandisk di Lazada sekarang. Cepat tau sebelum tawaran ini tamat. Babai..


5 komen

Bestnya, haritu beli yang tiruan, sbb murah, last2 tak bleh pakai.AHAHAHAHA, nasib baik tak sempat hilang gambar2 lagi..

Bagusnya ada sandisk ultra dual drive ni. saiznya pun 64 gb. Wow

banyak gambar boleh simpan

kena beli juga ni satu... dah la mmg kaki download movie dari phone..

sebelum dapat yang dalam box lazada tu, husband akak dah beli dulu..2 lagi..satu untuk dia, satu untuk akak..aisey, kalau tahu dapat yang lazada punya ni..tak payah beli..beli satu je..satu lagi free..hehe..motip sangat kan..

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon