Saturday, December 31, 2016

Mengimbau Kembali Kenangan 2016

Hai korang. Hari ni dah masuk hari terakhir tahun 2016 korang. Hari ni sudah pun 31 Disember 2016 dan maknanya esok kita bakal masuk tahun baru 2017. Cepat sungguh masa berlalu. Dah habis pun tahun 2016. Macam mana tahun 2016 korang? Azam korang untuk tahun ni tercapai ke tidak? Sekiranya tercapai Alhamdulillah dan tahniah aku ucapkan pada korang. Aku pulak nampaknya kena bawak lagi lah azam tahun ni ke tahun hadapan. Hahahha. Aku pasti banyak suka duka tahun 2016 korang kan? Sama lah juga dengan aku. Memang banyak perkara suka duka telah aku lalui sepanjang tahun 2016 ini. 




Tahun 2016 merupakan tahun di mana bermulanya kerja aku sebagai seorang blogger sepenuh masa. Kalau nak ikutkan aku ada blog ni dah lama kot. Masuk 6 tahun dah cuma tak berapa aktif sangat dan tahun 2016 adalah tahun aku kembali aktif sebagai blogger dan jadikan blog aku sebagai salah satu karier. Haa gitu. Alhamdulillah, aku dapat juga merasa income hasil dari blog aku ni dan berjaya memiliki domain aku sendiri. Hasil dari blog juga lah aku dapat bayar bil wifi rumah aku ni. Hehehe.. Mungkin ini adalah satu pencapaian buat aku sebagai seorang blogger. Walaupun pada hakikatnya masih jauh perjalanan aku sebagai seorang blogger.

Tahun 2016 juga banyak mengajar aku erti kesabaran dan pengorbanan. Berkorban laa untuk orang yang tersayang tapi orang tu tak tahu nak hargai kita pun. Tapi takpe aku anggap semua tu sebagai dugaan dan cabaran buat aku. Allah sedang menguji aku. Aku akan sabar dalam menghadapi apa jua situasi yang melanda aku. 

Kalau nak di ikutkan tahun ni bukan lah tahun yang banyak kisah sedih buat aku. Kontra. Ada sedih dan ada duka. Mungkin aku dah pandai kawal emosi aku kot. Sebab tu aku rasa macam tak sedih sangat. Hahahha. Dah besar aku rupanya. Umur pun dah nak masuk 26 tahun kan. Cuma tak kawen je lagi. Nak buat macam mana, jodoh tak tiba lagi. Masih sesat di awangan. Hahahaha..

Impian aku untuk 2017 ialahhhhh. Nanti masuk tahun 2017 aku cerita kat korang. Sekarang ni aku nak cerita kisah sepanjang tahun 2016. Tapi bukan semua laa. Aku cerita yang mana aku ingat je la.. Hahhaa. Sebenarnya takde apa yang menarik sangat pun untuk tahun ni. Sebab aku banyak habiskan masa aku duduk di rumah mengadap henpon dan laptop je. Dan juga masak sekiranya aku rajin. Hahahaha. Itu je lah kan. Praktis untuk jadi suri rumah lah katakan. Hihihihi..

Walaupun tahun 2016 tidak banyak sangat kenangan manis yang aku perlu ingat tetapi ianya akan tetap menjadi memori buat aku. Semoga kehadiran 2017 membawa sejuta makna dalam hidup aku dan semoga aku dipertemukan prince charming aku. Hahahahha. Apa pula kisah 2016 korang? Meh la kongsi dengan aku ni. Hehehe.. Ok lah korang. Babai..




7 komen

cari charming baru kak zatie. hehhe. jngn pikir sal semalam dah. taw taw. charming 2017

Eh eh terselit jugak gambar Iolsss dekat situ. Heheh :)

Semoga wishlist 2017 kak zati menjadi kenyataan. hihihi....

Selamat tahun baru..semoga wishlist tercapai

selamat menyambut tahun baru kak zatie :)

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon