Resepi Ayam Goreng Kunyit

9:37:00 PM
Hai semua. Selamat berhujung minggu. Haaa. Esok hari cuti kan.. Mesti ramai yang meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Jadi, memandangkan aku pun dah lama tak kongsi resepi di blog aku ni. Rasa macam rajin pulak nak kongsi resepi dengan korang. Mana lah tahu kot nak masak untuk anak-anak dan suami tetcinta.  Resepi ni mudah je sebenarnya. Tak tunjuk pun takpe. Hahahaha.. Sangat lah mudah hokeyyy. Tapi aku nak kongsi lah jugak kot ada yang nak tahu kan cara-cara nak buatnya. Resepi yang aku nak kongsikan kali ini ialah Resepi Ayam Goreng Kunyit. Haaaa. Korang nak tahu tak resepi ayam goreng kunyit dari aku ni? Kalau nak tahu kena baca sampai habis tau. Hehehe.

Resepi Ayam Goreng Kunyit



Resepi Ayam Goreng Kunyit


Bahan-bahan:
- Seketul dada ayam (dipotong kecil)
- Garam kunyit / serbuk kunyit
- 3 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- Kacang panjang
- Lada besar


Cara membuatnya:
1) Gaulkan dada ayam yang dipotong kecil dengan garam kunyit. Anda boleh juga menggunakan serbuk kunyit tetapi saya menggunakan kunyit hidup yang di blender bersama garam.

2) Goreng potongan ayam yang telah digaul tadi sehingga kuning keemasan. Jangan goreng terlalu garing. Angkat ayam yang sudah digoreng dan toskan.

3) Dengan menggunakan lebihan minyak yang telah anda gunakan untuk menggoreng ayam tadi, tumiskan bawang putih bersama bawang besar. Biarkan ia layu sedikit.

4) Kemudian, masukkan sayur kacang panjang ke dalam kuali. Letakkan juga sedikit garam dan serbuk perasa.

5) Akhir sekali, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi ke dalam kuali dan juga lada besar. Kacau hingga sebati. Lepas tu tutup api dan boleh di hidang bersama nasi putih. Lagi sedap kalau makan dengan tomyam.

Mudah je kan? Memang mudah pun sebenarnya buat ayam goreng kunyit ni. Campak-campak je terus siap. Haaa, gituuuu. Hehehe.. Resepi ni pun aku main bedal je sebenarnya.. Haha. Nasib baik jadi uolls. Mak aku pun puas hati sebab dia yang beria suruh aku masakkan. Hihi.. Ok lah korang. Babai.


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

12 komen

Write komen
December 17, 2016 at 12:27 AM delete

buleh doh nikoh ni slow2...

Reply
avatar
December 17, 2016 at 12:54 AM delete

dop nikoh slow2...klu nikoh keno laju..haha :>)

Reply
avatar
Amanda Suria
AUTHOR
December 18, 2016 at 12:36 AM delete

PM tepi pinggan cantik tu..rare tuh...ayam goreng kunyit..wah dah boleh bukak kedai makan dah ni

Reply
avatar
Nik Ainaa
AUTHOR
December 18, 2016 at 2:47 PM delete

ainaa biasanya goreng2 biasa jah tapi boleh ni nk try. hehehe

Reply
avatar
December 19, 2016 at 10:22 AM delete

wah sedap ni makan dengan nasi panas2! hehe

Reply
avatar
Fieza Sani
AUTHOR
December 21, 2016 at 10:27 AM delete

akak kalau datang malas nak masak, goreng ayam kunyit ni je..sap sap, siap..hehe

Reply
avatar
Husna Rahman
AUTHOR
January 8, 2017 at 4:29 PM delete

simple tapi pecayelah sangat sedap

bertambah2 makan..takde yg lain pun takpe

Reply
avatar
Ummul Azkee
AUTHOR
January 10, 2017 at 11:37 PM delete

buh carrot skali pun sodap.. beria orang tu msk sayur. makan ke hikhik

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon