Romano | Tingkatkan Keyakinan Diri Untuk Lelaki Urban
Lelaki amat mementingkan penampilan dan gaya untuk menjalankan aktiviti yang dilakukan seharian. Bagi lelaki penampilan yang menarik dan kemas merupakan simbolik untuk lebih meningkatkan keyakinan dalam diri. Jadi, memang wajarlah kalau kita sering lihat lelaki sering berpenampilan dengan kemas dan bergaya apabila melakukan sesuatu tugas luaran. Oleh itu, Romano yang popular dengan semburan deodoran hadir dengan formula sinergistik yang diperbaharui berserta haruman maskulin yang berpanjangan dan perlindungan serta kesegaran maksimum. Wangian Romano ini pastinya lebih meningkatkat lagi keyakinan diri untuk lelaki urban zaman ini.
Romano | Tingkatkan Keyakinan Diri Untuk Lelaki Urban
Semburan deodoran Romano ini mempunyai wangian maskulin premium dan formula cepat kering yang diperbaharui mampu memberikan kesegaran sehingga 24 jam dan memberikan perlindungan kepada lelaki yang memerlukan keyakinan dalam rutin harian mereka. Semburan deodoran ini mempunyai kandungan antibakteria yang mampu melindungi anda daripada bakteria dan menghalang pembentukan bau badan yang mampu menggugat keyakinan.
Ianya didatangkan dengan empat jenis haruman yang berbeza mengikut gaya anda ini lebih berkesan dengan peningkatan 20% tahap kekuatan harumannya. Semburan ini pastinya dapat bertahan lama dan membolehkan anda berbau harum dan segar sepanjang hari. Pek baharu semburan deodoran Romano ini menunjukkan tentang lelaki maskulin yang sentiasa cemerlang dalam setiap perkara yang dilakukan tetapi masih mampu mengekalkan kesegaran sepanjang hari.
Romano Metro Pulse
Dimulakan dengan adunan Citrusy dan Aqueous yang
menyegarkan, dicampur bersama Pudina dan Sage
yang menyamankan serta diakhiri dengan kehangantan Woody. Segar dan provokatif, haruman ini sempuran untuk lelaki
urban yang bersemangat tinggi.
Romano Prestige
Menyaksikan keindahan campuran Black Pepper dengan Citrus yang
dijalinkan bersama kemewahan Lavender
dan Sage serta didasari bauan Amber Woody.Tarikan utama haruman ini
adalah esen akuatiknya yang menggoda menjadikan ia wangian mewah kepada lelaki
sofistikated dan berpengaruh.
Romano Classic
Berteraskan wangian Woody hasil adunan minyak daripada pokok nilam dan cendana. Esen
tumbuhan aromatiknya pula memberikan kesegrana dengan sedikit adunan Citrus serta Spices. Kehangatan esen-esen tersembunyi kemudiannya membentuk
wangian ini sebagai satu epitome terhadap ciri versatil. Ia dicipta untuk
lelaki perkasa moden dengan tarikan yang merentas zaman.
Romano Urbane Attitude
Difokuskan terhadap kesegaran haruman Fougére daripada Lavender bersama
percikan Bergamot dan perahan Lemon. Esen buah-buahan eksotik seperti Nanas dan
Cassis menambah sentuhan berkarisma
manakala esen sensual kesturi dan Woody menyepurnakan haruman dinamik ini.
Paling sesuai untuk lelaki urban bergaya dengan personality yang menyerlah.
4 komen
👍👍👍👍
ReplyDeleteromano memang pilihan lokman...xpilih lain dh.
ReplyDeleteSeronok laki ai bila dpt romano ni heheh
ReplyDeleteTahu bau dashing je selama ni, hehehehe, affordable juga harganya, bleh recommend kat org ni.
ReplyDeleteHai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)