Sunday, January 31, 2016

Giveaway 2016 TAHUN IMPIAN KITA by Mawar Assufi

Assalamualaikum. Hari ni nak merajinkan diri dengan menyertai giveaway dari blog Mawar Assufi. Giveaway ini diberi nama Giveaway 2016 TAHUN IMPIAN KITA by Mawar Assufi


Klik banner untuk join

Impian Dalam Hidup yang Ingin Anda Capai Dalam Tahun 2016 Ini

Setiap orang ada impian dan cita-cita tersendiri. Sama lah juga dengan zati. Kalau nak di ikutkan memang banyak la impian zati tapi untuk tahun 2016 ni zati perlu fokus pada yang penting sahaja. Hehehe.. Apa yang penting tu ehh? Impian zati untuk tahun 2016 ni adalah semestinya nak dapat kerja tetap. Hampir setahun habis degree tapi kerja tetap belum ada. Boleh dikatakan dalam kategori yang masih belum punya pengalaman kerja. Sedih ke tak? Tak sedih pun. Hahaha. Memang dah zaman sekarang susah nak dapat kerja sebab lambakan graduan universiti terlalu ramai. Tapi zati pun sangat lah mengharap yang tahun ni bakal membawa sinar baru dalam hidup zati. Nak dapat kerja tetap supaya boleh bantu mak ayah. Kesian mak ayah zati. Zati sedih jugak sebab belum mampu nak tolong mereka. Huhuhu.. Selain tu juga, impian zati tahun ni adalah mesti lah nak kawen, Hahahha. Gatainya aku. Umur pun dah masuk 25. Memang dah masuk umur wajib untuk kawen pun. Ehhh. Hehehe.. Lagipun buat apa bercinta lama-lama kan. Ok.. Jangan tanya siapa orangnya. Hahahah..  Ok lahh.. Itu sahaja impian zati untuk tahun 2016. Yang penting adalah dapat kerja tetap. Hehehe..

Nak tag:


Selesai sudah. Jom join giveaway ni. Tarikh tutup giveaway pada 15 Februari 2016.. Babai..










Frust Ke Mat Luthfi Kahwin?

Assalamualaikum. Sehari dua ni penuh wall facebook dengan orang dok share status dan gambar Mat Luthfi kawen. Aduhaii. Rata-rata yang dok share tu pulak adalah perempuan. Hangpa frust kan tengok Mat Luthfi kawen. Betol tak?  Hahahha. Terasa lawak pun ada juga. Aku paham sangat laa mesti korang rasa melepas bila tengok Mat Luthfi kawen. Hehehe. Sabar je la ehh. Nanti ada la tu klon Mat Luthfi yang bakal jadi suami korang. Tak dapat Mat Luthfi pun dapat klon Mat Luhfi pun jadi la kan. Yer dakk? Hahahaha. 


Sumber gambar: Facebook Era FM


Agak-agak korang aku frust ke tak tengok gambar Mat Luthfi kawen? Aku sikit pun tak rasa frust. Takde masa nak frust bagai ni. Aku ni bukanlah peminat tegar Mat Luthfi pun. Tapi memang suka la tengok video-video yang dia buat tu. Kreatif ok. Banyak benda lagi yang perlu aku frust kan. Lagi pun Mat Luthfi bukannya kenal aku pun. Nak frust buat apa. Tapi kalau Shahrol Shiro kawen aku frust kot. Ehhh, tetiba pulak. Yang tu lain sikit laa. Takde kaitan. hahahah.. Aku lagi frust kalau tak dapat kerja. Kalau takde kerja macam mana nak ada duit? Sekarang ni semua benda nak pakai duit. Korang nak berak kencing pun kena bayar jugak hokey. Sampai macam tu sekali kehidupan zaman sekarang. Semua benda bayar. Parking pun kena bayar. Masuk tandas pun kena bayar. PTPTN pun semakin bertimbun hutang. Tu pun belum mampu lagi nak bayar. Aduhai. Mengeluh seketika.

Kalau setakat nak frust tengok Mat Luthfi kahwin tu tak payah la. Ada baiknya korang doakan dia semoga berkekalan hingga ke jannah. Itu lagi baikkan. Jangan lupa juga doakan semoga diri korang sendiri dapat calon jodoh yang baik. Bukan yang tahu nak mengambil kesempatan atas diri korang. *Pesanan untuk diri sendiri jugak*  huhuhuhu.. 

Untuk Mat Luthfi, selamat pengantin baru yerr Mat. Semoga bahtera perkahwinan yang hang bina berkekalan hingga ke syurga. Amiiinn...


Sekian..


Wednesday, January 27, 2016

Wordless Wednesday - "Aku Okay"

Assalamualaikum..




Kadang-kadang hanya mulut kata "okay" tetapi hati tidak menyatakannya. Adakah aku okay saat dan ketika ini? Hanya Tuhan Yang Tahu.. Huhuhu..

Wassalam..


Monday, January 25, 2016

Pemenang Anugerah Juara Lagu 30

Assalamualaikum. Semalam telah berlangsungnya sebuah anugerah yang berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu 30 ( AJL 30) yang mengangkat tema "3 Dekad Mencipta Fenomena". Tema ini di angkat bagi mengiktiraf pengangjuran anugerah selama ni 3 dekad sekaligus memberi pengiktirafan kepada para penggiat seni tanah air yang pernah turut serta selama pengangjuran anugerah ini. Anugerah Juara Lagu 30 kali ni telah berlangsungnya di Stadium Melawati Shah Alam dan di taja oleh Pamoga Qu Putih. Fara Fauzana dan AG telah dipilih sebagai pengacara bagi Anugerah Juara Lagu 30 untuk kali ini. Gandingan yang mantap tapi kurang umpph sikit la. Seperti tahun sebelumnya, sebanyak 12 lagu yang bertanding dan setiap lagu mempunyai kekuatan masing-masing. Antara lagu yang berjaya melangkah ke AJL 30 kali ini ialah Potret (Akim & The Majistret), Hanya NamaMu (Caliph Busker), Angin Kencang (Noh Salleh), Sampai Mati (Hazama), Bukan Hal Aku (Kaka Azraf ft Alif Sleeq), Malam Ini Kita Punya (Bunkface), Assalamualaikum (Faizal Tahir), Knock Knock (Elizabeth Tan), Not For Sale (Stacy ft Altimet), Mana Mungkin ( Black), Biarkanlah (Drama Band) dan Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah). Tahniah diucapkan kepada Akim & The Majistret di atas kemenangan memenangi AJL 30 kali ini.



Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 30:

Juara Lagu: Potret (Akim & The Majistret)
Tempat Kedua: Assalamualaikum (Faizal Tahir)
Tempat Ketiga: Hanya NamaMu (Caliph Busker)
Vokal Terbaik: Dayang Nurfaizah - Tak Pernah Menyerah 
Persembahan Terbaik: Potret (Akim & The Majistret)


Anugerah Juara Lagu 30- Ramai yang mengatakan persembahan dari artis yang bertanding kurang memuaskan jika nak di bandingkan dengan persembahan artis jemputan. Ermm, bagi zati pun sama lah. Dari permulaan sampai la habis zati tengok AJL semalam. Zati akan imbas kembali beberapa persembahan lagu yang menarik perhatian zati ok. hehehe.. Bunkface memulakan persembahan dengan lagunya Malam Ini Kita Punya. Persembahan dari Bunkface semalam cukup meriah namun rezeki tidak berpihak kepada mereka. Persembahan yang zati nantikan adalah dari Hazama dengan lagu Sampai Mati tapi persembahan Hazama semalam seperti kurang menyengat dan seola-olah ada gangguan sewaktu Hazama melakukan persembahan. Pape pun tahniah Hazama kerana berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 30. Persembahan yang penuh keinsafan dari Caliph Busker dengan Lagu Hanya NamaMu cukup memukau penonton. Lagu yang sarat dengan mesej tu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim berjaya merangkul tempat ketiga AJL 30. Tahniah buat Caliph Busker. Begitu juga dengan persembahan dari Faizal Tahir dengan lagunya Assalamualaikum yang mana mampu membuatkan penonton berasa sayu apabila dia memaparkan video-video mangsa peperangan di Syiria. Persembahan yang simple dari Faizal Tahir tetapi mampu meninggalkan kesan yang mendalam buat penonton. Akim & The Majistret yang membawakan lagu Potret juga berjaya memukau penonton dengan persembahan yang cukup bertenaga. Seperti yang kita semua tahu, lagu Potret ni boleh dikatakan lagu berhantu kerana digilai oleh ramai peminat termasuklah zati. Pasti anda masih mengingati yang lagu ni pernah menjadi lagu tema bagi drama Dia Isteri Luar Biasa. Macam mana tak berhantu lagu Potret ni. Turut menjadi perhatian adalah persembahan dari Stacy Ft Altimet dengan lagu Not For Sale. Seperti tahun sebelumnya, Stacy semestinya membuat persembahan yang cukup memukau dengan tariannya. Namun, bukan rezeki Stacy lagi untuk memenangi sebarang Anugerah di AJL 30. 2 tahun berturut-turut Dayang Nurfaizah memenangi Vokal Terbaik yang mana tahun ni dengan lagu Tak Pernah Menyerah. Dayang Nurfaizah antara artis otai yang berjaya menempatkan diri di AJL 30. Tak dapat dinafikan lagi keenakan vokalnya yang mampu menarik perhatian juri untuk memberi peluang kepada Dayang sekali lagi memenangi bagi kategori Vokal Terbaik. 

Setiap anugerah pastinya akan ada persembahan dari artis undangan. Persembahan AJL 30 kali ni dengan menjemput kembali artis-artis yang pernah memenangi gelaran Juara Lagu pada suatu ketika dahulu antaranya Dato Siti Nurhaliza, Yassin, Hafiz Suip, Jamal Abdillah, Jaclin Victor, Rahmad Mega dan Azlan The Typewritter. Persembahan pembukaan dimulakan dengan persembahan dari Dato Siti Nurhaliza, Yassin dan Jamal Abdillah yang mana masing-masing bergabung melakukan persembahan dengan membawa lagu-lagu yang pernah dinobatkan sebagai Juara Lagu pada suatu ketika dahulu. Lagu yang dipersembahkan oleh mereka ialah Cindai, Mimpi Laila dan Ghazal Untuk Rabiah. Persembahan pembukaan yang cukup bertenaga dari barisan bekas Juara Lagu ini. Persembahan selingan dari dari Hafiz dan Jaclin Victor cukup memukau penonton. Vokal Hafiz dan Jaclin sangat bertenaga dan memberi impak yang positif buat penonton yang menontonnya. Persembahan terakhir dari Rahmad Mega dan Azlan The Typewritter bergabung dengan membawakan lagu seperti Lagu Untukmu, Takdir Dan Waktu dan Itu Kamu. 

Secara keseluruhan persembahan AJL 30 kali ini hambar. Kebanyakan artis seperti tidak cukup bertenaga untuk melakukan persembahan. Opsss. Mengapakah? Namun, itu hanyalah pendapat peribadi dari zati sahaja. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Tapi yang peliknya, slot untuk Dato Vida macam kejap je. Ingatkan dia akan berdiri atas pentas dan mendengar celotehnya yang pasti akan membuatkan penonton terhibur. Tahniah zati ucapkan buat semua pemenang dan sememangnya anda memang layak bergelar pemenang. 

Sekiann.. 



Saturday, January 23, 2016

Bila Perempuan Sakit Hati

Assalamualaikum. Perempuan sudah sinonim dengan kelembutan hati dan sifat manja. Yela, sikit-sikit nak nangis. Sedih sikit nangis. Walhal kalau dia dalam keadaan marah pun dia boleh nangis juga. Itulah perempuan. Tak dapat dipisahkan dengan airmata. Bagi perempuan airmata itu sebagai tanda untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati. Lepas nangis automatik rasa tu akan hilang. Dia akan pulih seperti sediakala. Namun kaum lelaki sila berhati-hati jika gadis kesayangan anda mula menunjukkan perubahan sikapnya terhadap anda. Kadang-kadang orang lelaki ni tak perasan pun yang orang perempuan ni tengah sakit hati. Kalau dia tahu pun dia buat bodoh je. Sekali lagi zati cakap. Awas yerr. Orang perempuan takkan lupa sedikit pun kesalahan yang pernah anda lakukan. Baik kesalahan kecil ataupun besar. Mungkin dia takkan sebutkan satu persatu bila berhadapan dengan anda namun, itu bukan bermakna dia sudah lupa setiap perkara yang terjadi.



Bila Perempuan Sakit Hati- Orang lelaki takkan sedar yang dia pernah sakiti hati perempuan. Semua benda kena cakap dulu barulah mereka tahu dan faham. Tapi lepas tu buat balik benda sama. Akhirnya, orang perempuan juga la yang terpaksa ambil inisiatif sendiri dengan mengabaikan sahaja rasa sakit hati dan kecewa demi menjaga hubungan kalian. Orang perempuan ni memang sangat penyabar. Tersangat penyabar tapi anda si lelaki juga perlu ingat kesabaran seorang wanita tu ada juga limit dia. Selalunya bila si lelaki marah pasangan dia, apa yang mampu orang perempuan buat adalah diam. Kalau mencelah kan tak pasal-pasal ada yang lebam kat pipi.

Bila seseorang perempuan tu dah mula sakit hati dia akan pendam. Lepas pendam dia nangis. Bila dia dah ok dia akan jadi pendiam dan cuba lupakan apa yang berlaku. Tapi jangan terkejut bila dia tak nak layan korang lagi. Masa tu usaha la balik untuk memenangi hati dia. Tawan hati dia kembali. Ada perempuan jenis mudah lembut hati. Mudah dipujuk. Ada juga yang jenis susah dipujuk. 10 kali pujuk baru lah dia nak layan anda balik. Perempuan yang susah makan pujukan rayu ni memang kena sabar banyak la yerr. Sape suruh sakitkan hati dia? Tak pasal-pasal dia merajuk teruk. Si lelaki juga yang pening kepala fikir nak pujuk buah hati kesayangan.

Perempuan memang tak suka bila dia dapat tahu orang dia sayang mula menduakan dia. Dia setia kat kau bagai nak mati tapi korang dengan semudahnya curang belakang dia. Ingat senang ke nak terima? Hey, kalau zati pun susah nak terima ok. Memang bernanah la hati ni. Kau pujuk la macam mana memang dia takkan terima. Tetapi kalau perempuan yang jenis hati lembut memang dia akan mudah bagi peluang kedua. Sebab dah sayang kan. Memang tak dapat nak dinafikan lagi. Namun, itu semua terserah pada setiap individu yang menilai pasangan masing-masing. 

Sekian..


Wednesday, January 20, 2016

Andai Lelaki Tahu

Assalamualaikum. Perempuan ni bila sedih dia susah nak luahkan rasa sedih tu pada orang yang dia sayang kerana dengan harapan orang yang dia sayang tu akan memahami apa yang sedang dihadapinya. Kadang-kadang orang perempuan ni juga lagi suka memendam akan setiap kelukaan yang dia rasakan. Bukan senang ok. Tapi orang lelaki ni bukannya paham sangat apa yang perempuan rasa. Ada yang kata faham tapi buat tak tahu je. Huhhh, yang tu lagi menyakitkan hati. Kadang-kadang kalau kita luahkan apa yang kita rasa pun orang lelaki ni masa tu je laaa dia peduli. Cakap tak nak buat lagi camtu. Nak berubah la. Itu la. Ini la. Lepas tu ulang balik buat benda sama. Akhirnya, orang perempuan juga yang makan berulamkan jantung. Haihhh. Andainya Lelaki Tahu yang perempuan ni sayang sangat kat mereka. Tapi masalahnya hanya tahu sahaja. Fahamnya tidak.. Huhuhu.. Zati ada sediakan satu coretan khusus untuk lelaki semua dan khususnya untuk awak jugak. (tu pun kalau awak baca blog saya ni) Hehehe..



ANDAI LELAKI TAHU
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
ANDAI LELAKI TAHU
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
ANDAI LELAKI TAHU
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
ANDAI LELAKI TAHU
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
ANDAI LELAKI TAHU
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
ANDAI LELAKI TAHU
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .
ANDAI LELAKI TAHU
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.
ANDAI LELAKI TAHU
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
ANDAI LELAKI TAHU
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.
ANDAI LELAKI TAHU
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
ANDAI LELAKI TAHU
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
ANDAI LELAKI TAHU
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
ANDAI LELAKI TAHU
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.

Jadi, lelaki di luar sana dan terutama sekali awak tu silalah hadam yerr apa yang daku coretkan ini. Bukan susah sangat pun. Hati Seorang Perempuan ni lembut je. Keras luaran sekalipun tapi hati dia tetap lembut seperti kapas. Huhuhu.. Okbaiii..

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.

[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

Monday, January 18, 2016

Lirik Lagu Terimaku Seadanya- Misha Omar Ft Hafiz Suip

Assalamualaikum. Rasanya dah lama kan kita tak dengar lagu baru dari Misha Omar. Zati ingat lagi dulu suka sangat nyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta nyanyian Misha Omar. Masa tu lagu Bunga-Bunga Cinta ni memang meletup sangat la. Menjadi juara carta di setiap stesen radio. Dan kali ini Misha Omar tampil dengan single terbaru tapi kali ni dia tampil dengan lagu duet bersama Hafiz Suip. Gabungan yang cukup hebat jugak untuk kali ni. Single terbaru kali ni merupakan OST bagi drama Uda dan Dara yang bakal disiarkan di astro. Tajuk lagunya adalah Terimaku Seadanya. Lirik lagu dia simple tapi cukup bermakna bagi mereka yang betul memahami maksud lirik lagu ini. Hehehe.. Jadi, kali ni zati nak belanja lirik lagu Terimaku Seadanya nyanyian Misha Omar Ft Hafiz Suip. 



Lirik Terimaku Seadanya- Misha Omar Ft Hafiz Suip

Berlarutan rindu ini membunuhku,
Hingga aku jadi tak daya begini,
Mekar lagi bunga yang engkau berikan,

Apakah masih ada jawapannya,
Ku idamkan cinta ini,
Tapi ku tidak tahu,
Bagaimana hendak ku buktikan,

Segalanya kembali segar semula,
Hingga aku sukar melupakan semua,
Berlarutan wajahmu sering dimata,
Apakah kau masih seperti dulu,

Ku idamkan cinta ini,
Tapi ku tidak tahu,
Bagaimana hendak ku buktikan,

Ku idamkan saat ini,
Berdoa kan kembali,
Agar tuhan bukakan semula, hati ini,

Moga kita berdua kan mengerti 
Segala yang telah terjadi,





Yang pasti vokal Misha Omar memang tidak pernah mengecewakan. Lagu ni boleh buat orang jatuh cinta untuk mendengarnya. Hihihi.. Oklah.. Babai..





Bajrangi Bhaijaan | Filem Yang Menyentuh Emosi

Assalamualaikum. Ketika orang lain masih lagi demam dengan filem Dilwale, zati pulak terdemam dengan filem Bajrangi Bhaijaan ni. Gigih kau download cerita ni. Filem Dilwale pun zati belum tengok lagi tau. Padahal tak jumpa cari link nak download filem tu. Hehehe. Pada mulanya zati pun tak tahu juga pasal filem Bajrangi Bhaijaan ni tapi ramai kawan blogger dok cakap yang filem ni memang patut tengok sebab jalan cerita yang boleh membuatkan penonton menangis. Jadi zati pun teringin juga lah nak tengok filem ni. Hihihi.. Seharian tunggu download filem ni sebab line internet slow. Sabar aje lah.. huhuhu. Filem ini dibintangi oleh Salman Khan, Kareena kapoor serta Harshaali Malhotra sebagai teraju utama. Zati nak buat sedikit review pasal filem ni yerr.. Pertama kali ni nak review filem hindustan kat blog. Hehehe..




Bajrangi Bhaijaan mengisahkan seorang gadis kecil bernama Shahida yang tidak mampu bercakap selepas mengalami insiden terjatuh dari tebing yang tinggi tetapi terselamat kerana dia tergantung pada sebuah pokok. Ibu Shahida sangat risau kerana anaknya hilang keupayaan untuk bercakap dan berhasrat untuk membawa Shahida ke Delhi India dengan harapan Shahida boleh bercakap seperti kanak-kanak lain. Sewaktu pulang dari Delhi, kereta api yang mereka naiki berhenti untuk pembaikan pulih dan Shahida mengambil peluang untuk turun dari kereta api tersebut kerana ingin bermain dengan seekor anak biri-biri. Tanpa Shahida menyedari kereta api itu bergerak dan menyebabkan dia terpisah dengan ibunya. Dia berusaha dengan menaiki kereta api yang membawa muatan barang namun hampa apabila kereta api tersebut berhenti disebuah negeri Haryana. Di situ dia telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Pawan Kumar Chaturvedi yang juga digelar dengan nama Bajrangi yang mana dia merupakan seorang yang kuat pegangan agama Hindu Hanuman. Bajrangi memberi nama Shahida dengan nama Munni dan berusaha untuk mencari kembali keluarga Shahida.

Bajrangi membawa Munni pulang ke rumah Rasika tetapi dia mendapat tentangan dari ayah Rasika yang melarang Bajrangi supaya Munni tinggal di rumah mereka kerana dia mengetahui asal usul Munni. Walaubagaimana pun Rasika sangat menyukai dan menyayangi Munni kerana dia merasa kasihan pada kanak-kanak malang itu. Apabila ayah Rasika mengetahui yang bahawa Munni merupakan warga Pakistan, dia mendesak Bajrangi agar menghantar Rasika pulang ke tanah airnya dengan membawa Munni pegi ke kedutaan Pakistan di India namun pihak kedutaan tidak mahu menerima Munni kerana dia memiliki pasport dan visa. Pelbagai usaha yang cuba dilakukan oleh Bajrangi untuk menghantar Munni kepada ibu bapanya namun gagal. Setelah itu, Bajrangi membuat keputusan untuk menghantar sendiri Munni pulang ke pangkuan keluarganya walaupun dia tidak memiliki pasport dan visa dengan melalui sempadan. 

Setibanya mereka di pintu masuk Pakistan, Bajrangi perlu berhadapan dengan penguatkuasa dan mereka tidak mengizinkan Bajrangi dan Munni memasuki Pakistan kerana mereka menyelinap masuk negara itu secara haram tanpa pasport dan visa. Tetapi Bajrangi seorang lelaki yang jujur berusaha memujuk penguatkuasa itu supaya membenarkan mereka memasuki Pakistan dengan harapan dia dapat mengembalikan Munni pulang ke pangkuan keluarganya. Akhirnya, penguatkuasa itu membenarkan mereka memasuki Pakistan dan meminta Bajrangi kembali semula ke situ selepas menghantar Munni pulang kepada keluarganya. Setelah itu, Bajrangi ditangkap oleh polis dan dituduh sebagai perisik negara kerana dia memasuki Pakistan secara haram. Apakah yang terjadi seterusnya? Berjayakah Bajrangi membawa pulang Shahida atau Munni ke pangkuan keluarganya. Semua tu kena lah tengok sendiri. Taknak lah cerita semua nanti tak surprise pulak. hehehe..

Apa yang pasti filem ni memang berjaya buat zati mengalirkan air mata. Memang menyentuh hati dan perasaan. Jalan cerita yang padat dengan pengisian sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Sedih lucu gembira semua ada dalam filem ini. Sekian sudah sedikit ringkasan cerita dari zati untuk korang semua. Nak tengok Dilwale pulak. Hehe.. Okbaiii..


Friday, January 15, 2016

Tawaran Istimewa Dari PTPTN

Assalamualaikum. Zati yakin mesti masih ramai yang belum melunaskan hutang PTPTN. Betol tak? Zati pun sama laaa. Belum bayar pun hutang PTPTN ni. Bukan makin sikit tapi makin banyak padahal tak tahu pun berapa jumlah keseluruhan hutang PTPTN zati. Tapi zati yakin memang banyak jugak laa sebab campur diploma dan degree. Haihh. Mana la nak cari duit nak bayar PTPTN ni ehhh? Lain la kalau dapat kawen dengan anak jutawan. Ehhh. Berangan je la zati oiii. Hahaha.. Semalam kawan zati ada bagitahu yang bahawa PTPTN ada membuat tawaran istimewa kepada peminjam yang masih mempunyai tunggakan. Boleh rujuk gambar di bawah.




Jadi buat anda yang masih mempunyai tunggakan ataupun belum lagi membuat bayaran balik PTPTN ni boleh la merebut peluang keemasan ini termasuk lah zati. Tetapi kan nak bayar macam mana la walaupun RM300? Mana la zati ada duit banyak tu. Alahai.. Sedihhh. Haha. Nak pegi pejabat PTPTN tu pun satu masalah jugak. Hurmm. Tapi walau macam mana pun kena selesaikan jugak dengan pihak PTPTN ni. Takkan la nak buat senyap je kan. Hutang bukan makin sikit tapi makin menimbung. Aduhaii. Nak save bajet untuk kawen pun tak lepas ni. Ehhh. Takde. Itu hanya main-main. Mohon abaikan. Hihihi.. 

Walau macam mana pun peluang masih ada. Tawaran ini sehingga 20 Januari sahaja tau. Jadi, buat anda yang rasa ada 300 tu boleh la buat bayaran pendahuluan ni sementara nama korang belum lagi tersenarai dalam senarai hitam. Nanti nak melancong jauh pun susah oiii bila nama dah disenarai hitam ni.. Hancur musnah nak pegi honeymoon obersi. Hihihi. Dan zati masih lagi kena fikirkan macam mana nak selesaikan masalah ini. hurmmm..

Oklahh.. Kalau zati tersalah bagi info maafkan saya yerr. Maklumlah zati sebenarnya kurang faham pasal PTPTN ni. Apa yang zati tahu pasal tawaran yang PTPTN buat tu je. Hehehe. Selebihnya kalau korang nak tahu lagi kena pergi rujuk pegawai PTPTN yang terdekat dengan kawasan rumah korang.. Okbaiii..


Pabila Tahap Kerabunan Makin Tinggi

Assalamualaikum. Bila dah jadi rabun ni nak tengok orang pun tak nampak lagi-lagi bila orang tu jauh dari pandangan mata kita. Nampak kabur je. Kalau dia senyum pun memang kita tak tahu lah. Itu lah yang zati alami bila zati tak pakai speck mata. Nak tengok orang dari jauh pun memang tak nampak laaa. Jangan harap la zati akan kenal muka orang bila tengok dari jauh apatah lagi nak senyum. Baru-baru ni zati singgah la kat kedai jual barang cermin mata ni sebab nak cek mata zati. Macam teringin nak tahu tahap rabun mata zati ni banyak mana. Ermmm, memang tak sangka laa rupanya makin naik. Daku ingatkan makin sikit. Hahahaha. Dah la masa tu tak pakai speck mata ataupun lens. Bajet mata tu nampak sangat. Lens pun lama dah tak beli. Uhukk. Sedih.. 

Speck yang banyak berjasa

Speck mata zati ni dah lama kot. Dari zati zaman masuk degree dulu. Masa tu power speck ni baru 200 dan sekarang dah naik 300. Tapi naik sikit laa untuk tempoh masa 2 tahun. Hihihi. Nasib baik bukan 500. Kalau 500 memang dah tak boleh berpisah dengan speck la jawabnya. Bukan setakat rabun jauh je, silau pun ada juga. Dulu takde silau. Mungkin terlalu terdedah pada cahaya kot. Kuat sangat ngadap fon. Ehhh. Hehehe.. Speck zati tu pun dah rosak sikit. Kadang-kadang bila zati pakai speck tu rasa pening dan sakit kepala. Fuhhhh. Memang berat kepala laa. Sebenarnya zati bukan suka sangat pakai speck ni. Pakai bila perlu je. Masa belajar dulu pun pakai bila dok dalam kelas. Lepas kelas buang. Simpan dalam beg. Hahaha. Kalau pakai pun waktu malam sebab bila malam memang kurang nampak la sebab gelap kan. Hihihi. 

Jadi kalau korang nampak zati dari jauh tu dan zati tak tegur korang atau tak senyum jangan marah hokeyy. Maklumlah bila si rabun tak pakai speck jangan harap lah nak kenal orang. Kena datang dekat baru lah zati kenal orang tu sape. Hehehe. Nak beli speck baru takde duit lagi. Kena menabung dulu. Beli lens dulu la jawabnya. Tapi nak beli lens pun tak cukup duit walaupun lens murah. Kesian kan. Hahaha. Tapi kalau ade orang nak bagi speck atau lens baru untuk zati, zati terima dengan hati terbuka. Nak keluar jalan-jalan pun tak selesa sebab kurang nampak. Pandangan memang kabur untuk lihat objek yang jauh. Terpaksa kecilkan biji mata tu pun belum nampak oiiii. Huhuhu...

Oklahh.. Babai..

Thursday, January 14, 2016

First Segmen : Mini Giveaway By Si Chubby

Assalamualaikum. Kali ni zati nak join giveaway dari blog Si Chubby. Sebenarnya zati telah di tag oleh Kak Fiza dari Riana Little Cuties.. hehehe.. Terima kasih yerr akak sebab tag kite. Kite join dah giveaway ni. Hehehe..

Klik banner untuk join


Ermm.. Giveaway Si Chubby ni ada satu soalan yang perlu dijawab hokeyyy... Soalannya ialah:

i) Apa impian korang yang sebenarnya ? And apa usaha korang untuk mencapai impian tu ? Kalau tidak tercapai ,apa korang akan lakukan ?

Impian zati sekarang ialah nak dapat kerja dan bantu keluarga. Yelahh dah nak masuk setahun habis belajar tapi kerja tetap belum ada. PTPTN pun dah menggunung setinggi gunung Kinabalu. Sakit oiiii.. Nak kawen pun tak lepas. Uppsss. Jadi, usaha zati sekarang adalah cari kerja sebanyak mungkin dan mohon je la kerja apa pun walau lari bidang dari jurusan yang zati ambil masa belajar dulu. Kalau tak tercapai ermmm, tak nak lahh ada kalau kalau ni. Kena pastikan juga ia tercapai. Usaha juga cari kerja sampai dapat. Hihhihih.. Zati harap menjawab soalan laa yer Chubby. 

Zati nak tag:

Ok.. Sekian sudah... Babai..


Sunday, January 10, 2016

NEW YEAR GIVEAWAY BY DYLLAREZAN

Assalamualaikum.. Petang ni merajinkan diri untuk join giveaway. Giveaway kali ni dari blog Dyllarezan.

Klik gambar untuk join


Bagaimana caranya?
1. Follow blog DYLLAREZAN ini.
2. Buat satu entry bertajuk "NEW YEAR GIVEAWAY BY DYLLAREZAN"
3. Copy paste gambar di atas dan link kan ke entry Dylla ni.
4. Komen dan sertakan URL anda di ruangan komen entry ini. Nanti saya akan update dari semasa ke semasa senarai blog yang sertai segmen giveaway ini.

Tarikh tutup giveaway ni pada 11:59pm 16/1/2016


Friday, January 8, 2016

Nanafa Juta Beauty | Tampil Cantik Dan Sihat

Assalamualaikum. Setiap wanita mesti ingin memiliki raut wajah yang cantik dan menawan. Yelaaa, sape tak nak cantik kan. Kalau setakat nak cantik tapi takde usaha untuk menjaganya tak guna juga cik kak oii. Pakai lah produk mahal sekalipun kalau tak berterusan dalam menggunakannya tak berkesan juga kat muka korang tu. Baiklah, bagi anda yang tak berapa rajin nak pakai krim malam atau pape saja lah berkaitan dengan produk penjagaan muka ni zati nak memperkenalkan satu produk baru yang masih fresh lagi kat pasaran kita ni. Zati pun sebenarnya bukan lah rajin jugak bab penjagaan muka ni. Pakai pencuci muka pun masa nak mandi je. Sebelum tidur tak guna pun pencuci muka. Boleh masuk dalam kategori pemalas  jugak bab camni. Cam leceh gitu sebab nak ulang masuk bilik air hanya kerana nak buat benda tu tapi nak kulit muka flawles. Usahanya takde. Heehehe. Produk terbaru ini adalah satu produk yang mampu melicinkan dan memutihkan kulit muka anda. 




Nanafa Juta Beauty | Tampil Cantik Dan Sihat- Bak kata orang kelate "Licin Monne Putih Seppo". Hahaha. Sebenarnya tu adalah tagline  dari produk Nanafa Juta Beauty yang mana memperkenalkan satu set produk terbaru yang terdiri dari serum dan sabun untuk mencuci muka. Set ini diberi nama Blanco Set yang mana dalam set ini ada Blanco Serum dan Blanco Bar iaitu sabun untuk mencuci muka. Zati pasti mesti korang ada masalah kulit berminyak tiap kali bangun dari tidur kan? Apabila anda memakai Blanco Serum ni, kulit muka anda akan rasa segar dan halus. Tiada lagi masalah kulit berminyak bila anda bangun dari tidur. Zati pun ada masalah kulit berminyak jugak tetapi bila zati cuba pakai serum ni dan ternyata ianya berkesan. Kulit muka zati tak rasa berminyak bila bangun dari tidur. Malahan terasa kulit muka halus dan lembut. Haaaa gituuu. Jangan risau lah. Serum ni tak rasa melekit pun kat muka. Anda boleh menggunakan serum ini pada waktu pagi dan malam. 

Tapi mesti korang akan tertanya kan, kalau pagi nak pergi kerja mesti lah nak pakai make-up bagai kan. Takkan lah nak apply kan sekali dengan serum. Sebenarnya korang boleh pakai dua-dua sekali. Mula-mula pakai serum ni dulu lepas tu boleh la korang nak pakai krim atau bedak harian yang korang selalu guna tu. 



Antara Kelebihan Nanafa Beauty Blanco Set ialah:

  • Menghilangkan jerawat pasir
  • Menghilangkan jerawat batu
  • Mencerahkan kulit secara sekata
  • Memudarkan parut jerawat
  • Memudarkan jerawat
  • Mengekalkan kelembapan wajah
  • Mengecilkan pori kulit
  • Menganjalkan dan menyegarkan kulit
  • Membuang toksin

 Harga:
Blanco Bar RM40
Blanco Serum RM50
Blanco Set RM80


HEROES MEN WASH

Selama ni kita hanya mendengar wanita je ada pencuci untuk alat sulit tapi kita tak pernah mendengar yang lelaki pun ada juga pencuci tu. Nanafa Juta Beauty juga ada memperkenalkan satu produk yang khusus untuk lelaki-lelaki di luar sana menjaga ehemmmm nya. Haihhh. Tak nak sebut laa. Korang paham sendiri la yerr. Heehehe. HEROES MEN WASH merupakan pencuci khas untuk lelaki bagi menjaga kesegaran dan memberi khasiat yang sangat baik untuk lelaki. Dengan ekstrak bahan-bahan semulajadi. HEROES merupakan produk pertama di Malaysia yang menitik beratkan kesihatan dan kekuatan bagi lelaki. 



FUNGSI HEROES MEN WASH
  • Mengandungi antiseptik utk bunuh kuman
  • Menghilangkan Kegatalan
  • Tahan Lama 
  • Membantu mengatasi masalah mati pucuk
  • Meningkatkan saiz 
  • Meningkatkan prestasi 
  • Mengurangkan risiko kanser prostat
  • Meningkatkan pengaliran darah


Ramuan Aktif HEROES:
  • Beatine
  • Sireh
  • Glycerine
  • Garam Laut
  • Catuaba Extract
  • Menthol Crystal

Harga sebotol HEROES MEN WASH RM40

Untuk sebarang maklumat dan pembelian boleh menghubungi:
Facebook: Nanafa Beauty HQ
Instragram: @nanafabeautyhq
No. Telefon: 0164126546 / 0169806500



MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz

Assalamualaikum
MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz | MAA Takaful berhad merupakan satu syarikat insurance yang telah lama bertapak di Malaysia. Simpanan bertakaful MAA adalah simpanan yang dilaburkan di dalam dana syariah, yang menepati segala aspek- aspek yang telah ditetapkan dalam islam. Dana ini juga dilindungi oleh PDIM yang menjaga institusi perbankan dan insurans sekiranya terjadi apa-apa kepada syarikat pelaburan.

Peningkatan kos sara hidup yang tinggi kadang kala memaksa kita untuk membuat persediaan keewangan awal bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi persediaan KOS PENDIDIKAN ANAK-ANAK masa kini. Mennyedari masalah ini, MAA Takaful dengan berbesar hati menghulurkan tangan kepada anda para Ibu Bapa bagi membimbing anda dalam merancang keewangan dari aspek pendidikan anak-anak anda. Dengan perancangan keewangan ini, anda bakal menerima sebanyak RM 25 930.00 dengan hanya penyimpanan RM 100 setiap bulan. Memang berbaloi. Untuk maklumat lanjut sila klik (DI SINI).  


Bagi membantu anda mendapatkan maklumat terperinci tentang Pakej Pendidikan Takaful ini, boleh lah bertanya dengan mana-mana agent MAA Takaful ataupun bertanya secara personally dengan Encik Nizam di talian 0176338008 (call/whatsapp/telegram). Sudah pasti layanan istimewa akan diberikan. (Klik di sini kalau nak mengurat abang Nizam ni yer)

Anda semua inginkan barangan seperti Diari dan Cash khas dari MAA takaful? Jom join MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Syarat-syarat seperti berikut:

Syarat-syarat:

1. Sila follow blog di bawah
2. Buat satu entri SEBIJIK macam entri ni siap dengan banner dan backlink segala bagai dengan tajuk MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Nak mudah copy and paste coding kat bawah ni jer (WAJIB)

3. Dah sudah buat entri SEBIJIK macam entri ni, paste link URL entri dalam runagan komen di bawh ni.

Mudah kan? 3 step je. Tak banyak la. Hehehe 

Hadiah yang bakal di menangi

Tempat pertama - RM50 + Diari Khas dari MAA
Tempat kedua - RM 30 + Diari Khas dari MAA
Tempat ke tiga - RM 20 + Diari Khas dari MAA
Saguhati 1 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 2 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 3 - Diari Khas dari MAA

Pemilihan pemenang adalah secara random by Random.org

Jangan lupa join tau. Sila la war-warkan pada yang lain. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 31 Januai 2016. 





Wednesday, January 6, 2016

Resort Agrofarmstay Melaka | Lokasi Terbaik Untuk Program Bengkel

Assalamualaikum. Permulaan yang baik untuk tahun baru 2016 kali ni adalah apabila zati berpeluang menjejakkan kaki ke Melaka. Ok, memang pertama zati sampai Melaka. Mohon jangan gelakkan saya. Hehehe.. Pada 2 - 3 Januari 2016 yang lalu, zati berpeluang menyertai Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari di Agrofarmstay @Skill-Tech, Durian Tunggal, Melaka. Bila dapat tahu pasal Agrofarmstay ni zati teringin juga nak tahu macam mana laa keadaan resort ni. Zati pun merajinkan lah diri untuk ushar facebook dan IG Agrofarmstay ni. Bila tengok gambar je zati rasa macam tak sabar sangat nak pegi ke Agrofarmstay tu. Hehehe.. Cantik tempat dia. Memang sesuai untuk program riadah dan aktiviti berkumpulan. 






Resort Agrofarmstay Melaka | Lokasi Terbaik Untuk Program Bengkel- Pernah dengar tak resort yang mempunyai kawasan dusun dan haiwan ternakan? Mesti tak pernah dengar kan. Haaa, tapi di Agrofarmstay ni terdapat dusun buahan seperti durian, durian belanda, pohon tamar dan lain-lain. Kat sini juga terdapat haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan kuda yang menjadi tarikan para pengunjung yang mengunjungi resort ini. Yang menariknya, pengunjung boleh bermain dengan kuda tersebut.. hehehe. Lokasi Agrofarmstay ini hanya 7 kilometer sahaja dari pekan Durian Tunggal, Melaka dan berdekatan dengan kampus utama UTEM.


Pertama kali zati menjejakkan kaki ke Agrofarmstay ni buat zati tertarik pada kolam renang yang ada di situ. Perasaan masa tu macam nak terjun dalam kolam dan berenang sepuasnya tapi masalahnya zati tak pandai berenang. Kena pakai pelampung. Hahahaha. Suasana resort ini memang nyaman dan tenang kerana kita tidak perlu dengar suara hiruk-pikuk kenderaan yang lalu lalang. Memang sangat bersesuaian bagi anda yang bercadang untuk melakukan aktiviti seperti team building, bengkel, seminar atau family day  di Resort Agrofarmstay ini. 

Kolam renang di Agrofarmstay

Agrofarmstay ini mempunyai sebuah Villa yang dilengkapi dengan 7 bilik tidur serta ruang tamu dan makan yang luas yang mana sangat bersesuaian untuk pengunjung yang mempunyai keluarga yang besar. Selain itu terdapat juga bilik-bilik lain seperti "Gardenview" dan "Riverview" yang mampu memberi keselesaan kerana dilengkapi dengan penyaman udara dan mandian air panas. Bagi anda yang ingin membuat aktiviti lasak, boleh menggunakan chalet dan khemah yang disediakan. Di sini juga anda boleh melakukan aktiviti seperti jungle tracking, berkayak karaoke serta aktiviti berinteraksi dengan haiwan seperti kuda yang bernama Bujang. 

Villa














Chalet yang terdapat di Agrofarm

Si Bujang

Terdapat juga dewan tertutup iaitu Dewan Lily yang boleh  memuatkan seramai 40 orang untuk kemudahan pengunjung yang ingin mengadakan aktiviti seperti bengkel ataupun seminar yang mana dilengkapi dengan projector, PA System, penghawa dingin, dan papan putih. Bagi pengunjung yang ingin melakukan aktiviti santai boleh menggunakan kolam renang, padang permainan, surau teratai bilik karaoke dan dewan terbuka iaitu Dewan Palma yang boleh memuatkan seramai 150 orang.

Dewan Lily

Dewan Palma
Bilik Karaoke


Bagi anda yang berminat untuk mengadakan sebarang aktiviti di Resort Agrofarmstay ini boleh la menghubungi: 

Resort Agrofarmstay @Skill-Tech 
Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/Machap,
76100 Durian Tunggal, Melaka
No. Telefon: 012-2025647 (Encik Bari)

Pengurus Agrofarmstay, Encik Bari




Tuesday, January 5, 2016

Belajar Teknik Fotografi Bersama En Adhadi Mohd

Assalamualaikum. Sewaktu zati belajar kat UiTM Kota Bharu dulu, zati pernah menyertai Kursus Asas Fotografi yang di anjurkan oleh sebuah kelab fotografi yang mana zati juga merupakan salah seorang AJK kelab tersebut. Jadi, zati dah pernah dengar laa pasal ISO, aperture, dan sebagainya yang berkaitan fotografi ni. Cuma tak tahu nak gunakan sebab jarang praktik. Takde kamera canggih. Mampu pakai kamera telepon je. huhuhu. Baru-baru ini, zati berpeluang untuk menyertai Bengkel Fotografi bersama En Adhadi Mohd yang di anjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari pada 2-3 Januari 2016 yang lalu. Memang teruja sangat sebab berpeluang untuk turut serta dalam bengkel ni.



Belajar Teknik Fotografi Bersama En Adhadi Mohd- Menurut En Adhadi Mohd, gambar adalah satu medium untuk seseorang berkomunikasi atau luahan rasa melalui sesuatu gambar. Jika anda seorang yang memahami maksud tersirat disebalik sesuatu gambar yang di ambil, anda pasti memahami apa yang cuba disampaikan melalui gambar tersebut. Setiap gambar pastinya mempunyai satu cerita yang berlainan.

Masing-masing sedang fokus dengan kelas.. Hihihi

Melalui bengkel ini, En Adhadi menekankan 3 Teknik penting Fotografi iaitu:

Pencahayaan- Untuk menghasilkan gambar yang menarik, cahaya memainkan peranan yang penting agar gambar yang kita tangkap tu nampak lebih jelas dan terang. Mungkin selama ni kita semua main tangkap je gambar tanpa mengambil kira kesan cahaya yang bakal memberi kesan pada gambar kita tu. Gambar tu nampak kelabu ke terlalu terang kena cahaya matahari ke gelap ke dan sebagainya lah yang boleh mencacatkan lagi keadaan gambar yang kita tangkap tu. Oleh itu, teknik pencahayaan ini sangatlah penting untuk menghasilkan gambar yang terang dan menarik.

Latar Belakang- Gambar akan nampak lebih menarik jika mempunyai latar belakang yang cantik dan ceria. Anda juga harus pastikan yang latar belakang gambar anda tidak mempunyai latar belakang yang berbeza. Maksudnya di sini, kalau latar belakang anda tu berwarna putih pastikan seluruhnya berwarna putih dan tidak bercampur dengan warna lain. Jika bercampur dengan pattern lain mungkin akan menampakkan kecacatan pada gambar tersebut dan gambar anda tidak akan nampak menarik.

Komposisi Gambar- 
Selama ni zati hanya tahu tangkap gambar je tanpa mengambil kira tentang komposisi gambar tersebut. Janji dapat tangkap gambar dan rasa puas hati dengan gambar yang kita tangkap tu. hehehe. Melalui teknik ini En Adhadi menekankan berkaitang dengan close-up, negative space dan rule of thirds agar gambar yang kita tangkap tu betul-betul memfokuskan ke arah objek yang kita inginkan.


Credit gambar dari Blogger Lan Careno

Cuba praktik sendiri dengan menggunakan kamera Oppo.. Hihihi




Credit gambar dari Blogger Kak Sue Izza

Credit gambar dari Blogger Kak Dell

Credit gambar dari Blogger Kak Sue Izza
Zati yakin pasti ramai yang ingin belajar teknik fotografi dengan En Adhadi tapi belum berkesempatan untuk menghadiri kelas fotografi yang diadakannya. Jangan risau ok. En Adhadi juga ada menyediakan DVD Kuasai Fotografi Dengan DSLR untuk anda yang sememangnya tidak berpeluang untuk menghadiri kelas fotografi beliau. Selain DVD tersebut, En Adhadi juga ada menyediakan DVD berkaitan dengan editing seperti Asas Photoshop dan Adobe Photoshop Lightroom. Bila dah ada DVD ni senang lah sikit untuk anda mempelajarinya dengan mudah dan faham. Kalau susah sangat nak hadam boleh tonton banyak kali DVD tersebut. Senang je kan. 

Credit gambar Blogger Kak Saidila

Bagi anda yang ingin menghadiri bengkel atau kelas atau ingin menjemput beliau sebagai pengajar boleh lah membuat sebarang pertanyaan dengan melalui:

FB: Adhadi Mohd III
FB Page: Adhadi Mohd
Instagram: @adhadimohd
Blog: Adhadi.com