Monday, February 29, 2016

Keikhlasan Yang Teruji

Assalamualaikum. 4 tahun sekali je boleh tulis entry ni pada tarikh hari ni. Hari ni merupakan 29 Februari yang mana hanya 4 tahun sekali je kita jumpa hari ke 29 dalam bulan februari. Jadi sesiapa yang sambut hari lahir pada hari ini, zati ucapkan selamat hari lahir buat anda semua. Korang pernah rasa tak letih akan sesuatu perhubungan? Maksud aku korang punya yang tersayang seolah-olah tak bersungguh-sungguh atas perhubungan korang. Pernah rasa tak? Jangan kecam aku yerr kenapa secara tiba-tiba aku terkeluar soalan macam ni. Saja je nak tahu pendapat korang. Hehehe. 


Gambar dari FB Apa-apa jer



"Kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa..
Tapi kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya.."



Keikhlasan Yang Teruji


Dalam setiap perhubungan pastinya akan ada pasang surutnya dan yang pastinya dalam setiap perhubungan sudah tentu akan ada ujiannya untuk menguji sejauh mana keikhlasan anda terhadap pasangan anda. Perempuan sudah pasti akan di uji bila ada lelaki lain yang cuba menawan hatinya sedangkan hatinya sudah dimiliki oleh seseorang. Jika lelaki itu memiliki perwatakan yang jauh lagi baik dari orang yang kau sayang, pastinya hati kau akan meronta-ronta dan tertanya-tanya. Adakah orang yang kau sayang menyayangi kau seperti yang lelaki itu cuba lakukan? Betul kan? Cuba cek balik hati korang tu. Ikhlaskah hati kau sewaktu menerima cinta dari si dia? Sedangkan kau sudah pun mengetahui yang si dia tu tidak punya apa-apa dan mungkin kau tak boleh nak harapkan dia. Apa yang kau boleh harapkan dari si dia adalah hanya kesetiaan dan kejujuran. Mungkin juga selama ini si dia tidak pernah berusaha untuk menjaga perasaan korang. Aku faham bagaimana rasanya itu. Huhuhu. 

Tetapi sejujurnya waktu itu keikhlasan hati korang di uji. Si dia mungkin hanyalah seorang yang kerja biasa-biasa sahaja. Gaji pun sikit sehinggakan tak mampu nak belanja korang makan kat tempah mewah. Tak mampu nak belikan hadiah mahal pada hari lahir korang ataupun memang langsung tak belikan hadiah pada hari lahir korang tu. Mesti sedihkan. Berlainan pula dengan seseorang yang cuba memikat korang ni. Mungkin dia seorang yang bergaji besar dan mampu belanja korang makan kat tempat mahal. Mesti korang rasa macam di hargai. Dari sinilah kesetiaan dan keikhlasan seorang perempuan itu di uji. 

Bagaimana pula dengan lelaki? Yerr. Lelaki pun akan teruji pabila perempuan yang menjadi kesayangan korang tu tidak memiliki raut wajah yang cantik macam artis atau model. Sehinggakan ada seorang perempuan cantik yang datang meraih cinta dari kau sedangkan si gadis yang menjadi pujaan hati korang tu hanyalah biasa-biasa sahaja. Nak pakai make up pun tak pandai. Tetapi harus di ingat wahai lelaki. Kecantikan itu akan pudar bila tua nanti. Kecantikan itu hanyalah pada luaran sahaja jika anda tidak mengenali hati budi perempuan yang korang rasa cantik sangat tu. Lelaki juga harus ingat, siapa yang selalu sokong dan bagi semangat ketika anda susah? Pastinya si gadis yang terlalu menyayangi anda. Yang sanggup terima segala kekurangan anda walaupun dia lagi layak dapat yang sebaiknya. Jadi, hargailah ia. 

Kesimpulannya, lelaki atau perempuan akan teruji bila berhadapan dengan masalah sebegini. Apa yang penting adalah hati masing-masing. Sejauh manakah keikhlasan korang terhadap pasangan anda? Jawapannya ada pada hati kecil anda. Tanya hati tu betul-betul. Selebihnya serahkan segalanya kepada Allah. Biar Dia yang menentukan segalanya.. 




Sunday, February 28, 2016

Beli Tiket Bas Online Dengan Aplikasi CatchThatBus

Apabila seseorang ingin menuju ke destinasi yang jauh, perkhidmatan bas merupakan pilihan utama mereka dan pastinya mereka akan menuju ke stesen bas untuk mendapatkan tiket bas untuk ke destinasi pilihan. Bila tibanya musim cuti perayaan, sudh pasti tiket bas akan habis dijual lebih awal jika kita lewat membelinya. Seperti Zati, kerap kali mengalami kesukaran untuk mendapatkan tiket pulang ke Kelantan setiap kali menjelang musim cuti. Ini kerana tiket bas untuk pulang ke Kelantan akan habis di jual jika Zati lewat membelinya di kaunter tiket kerana mereka selalunya sudah membeli tiket bas lebih awal dari tarikh sepatutnya. 

Namun begitu, setelah zati di perkenalkan dengan satu sistem aplikasi CatchThatBus yang mana memudahkan Zati untuk membeli tiket bas dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja. Dengan menggunakan aplikasi CatchThatBus, Zati tidak perlu lagi tergesa-gesa untuk ke stesen bas bagi merebut tiket bas dengan ramai orang dan kadang-kadang terpaksa beratur panjang bagi mendapatkan tiket bas di kaunter tiket.


Beli Tiket Bas Online Dengan Aplikasi CatchThatBus
Untuk mendapatkan tiket bas tidaklah mustahil, namun bila tibanya cuti semester bagi seseorang pelajar IPT atau cuti perayaan menjelang, sudah pasti akan menghadapi kesukaran kerana terpaksa berebut tiket dengan ramai orang yang ingin pulang ke kampung mereka pada tarikh-tarikh tertentu. Kelazimannya tiket akan habis dijual jika kita lewat mendapatkannya. Bagi anda yang mungkin mengalami kesukaran untuk mendapatkan tiket bas pada tarikh yang dikehendaki, anda boleh mendapatkan tiket bas dengan melayari laman web CatchThatBus. Anda tidak perlu lagi tergesa-gesa untuk menuju ke stesen bas bagi mendapatkan tiket bas dan beratur panjang di kaunter. Melalui laman web CatchThatBus, ia membolehkan anda membeli tiket bas dengan lebih cepat dan pantas secara online tanpa dikenakan caj lebih.


CatchThatBus
Laman web CatchThatBus

CathchThatBus juga menyediakan aplikasi mudah alih di setiap telefon pintar supaya anda tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan tiket bas walau dimana jua anda berada. Jadi untuk seseorang seperti Zati, dengan menggunakan aplikasi CatchThatBus sangat memudahkan kerja Zati. Zati tidak perlu untuk bersusah payah ke stesen bas untuk mendapatkan tiket seminggu sebelum atau mungkin sebulan lebih awal. 


Aplikasi telefon mudah alih CatchThatBus
Aplikasi Telefon CatchThatBus




Kelebihan Menggunakan Aplikasi CatchThatBus

1) Jimat Kos

Melalui aplikasi CatchThatBus ini, Zati dapat menjimatkan kos perbelanjaan untuk keluar pergi ke stesen bas untuk membeli tiket. Hal ini kerana, Zati boleh menggunakan aplikasi ini di mana saja Zati berada tanpa perlu mengeluarkan kos perbelanjaan untuk berulang-alik ke stesen bas untuk membeli tiket.

2) Jimat Masa

Mungkin kadang-kadang zati tak sempat nak pergi ke stesen bas untuk membeli tiket dan perlu mengorbankan masa kerja semata-mata ingin berebut membeli tiket bas. Tetapi dengan aplikasi CatchThatBus ini memudahkan kerja zati tanpa perlu memikirkan masa yang sesuai untuk keluar pergi ke stesen bas.

3) Cepat dan Mudah
Zati sarankan kepada anda terutamanya para pelajar supaya menggunakan aplikasi ini bagi memudahkan anda. Disamping menjimatkan masa, anda juga boleh melihat tarikh setiap perjalanan, operator bas yang ada dan juga memilih tempat duduk yang selesa untuk setiap perjalanan anda.


Bagi anda yang ingin mebeli tiket secara online, boleh la mendapatkan tiket anda dengan melayari laman web www.catchthatbus.com atau dengan memuat turun aplikasi ini secara percuma telefon pintar anda.




Friday, February 26, 2016

Segmen Bloglists azlindaalin.com Mac 2016

Assalamualaikum. Jom join segmen dari blogger kak Azlinda Alin iaitu Segmen Bloglists azlindaalin.com Mac 2016


Segmen Bloglists azlindaalin.com Mac 2016
Klik banner untuk join segmen


Jom semua pakat memeriahkan segmen ni. Gud Luck.. Babai..




Thursday, February 25, 2016

Buku #Projek100Buku Buku bergambar Kanak-Kanak Berkualiti Dan Murah

Assalamualaikum..

#PROJEK100BUKU | BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH






     Peranan buku dalam kehidupan sangat penting. Sejak dari alam persekolahan lagi kita telah berdamping dan bersahabat dengan buku. Buku merupakan aset paling penting dalam dunia pembelajaran. Ia memberikan kita ilmu dalam pelbagai bidang. Walaupun zaman telah berubah kepada dunia moden dan teknologi, buku masih menjadi pilihan di sekolah mahupun Universiti. Buku sentiasa dekat dan terus menerus bersahabat dan memikat hati kita, dari kita kecil hinggalah dewasa.


   Pernah kah kita lihat kanak-kanak tidak berminat dengan buku? Cuba kita bawa anak-anak kecil berlalu di hadapan kedai buku, adakah mereka akan berhenti untuk melihat dan menyelak buku-buku yang dipamerkan ataupun tak tertarik lansung dengan buku. Pastinya mereka akan tertarik hati dengan buku, dan membelek-belek buku yang dipamerkan lebih-lebih lagi buku-buku yang berwarna warni atau mempunyai watak kartun yang comel. Buku sememangnya sangat dekat di hati kanak-kanak tapi untuk memupuk budaya membaca di kalangan kanak-kanak hingga dewasa memerlukan sokongan dari kedua ibubapa.

   Atas kesedaran pentingnya budaya membaca di kalangan kanak-kanak dan juga memberikan ilmu bermanfaat yang menarik untuk kanak-kanak, Karangkraf telah menganjurkan #projek100buku bagi menyediakan bahan bacaan berkualiti dengan harga yang mampu dimiliki oleh setiap keluarga.




ISTIMEWANYA BUKU #PROJEK100BUKU


* dihasilkan oleh penulis dan pelukis tempatan dengan bimbingan pelukis seni naif  dan penulis buku kanak-kanak berpengalaman, Yusof Gajah yang pernah memenangi pertandingan ilustrasi kanak-kanak di Pulau Nami,Korea dan kini berperanan sebagai juri dalam pertandingan tersebut.


* dengan bimbingan Yusof Gajah, buku buku ini di hasilkan mengikut format buku kanak-kanak di peringkat antarabangsa.


* Berkonsepkan buku bergambar yang menitikberatkan gambar/ilustrasi, yang mana walaupun kanak-kanak tak mampu membaca tapi masih boleh memahami jalan cerita hanya dengan melihat gambar.


* Sangat dekat dengan dunia kanak-kanak ,yang mana buku ini dihasilkan dari sudut pandangan seorang kanak-kanak dan menitikberatkan apa yang disukai dan gemari kanak-kanak.


* memberikan kanak-kanak ilmu tentang budaya hidup melayu ,dan kisah masyarakat di Malaysia yang kebanyakkan nya tidak diketahui oleh kanak-kanak disebabkan kurang pendedahan.


*buku bergambar ini bukan sekadar membantu kanak-kanak belajar membaca,tetapi juga berperanan menyelesaikan permasalahan yang di hadapi ibubapa dalam mendidik anak-anak dari segi kebersihan, kesihatan, pemakanan dan juga emosi.




    



MENGAPA BUKU #PROJEK100BUKU WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH

*Mempunyai 100 judul buku yang menarik untuk dipilih

*mempunyai 5 kategori buku untuk memudahkan pemilihan.

* ilustrasi yang comel dan berwarna warni 

* harga mampu milik, hanya RM3 sebuah

* saiz buku yang kecil dan ringan sesuai dengan kanak-kanak

*cerita pendek sebanyak 16 mukasurat yang padat dengan ilmu pengetahuan dan nilai murni

* didatangkan dengan kotak menarik untuk simpanan koleksi 100 judul buku sekiranya anda membeli 100 tajuk









                   


Untuk  dapatkan buku-buku #projek100buku secara online boleh dapatkan dengan melawati blog salah seorang pelukis ilustrasi #projek100buku ini di www.housewifearts.blogspot.my .Untuk maklumat lanjut tentang buku #projek100buku boleh juga ikuti laman sosial pelukis ini di FACEBOOK
dan INSTAGRAM . Buku-buku #projek100buku ini boleh juga didapati di kedai-kedai buku milik Karangkraf.









Wednesday, February 24, 2016

Wordless Wednesday - Makan Kat Mana?

Assalamualaikum.. 



Zati yakin dan pasti soalan ni adalah soalan paling susah korang nak jawab bila keluar lepak dengan kawan-kawan. Betol tak? Sebab zati pun camtu jugak. Nak makan kat mana lepas tu nak makan apa. Hahaha.. Sape-sapa selalu camni sila angkat tangan. Hihihi.. Babai.. 


Tuesday, February 23, 2016

PENCARIAN BLOGLIST THEATHRA

Assalamualaikum.. Jom join segmen PENCARIAN BLOGLIST THEATHRA.

Klik banner untuk join



Syarat dia sangat laaaaaaaa simple, senang, sekelip mata siap ! 

1) Anda cuma perlu FOLLOW BLOG THEATHRA.BLOGSPOT.MY .
2 ) Copy banner tu dan linkkan dan jangan lupa tinggalkan link korang dekat komen bawah ni okay :)
3) SIAP !

10 pemenang akan diumukan pada 28 FEB 2016 dan dimasukkan ke bloglist serta merta. Jadi selamat bertapa di bloglist theatra.blogspot.my selama SEBULAN !


Babai..


7 Anggota Badan Manusia Yang Banyak Lakukan Dosa

Assalamualaikum. Manusia yang lahir di dunia ini mempunyai anggota tubuh badan dan setiap anggota tubuh badan manusia itu mempunyai fungsi serta peranan masing-masing. Ini merupakan kelebihan yang Allah berikan pada manusia yang tidak ada pada makhluk yang lain. Manusia diciptakan dengan mempunyai anggota tubuh badan yang lengkap agar mereka dapat melakukan kerja-kerja harian serta untuk beribadat kepada Allah. Namun, tahukah anda bahawa terdapat 7 Anggota Badan Manusia Yang Banyak Lakukan Dosa? Mungkin selama ini kita tidak menyedari yang anggota badan kita banyak melakukan dosa. Sedarkah kita?



"Tujuh anggota badan manusia yang paling berpengaruh dalam melakukan dosa adalah mata, telinga, lidah, perut, tangan, kemaluan dan kaki sehingga ada ulama yang mengatakan Allah menciptakan tujuh neraka itu sebagai tempat menyeksa anggota yang melakukan dosa. "

7 Anggota Badan Manusia Yang Banyak Lakukan Dosa

1) Mata
Keindahan alam ini mampu dilihat oleh manusia dengan menggunakan mata. Manusia di anugerahkan oleb Allah dengan sepasang mata agar mereka dapat melihat keindahan alam, mengenali ibu ayah, suami atau isteri serta anak-anak. Allah mengurniakan kita sepasang mata untuk melihat perkara kebaikan dan bukannya untuk melihat perkara yang haram dan lucah. Jagalah mata anda dari melihat perkara yang mendatangkan dosa dalam diri tanpa kita sedar.

2) Lidah
Tanpa lidah manusia tidak dapat bercakap. Lidah yang Allah berikan pada manusia untuk menyampaikan kebaikan pada orang lain dan bukannya untuk mengutuk mengeji memfitnah dan mengumpat orang. Perumpamaan ada mengatakan bahawa "Tajam Lidah Dari Pedang" . Jadi, berhati-hatilah dalam mengeluarkan kata-kata. Seeloknya lidah kita dibasahkan dengan berzikir kepada Allah selalu bukannya dengan mencarut dan mengumpat orang lain.

3) Telinga
Allah mengurniakan telinga untuk manusia agar manusia dapat mendengar perkara yang mendatangkan kebaikan. Telinga yang kita miliki haruslah digunakan untuk mendengar sesuatu yang tidak mengundang dosa tanpa dosa tanpa kita sedar. Mungkin sebelum ni kita tidak menyedari kita banyak mendengar perkara yang boleh mengundang dosa dalam diri seperti mendengar orang mengumpat atau mendengar sesuatu perkara yang mengandungi nilai maksiat dan haram.

4) Perut
Manusia akan berasa lapar bila perut mereka tidak di isi dengan makanan. Makanan yang berzat dan enak adalah penting bagi untuk mengisi rasa perut yang lapar seorang manusia. Perut juga memainkan peranan penting agar manusia tidak mengisi perut mereka dari sumber rezeki yang haram kerana jika perut kita di isi dari sumber yang haram, makanan yang dimakan itu akan menjadi darah daging manusia yang kekal abadi. Jadi, isi lah perut kita dari sumber yang halal agar hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmati olehNya.

5) Kemaluan
Terjadinya zina apabila manusia tidak dapat mengawal nafsu dalam dirinya. Manusia seharusnya menjaga kemaluannya agar tidak terdorong kepada perkara yang mendekatkan dengan zina. 

6) Tangan
Manusia melakukan tugas harian dengan menggunakan tangan. Tangan merupakan antara anggota manusia yang paling penting agar manusia dapat melakukan aktiviti seperti menulis, melukis, menyentuh dan macam-macam lagi. Namun, tangan juga tidak terlepas dari melepaskan dosa. Tangan yang Allah kurniakan pada kita agar kita melakukan perkara kebaikan dan bukannya melakukan perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.

7) Kaki
Kita melangkah dan berjalan dengan menggunakan kedua belah kaki. Allah mengurniakan kaki kepada manusia agar mereka dapat menggunakan kaki itu untuk keluar mencari rezeki dan berjalan untuk mencari redha dari Allah bukannya dengan melangkah untuk menuju ke arah kemaksiatan. Oleh itu, gunalah kaki kita sebaiknya agar sentiasa mendapat keberkatan dariNya.


Kesimpulannya, anggota badan kita inilah yang akan menjadi saksi apabila kita berhadapan dengan Allah nanti. Selama ini kita tidak menyedari sudah berapa banyak dosa yang kita lakukan. Sama-samalah kita merenung dan muhasabah diri kembali.,


Giveaway Februari 2016 by Blogger KHEZMAIRA

Assalamualaikum.. Jom join giveaway dari geng blogger KHEZMAIRA ni.. Kelass uoll.. Hihihi..

Giveaway Februari 2016 by Blogger KHEZMAIRA
Klik banner untuk join

Giveaway ni tamat pada 29 Feb 2016.. Cepat-cepat lah join yerr.. Babai..




Monday, February 22, 2016

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Assalamualaikum. 

Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.
Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 28 FEBRUARY 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Sunday, February 21, 2016

Chocodina Giveaway by Mastura Aziz

Assalamualaikum. Jom join giveaway ni..


TEKAN BANNER UNTUK TURUT SERTAI

PEMILIHAN PEMENANG BERDASARKAN CABUTAN BERTUAH OLEH MAS SENDIRI

GIVEAWAY INI BERMULA PADA 10/2/2016 DAN TAMAT PADA 27/2/2016 (12 TENGAH MALAM)* Penyertaan tidak diterima selepas tarikh tamat

TAWARAN HADIAH :
 CHOCODINA CRISPY SEORANG PEMENANG (Ada 12 jenis perisa.boleh pilih nak perisa apa)
TOPUP RM 5 UNTUK 2 ORANG PEMENANG.

LETS JOIN US


Saturday, February 20, 2016

Segmen Bloglist Mac 2016 Bersama DRAMATIC UNIQ

Assalamualaikum. Sebelum ni asyik join giveaway je kan. Kali ni nak join segmen la pula. Segmen kali ni dianjurkan oleh kak Dramatiq Uniq kesayangan zati ni.. hehehe.. 


Klik banner untuk join segmen

Syarat-syarat segmen ni mudah je. Meh la pakat join yerr.. babai..



Friday, February 19, 2016

Siapa Kata Perempuan Pendek Tiada Kelebihan?

Assalamualaikum. Tetiba dapat idea nak kupas tentang perempuan yang tak cukup ketinggian atau lebih tepat pendek. Upsss. Mohon girl yang kurang tinggi tu jangan kecam zati ok. Zati pun tak cukup tinggi jugak oii. Tak sampai pun 160cm. Nak jadi pramugari pun tak lepas. Huhuhu. Tetapi, jangan lah rasa rendah diri pulak sebab tak cukup tinggi. Banyak keistimewaan jadi perempuan yang tak cukup tinggi ni. Mungkin anda sahaja yang tak menyedari hakikat itu.


Gambar dari FB The Faiz Ibrahim


Kelebihan Perempuan Pendek


1) Nampak Muda
Orang kata perempuan pendek ni nampak comel dan muda. Hehehe.. Berbanggalah yer jadi golongan kecil molek ni. Awet muda. Walaupun zati dah masuk 25 tapi orang akan kata zati macam budak sekolah. Macam umur 16 tahun. Bangga weiii bila orang cakap gitu. Walaupun zati ni anak sulung dari empat orang adik-beradik, tapi ramai yang kata zati ni bukan macam anak sulung. Nampak macam anak bongsu. Bila zati dok bersama adik zati, diorang yang dapat pangkat sulung tu dan zati dapat pangkat adik. Bangga sangat bila orang kata kat zati camtu. 



2) Minta Tolong Orang Ambil Barang Di Tempat Tinggi
Yang ni mungkin kita akan macam sedikit menyusahkan orang lain kan tapi hakikatnya bila kita nak ambil barang yang berada di tempat tinggi dan tangan kita tak mampu nak menggapainya sudah pasti kita akan meminta bantuan orang yang lebih tinggi dari kita. Bila kita dah minta tolong camtu, mereka pun tak boleh komplen macam-macam dah sebab sudah terang lagi bersuluh kita ni memang si gadis pendek. Hehehe..



3) Masih Dapat Duit Raya
Tiap kali raya mungkin kawan-kawan ayah atau mak kita datang rumah dan mereka tak tahu umur kita yang sebenar. Mesti mereka fikir ni masih budak sekolah dan mereka patut bagi kita duit raya. Kalau orang dah bagi kita duit raya tu ambil je la ehh. Anggap je itu semua rezeki dari Allah Taala.. Zati sendiri pun dapat la jugak duit raya tahun lepas. Tahun ni tak tahu lagi la camne. Dapat ke tak duit rayanya. Huhuhu..

4) Senang Menyelit
Bila berada kat tempat yang ramai orang dan terpaksa bersesak-sesak, mesti rasa susah sangat nak jalan kan. Terpaksa tunggu orang kat depan jalan dulu atau tunggu orang bagi laluan kita. Tapi kelebihan si gadis pendek ni memang mudah sebab dia boleh menyelit je dalam celahan orang ramai. Dah tubuh kecil molek kan nak menyelit pun senang. Tak payah tunggu orang bukak laluan besar untuk bagi kita lalu. Ehh, tapi yang bersaiz besar jangan terasa pulak. Bukan nak menyindir pun. hehehe... Ampun bukkk.. 

Pada si gadis yang bersaiz kecil atau tak cukup tinggi ni jangan lah merasa rendah diri. Jadikan kekurangan yang ada sebagai kelebihan yang ada dalam diri anda dan tidak ada pada diri orang lain. Biar orang kata kita ni macam budak kecil tapi jangan bagi orang tengok cara pemikiran kita tidak matang. Kelihatan awet muda ni adalah bonus untuk kita yang cinonet ni. Hehehe..


Gambar karikatur dari Facebook Imaninex

Giveaway Sugarscarf by zeeralily

Assalamualaikum. Join giveaway dari blog zeera lily


Klik banner untuk join segmen

1) Mestilah follow blog ini telebih dulu

2) Follow Instagram @zeeralily cari gambar ini dan tag rakan anda

3) Like Facebook :

 

4) Buat 1 entry bertajuk 'Giveaway Sugarscarf by zeeralily'

5) Copy banner diatas & back link pada entry ini


6) Dalam entry tu, copy semua info dalam entry ini

7) Lastly, tinggalkan link penyertaan pada comment entry ini


HADIAH UTAMA

Sugarscarf Lana Basic Premium Shawl - Lana Ash Pink
Hope By Sugarscarf - Hope Kate Ribbon Red

SAGUHATI
Skin Care Product 

Bagi berlaku adil, Pemenang akan dipilih secara Top Referral & Lucky Draw



Wish u all the best!

Sunday, February 14, 2016

First Giveaway By Nadia Syamimi

Assalamualakum. Nak join giveaway lagi. Kali ni adalah giveaway dari blog Nadia Suhaimi iaitu "First Giveaway By Nadia Syamimi".


Klik banner untuk join segmen

Ok lahhh.. Jom korang pakat join giveaway ini.. Andai sudah ditakdirkan rezeki untuk kita, InsyaAllah akan jadi milik kita juga.. Hehehe.. Babai..


Friday, February 12, 2016

GIVEAWAY EPHYRA 2016 BY NAOMIE LICOUZ

Assalamualaikum. Dengan ini zati nak bagitahu korang zati join giveaway dari Naomie Licouz. Jom sama-sama memeriahkan GIVEAWAY EPHYRA 2016 BY NAOMIE LICOUZ


Klik banner untuk join

Mudah je syarat giveaway ni. Rugi tau kalau tak join. Mana lah tahu kot ada rezeki nak menang produk dari Ephyra. Hehehe.. Oklahhh. Babai..

Wednesday, February 10, 2016

Wordless Wednesday- Terima Kasih Cinta

Assalamualaikum..


Terima kasih pada yang pernah hadir dalam hidupku.. Aku sangat menghargai dirimu. Terima kasih..


Tuesday, February 9, 2016

Aku Si Gadis Blur

Assalamualaikum. Entah kenapa sejak seminggu dua ni perangai blur aku makin  menjadi-jadi. Nak kata dulu aku ni blur memang dah blur pun cuma kurang sikit laa. Kawan-kawan selalu cakap aku ni jenis pending ataupun lambat tangkap akan sesuatu kenyataan. Hahahaha.. Yang tu memang aku akui la. Aku ni jenis pending. Hihihi. Bila aku dengar kawan-kawan aku dok bincang pasal sesuatu topik, aku pulak masih lagi tak tahu mana arah tuju topik yang diorang bincangkan. Akhirnya aku pun buat muka innocent gitu sebab tak paham mende yang diorang dok bincang. Seperti biasa aku jugak la yang kena bahan. Kesian kan. Hahahaha..


Aku masih ingat kisah 2 minggu lepas semasa aku nak pergi interview kerja kat Batu Caves. Masa tu aku nak beli tiket KTM dari Shah Alam ke Batu Caves. Pegawai tiket tu cakap la harga tiket ke Batu Caves lima sembilan. Boleh pulak aku paham kan harga tu RM59.00.. Aduyaiii.. Memang tak cukup duit la kan kalau gitu harga tiketnya. Mahal weiii. Pastu aku mengadu la kat group cakap pasal harga tiket banyak tu. Rupanya harga tiket Shah Alam ke Batu Caves tu RM5.90 je. Hahaha. Tak pasal-pasal hari tu aku pegi beli tiket ke KL Sentral dulu sebab ingat nak cucuk duit dulu bila sampai sana. Stress weiii. Hahaha.

Kejadian hari sama jugak. Aku pun tak tahu lah kenapa dengan aku pada hari tu. Boleh dikatakan apa yang aku buat serba tak kena. Alkisahnya nak balik Shah Alam dari KL Sentral. Aku turun ke platform dengan menggunakan lift. Sampai je bawah kebetulan train dah sampai. Aku ni main masuk je train tu tanpa lihat dulu train tu nak ke mana. Lepas masuk dalam train dan pintu pun dah tutup baru lah aku perasan yang train tu menghala ke Seremban. Bukannya menghala ke Pelabuhan Klang. 

Korang boleh bayang tak camne perasaan aku masa tu. Stress giler kot. Aku pun ambil keputusan untuk turun ke stesen Mid Valley. Sampai situ aku cam blur lagi. Boleh pulak aku fikir pasal tiket. Padahal tak payah lalu kat pegawai tiket yang dok jaga nak ambil tiket masa tu. Hanya tukar platform untuk patah balik ke KL Sentral. Aduyaiii. Masa tu memang nak nangis kot kat stesen Mid Valley tu.

Aku pun tak tahu lah benda apa yang merasuk otak aku masa tu. Sel-sel otak tidak dapat berhubung dengan baik masa tu. Tak pernah kot aku tertukar train bagai ni. Tu lah pengalaman pertama aku tersalah masuk train. Aiyoyoyo. Hahaha.. Tapi itu lah pengalaman yang aku rasa sangat lucu dalam hidup aku. Bila otak pikir lain. Hati pun mengelamun ke lain dan akhirnya kaki aku pun tersilap masuk train. Hahahaha. Namun, inilah yang dikatakan pengalaman. Orang kata kalau jiwa tengah berkecamuk jangan buat pape. Rilek je kat rumah. Tenangkan fikiran. Kalau tak jadi lah macam aku sampai tertukar train tu. Ahaahaha.

Tapi sekarang ok dah sikit cuma penyakit blur tu masih ada lagi laa. Tak hilang lagi. Hahaa. Nak buat macam mana dah memang aku ni si gadis blur. Sabar je lah yerr.. Hihihi.. Okbaiii..


Aku si Gadis Blur.. hahahaha.. 


Saturday, February 6, 2016

Kejujuran Dalam Perhubungan

Assalamualaikum. Orang kata kepercayaan akan wujud bila ada kejujuran antara pasangan. Tapi bagaimana pula jika ada pasangan yang tidak jujur belakang kita? Apa perasaan anda sebagai orang perempuan bila mengetahui pasangan anda menipu anda? Pastinya anda akan rasa kecewa, sakit hati, marah dan benci. Dalam setiap perhubungan yang terjalin kejujuran adalah satu kunci utama. Jika tiada kejujuran, sudah pasti kepercayaan itu akan hilang terhadap pasangan anda. Apa yang aku nak tekankan di sini lebih pada pengalaman aku sendiri apabila merasa diri ini tertipu. Bukan sekali tapi mungkin bakal terjadi untuk kali kedua. Hurmmm. 



Orang lelaki pada permulaan ingin memulakan perkenalan dengan perempuan yang dia inginkan, berbagai kata manis ditaburi untuk meyakinkan si perempuan dan pastinya perempuan itu akan cair jugak setelah mendengar kata manis dari seorang lelaki. Yerr, itulah kelemahan seorang insan yang dipanggil perempuan. Mudah terpedaya dengan tipu helah lelaki. Pada mulanya kaum lelaki ini pastinya berjanji akan sentiasa bersama saat susah senang, sedih, jatuh bangun seorang perempuan itu. Namun, sedarkah dikau wahai lelaki? Kata-katamu itu ibarat memberi satu harapan yang tinggi buat kaum hawa yang lemah seperti kami. 

Jika anda belum mampu untuk tunaikannya, usahlah berjanji wahai lelaki. Kerana jika sekali kau berjanji, si wanita pastinya meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk hidup bersama kau. Pada aku cukup pantang bila ada lelaki menyatakan "saya takkan tinggalkan awak" , "saya akan sentiasa bersama awak" tapi mana hilangnya kata-kata yang pernah kau ucapkan dulu? Mungkin orang perempuan tidak mengetahui tentang masalah anda, tetapi apalah salahnya jika anda jujur terhadap pasangan anda. Pemikiran orang perempuan jauh ke depan bila mula merasakan perubahan pada pasangannya. Jadi kaum lelaki, tolong berhati-hati. Naluri seorang perempuan sangatlah kuat terhadap orang yang dia sayang. Seorang perempuan boleh merasakan melalui naluri wanitanya. 

Apa salahnya jika anda berlaku jujur? Jangan anda lakukan sesuatu sehingga seorang wanita itu hilang kepercayaan pada lelaki. Macam aku sekarang seperti sudah tidak mengharapkan apa-apa pada si lelaki. Jujurnya aku bukan lah seorang yang mudah jatuh cinta tetapi jika aku sudah mula jatuh cinta, pastinya hanya lelaki itu yang akan aku tunggu sehingga aku jumpa kebenarannya. Mungkin bukan semua orang akan faham tapi lama-lama orang akan tahu juga kenapa aku begini. Aku pun tak nak bercerita panjang lebar. Cukuplah setakat ini sahaja. Ok..babai..




Thursday, February 4, 2016

Semakin Bertambah Usiaku

Assalamualaikum. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Hari ni 4 Februari 2016 genaplah sudah usia zati 25 tahun.. Huwaaaa.  Umur 25 dah tahun ni. Lagi 5 tahun nak 30 tahun. Hihihi. Sungguh cepat masa berlalu. Rasa macam baru semalam masuk darjah 1 belajar ABC 123 alifbata. Hehehe. Terima kasih zati ucapkan buat mak zati yang lahirkan zati 25 tahun yang lepas dan banyak berkorban dalam mendidik zati agar menjadi anak yang berguna walaupun zati rasa masih belum mampu untu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dengan sempurna. Terlalu banyak kesalahan dan kesilapan yang zati lakukan selama ni. Huhuhu.. 






Terima kasih zati ucapkan buat kawan-kawan yang masih mengingati tarikh lahir zati hari ni dan hantar ucapan melalui whatsapp dan facebook. Terharu. Hihihi. Tak lupa juga rakan-rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari dan Exchange Feed Group yang tak lupa bagi ucapan dan doa untuk zati. Terima kasih juga buat rakan-rakan yang banyak bagi sokongan dan galakan buat zati untuk menghadapi hidup dan cabaran hidup ini. Maafkan zati andai selama ni zati banyak mengguriskan hati kalian sepanjang perkenalan kita. Zati tahu korang ambik berat pasal zati selama ni. Tak nak zati sedih. Zati hargai sangat-sangat. 

Zati harap dengan pertambahan umur ni akan membuatkan zati lebih matang dalam membuat apa jua keputusan. Zati juga berharap zati akan lebih sabar dan tabah dalam menghadapi setiap dugaan cabaran dan ujian hidup yang melanda. Zati juga harap zati akan sentiasa tersenyum dan senyum bila ada insan yang menyakiti hati dan mampu untuk memaafkan mereka yang buat kesilapan terhadap zati.

Yang paling penting, tak sedih selalu. Hahaha. Zati pun tak nak sedih-sedih ni tapi ada beberapa perkara yang membuatkan zati sedih dan perlu simpan sendirian. Huhuhuhu.. Untuk awak jugak, terima kasih sebab hadir dalam hidup saya. Ok lahh. Tak nak hurai panjang bab tu. Nanti jadi kontrobersi pulak. Hihihi.. Babai..





Wednesday, February 3, 2016

Wordless Wednesday- Jemputan Kahwin

Assalamualaikum.




Minggu depan cuti Tahun Baru Cina. Sememangnya bila masuk musim cuti memang ramai orang kawen. Oleh sebab zati pun tak tahu bila nak kawen, jadi sekarang ni kita pergi tengok orang kawen je laa. Boleh isi perut. Bahagia jugak kan. Hahahaha.. Babai