Tips Jimatkan Bajet Majlis Perkahwinan

Tips Jimatkan Bajet Majlis Perkahwinan

4:04:00 PM 5
Sudah menjadi trend terkini pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga ingin mengadakan majlis kahwin yang mewah dan grand. Kononnya nak dapat gelaran wedding of the year laa macam artis-artis tu. Tetapi sedarkah anda mengadakan majlis kahwin yang serba mewah itu sebenarnya membazir dan membuang duit sahaja? Anda mungkin tidak menyedarinya kerana bagi anda yang penting majlis kahwin anda tu meriah dan mendapat pujian dari tetamu yang hadir. Betul tak? Jika anda dari golongan yang ada-ada tu tak kisah la nak adakan majlis besar-besaran tu tapi macam mana pula yang dari golongan sederhana. Gaji yang ada pun hanya cukup untuk bayar mas kahwin je tapi masih nak buat majlis besar. Bagi anda yang ingin adakan majlis perkahwinan secara sederhana, aku kongsikan sedikit Tips Jimatkan Bajet Majlis Perkahwinan. Bukan untuk korang je, untuk aku jugak sebab aku pun belum kahwin lagi tapi bakal kahwin laa.. Opsss. Hehehe..



Tips Jimatkan Bajet Majlis Perkahwinan


1) Kenalpasti Kemampuan
Nak buat sesuatu majlis tu tengok kemampuan diri sendiri dulu. Anda ni mampu ke tidak nak buat majlis yang besar-besaran? Jika tidak mampu, usahlah sampai ke tahap ingin membuat pinjaman semata-mata untuk buat majlis kahwin yang grand. Anda perlu ingat bahawasanya kos selepas kahwin nanti lagi banyak yang perlu difikirkan. Ada baiknya simpan sahaja duit itu untuk keperluan anda suami isteri selepas majlis nanti. 

2) Kenalpasti Majlis Perkahwinan Idaman
Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga pastinya mempunyai majlis perkahwinan idaman masing-masing. Bincang bersama pasangan serta keluarga tentang majlis perkahwinan idaman anda. Harus ingat supaya tidaklah terlalu membazir dalam membuat sesuatu majlis dan nyatakan juga berapa bajet anda untuk majlis perkahwinan itu supaya tidak terjadinya salah faham antara kedua belah pihak.

3) Sediakan Senarai dan Kos Perbelanjaan
Sebelum mengadakan sesuatu majlis, pentingnya untuk senaraikan barang keperluan majlis perkahwinan anda serta kaji kos perbelanjaan setiap barangan yang diperlukan supaya jumlah kos yang dikira tidak tersasar jauh dari bajet yang telah anda tetapkan.

4) Tentukan Siapa Yang Bayar
Dalam hal ini pentingnya toleransi antara pasangan yang ingin berkahwin. Sebaiknya anda dan pasangan bincang sebaiknya perihal siapa yang akan bayar kos pelamin, jurufoto dan sebagainya supaya bukan hanya diletakkan segala beban pada satu pihak sahaja. 

5) Pengurusan Kewangan
Bagi mereka yang ingin mendirikan rumahtangga, perlulah tahu menguruskan kewangan dengan baik yang mana melibatkan pengurusan pendapatan, perbelanjaan harian, dan hutang. Anda perlulah mempunyai bajet bulanan dan  cuba berbelanja tidak melebihi bajet yang ditetapkan. Di samping itu juga, haruslah sebahagian dari gaji anda disimpan bukan sahaja sebagai majlis persediaan perkahwinan malahan untuk masa depan juga. 

6) Kaji dan Bandingkan Harga
Membuat kajian dan bandingkan harga setiap servis yang disediakan juga penting bagi pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga. Hal ini kerana supaya anda dapat mencari servis yang terbaik dengan harga yang berpatutan. 

7) Kejar Jualan Murah
Sekarang ni boleh dikatakan setiap kali musim perayaan akan ada jualan murah yang diadakan sehingga kan membuat kita menjadi rambang mata untuk memilihnya. Jadi, buat anda pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga perlulah mengambil kesempatan jualan murah ini untuk mendapatkan barang-barang persiapan majlis perkahwinan anda.

8) Rekod Perbelanjaan
Pentingnya untuk merekod setiap perbelanjaan yang digunakan supaya ia dapat membantu untuk mengawal setiap perbelanjaan yang dikeluarkan agar ianya tidak melebihi bajet anda. Oleh hal yang demikian, anda boleh lah melakukan penjimatan terlebih awal jika terdapat perbelanjaan yang melebihi bajet.


Kesimpulannya. segalanya terletak pada diri masing-masing. Nak buat majlis perkahwinan yang besar-besaran tu takde salahnya jika korang berkemampuan. Macam yang aku cakap awal-awal tadi laa. Kalau korang ni golongan atasan atau golongan yang ada-ada, nak buat majlis kahwin 4 hari 4 malam berturut-turut pun takpe sebab korang mampu. Yang aku tegaskan kat sini adalah mereka yang kurang berkemampuan. Seeloknya bincang lah baik-baik dengan keluarga anda dan pasangan anda supaya tidak terjadinya perselisihan faham macam isu hantaran 15K baru-baru ni. Orang kata ukur baju di badan sendiri. Aku bukan setakat mengingatkan korang yang belum kahwin je, aku sendiri pun belum kahwin juga. Kita sama-sama saling pesan memesan. Semoga ianya bermanfaart untuk kita semua. Sekian..


Wordless Wednesday - Perempuan

3:24:00 PM 4

Tercipta engkau dari rusuk lelaki..
Bukan dari kaki untuk di alasi..
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk di lindung
Dekat jua dihati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi..



Perempuan ni unik. Kejap dia ok kejap dia tak ok. Tapi dia paling tak suka jika dia diabaikan. Jadi lelaki, sila berhati-hati ok. Jangan cakap aku tak pesan pulak.. okbai..
Aku Yang Semakin Kurus

Aku Yang Semakin Kurus

5:04:00 PM 7
Sejak akhir-akhir ni ramai yang cakap aku makin kurus. Lagi-lagi orang yang dah lama tak tengok aku. Aku pun macam pelik jugak laa kenapa aku makin kurus eh? Tak cukup makan kah? Padahal dok rumah je pun. Makan tidur makan tidur je. Bukan buat kerja berat sangat pun. Hahaha. Oleh itu aku pun beranikan untuk timbang berat badan aku dan ternyata memang berat turun berkilo-kilo jugak laaa. ehhh. Bila pulak berat aku pernah naik banyak eh? Hihhi. 2 minggu lepas aku cuba la timbang dan seperti yang aku jangkakan berat badan aku memang banyak tu. Korang nak tahu tak berapa berat badan aku? 37 kg je. 37 hokeyyy. Ringan gila weiii. Hahahaha.. Pendek kata memang bacaan BMI aku tak normal lah. Sepatutnya berat badan yang ideal untuk aku ialah 45 kg camtu. Aduhaii..


Ni adalah sekarang punya. Yang ni tak nampak bulat pulak. 


Aku pun sebenarnya cam rasa jugak yang aku ni makin kurus. Rasa cam tinggal tulang je. Takde isi. Hahahha.. Pipi pun tak tembam macam dulu dah. Kalau zaman belajar dulu pipi aku yang akan nampak bulat sebab kuat makan tapi sekarang pipi pun dah kurus. Hihihi. Aku tak kata yang aku nak gemuk sangat tapi orang kata biarlah sesuai dengan ketinggian gitu. Mungkin keturunan aku memang jenis kecik  kot sebab tu aku pun kecik je. Hehehe. Mak aku pun tubuh badan kecik jugak. Sama jugak la dengan adik pun tapi adik aku pipi tembam. Hahaha.. Jangan marah yerr.

Bila aku belek gambar-gambar lama aku dulu macam rindu jugak zaman pipi gemok. Nampak macam comel jer. Hehehe. Tapi takpe lah. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Memang tubuh aku jenis yang susah nak naik berat. Kalau nak turun berat memang laju jer. Kadar metabolisme tinggi ni camtu lah. Makan apa pun tak gemuk. Hihihi. Aku pun boleh makan apa yang aku suka tapi kena lah kawal jugak kan takut datang penyakit lain, Hehehe..


Zaman pipi bulat. Adakah salah shawl atau memang pipi aku bulat?


Tetapi kan aku ada sedikit pesanan lah untuk mereka yang lama tak jumpa aku atau belum jumpa aku lagi., Jangan cakap aku kurus walau aku memang kurus dan jangan cakap jugak aku gemuk jika korang tengok aku makin gemuk sebab kata-kata korang tu satu doa. Kalau asyik dok tegur cakap makin kurus la makin gemuk la, lama-lama memang termakbul la kata-kata korang tu. Ada baiknya korang cakap aku makin comel. Kan itu lebih baik. Biar makin comel sampai bila-bila. Hahahahha.. Okbaii..


Cara Menghadapi Orang Yang Suka Sakitkan Hati Kita

Cara Menghadapi Orang Yang Suka Sakitkan Hati Kita

9:14:00 PM 4
Dalam kehidupan ni kita tidak dapat mengelak dari berjumpa dengan seseorang yang suka sakitkan hati kita. Walaupun kita sentiasa berdoa semoga dijauhkan dari manusia yang bencikan kita, tetapi Allah akan hadirkan juga seseorang untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran kita menghadapi manusia yang membenci kita. Kadang-kadang kita sendiri pun tak nak berhadapan dengan manusia-manusia yang selalu sakitkan hati kita. Kalau aku pun memang tak kuat mental dan fizikal kalau tahu ada orang benci aku dalam diam tapi lagi perit bila orang tu selalu je buat aku sakit hati. Suka mengata aku macam-macam. Sape tak sakit hati woii? Namun, pernahkah kita semua mencari jalan cara menghadapi orang yang suka sakitkan hati kita? Jadi, aku rasa kita patut melakukan sesuatu untuk menghadapi orang yang suka sakitkan hati kita. 




Cara Menghadapi Orang Yang Suka Sakitkan Hati Kita

1) Jangan respon
Kadang-kadang orang yang sakitkan hati itu suka tengok kita marah. Sebab makin kuat mereka mengata kita, kita akan jadi makin sakit hati dan marah. Jadi, untuk itu adalah lebih baik kita jangan respon dengan apa yang diperkatakan oleh mereka. Buat tak tahu je. Biarlah apa orang nak kata pasal kita sekalipun janji apa yang mereka katakan itu adalah dusta semata-mata. Lama-lama nanti mereka dengan sendirinya akan lenyap dari hidup kita.

2) Diam
Mungkin bila ada kawan-kawan yang sering mengutuk mengata kita, kita seolah-olah kurang sabar dan dengan tidak semena-mena kita membalas balik apa yang mereka katakan sehingga terjadinya pergaduhan besar. Tetapi, semakin kita melayan karenah orang yang benci kita, semakin kuat dia akan mengacau kehidupan kita. Diam adaalah lebih baik dari membalas apa yang mereka katakan pasal kita sebab makin kita melayan orang yang suka sakitkan hati kita ni, makin teruk lagi mereka akan lakukan. Jadi, diam itu lebih baik dari membalas percakapan dengan mereka.

3) Sabar 
Kita ini hanyalah manusia biasa. Sabar juga ada batas dan limitnya. Tetapi Allah sangat menyukai hambaNya yang banyak bersabar dalam menghadapi karenah orang yang suka sakitkan hati kita. Biar lah apa yang mereka cuba lakukan untuk sakitkan hati kita, yang penting kuncinya adalah sabar. Allah sentiasa bersama dengan hambaNya yang mempunyai kesabaran yang tinggi.

4) Doakan dia berubah
Kita mungkin tidak mampu untuk menasihatkan dia tetapi kita mampu untuk mendoakan dia agar dia berubah dan diberikan petunjuk serta hidayah. Jika kita berada dipihak yang benar, Allah akan memperkenankan doa hamba-hambaNya yang teraniaya. Sentiasa lah berdoa untuk agar dibukakan pintu hatinya dan diberikan petunjuk oleh Allah SWT.


Bukan mudah bagi kita untuk menghadapi orang yang suka sakitkan hati kita ni. Aku sendiri pun pernah rasa sedih dan benci pada orang yang suka sakitkan hati aku. Tapi apa yang mampu aku lakukan adalah sabar sabar dan sabar sebab aku bukanlah orang yang pandai melawan. Apa yang mampu aku lakukan adalah diam. InsyaAllah, Allah akan bukakan jalan untuk menghadapi mereka yang tidak sukakan kita. Apa-apa pun hadapilah hidup ini dengan tenang. 

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY

9:55:00 PM 5

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY


[by Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd]

Bersempena Musim Mencandat Sotong 2016 dan Tahun Melawat Kelantan 2016 , Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (Peneraju Pakej Kelantan Tours) ADA menganjurkan Give away melalui Blog www.nazlee.com . Tujuan adalah untuk memperkenalkan kepada umum berkenaan pakej-pakej pelancongan yang disediakan oleh Xceltravel seperti di laman web rasmi mereka   xcelltravel.com 

Salah satu daripada pakej-pakej yang ingin diperkenalkan adalah PAKEJ MENCANDAT SOTONG 2016 (KELANTAN) . Jika korang yang berminat 'candat' boleh lah turun mencandat sotong, jika tak dapat turun mencandat tahun ini, kita semua berpeluang menyarung t-shirt mencandat sotong khas daripada penaja (gambar di bawah). Peluang mudah menang dengan cara menyertai MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY ; bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016



Terdapat 10 helai t-shirt tersebut untuk dimenangi (10 pemenang) dengan mengikut syarat-syarat  mudah seperti berikut :

1) FOLLOW PAGE FACEBOOK Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.facebook.com/xcelltravel/)
2) FOLLOW INSTAGRAM Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.instagram.com/xcelltravelofficial/)
3) Buat 1 Entri blog
4) Penyertaan terbuka untuk Blogger Malaysia .
5) Tempoh GA bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016

Ok, selamat bergiveaway !

Lirik Lagu Mencinta - Azhael

3:28:00 PM 4
Azhael yang sebelum ni popular dengan lagu  Hujung Waktu telah pun mengeluarkan single nya yang terbaru iaitu Mencinta. Mula-mula aku dengar lagu ni masa tengok rancangan Muzik Muzik kat TV3 yang mana lagu ini merupakan pencalonan baru. Bagi aku lagu ni macam best jugak dan mendayu lirik dia. Yelaa, sebab aku memang suka la lirik-lirik mendayu bagai ni. Kiranya lagu Mencinta ni kena la dengan jiwa aku yang tengah angau ni. Ehhh.. Hahahaha.. Mungkin ada dari kalangan korang yang belum dengar lagi lagu ni kan? Aku sediakan lirik lagu Mencinta khusus untuk korang semua..




Lirik Mencinta - Azhael

Kiranya ku mampu memutarkan masa dulu
Ku padamkan semua ingatanmu

Agar bila kita bertemu di waktu itu
Kau hanya kenali ku yang baru

Akan ku beri
Akan ku erti
Segalanya yang kau mahu
Akan ku janji
Akan ku jaga
Dirimu

Maafkanlah aku
Kerana tak mampu melepaskanmu
Dari hidupku

Ampunilah aku
Kerana terlalu mencinta kamu
Maafkanlah aku

Ku berharap jika kau ditakdirkan untukku
Biar jadikan ia selalu
Jika ku tahu hatimu bukanlah untukku
Tiada lain kan memilikimu

Akan ku beri
Akan ku erti
Segalanya yang kau mahu
Akan ku janji
Akan ku jaga
Dirimu

Maafkanlah aku
Kerana tak mampu melepaskanmu
Dari hidupku

Ampunilah aku
Kerana terlalu mencinta kamu
Maafkanlah aku

Dan tiada pilihan lain
Tiada jalan keluar dari cintakan ku selama-lamanya
Setiap nafasmu
Selamanya untukku
Selama menjadi separuh hidupku

Maafkanlah aku
Kerana tak mampu melepaskanmu
Dari hidupku

Ampun aku
Kerana terlalu mencintai kamu
Maafkanlah aku

Kerana tak mampu melepaskanmu
Dari hidupku

Ampunilah aku
Kerana terlalu mencinta kamu
Maafkanlah aku





Tahniah Shahrol Shiro & Anna Danisha

Tahniah Shahrol Shiro & Anna Danisha

8:58:00 PM 3
Sebelum ni ada yang tanya aku Frust Ke Mat Lutfi Kahwi? Jawapan aku mestilah tidak sebab aku die hard fan Mat Lutfi. Hanya sekadar minat tengok video dia. Tetapi semalam satu-satunya pelawak yang paling aku minat dah kahwin dengan gadis pilihannya. Nak tahu tak siapa? Orang tu ialah Shahrol Shiro. Ohhh. Robek hatiku. Ehhh. Hahaha.. Hari ni memang sedih laa tengok wall facebook sebab dok tengok gambar #1stEFGGathering dan gambar kahwin Shahrol Shiro ni. Hehehe.. Alahhh.. Frust sikit je laa.. Hihihi




Aku tak sangka ramai rupanya yang tidah tahu Shahrol Shiro ni duda. Sebenarnya aku dah lama tahu yang Shahrol Shiro ni duda dan ada seorang anak lelaki yang comel bernama Adam Danish. Dah nama pun peminat tegar kumpulan Shiro kan, mestilah tahu jugak serba sedikit latar belakang mereka ni. Hehehe.. Setelah hampir 3 tahun bergelar duda, akhirnya Shahrol menamatkannya dengan berkahwin dengan gadis pilihan hatinya iaitu Anna Danisha. Dia pilih Anna Danisha. Tak pilih aku. Hahaha.. Ni kalau encik pakwe aku baca, mesti dia jeles. Ehhh.. Hahahahah.. Jangan marah yer awak. Gurau je.. Hihihi

Pasangan ini selamat diijab kabulkan selepas 3 kali lafaz dengan mas kahwin senaskhah Al-Quran. Alhamdulillah. Tetapiii, fuhhh 3 kali lafaz tu. Mesti si Shahrol ni berdebar habis masa nak jawab akad nikah. Hihihi.. Namun, semuanya sudah pun selamat. Tahniah diucapkan buat kedua mempelai. Semoga bahtera yang dibina berkekalan hingga ke syurga.. Amiiin..

Aku pun sedang menghitung-hitung jugak ni. Bila agaknya giliran aku pulak untuk bergelar isteri? Hihihi.. Mohon awak cepat-cepat masuk meminang. Hahahaha.. Ok lahh. Meh aku belanja gambar sikit untuk korang yerr. Semoga peminat Shahrol dapat tabahkan hati apabila melihat gambar ini termasuklah aku.. Hahahaha..












Aduhaiii.. Suka tengok gambar mereka lagi-lagi gambar pengantin dengan anak Shahrol. Sweet je. Kalau korang nak tengok lagi banyak gambar, boleh tengok kat FB Era FM yerr.. Oklah. babai..




Sumber gambar FB Era FM ..

Hancur Berkecai Hatiku

4:36:00 PM 8
Hari ni adalah hari yang buat hati aku hancur. Hancur hancur aku bila bila saja hancur hancur aku. Cehhh. Nyanyi lagi Hancur Aku sikit. Hahahaha..Nak tahu kenapa aku hancur berkecai hati aku hari ni? Dok tengok facebook dan instagram penuh dengan gambar EFG Gathering. Aku jeles ok. Jeles sebab aku tak dapat join sekali dengan mereka. Huwaaaa. Sedih weiii. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku saat dan ketika ini.

Gambar dari FB Kotak Lensa
Pada asalnya memang aku dapat join gathering ni tapi terpaksa cancel di saat terakhir kerana ayah aku tak bagi pergi. Frust menonggeng jugak la aku sebab terpaksa batalkan untuk join gathering ni. Menangis tak berlagu jugak la oiii. Sedih oiii. Kalau memang dari awal-awal lagi tak nak pergi, mungkin rasa kecewa tu takde sangat. Ni siap rancang dah nak jumpa dengan rakan-rakan EFG yang lain. Tup-tup aku pulak terpaksa batalkan hasrat aku untuk jumpa dengan mereka. Mungkin takde rezeki lagi nak jumpa mereka untuk gathering kali ni.

Tapi bukan aku jer yang kecewa sebab tak dapat join gathering ni. Rakan-rakan EFG yang lain pun sama jugak. Bersabar lah semuanya. Nanti kita rancang balik untuk gathering akan datang. Cewahhh. Yang hari ni pun belum habis lagi, dah nak rancang untuk yang akan datang punya gathering. Berangan betul aku ni. Tapi mana la tahu kan untuk gathering EFG akan datang aku bawak suami dah. Ehhh. Hahahaha.. 

Walau macam mana pun, tahniah buat semua Family EFG yang bertungkus lumus untuk menjayakan 1stEFGGathering ni terutama sekali buat Mommy Irra selaku pengetua kami dan penaja lokasi. Ehh. Hihi.. Tak lupa jugak buat semua penaja yang sudi menaja gathering kami untuk kali pertama ini. Nak tengok gambar lagi boleh cari  ‪#‎1stEFGathering‬ atau boleh tengok jugak kat IG Exchange Feed Group


Gambar dari IG Exchange Feed Group



Makan Untuk Hilangkan Rasa Stress

11:38:00 PM 9
Perempuan dan makanan memang tak dapat dipisahkan. Kejap perut dia nak makan seafood kejap nak makan western dan macam-macam lagi lah. Aku pun sama lah. Boleh dikatakan tiap minggu selera makan berubah-ubah. Makanan yang teringin nak makan pulak adalah makanan yang mahal-mahal. Kelas perut aku ni. Nak makan yang mahal-mahal. Yang murah-murah tak nak pulak. Tak sedar diri duit pun takde. Hahaha.. Bukan takde duit langsung, yang tu tipu laa kan. Ada la sikit rezeki tu melimpah kat aku ni walaupun tak keje ni. Dok goyang kaki je kat rumah ni haa.. Sabar je laa.. Huhuhuhu. Tetapi demi memenuhi kehendak perut aku ni yang memang teringin sangat nak makan yang pelik-pelik, aku pun melabur la sikit belanja diri sendiri makan Chicken Chop Sizzling. Ini semua kerana stress melanda ku. Arghhh.. 

Chicken Chop Sizzling

Sebenarnya kalau ikutkan perut aku hari ni nak makan pizza sebab dah lama sangat mengidam nak makan pizza tapi sering kesampaian. Kebetulannya aku ajak kawan aku kuar hari ni tapi dia pulak takde bajet nak makan pizza. Aku pun ajak je la dia makan kat Restoran Edde kat bandar Tanah Merah. Menu pilihan aku ialah Chicken Chop Sizzling. Aku memang puas hati makan chicken chop kat restoran Edde ni sebab bagi aku sos dia kena dengan selera aku. Bagi orang lain aku tak tahu la pulak. Sos dia takde la rasa lada hitam sangat. Kiranya secukup rasa la bagi tekak aku ni. Dah lapar kan, bedal je la. Janji perut aku puas hati. Harga Chicken Chop Sizzling ni ialah RM10.50 sekali pakej Tea O' Ais. Korang rasa berbaloi ke tidak? Hehehe..

Mesti korang pelik kan kenapa aku pilih menu ni sedangkan aku ni takde duit sangat pun. Sebabnya adalah kerana aku tengah stress. Bila aku sedang stress, keinginan aku untuk makan benda mengarut tu memang tinggi. Nasi memang tak nak lah. Apa yang aku adalah makanan yang sedap-sedap macam KFC, Pizza, chicken chop dan sewaktu dengannya. Walaupun tak dapat nak mengubat dukav lara di hati sepenuhnya, tapi bila dapat makan apa yang kita inginkan sekurangnya boleh la mengubati sedikit kedukaan tu. Huhuhuhu..

Cuma satu je lah yang orang selalu sangat komplen pasal aku ni. Makan banyak tapi tubuh nya kurus kering. Keding. Hahahaha.. Ok lah.. Yang tu memang aku akui sangat-sangat. Aku memang kurus kering dan aku merasakan aku ni semakin kurus. Tapi takpe la kan sebab bukan jenis badan yang cepat naik beratnya. Hihihihi.. 


7 Kunci Kebahagiaan Hidup Menurut Saidina Ali Bin Abi Tholib.

12:12:00 AM 2
Manusia yang hidup di muka bumi sentiasa inginkan kebahagiaan. Kebahgiaan yang dirasai oleh setiap manusia akan membuatkan mereka merasa gembira dan tenang.  Kebahagiaan seseorang tidak dapat diukur atau digambarkan, dan sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat. Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya bahagia, dan orang yang kelihatan tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia. Cuma orang itu sendiri yang tahu atau merasakan sama ada dia bahagia atau tidak. Manusia akan lebih bahagia apabila apa yang mereka hajati atau ingin tercapai. Perkara ini akan terpapar disebalik raut wajah seseorang yang menunjukkan betapa bahagianya mereka. Namun, kita jangan lupa yang kebahagiaan ini hanyalah sementara jika kita terlalu leka dengan kebahagiaan yang kita miliki. Justeri itu, munurut Saidina Ali Bin Abi Tholib terdapat 7 Kunci Kebahagiaan Hidup yang kita perlukan agar kebahagiaan yang kita kecapi ini berpanjangan. 




7 Kunci Kebahagiaan Hidup menurut Saidina Ali Bin Abi Tholib.



1) Jangan membenci siapapun sekalipun ada yang menyalahi hakmu
Manusia dan sifat hasad dengki tidak dapat dipisahkan. Pastinya akan ada segelintir manusia yang mempunyai rasa iri terhadap kelebihan yang dimiliki oleh kamu. Sekiranya ada segelintir manusia yang menyalahi hak anda, jangan lah anda membencinya tetapi sentiasa berusaha untuk berbaik dengannya kerana tiada manusia yang melakukan kesilapan. Jadikan setiap yang berlaku dalam hidup kita sebagai pengajaran dan pelajaran.

2) Jangan pernah bersedih secara berlebihan
Sesungguhnya Allah sangat membenci manusia yang terlalu menatap akan kesedihan nasibnya. Terlalu meratapi kesedihan boleh menyebabkan kita seperti tidak dapat menerima takdir yang telah Allah tetapkan pada kita. Bersedih itu tidak salah kerana Rasulullah SAW juga pernah bersedih namun janganlah kita terlalu berlebihan apabila bersedih kerana Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya.

3) Hiduplah dalam kesederhanaan
Sekalipun kita sentiasa dilimpahi dengan kesenangan hidup, namun jangan lah terlalu menunjuk akan kesenangan yang kita kecapi. Sesungguhnya Allah sangat menyukai hambaNya yang sentiasa hidup dalam kesederhanaan dan tidak terlalu menunjuk akan kelebihan yang dimiliki. Islam sentiasa menganjurkan umatnya agar hidup di dalam kesederhanaan kerana ia merupakan ciri yang umum bagi umat islam. 

4) Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah
Kebaikan harus sentiasa dilakukan sekalipun kita ditimpa pelbagai musibah. Tiada siapa meminta untuk ditimpa musibah. Kita sentiasa berdoa semoga dijauhkan dari musibah. Namun, semua yang terjadi adalah ketentuan dari Allah. Musibah yang melanda adalah tanda Allah ingin menguji kekuatan hambaNya. Walaupun diri banyak menimpa musibah. janganlah kita lupa untuk melakukan kebaikan supaya dengan kebaikan yang kita lakukan akan membuka jalan kebahagiaan buat kita.

5) Perbanyaklah memberi walaupun sedang susah
Rezeki sentiasa terbuka jika kita seorang yang pemurah dalam memberi sedekah. Sentiasa memberi sedekah sekalipun kita tergolong dalam golongan yang susah. Walaupun dengan hanya sedikit pemberian, tetapi ganjaran yang Allah berikan untuk hambaNya sangatlah besar. Oleh, sentiasa memberi walaupun dirimu dalam keadaan susah.

6) Tersenyumlah walau hati sedang menangis
Menutup kesedihan bukanlah sesuatu yang mudah tetapi jika berjaya menutupinya itu menandakan kita antara orang-orang yang tabah dan sabar dalam menghadapi kesedihan. Bukan mudah untuk tersenyum sedangkan hati menangis. Namun, belajarlah untuk terus tersenyum untuk memperoleh kebahagiaan walaupun hatimu sedang menangis sedih.

7) Jangan memutus doa untuk saudara mukmin
Umat islam sentiasa digalakkan untuk memanjatkan doa sesama mukmin. Walaupun kita tidak mengenal saudara mukmin, kita hendaklah sentiasa memanjatkan doa untuk memohon kesejahteraan, kedamaian serta keamanan bagi saudara islam kita yang lain.

Semoga kita semua sentiasa mendapat kebahagiaan yang di impikan.. Kebahagiaan yang sejati dan mendapat rahmat dariNya.. InsyaAllah.. 


Anjing Juga Punya Perasaan

Anjing Juga Punya Perasaan

10:36:00 PM 7
Anjing merupakan haiwan yang haram disentuh oleh orang Islam tapi itu tidak bermakna haiwan ini harus diseksa dengan kejam. Anjing juga punya perasaan. Dia boleh menilai hati manusia sama ada seseorang itu penyayang ataupun tidak. Aku juga akui yang aku memang takutkan anjing tapi tidak pernah terlintas di benak fikiran aku untuk menzalimi haiwan itu. Anjing merupakan haiwan yang jinak dan sangat memahami perasaan manusia. Jangan korang fikir aku ni pernah sentuh anjing pulak. Anjing datang dekat pun aku dah pecut. Tak pelik lah kalau aku pernah jatuh gara-gara lari sebab dengar anjing menyalak.. Hahahaha..

Semalam aku dok belek-belek facebook dan tertengok ada orang share tentang seorang pelajar perempuan  yang membantu seekor anjing dari hampir ditembak. Aku kagum dengan keikhlasan dia membantu anjing tersebut untuk mencari orang yang ingin membelanya. Perkara ini telah dikongsi oleh Pertubuhan Aktivis Haiwan-HERO.






Dari FB Siti Hajar AJ4.3.2016 - Jumaat yang sgt bermakna bagi aku & Black.Seekor anjing sesat yang tumpang berteduh tidur dekat toilet dan bertukar tempat di bawah meja lama selepas dihalau setiap hari. Seekor anjing yg sgt takutkan manusia tapi tak pernah menyalak, tak pernah kacau org, tak pee poo dalam bangunan. Cuma tumpang berteduh rehat dan tidur. Lumrah manusia yg takutkan anjing liar, yg akan lari bila nampak Black. Aku pun sama pada mulanya... Until we become friends and I was relieved that Black accepted my touch. Byk luka.. Dan hobi Black mmg suka menggaru sebab gatal. 
Setiap hari akan jumpa Black, borak sorang2, sampai lah terdengar cerita yg anjing ditembak dalam kawasan Utm.. It was wrong.. Just wrong.. Black baik.. Tapi aku tak mampu nak buat semua org terima Black. Then aku post dekat group kucing supaya ada yg sudi adopt Black. Kalau x adopt pun tlg bawak dia dari sini.. Please don't shoot him.😢 Alhamdulillah sekarang Black dah selamat... Terima kasih Mr Ming sbb sudi adopt Black.. Walaupun byk halangan nak pujuk Black masuk kereta, but we did it :') Black yg baik.. Please be happy..Please consider opening your heart to a special needs dog.. Please show the world that all dogs deserve a second chance.. Take care Black. U are a champ :') i miss u ‪#‎mydog‬ ‪#‎precious‬


Secara tiba-tiba mengalir airmata aku bila baca kisah ni. Tersentuh hati aku bila tengok anjing tu. Aku sememangnya akan cepat tersentuh bila baca kisah tentang haiwan terutama anjing atau kucing. Automatik rasa nak nangis. Jangan dikata aku manja pulak. Memang aku mudah tersentuh bila baca kisah haiwan ni. Hehehe.. Teringat pulak dekat anjing kat tempat kerja aku dulu. Macam mana lah keadaan dia sekarang eh? huhuhu..


Gambar dan info dari Facebook Pertubuhan Aktivis Haiwan-HERO.

Panduan Solat Sunat Gerhana Matahari

11:54:00 PM 2
Bagi anda yang ingin melakukan Solat Sunat Gerhana Matahari esok, kat sini zati tunjuk kaifiat atau cara solat sunat gerhana matahari bagi memudahkan anda yang belum tahu cara untuk melakukannya.





Semoga ianya bermanfaat buat anda dan sama-samalah meluangkan masa untuk melakukannya bagi yang berkemampuan.. INSYAALLAH..
Entry Aku Tergendala Kerana.........

Entry Aku Tergendala Kerana.........

7:05:00 PM 6
Orang lain yang ada anak-anak kecil mesti selalu tergendala kan nak buat entry? Baru je nak mula taip, anak dah datang kacau. Tak pun dah hampir separuh dah taip entry, tetiba anak nangis sebab lapar.. Mintak susu. Macam mana pulak dengan aku yang masih bujang ni? Takkan ada gangguan jugak kot? Hurmmm.. Orang bujang macam aku pun ada jugak gangguannya tapi bukan gangguan anak-anak kecil laa..  Apatah lagi gangguang dari suami.. Ehhh.. Hahahahaha.. Yang selalu ganggu aku mesti la si bulus yang selalu dok tidur dengan aku.. Hehehehe..




Semalam sambil-sambil aku dok taip entry INI dalam bilik, aku keluar jap kat luar sebab nak layan drama Cik Sayur Encik Seafood kat TV9. Bila iklan je aku masuk bilik semula untuk sambung taip entry tu balik. Apa yang mengejutkan aku adalah si bulus kesayangan aku ni dok berlanding kat keyboard laptop. Aduss. Nampak sangat dia jeles aku dok layan blog je. Hahahaha.. Aku cuba la nak alih dia letak kat tepi tapi lepas tu dia pun duduk situ balik. Alahai kucing ku. Dan aku pun cancel la dulu nak siapkan entry tu. 

Lepas tu mak aku pun panggil buat kerja dapur. Hahahaha.. Dan entry tu aku siapkan lewat la sedikit. Tapi takpe laa. Janji hadooo. Hahahahha.. Mohon mommy-mommy jangan kecam saya yerr. Hihihi.. Tapi kan, kucing ni memang suka sangat bersandar kat laptop. Aku pun jadi pelik. Macam takde tempat lain dia nak bersandar. Bantal punya la banyak, laptop jugak dia pilih untuk landing. Ishhh.. Nak buat macam mana kan. Camtu laa blogger yang banyak kucing ni. Gangguannya adalah si kucing.. Hahahaha.. okbaii..



Perempuan Dan Koleksi Barang Make Up

12:39:00 AM 3
Perempuan dan barang make up memang tak  dapat dipisahkan. Kalau beg make up tu besar, memang penuh la koleksi alat make up dalam tu. Aku dulu mana reti nak beli barang make up bagai ni. Nak pakai pun malas sebab bagi aku melambatkan je untuk bersiap. Dah la nak pakai tudung pun dah ambil masa. Ni kan pulak nak pakai make up bagai. Cukup la hanya sekadar tepek bedak sikit dan lip gloss. Kasi bibir tu bersinar gitu haa. Hahaha.. Tapi beza pulak dengan sekarang. Sejak dah habis belajar ni macam teringin dah nak pakai make up ni tapi takde la pakai tebal-tebal tu. Calit-calit sikit je. Nak bagi muka tu berseri gitu. Lagipun aku tak reti lah nak makeover ni. Biasa-biasa boleh la. Hihihihi.. 

Antara koleksi barang make up aku.. hikhikhik


Kalau korang tengok kan tu merupakan salah satu koleksi aku.. Sikit je. Tak banyak mana pun. Ada BB Cream CosmodermPerfect Sunscreen Foundation Cosmoderm, bedak Pixi, set make up Victoria JacksonBlanco Serum Nanafabeauty dan yang sewaktu dengannya. Hihihihi.


Dulu-dulu aku tak reti pun nak pakai bb cream bagai ni. Benda tu pun aku tak kenal. Yang aku tahu hanyalah compact powder. Tu je la yang aku kenal. Tapi bila dah semakin melangkah ke alam dewasa ni (dewasa dah ke?) macam nak cuba la kan pakai benda alah tu. Sehinggalah aku diperkenalkan dengan BB Cream Cosmoderm dan Perfect Sunscreen Foundation dari Cosmoderm. Boleh dikatakan bila nak keluar je jalan-jalan, mesti aku pakai BB Cream Cosmoderm ni. Memang best pakai dua produk dari Cosmoderm ni. Aku puas hati sangat. Nak tahu apa kelebihan BB Cream dan Perfect Sunscreen Foundation dari Cosmoderm ni?


Kelebihan BB Cream Cosmoderm

  • Bedak Asas - formulasi ringan dan tampak seri, mudah dipakai sebagai bedak asas
  • Mengembalikan kelembapan semulajadi kulit 
  • Mencerah dan mengawal pengeluaran minyak berlebihan
  • Tabir Suria dengan SPF35PA+++ , bertindak sebagai perisai kulit dari sinaran UVA yang rosakkan sel kulit punca penuaaan awal dan jeragat dan UVB punca kulit lebih gelap dgn menggalakkan pengeluaran melanin yang berlebihan
  • Meredakan kemerahan dan Iritasi kulit wajah
  • Boleh dibawa solat

Kelebihan Perfect Sunscreen Foundation 

  • Memudarkan parut
  • Mengurangkan garis halus
  • Memudarkan jeragat
  • Menyembuhkan parut
  • Mengunci kelembapan
  • Meneutralkan radikal bebas
  • Meratakan tona kulit
  • Menganjalkan kulit
  • Membantu mencerahkan kulit
  • Memberi perlindungan dari sinaran UVA dan UVB dengan SPF35 PA+++


Selain itu , aku pun pakai jugak compact powder Pixi. Macam mana aku boleh pakai bedak Pixi ni? Kawan aku masa dok praktikal dulu yang cadangkan pada aku supaya guna bedak ni. Aku selesa pakai bedak Pixi ni. Tak rasa berminyak dan melekit pada muka. Victoria Jackson ni pulak merupakan antara barang make up yang paling mahal aku beli. Hahahaha.. Kalau dulu jangan harap la nak beli barang-barang mahal ni. Membazir duit je. Tapi sebab aku rasa macam berbaloi je dengan Victoria Jackson ni jadi, aku pun beli juga la. Kenapa aku kata berbaloi? sebab dalam kotak hitam tu mengandungi eye shadow, lipstik, blusher, eye pencil, lip pencil dan mascara. Nampak je kecil tu tapi macam-macam ada ok. Boleh letak dalam handbag  untuk saiz macam tu.

Kalau korang perasan ada jugak Blanco Serum Nanafabeauty. Sebelum ni memang aku tak pernah pakai pun serum serum ni. Tetapi setelah diperkenalkan dengan produk dari Nanafabeauty ni, aku teringin jugak la nak cuba produk terbaru ni. Sebulan lebih aku pakai serum ni dan aku nampak la sedikit demi sedikit perubahan pada muka aku. Jerawat cepat kecut dan kesan parut jerawat pun makin hilang. Apa yang penting kena la konsisten dengan produk yang kita gunakan.

Tu je la serba sedikit produk kecantikan yang aku gunakan. Korang punya pulak macam mana? Mesti lagi banyak dari aku kan? Hehehe.. 

Mini Giveaway Hari Jadi Dhia Batrisya Tiga Tahun

9:10:00 PM 10

Assalamualaikum. Kali ni kak Azlinda Alin telah menganjurkan Mini Giveaway Hari Jadi Dhia Batrisya Tiga Tahun. Jom korang pakat join giveaway dari Mommy gojezz ni.. Hehehe..


Mini Giveaway azlindaalin.com Sempena Hari Jadi Dhia Batrisya Tiga Tahun.



Ucapan hari jadi untuk si comel Dhia Batrisya ialah:

Happy Birthday sayang.. Semoga dipanjangkan umur, jadi anak yang solehah buat mummy dan daddy, jadi kakak yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat. 


Tulus ikhlas dari Cik Tie yang comel.. hihihi.. Senang je syarat giveaway ni. Jom korang memeriahkan lagi giveaway ni. babai.. 



Perkara Yang Dirindui Selepas Tamat Belajar

11:43:00 PM 5
Assalamualaikum. Zaman belajar adalah zaman yang paling indah buat seseorang. Masa ni lah nak lepak dengan kawan-kawan sampai pagi, tengok movie dalam bilik dengan kawan-kawan, makan berjemaah, bergosip dan macam-macam lagi lah. Sebab masa zaman belajar ni kehidupan kita hanya bersama kawan-kawan. Keluarga pulak dok jauh. Hanya kawan-kawan lah tempat kita bermanja. Betul tak? Zati dah setahun tamat zaman belajar. Tipu lah kalau kata tak rindu kan suasana universiti tu. Rindu suasana dalam kelas. Rindu nak berkampung kat library. Rindu nak join aktiviti universiti dan macam-macam lagi lah. Pendek kata rindu semua lah. Hehehe..




Bagi mereka yang masih belum tamat belajar tak merasai apa yang akak kau rasa dik. Tapi bila nanti korang dah tamat belajar, masa tu pasti akan timbul Perkara Yang Dirindui Selepas Tamat Belajar. Macam aku sekarang ni laa, kadang-kadang timbul jugak rasa rindu kat alam kampus tu. Sape tak rindu oiii. Pahit manis banyak dah yang aku lalui sepanjang bergelar mahasiswi.

Perkara Yang Dirindui Selepas Tamat Belajar

1) Makan maggi tengah malam
Waktu dok belajar kat UiTM dulu memang ini lah perkara yang sering aku lakukan. Pukul 12 atau 1 pagi masak maggi sebab perut lapar selepas perah otak study. Kenangan ni. Kat rumah takde maknanya nak makan maggi pukul 1 pagi tu. Kat rumah sudah tentunya cari nasi kalau lapar. Kan?


2) Tidur masa kelas
Yang ni boleh dikatakan hampir setiap orang akan tidur masa kelas termasuk lah aku. Upsss. Maafkan saya wahai pensyarah-pensyarah ku. Tapi masa sekolah dulu pun pernah jugak aku tidur dalam kelas. Waktu kelas sejarah. Hahahaha. Aduyaii. Teruk sungguh laa. 


3) Study dengan kawan-kawan malam exam
Benda ni mungkin ramai yang buat. Kumpul dengan kawan-kawan kat bilik untuk study. Ada yang riuh dan ada yang jenis senyap. Tapi aku lebih suka memakai headphone kat telinga sebab tak nak gangguan. Bila tak paham baru la rujuk mereka. Hehehehe..


4) Enjoy lepas exam
Bila dah habis exam memang gembira sangat kan sampaikan dah tak fikir tentang jawapan yang kita jawab masa exam tu. Yang penting dah habis exam dan boleh qada' tidur. Hahahaha.  Ada yang lepas habis exam keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan. Tapi aku pulak jenis yang suka menyendiri. Habis exam terus balik rumah. Yuhuuuu..


Walau macam mana pun semua tu hanyalah kenangan. Setiap orang pasti akan melaluinya. Yelah, masa belajar dulu kalau boleh nak je cepat-cepat habis belajar sebab tak nak mengadap buku. Tapi bila dah habis belajar ni memang suasana dok sekolah atau kampus itulah yang paling kitab rindui. Buat adik-adik yang masih belajar tu, hargailah zaman belajar anda. Masa belajar ni lah kita nak enjoy dengan kawan-kawan dan tuntut ilmu sehabis mungkin. Bila dah kerja takde masa dah dik kau nak enjoy bagai tu. 

Wordless Wednesday - Mak Nak Pergi Mana?

3:00:00 PM 3
Assalamualaikum...






Aku yakin mesti korang pun pantang nampak mak korang melawa sikit lepas tu akan tanya soalan, mak nak gi mana? betul kan? Hahahahaha...



Segmen Teka Teki Benda Uk2

1:27:00 PM 2
Assalamualaikum. Jom join segmen dari blog Ucing..

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/02/segmen-teka-teki-benda-uk2.html
 Teka Apa Yang Ada Dalam Hadiah Tersebut.?
"Dia Becakap Tapi Tak Ada Mulut,
Tak Ada Tangan Tapi Pandai Main Musik
Pandai Menyanyi Menghiburkan Hati,
Issue Semasa Selalu Di Nanti,
Dalam Kenderaan Dan Dalam Rumah Pasti Ada,
Becakap Tak Henti-henti Hanya Dengan Jari Dia Berhenti."
1) Follow Blog Uk Atau Google +
2) Buat Tajuk Post "Segmen Teka Teki Benda Uk2"
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di Box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Dan Jawapan Anda ke Ruangan Komen ini.
Blogger yang Menjawab dengan Betul akan di masukan ke dalam Bloglist Uk.Tarikh Tutup 7-3-2016.

Jawapan Saya :...............
5 Faktor Perempuan Badmood

5 Faktor Perempuan Badmood

9:58:00 PM 10
Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan ketiga bagi tahun 2016. Cepat sungguh masa berlalu tanpa kita sedari. Macam mana tahun baru anda semua? Berjalan dengan lancar ke tak? Harapnya ok semua lah yer. InsyaAllah. Zati pulak macam biasa laa. Tak tahu lancar ke tak untuk tahun ni. Masih terlalu baru.. Uhukkk..

Perempuan dan badmood memang tak dapat dipisahkan. Bila perempuan badmood je mesti orang lelaki akan kata perempuan ni mengada. Asyik nak badmood je. Ehhh, hello orang lelaki kat luar sana. Kami orang perempuan ni bukannya nak sangat pun badmood ni. Kami badmood ade sebab jugak hokeyy. Takde masa la nak badmood tak tentu pasal. Orang sekeliling pun tak suka tengok kita badmood hari-hari. Nanti dikatanya kita ni meroyan pulak. Perempuan badmood ade sebab atau faktornya. Benda ni la yang orang lelaki perlu tahu dan sedar. Jangan main tuduh sembarangan je tau. 




5 Faktor Perempuan Badmood


1) Kena marah
Perempuan bila dia kena marah memang dia akan badmood. Lepas tu tarik muncung sampai boleh ikat muncung dia tu. Jangan tak tahu pulak orang lelaki yerr. Orang perempuan memang tak suka kena marah tapi kalau dia yang marah korang jangan nak mengelat pulak. Orang perempuan ni memang emosi dia lebih dan dia sendiri pun tak nak dimarahi orang tak tentu pasal. Jangan terkejut pulak kalau lepas kena marah tu dia menangis. Masa tu usaha la pujuk dia. 

2) Period
Setiap kali period automatik orang perempuan ni akan badmood. Masa ni emosi mereka memang tak menentu. Kejap ok kejap tak. Kejap rasa nak marah, kejap happy, kejap rasa nak nangis. Ingat senang ke jadi perempuan. Tiap kali datang bulan perkara macam ni lah yang akan mengganggu emosi orang perempuan. Paling teruk bila orang perempuan ni senggugut. Masa ni orang lelaki memang kena jaga sangat perasaan dia supaya dia tidak mudah terluka. Jaga-jaga ok..

3) Diabaikan
Tidak ada perempuan suka diabaikan. Kalau aku pun bengang bila orang yang aku sayang abaikan aku hanya kerana nak main game atau nak tengok movie. Huhh. Lain la kalau dia tengah kerja kan. Boleh terima lagi. Orang perempuan ni kalau boleh nak diberi perhatian setiap kali mereka perlukan sokongan ataupun semangat dari yang tersayang. Lepas tu kalau dia merajuk sebab korang abaikan dia, dikatanya mengada-ngada pulak. Dah tu sape suruh korang abaikan dia. Bila dia tak nak layan korang balik baru padan muka tu. 

4) Lapar
Perempuan dengan makanan memang tak dapat dipisahkan. Perempuan juga akan jadi badmood bila dia lapar. Perut tengah lapar dan tiba-tiba anda si lelaki buat lawak bodoh pulak depan dia. Memang takkan layan lah korang punya lawak tu. Apa yang dia fikir hanyalah makanan. Lepas dia kenyang baru lah korang boleh nak melawak apa pun dengan dia. Ingat yer, jangan bagi perut perempuan ni lapar sangat. Kang tak pasal-pasal dengan korang pun dia telan.

5) Bila tudung tak jadi
Perempuan ni kalau boleh semuanya nak perfect lebih-lebih bab pakai tudung. Sejam mengadap cermin kalau tudung yang dia pakai tu asyik tak jadi lepas tu anda pulak si lelaki asyik dok gesa dia suruh siap cepat. Bila siap dengan cepatnya dan tudung yang dia pakai tu tak jadi, memang muncung je la mulutnya tu. Asyik dok baiki je tudung tu biar sampai jadi. Bila tudung dah ok baru lah boleh dia senyum sampai ke telinga. 


Jadi orang lelaki haruslah sedar kenapa orang perempuan ni badmood. Bukan saja-saja ok nak badmood. Takde masa lah asyik nak badmood je. Orang lelaki pulak asyik nak marah je bila tengok orang perempuan badmood. Dah nama pun perempuan. Korang yang lelaki tu usaha la bagi mood dia ok kembali. Orang perempuan ni kadang-kadang badmood dia kejap je. Janji korang pandai ambil hati dia. Mudah je. Tak susah pun. 


Bags Giveaway By Penselduabee

7:00:00 PM 7
Assalamualaikum. Kali ni join Bags Giveaway By Penselduabee.. 



Klik gambar untuk join









Hadiahnya merupakan 8 buah beg untuk 8 orang pemenang. Wahhh. Best kan. Zati pun dah lama tak beli beg baru. Hihihi. Jom join giveaway ni.. babai..