Friday, April 29, 2016

Pelbagai Pilihan Shawl Instant Labuh Di Uswah Islamic Clothing

Uswah Islamic Clothing


Kini terdapat pelbagai jenis fesyen muslimah yang berada di pasaran. Tiada lagi alasan bagi kaum wanita dengan mengatakan tiada butik yang menjual rekaan pakaian wanita yang longgar dan labuh serta mematuhi syarak. Bagi anda yang mungkin masih tercari-cari fesyen muslimah mengikut fesyen terkini, anda boleh dapatkannya di Uswah Islamic ClothingUswah Islamic Clothing bukan sahaja menyediakan pakaian-pakaian yang labuh dan longgar malahan terdapat juga koleksi shawl dan tudung labuh yang pastinya mematuhi syarak yang ditetapkan oleh islam khusunya.


Latar Belakang Uswah

USWAH adalah sebuah syarikat yang beroperasi di atas talian sejak 2013 dan membawa konsep pakaian patuh syariah. USWAH bercita-cita untuk membawa gaya berpakaian yang mengikut syarak menjadi trend di Malaysia mahu pun dunia. Bermula di laman social Facebook, dengan jumlah pengikut terkini sebanyak 123,000 orang dan Instagram sebanyak 32,000 followers.

Produk Uswah

Sehingga ke hari ini, USWAH telah mengeluarkan puluhan Koleksi Tudung Bawal Bidang 60 & Shawl Labuh, dan 6 Koleksi Pakaian (tunik labuh). Antara hotselling produk tudung keluaran USWAH adalah:

Husna Instant Shawl Labuh (HOTSELLING! Pinless, Ironless, Hassle-fr)

Husna Instant Shawl merupakan tudung instant shawl labuh satu muka. Si pemakai tidak perlu menggunakan banyak pin untuk memakainya dan tidak perlu lagi untuk mengambil masa untuk melilit shawl ini. Hanya perlu sarung sahaja. Cepat dan mudah.

Shawl Instant labuh

Shawl Instant labuh


HAURA Bawal Instant

Haura Bawal Instant merupakan tudung bawal labuh instant yang mempunyai awning di muka. Si pemakai tidak perlu lagi mengambil masa yang lama untuk memakai tudung bawal tersebut kerana dengan Haura Bawal Instant anda hanya perlu sarung sahaja. 

Bawal Instant labuh

Bawal Instant labuh


LOREA Diamond Double Loop

Lorea Diamond Double Loop merupakan tudung shawl instant labuh dua labuh muka. Material kain jenis Chiffon Bubble adalah jenis kain yang tahan kedut dan mudah digosok. Si pemakai tidak perlu menggunakan banyak pin untuk memakainya dan tidak perlu lagi untuk mengambil masa untuk melilit shawl ini. Hanya perlu sarung sahaja.


Shawl Instant labuh

shawl instant labuh



Tunik & Blouse Labuh

Tunik dan blouse labuh direka khas dengan rekaan yang labuh, longgar serta sesuai dipakai oleh ibu yang menyusu bayi. Material kain yang digunakan ialah como creepe yang mana jenis kain yang tahan kedut dan mudah digosok.








Peluang Jana Pendapatan dengan Program Dropship & Stokis Uswah


Kelebihan Menyertai Dropship & Stokis Uswah: 

-Tidak perlu simpan stok
-Tidak perlu mengeluarkan modal untuk pembelian produk, di samping membeli (untuk kegunaan) dengan harga jauh lebih rendah
-Tiada tempahan minimum
-Tidak menanggurng kerugian jika produk tidak laku
-Tiada kos tersembunyi
-Komisen 10-20% automatik (siap tolak, tak perlu tunggu hujung bulan baru dapat komisen)
-Sistem tempahan automatik di web, tidak perlu menunggu kami memberi maklum balas melalui whatsapp atau inbox. Paparan web disediakan khas untuk agen, harga ditolak secara automatik
-Group Coaching dan perkongsian permasalahan serta tips jualan atau pemasaran
-USWAH juga menyediakan peluang untuk reseller menjadi stokis di tempat masing-masing

Sejak dari 2014 sudah ramai yang mendapat manfaat dari program reseller USWAH, dari ambil sehelai dua hingga ratusan helai. Jika mereka boleh, anda tentu BOLEH!

Sehingga kini, USWAH telah mempunyai stokis di Brunei, Singapura, Jepun dan seluruh Malaysia

Jadi, apa lagi yang anda tunggu. Rebutlah peluang keemasan ini untuk menjadi agen USWAH dengan mempromosikan pakaian yang patuh syariat islam. Di samping menggalakkan kaum wanita untuk menutup aurat, ia dapat juga membantu anda mengumpul pahala dengan mengajak orang untuk melakukan kebaikan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dropship atau ingin melihat lebih lagi koleksi yang terdapat di Uswah Islamic Clothing, anda boleh melayari laman sesawang berikut:

Email: network.uswah@gmail.com
Hotline: +601110742198 / 0108153562

Anda juga boleh mengunjungi butik USWAH di alamat:
Butik Fizikal: Uswah Islamic Vendor,
3A-59-01, Jalan Medan Pusat Bandar8,
Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi.
(Landmark: Sebaris Mee Tarik Warisan, Bella Ammara, Sugarscarf)















Monday, April 25, 2016

Perniagaan Online Menjadi Pilihan Aku

Perniagaan Online Menjadi Pilihan Aku | Mungkin sekarang ramai yang sudah menjinakkan diri dengan perniagaan online termasuk lah aku. Tapi tak rasa pelik ke orang macam aku yang ada degree ni nak buat bisness sedangkan boleh dapat kerja yang lebih baik dengan kelulusan yang ada. Hello.. Jangan ingat ada degree boleh menjamin kau akan dapat kerja yang bagus ok. Ramai je orang yang kerja makan gaji tapi cari duit sampingan dengan memulakan perniagaan.

Aku akui dahulu aku memang tak suka berniaga tapi aku punya idea untuk buat sesuatu perniagaan cuma aku ada satu penyakit iaitu MALAS. Hahahaha. Aku akui yang aku memang pemalas. Kalau boleh semua benda nak ada depan mata. Itu dulu sewaktu belum kenal dunia luar tapi bila sekali kau rasa susah baru kau tahu yang bahawa dalam hidup ni tak semua benda kau boleh dapatkan dengan sekelip jika tiada usaha. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa aku tak cari kerja? Jawapan aku adalah kerana ermmm. Tak boleh cakap. Kalau nak tahu sila PM aku secara private. Hahahaha..




Pada permulaannya aku memang teragak-agak untuk memulakan sesuatu bisnes.. Bukannya aku tak pernah cuba sebelum ni, pernah cuba tapi kurang sambutan ditambah pulak aku pun tak pandai bab marketing. Jadi, aku main hentam je laa. Bila dah jadi penganggur ni ditambah lagi ayah aku tak bagi aku cari kerja dan ingin aku buat bisnes sendiri, aku pun cuba la mencari beberapa company yang memerlukan agen dropship.

Akhirnya aku buat keputusan untuk mencuba jadi agen dropship pakaian muslimah. Kebanyakan baju yang aku jual adalah baju muslimah yang mana baju labuh dan menutup aurat. Lagipun memang aku suka dengan fesyen muslimah-muslimah. Labuh dan tidak ketat. Bukankah itu lagi baik dan patuh syariat sebagai seorang muslimah. Jadi agen dropship ni hanya berniaga secara online. Hanya mencari pelanggan sahaja. Nampak macam mudah tapi susah jugak yerr.

Boleh dikatakan sekarang ni facebook aku penuh dengan iklan baju-baju yang aku jual. Biar lah apa orang nak kata pun. Bukannya mereka yang bayar gaji aku pun. Bukan mereka yang bayar bil internet aku. Jadi, suka hati aku lah. Hahaha. Aku pun dah malas nak pikir pasal orang lain. Baik aku pikir pasal aku je. Pikir macam mana nak kembangkan lagi bisnes aku yang sedikit slow ni. Aku bersyukur sebab keluarga aku supportive dengan pilihan aku. Mereka takde la dok tanya kenapa tak cari kerja bagus sebab dah belajar tinggi-tinggi sampai degree tapi pilih buat bisness online je. Bisness online masyuk pun oiii kalau kena pada caranya. Yang pentig belajar. 

Apa pun tanggapan orang aku dah kisah,, Apa yang aku tahu aku akan terus promot baju-baju yang aku jual tu sampai ada orang nak beli. Mungkin sekarang aku belum berjaya untuk mengumpul pelanggan tapi mana tahu satu hari nanti semakin ramai pelanggan aku. Siapa tahu kan? Aku anggap semua ni sebagai cabaran dalam hidup aku. Tak ada kemanisan dalam sebuah kehidupan jika kita tidak merasa peritnya menempuhi cabaran. Betul tak? Bagi korang yang teringin nak cuci mata tengok koleksi baju muslimah, jubah serta lain-lain lagi boleh laa follow ig dan fb page aku. Bai..

Facebook Page : IZ Hijabist


Instagram: www.instagram.com/iz_hijabist

Saturday, April 23, 2016

Resepi Ikan Keli Goreng Thai

Dah lama tak tulis pasal resepi kat blog ni kan. Cehhh.. Bajet laa blog aku ni banyak nauu resepinya padahal 2 3 kali je tulis pasal resepi. Selebihnya pasal cinta hati dan perasaan je banyak. Hahaha.. Ishhh, tapi resepi pun penting jugak hokeyy. Resepi untuk memikat hati suami.. Hihihi.. Tapi aku belum ada suami lagi. Coming soon InsyaAllah ada. Kihkihkih.. Ok. Kali ni aku nak kongsi satu resepi istimewa yang mana resepi ni antara feberet aku jugak laa. Resepi Ikan Keli Goreng Thai atau kami kat Kelantan panggil Ikan Keli masak Papik. Bukan Paprik yerr. Papik. Seakan sama tapi sedikit berbeza. Hehehe..Mungkin ada yang dah tahu resepi ni tapi aku nak kongsi jugak la dengan korang sebab aku masak sendiri yer. Hehehe.. Aku pun pandai memasak jugak cuma tak layak nak bukak restoran je. Hehhe. Melalut sudah..Jom tengok resepi..



Resepi Ikan Keli Goreng Thai

Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
Cili padi (ikut citarasa masing-masing nak letak berapa biji)
*bahan-bahan tersebut di kisar ataupun ditumbuk

1 labu bawang besar
5 helai daun limau purut
2 batang serai
2 sudu besar sos tiram
1  sudu besar sos cili/tomato
Ikan keli yang sudah digoreng kunyit

Cara membuatnya:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar tadi bersama 2 serai sehingga pecah minyak dan naik bau. Masukkan sedikit air. Selepas itu masukkan sos tiram dan sos tomato. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan pula bawang besar yang sudah dipotong bersama daun limau purut. Masukkan sedikit serbuk perasa. Gaul sehingga rata dan selepas itu masukkan ikan keli goreng kunyit tadi. Kacau semuanya sehingga sebati. Bila dah rasa ok tutup api dan boleh lah hidang untuk dimakan bersama keluarga. 


Resepi ni simple sangat. Bagi korang yang tak tahu nak masak apa untuk hujung minggu ni boleh la cuba resepi dari aku ni. Gerenti sedap. Jangan lupa resepi paling istimewa adalah resepi yang di masak dengan penuh kasih sayang. Cewahhhh. Hahaha.. Selamat mencuba.. Babai..


Tiada Kelulusan Buka Pawagam Di Kelantan?

Tiada Kelulusan Buka Pawagam Di Kelantan? | Baru-baru ini kecoh pasal sebuah pawagam akan dibuka di KB Mall. Bagi korang yang tak tahu cerita sebenar boleh rujuk entri SINI. Nak kata aku teruja ke tak tentang berita tu ada lah jugak teruja sikit tapi aku ada terbaca satu berita yang bahawa Kelantan tak pernah keluarkan kelulusan buka pawagam. Jadi, khabar akhir yang di maksudkan selama ini hanyalah palsu semata-mata la ehh?





Kelantan Tidak Pernah Keluarkan Kelulusan Buka Pawagam

KOTA BHARU – Kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan kepada mana-mana pihak bagi mewujudkan pawagam di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kenyataan itu membuktikan kewujudan Paragon Cinema di KB Mall Julai ini adalah tidak benar.
“Tidak ada (permohonan) yang dilakukan. Itu hanya viral sahaja. Tidak ada permohonan, tidak ada kelulusan. Jika ada, saya akan beritahu,” katanya kepada media ketika ditemui di pejabatnya di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai viral di laman sosial Facebook yang mendakwa Paragon Cinema akan diwujudkan di pasar raya besar, KB Mall dan mula beroperasi Julai ini.
Abdul fattah berkata, pihak kerajaan negeri sentiasa terbuka menerima permohonan bagi mewujudkan pawagam di negeri ini asalkan pihak tersebut sudi mematuhi syarat wajib yang telah ditetapkan. [SINAR HARIAN]
Sumber info: UPKN Kelantan

Pada aku tak kisah la ada ke tak sebab kat Kelantan memang tak pernah ada panggung wayang. Kalau ada itu bonus laa tapi kalau memang takkan ada tu takde la sampai nak frust menonggeng kot. Tak boleh tengok movie kat pawagam download je laaa tak pun tunggu tayang tv.. Lagi senang..Hahahaha.. Okbaii.. 




Friday, April 22, 2016

Lirik Lagu Dekat Tapi Jauh - Forteen

Aku dah tersuka tanpa sengaja dengan single terbaru dari Forteen ni. Tak sangka pulak single terbaru dari Forteen ni dah berjaya mencuri hati aku. Hihihi. Lagu terbaru dari Forteen yang bertajuk Dekat Tapi Jauh merupakan salah satu  OST drama Mr Boss Miss Stalker yang disiarkan di TV3 setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 7malam. Aku boleh tahu pasal lagu ni pun sebab tengok drama Mr Boss Mrs Stalker laa. Baru je episod 1 hari ni. Lagu ni rancak dan lirik yang best.. Jom aku belanja Lirik Lagu Dekat Tapi Jauh dari Forteen ni untuk korang yerr.. 




Lirik Lagu Dekat Tapi Jauh - Forteen

Tidak pernah ku merasa
Tak tentu arah batinku menyiksa
Sejak ketemu dirimu
Degup jantungku makin laju

Aku tak suka berpura
Sekiranya mahu akan ku kejar
Tetapi teragak juga
Andai terjatuh air muka

Kamu di depan mataku
Dekat tapi jauh
Jauh dari dakapanku
Namun teringin ku mengenali
Mengenali hati

Aku cuba menghampiri
Dekat tapi jauh
Jauh dari pantauanmu
Harus ku mencuba lebih lagi
Mengenali kasih
Dekat tapi jauh

Tak mahu dalam hatiku
Terburu-buru tidak menentu
Mungkin ku beriya-iya
Tapi kau hiraukan saja

Kamu di depan mataku
Dekat tapi jauh
Jauh dari dakapanku
Namun teringin ku mengenali
Mengenali hati

Aku cuba menghampiri
Dekat tapi jauh
Jauh dari pantauanmu
Harus ku mencuba lebih lagi
Mengenali kasih
Dekat tapi jauh

Na na na na na
Dekat tapi jauh

Na na na na na
Dekat tapi jauh

Na na na na na
Dekat tapi jauh

Kamu dekat tapi jauh
Jauh dari dakapanku
Namun teringin ku mengenali
Mengenali hati

Aku cuba menghampiri
Dekat tapi jauh
Jauh dari pantauanmu
Harus ku mencuba lebih lagi
Mengenali kasih
Dekat tapi jauh


Aku memang suka sangat dengan single terbaru dari Forteen yang ni. Berbeza la dengan single-single mereka yang sebelum ni. Dekat Tapi Jauh sudah melekat di hati aku ini.. Hihihihi.. Ok lah. Tak nak bebel panjang. Jom layan video lagu Dekat Tapi Jauh ni yerr. Babai..




3 Cara Perempuan Marah

Orang kata perempuan ni bila dia marah memang bahaya. Bahaya ke? Terpikir aku sejenak. Hahaha. Orang perempuan ni takkan marah tak tentu pasal tapi bila dia marah pasti ada sesuatu yang orang lelaki buat sampai bikin dia jadi marah. Yang ni memang bahaya. Ada sesetengah perempuan dia tak suka marah-marah. Dia rilek je dan cool je. Kalau korang yang lelaki dapat makwe atau isteri jenis macam tu memang untung laa tapi bila sekali dia meletup baru korang tahu langit tu tinggi ke rendah. Hahaha. 

Aku pulak memang seorang yang cepat marah. Aku ngaku siap-siap ok tapi aku cepat sejuk. Marah aku kadang-kadang kejap je. Bukannya lama sangat pun. Kena pandai pujuk laaa tapi dapat pulak si buah hati yang tak suka memujuk. Haihhh. Akhirnya, aku pujuk diri sendiri je laaa. Hahaha. Abaikan cerita aku. Aku sebenarnya bukan yang jenis suka marah-marah sangat tapi cara tu nampak macam nak marah. Bukannya nak marah pun. Orang je sering salah paham.. Orang perempuan ni kalau dia marah macam-macam cara dia tunjuk. Tapi macam mana pulak bila dia marah ketika sedang ber'sms' atau Whatsapp? Haaa... Ada 3 Cara Perempuan Marah bila dia sedang ber'sms' atau whatsaap dengan yang tersayang..


3 Cara Perempuan Marah

1) Dia reply sepatah dua. Bahaya
Bahaya jugak kalau reply sepatah dua ni. Tu tandanya dia dah takde mood nak layan korang. Dia sedang cuba menahan marah dia. Dari dok gaduh panjang baik dia balas sepatah dua je. Contohnya: "ikut awaklah.." Ayat ni sebenarnya yang selalu aku guna bila nak marah. Si dia pun dah paham. Hahaha. Nasib baik paham tapi kalau yang jenis susah nak paham tu memang patut bagi kaki je. Haha. Kejamnya aku. 

2) Dia reply panjang lebar. Bahaya
Kalau dah reply sepatah dua pun bahaya inikan pula reply panjang lebar. Bila dah reply panjang lebar tu dah macam membebel pun ada jugak. Dah korang pun susah nak paham. Dia pun mesti naik angin. Sebab tu yang jadi sebuah karangan SPM bila korang dok whatsaap atau SMS. Masa tu sila baca dan hadam je la yerr. Esok lusa korang buat benda sama lagi. Hahaha..

3) Dia diam. Pun bahaya
Bila dah diam ni memang bahaya jugak la sebab dia dah malas nak cari pasal dengan korang. Orang lelaki ni kadang-kadang bukan kisah sangat kalau tengok perempuan marah. Dia biar je. Kalau dah dia dok diam tu memang lagi la dia sedang menahan marah. Lepas tu korang pulak yang lelaki buat tak tahu. Alamatnya memang tak selesai masalah lah. Alahai..

Kesimpulannya, orang perempuan ni bukan suka nak marah-marah sangat pun. Dia marah tu tanda tak puas hati je bila korang tak nak layan dia. Tak nak dengar cerita dia. Sebab tu lah dia marah. Apa yang penting adalah saling memahami antara satu sama lain. Aku sendiri pun masih dalam proses memahami jugak. Jadi, setiap yang berlaku cuba lah selesai dengan cara yang elok dan harmoni. Ok lah. Babai.. 


Thursday, April 21, 2016

Redha

Redha.. Aku bukan nak review filem Redha yerr. Aku pun belum tengok lagi filem tu camne. Hanya tahu sinopsis sahaja. Huhuhu.. Apa yang anda faham tentang maksud redha? Aku teringat dialog Lisa Surihani pada Maya Karin dalam filem Ombak Rindu yang mengatakan "Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah." Aku pasti ramai yang masih mengingati dialog filem tersebut. Dialog yang simple tapi penuh maksud yang tersurat dan tersirat. Redha itu kita ikhlas menerima segala ketentuan yang telah Allah tetapkan untuk kita. Bibir mampu mengucap kata redha sedangkan redhakah kita menerima segalanya? 




Aku sendiri pun sering mengucapkan kata redha sedangkan hati aku sendiri masih sedih dengan setiap perkara yang berlaku. Adakah itu dikatakan redha? Kita sebagai manusia sememangnya tidak terlepas dari rasa kecewa dan sedih. Namun, sebagai hambaNya yang beriman pada Qada' dan Qadar Allah kita harus redha dengan setiap perkara yang menimpa kita. Jangan sesekali menyalahi takdir Allah untuk kita. 

Bukan mudah untuk redha. Aku tahu akan hakikat itu kerana aku sendiri cuba untuk belajar redha. Setiap kali aku sedih, aku pasti terpikirkan nasib sering tidak menyebelahi aku. Aku sering gagal dalam setiap yang aku lakukan. Aku cuba belajar dan belajar untuk menerima segala ketentuan Allah. Aku pernah ceritakan dalam entry aku yang lepas Wanita Tabah Itu Bukanlah Aku. Andainya korang pernah membaca entry aku yang lalu, korang akan memahami maksud yang ingin aku sampaikan.

Harus di ingat, jika kita merasakan diri kita dalam kesusahan ada insan lain yang menghadapi kesusahan lebih dari kita alami. Semalam aku menonton siaran ulangan Bersamamu. Memang tersentuh hati aku apabila mereka di beri peluang untuk mengerjakan umrah bersama mereka yang pernah keluar dalam program Bersamamu. Ada yang lumpuh, buta dan sakit sendi tetapi mereka berjuang untuk meneruskan hidup dan dari situ aku membandingkan hidup aku dengan mereka yang jauh lebih beruntung kerana masih mampu bergerak ke mana sahaja yang aku inginkan walaupun ada ketikanya pergerakan aku juga terbatas.

Setiap orang lain jalan ujian dan cabaran yang perlu dilaluinya tapi setiap orang juga perlu ada sifat redha dalam diri. Redha bukan bermakna kita menyerah kalah tapi kita ikhlas dalam menerima segala ketentuan yang Allah tetapkan. Kita mungkin tidak pernah menyedari hikmah yang tersembunyi di sebalik ujian yang menimpa tetapi Allah Maha Mengetahui segalanya. 


Wednesday, April 20, 2016

Wordless Wednesday- Ego



Sape macam ni? Baik korang ngaku cepat. Hahahaha.. Tapi aku kadang-kadang ego la jugak sebab dia tu cam tak nak layan aku. Aku pun buat-buat tak heran laa padahal hati ni rindu oiiii. Rasa cam nak meletup je kalau tak dapat mesej. Ehhh.. Hahahha.. Okbai..

Gambar dari facebook Apa Apa Jer


Monday, April 18, 2016

Abam Kie's First Giveaway


Sila klik sini jika mahu join

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersyukur kepada Allah kerana Abam Kie berjaya menganjurkan giveaway buat julung kalinya. Jutaan terima kasih kepada barisan rakan blogger yang sudi menaja giveaway ini.

Berikut adalah senarai hadiah yang bakal menanti para pemenang bertuah:

1. Top up RM10 X 1 pemenang oleh PeRdU cINta
2. Hijab pin dan Viscose Printed Wide Shawl X 1 pemenang oleh Aksara Biru
3. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Najwa Zahid
4. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Ayuni Rafilah
5. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Julia Jamaludin
6. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Mommy Irra
7. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Ina Zalina
8. Top up RM20 X 1 pemenang oleh Miss Fifi
9. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Cik Nor
10. Buku resepi X 2 pemenang oleh Abam Kie

Kawan2 nak join? Ikut je langkah2 di bawah ini satu-persatu:

1. Follow blog Abam Kie dan penaja2 berikut. Ini wajib dipatuhi, OK?


2. Add Google+ berikut jika anda ada profil Google+. Kira macam sunat la...

https://plus.google.com/117034001954441190127
https://plus.google.com/114654336399855954680
https://plus.google.com/115462385884702570492
https://www.google.com/+AyuniRafilah
https://plus.google.com/103791964943177272009
http://google.com/+irrayyandotcom
https://plus.google.com/u/0/103153723284562892818
https://plus.google.com/105160168417987334249
https://www.google.com/+AbeKie

3. Letakkan link www.irrayyan.com di dalam bloglist anda sehingga tamat giveway ini.

4. Buat entri bertajuk "Abam Kie's First Giveaway"

5. Letak banner di atas di dalam entri GA anda dan backlinkkan ke blog ini. Atau kalau nak lebih mudah cuma copy and paste html code di bawah ini.

6. Publish your entry and leave your GA link in the comment form below.

7. Done!

P.S. Syarat2 tu nampak macam banyak tapi sila buat sikit2. Lama2 siap la tu. Terima kasih diatas kesabaran anda.......

Sunday, April 17, 2016

Menangis Bila Tengok Kucing Sakit

Aku memang tak boleh tengok kalau kucing kesayangan aku sakit dan tak aktif. Automatik aku akan rasa sedih dan nak nangis. Alahai. Kali ni sekor lagi kucing aku luka teruk kat kaki. Agak teruk jugak sampai nampak buruk dan bengkak. Lalat pun macam dah berkenan dengan kaki dia tu. Aku yang tengok luka dia pun rasa seram wooo.. Huhuhu. Nanti korang boleh tengok gambar kat bawah. Aku akan tunjukkan. Harapnya korang jangan geli pulak ehh.. Bukan nak menakutkan korang pun..





Lupa pulak nak bagitahu nama kucing yang sekor ni. Nama dia Charlie. Pagi tadi mak ayah aku dah bawak si Charlie ni pegi vet dan dah kena cucuk ka kucing aku ni. Lepas tu doc vet tu suruh ayah aku beli spray untuk sembuhkan luka dia dan untuk mengelakkan dari di hurung oleh lalat. Memang luka dia kena hurung lalat pun berbau. Aku yang tengok ni pun menangis weii bila dengar dia menjerit sakit. Huhuhu. Sedih bila tengok kucing selalu dok bermanja dengan kita kena sakit camni. Hurmm. Jadi petang tadi adik aku pun pegi beli spray Zoosamex tu. Harga dia RM42. Kalau tengok kat tag harga tu RM45. Mungkin kedai tu bagi kurang la kot. Huhuhu..


spray zoosamex
Spray yang adik aku beli untuk sembur kat luka kucing


Nak tahu macam mana dia boleh kena luka sampai macam tu? Asalnye dia kena cakar kat bapak kucing jahat belakang rumah aku dan kaki dia luka sikit. Sebelum ni takde la luka teruk sampai camtu sekali. Luka sikit je pastu bila luka baru nak baik dia pulak suka main merata. Lepas tu luka kat kaki dia berdarah kembali. Aduyaii. Kucing aku yang ni memang jenis tak boleh duduk diam. Nak main je. Lompat sana lompat sini. Macam mana luka tu nak baik. Bila balut dia buang pulak. Huhuhu.. 

Aku harap-harap 2 3 hari lagi kering luka dia tu. Kesia aku tengok dia menahan sakit tu. Nak nangis kot tengok dia sakit camtu. Tak sanggup nak masuk dekat. Sedih. Huwaaaaa. Apa-apa pun terima kasih aku ucapkan pada rakan-rakan Group Facebook Dunia Kucing Group (original admin) yang bantu aku sedikit sebanyak dalam memberi cadangan untuk mencari jenama spray tu. Terima kasih untuk blogger veterinar yang hebat iaitu Eintan Nurfuzie yang membantu dalam memberi tips sedikit sebanyak untuk menjaga kucing yang sakit ni. Terima kasih tau korang. Doakan si Charlie aku cepat sembuh yerrr..

Friday, April 15, 2016

Pengganti Button Followers Blog

Beberapa minggu yang lepas blog aku ni ada masalah gadget button followers rosak.. Kalau korang nak tahu lebih lagi boleh baca kat entry "Butang Followers Hilang!!!". Memang aku stress sangat bila tengok button followers aku hilang. Sedih wooo. Dah la followers pun ciput sebab google dah buang beberapa followers aku. Sadis. Hahhahaha. Mungkin ada beberapa pengungjung yang baru nak berkenalan dengan blog aku ni teringin nak follow aku. Cehhh. Ayat berlagak giler. Hahahaha.. Tu pun kalau ada yang sudi nak follow blog aku ni la. Maklumlah aku hanyalah seorang blogger picisan sahaja. Huhuhu. Aku pun dah cuba godek macam tutorial untuk kembalikan gadget button followers blog yang asal tapi tetap tak jadi jugak. Stress aku dibuatnya. Tetapi buat korang macam teringin nak follow aku ni, aku dah jumpa Pengganti Button Followers Blog. Jadi, korang boleh la follow jugak blog ni. Jika korang sudi lah. Hehehe..




Pengganti Button Followers Blog | Sebenarnya ada je cara lain korang nak follow blog aku ni selain dari Google+. Kalau korang perasan ada gadget kecil kat atas header yang tulis perkataan Follow. Korang klik je button Follow tu dan dapat lah korang follow blog aku ni. Haaa, mungkin ada antara korang tak tahu kan macam mana aku buat button Follow tu. Aku tengok tutorial dari blog Lyssa Faizureen. Kat blog Lyssa ada ajar macam mana nak buat button Follow macam yang aku buat tu. Korang boleh rujuk entry Lyssa Tutorial : Letak Button Follow. Senang je cara dia. Tak susah pun.


Jadi korang sudi-sudikanlah follow blog aku ni yer. InsyaAllah aku akan cuba dari masa ke semasa untuk perbaiki mutu penulisan aku ni. Harap-harap korang tak bosan la ehh menjenguk entry aku ni. Hehehe.. Oh yerr. Kalau korang tak pasti macam mana rupa bentuk button follow tu boleh tengok gambar kat bawah ni yer.. Hehehe.. Ok lahh. Babai..





Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih

Hadiah Redeem Dari Woop Sudah Sampai

Dah lama aku tunggu peluang nak redeem hadiah dari Woop ni. Usaha wooo hari-hari kumpul point. Buat task yang diberikan semata-mata nak kumpul point dan redeem  hadiah yang ditawarkan. Sape tak nak kan? Banyak barangan yang boleh kita redeem antaranya barangan Rexona, Softlan, Vaseline dan macam-macam lagi laa. Beberapa minggu lepas aku berjaya jugak redeem hadiah dari Woop ni dan petang semalam telah selamat sampai ke tangan aku. Untuk kali ni aku telah menebus set barangan stationary dari The Big Club. Dapat beg, pencil case, buku nota dan pen serta 2 button badge. Comel kan? Hehehe..

  



Opss lupa pulak aku.. Tak tahu apa itu Woop? Ok.. Woop adalah sebuah comunity yang mana memberi peluang kepada kita untuk mengumpul point melalui kempen yang dijalankan. Setelah point yang terkumpul mencukupi, kita boleh la tebus point tersebut dengan barangan yang terpilih. Harus di ingat yang setiap barang yang ingin di redeem punya nilai point masing-masing. Kalau point yang kita kumpul tu tak mencapai target, tak boleh jugak nak redeem barang yang di inginkan.

Alaaa, korang pun boleh jugak dapat hadiah macam aku ni dan mungkin korang akan dapat lagi hebat dari apa yang aku dapat ni haaa. Caranya ialah korang pergi kat link ni http://goo.gl/KsypbT. Korang sign up macam biasa. Lepas tu jawab lah beberapa soalan yang diajukan. Setiap soalan tu ada nilai point yang harus korang kumpul untuk menebus hadiah-hadiah yang disediakan. Takde la susah sangat pun. 

Jadi apa tunggu lagi. Jom lah join Woop sekarang untuk menebus hadiah-hadiah yang menarik ini.. Klik untuk join Woop http://goo.gl/KsypbT. Babai..


Thursday, April 14, 2016

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

Di zaman serba moden kini, setiap wanita semakin menitikberatkan soal penampilan mereka dalam apa juga situasi. Dalam bab berfesyen, wanita muslimah juga tidak mahu ketinggalan untuk tampil bergaya anggun dan menawan apabila mengenakan sesuatu busana. Oleh hal yang demikian, terdapat banyak fesyen muslimah yang diketengahkan oleh para designer khusus untuk wanita muslimah.Selain butik muslimah yang semakin banyak tumbuh bagaikan cendawan, jualan secara online juga tidak kurang hebatnya dan menjadi pilihan kebanyakkan peniaga dan pereka pakaian muslimah untuk memasarkan dan memperkenalkan  pakaian keluaran mereka. Dengan akses yang lebih mudah menggunakan internet dan telefon pintar memudahkan  wanita muslimah membuat pilihan fesyen pakaian yang mereka inginkan pada bila-bila masa di mana jua. Justeru itu, IZ Hijabist juga tidak melepaskan peluang untuk menambahkan lagi koleksi busana muslimah anda



Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

IZ Hijabist menyediakan perkhidmatan jualan baju untuk para wanita secara online. Busana yang disediakan pastinya menepati citarasa terkini bagi anda yang sering tampil dengan imej muslimah. Anda boleh mendapatkan beberapa koleksi jubah dan blouse labuh dengan harga yang berpatutan. Antara material kain yang terdapat di IZ Hijabist ialah Cotton, Wolly Creepe, Dull Satin dan macam-macam lagi.









A photo posted by IZ Hijabist (@iz_hijabist) on


Gambar-gambar tersebut merupakan antara jubah dan blouse yang anda boleh dapatkan di IZ Hijabist. Baju-baju ini didatangkan dalam pelbagai jenis saiz yang mana sesuai untuk semua jenis potongan badan.

Koleksi Akan Datang Untuk Hari Raya

Musim perayaan akan menjelang tidak lama lagi dan sudah pasti setiap wanita ingin kelihatan anggun menawan di hari raya nanti. Semua itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana IZ Hijabist juga menawarkan beberapa koleksi terbaru khusus untuk anda yang ingin bergaya di hari raya nanti. Bukan setakat baju sahaja, IZ Hijabist juga akan menyediakan beberapa koleksi shawl dan tudung khusus untuk dikenakan bersama baju raya anda.

Kelebihan Berurus Niaga Bersama IZ Hijabist

-Tidak perlu pre order kerana barang adalah ready stock. Hari ni order esok barang akan di poskan. 
- Sesuai dipakai untuk ibu yang menyusu kerana baju BF Friendly
- Labuh dan jenis kain yang tidak jarang
- Pakaian yang menutup aurat


Untuk info lanjut mengenai IZ Hijabist anda boleh melayari media sosial berikut:
Facebook Page : IZ Hijabist


Instagram: www.instagram.com/iz_hijabist

Wednesday, April 13, 2016

Faktor Utama Manusia Menjadi Sombong

Sombong merupakan sifat mazmumah yang perlu di buang jika ada dalam diri manusia. Allah sangat membenci orang-orang yang memiliki sifat sombong ini. Sombong boleh menyebabkan manusia menjadi lupa diri kerana mereka merasakan diri mereka terlalu sempurna dengan kelebihan yang dimiliki.

Allah telah berfirman di dalam Surah Luqman ayat ke 18 yang bermaksud;


Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Surah Luqman: Ayat18)


Manusia boleh menjadi sombong dan angkuh apabila mereka merasakan diri mereka mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Namun begitu, terdapat beberapa faktor utama manusia menjadi sombong dan tinggi diri dengan kelebihan yang mereka miliki.




Faktor Utama Manusia Menjadi Sombong

1) Ilmu
Manusia bisa menjadi sombong bila merasakan diri mereka mempunyai banyak ilmu. Mereka menjadi sombong kerana merasakan mereka lebih bijak pandai dari orang yang mempunyai sedikit ilmu. 

2) Keturunan
Memiliki keturunan yang baik dan hebat bukanlah untuk dibanggakan. Manusia akan merasakan sombong apabila berasal dari keturunan bangsawan, ulama, ahli agama dan lain-lain lagi sehingga merasakan diri mereka terlebih mulia berbanding orang lain. 

3) Kecantikan
Memiliki rupa paras yang cantik dan menawan juga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi sombong. Apabila seseorang itu merasakan dirinya mempunyai kecantikan yang tiada tandingannya akan menyebabkan dia memandang hina pada orang yang mempunya rupa paras tidak rupawan.

4) Kekuatan 
Memiliki kekuatan seperti hebat dalam ilmu persilatan atau seni mempertahankan diri juga boleh menyebab seseorang memiliki sifat yang sombong. Mereka merasakan diri mereka hebat kerana mempunyai kekuatan yang tiada tolok bandingnya jika hendak dibandingkan dengan insan lain yang tidak punya kelebihan seperti itu.

5) Kuasa
Manusia juga boleh menjadi sombong apabila mempunyai kuasa yang tinggi seperti ketua. Mereka merasakan diri mereka berkuasa dan hebat kerana berjaya memegang sesuatu jawatan yang diinginkan sehingga boleh memudaratkan orang dibawah jagaannya.

6) Kekayaan
Memiliki harta kekayaan boleh membuatkan manusia lupa diri dan sombong. Mereka merasakan diri mereka berada di tempat yang paling mulia kerana mempunyai harta yang banyak sehingga memandang serong dan hina pada golongan yang miskin.


Kita sebagai hamba Allah yang hidup di muka bumi ini seharusnya tidak mempunya sifat dan sombong angkuh dalam diri kerana setiap kelebihan yang dimikili adalah kurniaan dari Allah. Allah berhak untuk mengambilnya kembali jika kita mengsyukuri nikmat yang Dia berikan. Sama-samalah kita merenung dan muhasabah diri kita kembali. Sekian..


Monday, April 11, 2016

KB MALL Bakal Ada Panggung Wayang?

KB MALL Bakal Ada Panggung Wayang? | Baru-baru ni dikatakan pihak TGV Cinema menarik balik status untuk membuka satu panggung wayang di Aeon Big Mall Kota Bharu. Tetapi hari ni sedang aku dok belek-belek facebook ternampak post yang dimuat naik oleh Facebook Page KB Mall (Official) bahawa akan di buka sebuah panggung wayang di KB Mall. Adakah benar berita ini? Macam tak percaya pun ada jugak sebab setahu aku lah kan, dah lama sangat desas-desus pasal panggung wayang akan di buka di KB Mall tapi takde jugak. 




PARAGON Cinemas ini dikatakan bakal beroperasi pada bulan Julai nanti. Kalau betul la Kelantan akan ada panggung wayang boleh la aku pegi selalu. Eh.. Hahahha.. Macam la banyak sangat duit aku nak pergi tengok wayang tiap-tiap minggu. Macam la jugak ayah aku nak kasi kan. Hahahaha.. Ermm, tetiba pulak macam nak pergi KB Mall yang tingkat atas tu. Nak pergi siasat betul ke tidak berita ini. Hahahaha.. Pape pun tunggu sahaja lah berita yang sahih dari pihak KB Mall sendiri. Ada ke takde sama je laa. Huhuhuu. 

Sunday, April 10, 2016

Pelajar U Perlu Tahu Berdikari

Pelajar U Perlu Tahu Berdikari | Alam persekolahan dan alam universiti jauh perbezaannya. Jika di sekolah kita punya pakaian seragam yang harus di pakai hari-hari tetapi di universiti kita bebas untuk memakai apa jenis pakaian. Boleh dikatakan terlalu banyak perbezaan antara zaman universiti dan zaman persekolahan termasuk lah dalam berkawan. Mungkin sewaktu di alam sekolah kita mempunyai ramai kawan tapi di universiti bilangan kawan itu semakin berkurangan. Tak perlu melihat pada situasi orang lain kerana semua itu terjadi pada diri aku sendiri. Betul lah apa yang dikata oleh mereka yang terlebih dulu merasainya kerana jadi pelajar universiti ni perlu belajar untuk hidup berdikari.



Belajar Berdikari

Permulaan semester aku memang best kerana aku merasakan ramai orang yang ingin berkawan dengan aku. Sebab apa eh? Adakah kerana orang kasihankan aku sebab masa tu aku bertongkat ataupun sebab aku ni comel? Ehh. Terperasan pulak. Hahaha. Sejujurnya waktu itu memang aku tidak keseorangan kerana aku mempunyai seorang kawan baik yang sangat caring pasal aku. Sehinggakan aku ni seolah-olah terlalu bergantung pada dia. Aku masih mengingati kata-kata mak aku. Sampai bila asyik nak harapkan orang sebab nanti bila dah masuk universiti mungkin takkan ada orang yang akan kisah pasal kita. Dan sememangnya aku merasakan betul apa yang dikatakan oleh mak aku. 

Aku mula merasa keseorangan bila aku masuk semester kedua. Aku sering ditinggalkan sendirian sehingga aku rasa sunyi dan sepi. Tiada kawan dan teman untuk berbual. Memang stress. Sangat stress. Boleh dikatakan tiap kali aku tinggal berseorangan di bilik, aku akan nangis. Manjakan aku ni. Dulu masa sekolah aku ada ramai kawan. Aku ada geng aku sendiri untuk bergembira, untuk bergosip dan sebagainya. Jadi, bila masuk universiti keadaan berubah apabila aku sering ditinggalkan berseorangan seolah-olah aku rasa seperti dipinggirkan. Sebenarnya pada pertengahan semester pertama lagi aku dah mula merasakan yang aku ni ditinggalkan tapi aku cuba berlagak tenang dan kuat. huhuhu..

Lama kelamaan aku mula sedar yang hidup ni tak boleh terlalu bergantung pada orang. Aku mula berkawan dengan ramai orang dan tidak lagi mengharap pada seseorang untuk jadi kawan baik aku. Pada aku masa tu tiada lagi istilah kawan baik atau 'bestfriend'. Alhamdulillah, dari situ aku berjaya mengumpul kawan dan ada geng kembali untuk bercerita, makan bersama-sama dan lain-lain lagi. Tidak lagi keseorangan. Hekhekhek. Tetapi harus di ingat, zaman diploma itu hanyalah tempoh percubaan kerana zaman degree lagi mencabar. 

Kenapa aku kata kehidupan sebagai pelajar ijazah lagi mencabar? Sebab dari situ aku belajar hidup sendirian. Tidak mengharapkan bantuan sesiapa walaupun pada mulanya memang perit untuk dilalui. Korang bayangkan semasa bulan puasa, orang lain keluar berbuka puasa dengan kawan-kawan sedangkan aku berbuka sendirian dalam bilik dengan hanya bertemankan laptop. Kalau nak cakap sedih tu memang sedih la tapi hati kena kering la beb. Pergi beli makanan sorang-sorang ataupun makan kat kedai sorang-sorang je. Pelik dan janggal kan bila tengok orang lain makan bersama geng rumah sewa masing-masing. 

Ada yang bertanya pada aku kenapa tak tinggal dengan kawan-kawan aku yang lain? Aku memilih untuk mendiamkan diri kerana aku punya alasan tersendiri untuk tidak tinggal dengan geng kelas sendiri atau lebih tepat lagi geng sendiri. Sebenarnya bukan tak nak tapi keadaan tidak mengizinkan aku untuk tinggal serumah dengan mereka. Mereka memilih untuk menyewa jauh dari kampus sedangkan aku tak mampu untuk menyewa jauh dari kampus. Bukan tak mampu dari segi kewangan tapi aku tak punya kenderaan untuk berulang-alik dari rumah ke kampus. Lagipun mak ayah aku tak bagi menyewa rumah jauh dari kawasan kampus. Aku terpaksa akur walaupun kadar bayaran rumah sewa yang ditetapkan memang lah mahal. 

Sebab lain jugak adalah kerana aku memang nak belajar hidup sendiri. Tak ingin terlalu bergantung pada orang lain. Lagipun aku tak nak timbul sebarang masalah kalau tinggal dengan geng sendiri. Takut nanti aku yang banyak makan hati. Cukuplah pengalaman lepas yang banyak mengajar aku tentang itu. Tak tinggal dengan geng sendiri pun dah cukup banyak buat aku makan hati, ni kan pulak kalau tinggal bersama. Huhuhu. Sejujurnya memang hati kena kuat. Jangan mudah mengalah. 

Pesanan akak untuk adik-adik yang baru masuk universiti. Jangan lah terlalu seronok dengan bilangan kawan yang ada kerana tak selamanya kawan kita akan sentiasa bersama dengan kita. Sentiasa lah beringat dalam mencari kawan sebab bila kita berada di universiti kita akan berjumpa dengan bermacam jenis perangai. Jangan bersedih andai kawan meninggalkan mu kerana masih terlalu ramai orang yang ingin berkawan dengan mu. Kembangkan lagi dunia anda. Jangan hanya berada dalam satu kelompok sahaja...

Terima kasih kerana sudi baca entry aku yang panjang gila ni. Setiap apa yang aku coretkan di sini tidak ditujukan kepada sesiapa. Hanyalah sekadar perkongsian. Terima kasih pada kawan-kawan ku yang banyak membantu aku dan menerima apa adanya aku. Aku sayang korang semua.. Sekian.. Wassalam.. 


Wednesday, April 6, 2016

Wordless Wednesday - Apa Khabar Kau Iman Setelah Diuji??





Kadang-kadang puas kita menangis memikirkan dugaan yang menimpa diri kita bertalu-talu sehingga membuatkan diri merasa lemah dan longlai. Namun ingatlah supaya jangan sesekali mengalah dan berhenti dipertengahan jalan kerana setiap dugaan yang menimpa pasti ada penyelesaiannya. Bersangka baik lah pada Allah SWT.. Sentiasalah bertanya pada diri "Apa khabar kau iman setelah diuji??"


Gambar dari facebook- Buasir Otak: The Komik

Tuesday, April 5, 2016

Wanita Tabah Itu Bukanlah Aku

Bukan mudah untuk jadi tabah. Bukan mudah juga untuk belajar jadi seorang yang tabah. Menjadi seorang yang tabah maksudnya kau belajar menerima apa jua dugaan hidup yang melanda kau. Kau belajar menerima sesuatu yang tak mungkin jadi milik kau. Kau cuba bersangka baik dalam apa jua yang menimpa kau walaupun kau seorang wanita yang sering di uji mental dan fizikal. Kau tak mengendahkan apa yang orang fikirkan pasal kau. Apa yang kau tahu hidup ni adalah sebuah perjuangan. Perjuangan yang memerlukan sebuah pengorbanan. 











Wanita Tabah Itu Bukanlah Aku | Aku masih ingat kata-kata seorang kawan baik aku. Dia cakap dia bangga dengan aku sebab aku seorang gadis yang tabah. Aku mampu hadapi setiap kegagalan yang melanda aku sedangkan dia baru di uji dengan sedikit kegagalan pun dah rasa menghadapi kegagalan yang paling teruk. Mungkin dulu aku seorang yang tabah, berani dan kuat dalam menghadapi segala dugaan. Namun kini aku seperti sudah hilang semua kekuatan tu. 

Aku cuba untuk sabar dan sabar menghadapi hidup ini sehingga aku pernah merasakan yang semua ini tidak adil buat aku. Terlalu perit untuk aku laluinya. Orang lain mungkin tidak mengerti keperitan yang pernah aku alami dulu dan sekarang. Orang lain mungkin akan sentiasa mengatakan yang aku ini seorang insan yang selalu sedih tetapi pernahkah anda-anda semua bertanyakan tentang aku dari hati ke hati? Sememangnya aku seorang yang pemendam. Tersangat la pemendam orangnya sehingga aku merasakan tiada siapa pun akan mengerti keperitan yang aku alami. Adakah ini dinamakan tabah? Tentunya tidak lagi.

Aku sudah redha setiap ketentuan yang Allah berikan pada aku walaupun aku tahu aku bukanlah seorang gadis yang sempurna. Kadang-kadang aku cemburu melihat rakan-rakan sebaya aku mampu membina kerjaya masing-masing sedangkan aku masih lagi terumbang-ambing mencari halatuju hidup aku. Aku tidak meminta orang memahami apa yang aku rasakan kerana setiap ujian yang dihadapi manusia itu berbeza-beza. Namun, janganlah pula ada insan-insan yang cuba mematahkan lagi hati aku yang sudah sekian patahnya ini.

Aku bukannya meminta simpati kerana aku tidak memerlukan simpati. Aku hanyalah seorang wanita yang cuba untuk belajar menjadi tabah dan mencari kembali kekuatan aku yang sudah lama hilang. Sungguh aku sangat rindu Izzati yang dulu. Seorang gadis yang cekal, tabah dan sabar dalam menghadapi apa jua dugaan yang mendatang.