Monday, May 30, 2016

TUDUNG RAYA DARI KASUTKACA15

Jom sama-sama memeriahkan giveaway kasutkaca15 ni. 


TUDUNG RAYA DARI KASUTKACA15


Klik banner untuk join. Right click dulu pastu open new tab yer. 


Apa lagi korang, jom lah sama-sama join giveaway ni. Giveaway ni akan tamat pada 31 May 2016..


Jangan lupa jugak untuk join giveaway yang di anjurkan oleh aku tau. Boleh klik SINI ehh. Terima kasih.. Mmuahhhh.. 

An Outlook On Malaysia's Property Market

An Outlook On Malaysia's Property Market


An Outlook On Malaysia's Property Market


Infographic by Propertyguru. Used with permission.




Friday, May 27, 2016

Bukan Senang Nak Senang

Dalam hidup ini kita takkan lepas dari menghadapi ujian. Tiada kemanisan dalam sebuah kehidupan andainya tidak di timpa ujian. Kenapa aku cakap begitu? Sebab bila kita dah berjaya satu hari nanti, kita akan setiap pahit perit yang terpaksa di tempuhi. Masa tu barulah korang akan rasa hidup ni sungguh indah dan kita adalah insan yang bertuah kerana dipilih untuk di uji. Hidup ini bukan lah senang dan mudah seperti yang kita lihat dalam drama tv. Jika kita terlalu memikirkan kesenangan, kita takkan dapat menerima hidup yang susah. Bukan Senang Nak Senang. Segalanya memerlukan usaha yang gigih.




Hurmm.. Korang sendiri tahu kan aku baru je nak berjinak-jinak dengan bisnes online. Baru lagi nak bertatih. Mungkin korang pikir bila aku dah buat bisnes ni nampak aku cam orang yang dah untung beribu-riban. Hakikatnya, hanya aku yang tahu sahaja. Orang kata buat bisnes ni jangan terlalu nak kejar untung sangat. Yess, pada mulanya memang aku terlalu kejarkan untung. Sebab apa aku nak kan untung sangat? Sebab aku perlukan duit. Aku bukan lah orang yang kerja makan gaji macam orang lain. Kerja aku kat rumah je. Jadi, jangan ingat aku dok rumah aku boleh goyang kaki. Yerr, memang akan nampak lebih pada goyang kaki sebab kerja sendiri kan. Bos takde nak bagi arahan. Nak buat kerja pun ikut suka hati. 

Aku teringin jugak nak kerja. Nak cari pengalaman. Bila ada orang bagi kat aku iklan jawatan kosong, teringin kot nak apply jawatan tersebut tapi apakan daya kebanyakannya belah KL. Kalau belah KL memang ayah cam tak berapa nak bagi dah. Jadi, ada baiknya aku tak payah apply. Aku biarkan je. Hurmm.. Nak kata tak sedih.. Tipu la kalau tak rasa sedih. Sedih sangat kot. Tapi aku buat tak tahu je la. Ada ketikanya kita rasa kita lah insan paling kuat menghadapi ujian tetapi ada juga ketikanya kita akan rasa tak mampu nak hadapi semua ni. 

Macam yang pernah aku katakan sebelum ini, aku bukan lah wanita yang tabah. Orang lain mungkin boleh bagi cadangan macam-macam kat aku. Tapi yang merasanya aku. Aku pun tak mintak orang paham situasi aku sebab aku tak nak memberi penjelasan dengan lebih mendalam. Ada baiknya aku diam dari orang lain tahu hal yang sebenar. Aku pun teringin jugak nak buat produk sendiri cuma aku takde modal lagi. Sebab tu aku pilih untuk jadi dropship dulu. Bila aku dah punya modal sendiri, aku akan cuba untuk keluarkan produk sendiri. Jenama aku sendiri. 

Hidup ini bukan lah senang macam kita lihat drama tv. Drama tv jalan ceritanya sudah ditulis oleh penulis skrip tetapi jalan cerita kita hanya tuhan yang tahu seelebihnya. Kita hanya mampu berdoa semoga segala yang kita impikan dan inginkan tercapai. 


Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com



Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua yang bermastautin di dijemput join.


Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

GIVEAWAY COMEBACK CASHMONEY BY MG

GIVEAWAY COMEBACK CASHMONEY BY MG
Klik SINI untuk join


Jom korang sama-sama join giveaway dari MG ni. Gud luck!


Jangan lupa jugak untuk join giveaway yang di anjurkan oleh aku tau. Boleh klik SINI ehh. Terima kasih.. Mmuahhhh.. 



Wednesday, May 25, 2016

Bella Mengamuk Kerana Izeara Xtravaganza Serum Kurus Tak Panas

Beberapa minggu yang lepas, heboh pasal cerita seorang gadis gemuk mengamuk dan buat laporan polis gara-gara serum kurus Izeara Xtravaganza yang dia pakai tu tak panas. Adoi la.. Tetiba aku rasa lawak sangat dengan cerita tu. Tentu korang ingat lagi kan dengan kisah Bella dan produk kurusnya itu. Hahaha. Apa yang paling buat orang ramai panas hati apabila Bella menghina produk melayu dan menyesal kerana menggunakannya. Grrr.. Sesuka hati dia je. Kalau nak tahu, produk Izeara Xtravaganza ni merupakan serum kurus yang tidak panas. Jadi, memang patut lah kalau si Bella tu mengamuk sebab bila dia pakai tak rasa panas pun.  Korang bayangkan lah kalau serum tu panas, agaknya menggelupur kot Bella lepas pakai serum tu untuk membakar lemak-lemaknya. Maklumlah, Malaysia ni kan cuacanya panas. Memang sesuai la kalau nak pakai produk ni. 

Bella Mengamuk Kerana Izeara Xtravaganza Serum Kurus Tak Panas

Bila dah heboh satu Malaysia lepas tu ramai pulak yang kutuk si Bella ni, Bella pun memberanikan diri untuk tampil memohon maaf pada rakyat Malaysia dan owner produk serum kurus Izeara Extravaganza di atas kata-kata hinaan terhadap produk melayu. Tindakan Bella ini harus dipuji kerana dia berani dan sedar akan kesilapan yang dia lakukan. 

Bella Mengamuk Kerana Izeara Xtravaganza Serum Kurus Tak Panas


Kalau korang nak tahu jugak, owner Izeara Xtravaganza telah pun memberi penjelasan berkenaan isu Bella ini. Yang penting, owner Izeara Xtravaganza ni rilek dan cool je menghadapi situasi ni.


Izeara Xtravaganza Serum Kurus Tak Panas 

Aku cuba la godek-godek kat IG Izeara Xtravaganza ni, ramai pengguna berpuas hati dengan serum ini. Maknanya serum ni takde la teruk sangat seperti yang telah digembar-gemburkan Bella tu. Selain itu juga, artis pun guna juga produk serum Izeara Xtravaganza ni. Korang tahu tak siapa artis tu? Artis yang aku maksudkan tu ialah Siti Nordiana atau Nana yang juara Gegar Veganza tahun lepas. Patutlah Nana sekarang ni semakin slim dan cantik cun melecun. Rahsianya ialah dia menggunakan serum Izeara Xtravaganza.

Bella Mengamuk Kerana Izeara Xtravaganza Serum Kurus Tak Panas


Antara testimoni produk Izeara Xtravaganza:

Bella Mengamuk Kerana Izeara Xtravaganza Serum Kurus Tak Panas

Bella Mengamuk Kerana Izeara Xtravaganza Serum Kurus Tak Panas

Bella Mengamuk Kerana Izeara Xtravaganza Serum Kurus Tak Panas


Bella Mengamuk Kerana Izeara Xtravaganza Serum Kurus Tak Panas


Kelebihan Serum Izeara Xtravaganza

- Merupakan serum kurus yang PERTAMA di pasaran yang tidak panas, tidak melekit 100% dan pastinya harga serum ini MAMPU MILIK!
- Serum kurus pertama di Asia yang ada Cafeisilane C..Ini adalah bahan yang paling pantas mencairkan lemak di bawah kulit..
- Melawaskan pembuangan air besar selepas 1 jam menggunakan Serum Izeara Extravaganza ni.. Hilang stretchmark lama dan baru sekiranya korang menggunakan secara konsisten selama 7 hari
- Lemak lemak tepu dan degil akan disingkirkan dengan cepat!

Memandangkan tak lama lagi dah nak masuk bulan puasa dan bakal menyambut hari raya, korang yang teringin sangat nak kurus tu boleh cuba menggunakan serum Izeara Xtravaganza ni. Boleh la beraya dengan tubuh badan yang ramping gitu. Harga promosi serum Izeara Xtravaganza ni ialah RM109.00 sahaja. Tapi harga promosi ni untuk pembaca blog aku sahaja tau. Kalau nak dapatkan harga promosi ni, korang cakap dapat info dari blog Izzati Suhaide yerr. Jadi, cepat-cepatlah order.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk:
Instagram: @izearaxtravaganza
Tempahan: 013-7773617




Monday, May 23, 2016

Resepi Churros Nestum

Baru-baru ni aku tengok ramai pakat dok share resepi churros. Macam-macam cara ada sampaikan aku sendiri pun pening nak ikut resepi yang mana satu. Sebelum ni aku pun tak tahu churros tu apa dia. Ingatkan diperbuat dari ubi kentang. Rupanya ada resepi sendiri nak buat benda tu. Hehehe. Sedang aku dok belek-belek FB tadi, aku terjumpa resepi churros yang simple tapi ditambah adunan nestum. Haa, teruja tak korang? Hehehe.. Jadi, aku nak share jugak la dengan korang resepi churros nestum ni. Resepi ni dari website Nestum


Resepi Churros Nestum

Resepi Churros Nestum


Ramuan Churros:
80 g tepung
60 g tepung naik sendiri
20 g mentega, dihiris nipis
 ½ sudu teh garam
225 ml air panas
20 g NESTUM® All Family Cereal Original
Minyak untuk menggoreng
• 100 g gula kaster
½ sudu teh serbuk kulit kayu manis

Sos Coklat:
150 g coklat hitam, potong halus
70 g coklat susu, potong halus
300 ml krim pekat

Arahan:

Langkah 1 : Ayak tepung bersama tepung naik sendiri di atas kertas, ketepikan. Letak mentega dan garam di dalam mangkuk adunan tahan panas dan tuang air panas ke dalamnya. Masukkan mentega cair, kacau. Masukkan pula tepung yang telah diayak dengan cepat ke dalam air panas, kacau sehingga bater pekat dan melekit. Kemudian tambah NESTUM® dan gaul.

Langkah 2 : Panaskan minyak dalam kuali anggaran 4 sm atas api sederhana.

Langkah 3 : Sementara itu, sediakan beg piping dengan muncung bentuk bintang. Isikan bater ke dalamnya mengikut jumlah yang selesa dipegang.

Langkah 4 : Picit bater anggaran 6 sm panjang ke dalam minyak panas, potong menggunakan gunting. Goreng sehingga garing dan berwarna perang keemasan. Sejat sebelum dicelup dalam gula kulit kayu manis.

Langkah 5 : Untuk membuat sos coklat, satukan coklat dan krim dalam mangkuk tahan panas, letak atas periuk berisi air panas. Kacau sehingga coklat cair dan pekat.

Bila resepi dah ada ni senang la nanti nak buat. Ermm, boleh la aku senaraikan churros ni sebagai salah satu hidangan untuk raya nanti. Ok lah. Selamat mencuba.. 


Resepi Churros Nestum



Wednesday, May 18, 2016

Orang Perempuan Tak Suka Diabaikan

Sejak dua tiga hari macam ramai dok share pasal orang lelaki masa mula-mula nak ngorat orang perempuan bukan main lagi bersungguh. Bagi ayat manis tahap diabetes. Tiap hari mesej dan call pujuk rayu itu ini tapi bila dah dapat hati perempuan tu, korang buat tak tahu pulak. Betul ke tak kenyataan aku ni? Yang perempuan pulak makan hati bila pakwe kesayangan abaikan mereka. Mereka rasa diri mereka diabaikan. Kau rasa macam mana? Meh aku nak bagitahu. Sejujurnya, orang perempuan tak suka diabaikan. Bila dia commit dengan kau maknanya memang dia gilakan perhatian korang. Paham tak?


Ok. Lepas pada tu keluar pulak statement dari orang lelaki. Yelah kan. Mereka pun nak bela diri jugak sebab asyik kena bahan je dengan orang perempuan. Hahaha. Orang lelaki mengatakan bahawa, tak mesej atau call hari-hari tak semestinya dah tak sayang tapi sedang berusaha cari rezeki kumpul duit sebab nak masuk meminang. Erm ermm ermmm. Berfikir jugak lah aku seketika. Korang boleh baca statement kat bawah ni yer.. 



Sebenarnya aku pun tergelak besar jugak la baca statement ni. Aku tak kata ianya salah dan aku tak cakap juga apa orang perempuan rasa ni semuanya betol. Aku juga perempuan dan turut merasakan apa yang orang lain rasa. Masa mula-mula nak ngorat bukan main lagi bersungguh. Cakap saya suka awak lah. Nak bersama dengan awak lah. Sentiasa ada di sisi awak lah. Ekkk. Ok. Sekarang ni kita win win situation yer. Adil yer. 

Orang perempuan ni bila dia dah ada orang tersayang, kalau boleh memang dia nak cakap dengan orang tu je. Dia ada kawan yang setia mendengar masalah dia sekalipun, dia tetap inginkan orang yang dia sayang jadi pendengar setia dia. Tempat dia nak bermanja. Dah nama pun perempuan. Memang lah gilakan perhatian. Lain lah kalau dia takde orang istimewa. Takdenya lah dia nak merajuk bagai dengan orang lelaki ni. Dia siap buat tak tahu lagi ada laa. 

Yang lelaki pulak kalau boleh luangkan lah masa tu sikit untuk orang perempuan ni. Tak semestinya 24 jam korang kena mesej dia. Sekurangnya mesej ucap selamat pagi atau selamat malam pun dah boleh buat dia bahagia. Ini tak, bila dia mesej korang buat tak tahu jer. Buat dek je lepas tu bagi alasan itu ini. Korang kena ingat jugak, tahap pemikiran orang perempuan jauh kedepan. Silap-silap boleh tembus kertas A4 dengan ketajaman pemikiran orang perempuan. Kadang-kadang benda yang korang tak buat pun dia pikir korang buat. 





Aku pun bukan nak cakap lebih jugak tapi sejujurnya memang fitrah wanita begitu. Sentiasa ingin diberi perhatian. Tapi orang perempuan pun jangan lah cepat sangat nak melenting atau merajuk. Cuba pikir secara positif. Mungkin si dia sibuk dengan urusan kerja ke sampai tak sempat nak mesej. Kita buat rilek je. Buat cool gituu. Orang lelaki pun sebenarnya banyak dah sabar dengan perangani kita ni sebab tu lah kadang-kadang mereka buat tahu je kalau kita merajuk. Tu merujuk pada aku lah. Hahaha. Tapi sememangnya begitu lah. Bagi mereka hal perempuan merajuk ni benda remeh. Tak payah nak ambil kisah sangat. Aku paham semestinya kita akan rasa diri kita ni di abaikan. Betul tak? Tetapi, itu lah hakikatnya.



Tuesday, May 17, 2016

Jualan Murah Shawl & Tudung Bawal

Sekarang ni sedang berlangsungnya jualan murah kat IZ Hijabist. Haaa. Eksaited tak korang? Hihi. Ok lahh. Meh aku nak bagitahu korang yerr. Jualan murah ni bermula pada 13 Mei 2016 dan bakal berakhir 8 Jun 2016. Jadi, selepas dari tarikh tu takde dah tawaran camni. Nak tahu tak barang apa yang murah tu? Barangan yang terpilih je tau. Bukan semua koleksi kat IZ Hijabist yer.. Barang yang aku maksudkan ialah shawl dan tudung bawal creepe. Sempena dengan jualan murah ni, aku akan bagi harga yang murah untuk korang. Di jamin berbaloi. 


Terdapat pelbagai jenis warna yang menarik bagi kedua-dua jenis tudung ini yang pastinya membuatkan korang rambang mata untuk memilihnya. Memandangkan sekarang ni dah nak masuk bulan Ramadhan dan bakal menyambut hari raya,  boleh la korang shopping raya terus. Masuk bulan Ramadhan nanti tak payah fikir nak beli baju atau tudung yang sesuai. Pikir nak buat pahala je.. Hehe. Harga yang ditawarkan juga amat lah berpatutan. Makin banyak korang beli, makin murah harga yang korang dapat.. 





Macam mana dengan tawaran harga yang diberikan? Berbaloi tak?  Selain dari bawal creepe bidang 45, terdapat juga bidang yang besar tetapi di jual secara borong. Nak tengok tak antara warna shawl dan bawal yang masih available? Boleh tengok gambar kat bawah yer.. 

Shawl

Material untuk shawl adalah high quality chiffon (heavy) yang mempunyai cutting 1.9m x 0.8m dan jahitan pula ialah kelim lipat tepi atau baby seam.





Jualan Murah Shawl & Tudung Bawal


Jualan Murah Shawl & Tudung Bawal


Bawal Creepe


Jualan Murah Shawl & Tudung Bawal












Bagi korang yang berminat untuk dapatkan shawl dan tudung bawal ni, boleh whatsapp 0139285042(Zati) atau kalau nak cuci mata untuk lihat koleksi lain boleh layari media sosial berikut:

Facebook: IZ Hijabist
Instagram@iz_hijabist

Jangan lupa untuk like FB dan follow IG IZ Hijabist  untuk melihat pelbagai koleksi baju, jubah muslimah serta tudung yang lain.. Bai..



Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru 2016

Baru sempat nak buat sedikit coretan sempena hari guru untuk tahun ini. Hihihi.. Sebenarnya aku pun sedang memikirkan ayat yang sesuai untuk dikarang dalam blog aku ni. Sudah hampir 8 tahun aku meninggalkan zaman persekolahan. Alamak... Tua dah aku ni rupanya yer. Hekhekhek. Tapi aku masih ingat tentang cerita-cerita aku zaman sekolah dulu. Terlalu banyak yang tak dapat nak di ungkapkan di sini. Sempena hari guru ni teringin nak buat throwback sikit. Throwback kisah aku aku waktu zaman sekolah dan universiti dulu. Hihihi..

Selamat Hari Guru 2016



Aku mula masuk sekolah masa umur 6 tahun. Kalau tak silap aku tahun 1997 kot. Sekolah pertama aku adalah PASTI Al-Falah Kg Padang Siam. Aku juga merupakan anak didik PASTI yerr. Sebab tu bila tengok budak-budak sekarang pakai pakaian PASTI membuatkan aku terimbau zaman kanak-kanak aku. Tak banyak sangat yang aku ingat tentang zaman sekolah kat PASTI dulu cuma apa yang aku tahu aku ni dulu budak yang baik sehinggakan dapat anugerah pelajar terbaik. Hahahaha.. Sekarang pun aku baik jugak tau. Aku tak jahat. Hihihi..

Setahun selepas itu aku masuk darjah 1. Aku bersekolah di Sekolah Rendah Ugama Darul Ulum Diniah. Sepanjang dari darjah 1 sehingga darjah 6 kat sekolah tu, memang banyak kenangan pahit manis yang aku lalui. Pahit sewaktu kena laa tapi sekarang terasa manisnya. Hehehe. Korang nak tahu, aku pernah kena pukul dengan cikgu aku gara-gara tak siap matapelajaran sains. Hahahaha. Padahal aku ni antara pelajar cemerlang kat sekolah tu. Belajar memang pandai tapi perangai ting tong. Hahaha. Sebenarnya tu adalah kali pertama aku kena denda macam tu. Tapi lepas pada tu memang aku sentiasa siapkan kerja sekolah matapelajaran sains. Bila ingat balik memang aku rasa cam lucu sangat. 

Habis sekolah rendah, bermulalah alam remaja aku dengan memasuki sekolah menengah. Aku bersekolah di Sekolah Menengah Ugama  (SMU) Arab Maahad Ahmadi Tanah Merah, Kelantan. Boleh dikatakan aku memang dilahirkan dari sekolah agama. Dari kecil sampai lah ke besar sebab mak ayah aku nak terapkan nilai agama dalam diri anak-anak mereka. Bila dah masuk sekolah menengah ni, peragai kebudakan aku tu macam dah hilang sikit maklumlah dah besar kan. Cuma, dari seorang pelajar yang sering dapat nombor 1 dulu terus dapat no belas-belas dalam kelas. Kalau nak tahu jugak, aku pernah dapat nombor 3 terakhir dalam kelas. Aduhaii. Masa tu aku terasa yang aku ni macam bodoh sangat. Hehehe. Tapi, aku tak putus asa.. Aku cuba juga untuk naikkan balik keputusan peperiksaan aku. Walaupun bukan pelajar cemerlang tapi aku puas hati dengan apa yang aku perolehi. 

Masa kian berlalu. Cepat sungguh masa itu berputar. Habis SPM aku dapat tawaran masuk ke diploma UITM Machang dalam jurusan Statistik. Di universiti banyak mengajar aku tentang aku kehidupan. Terlalu banyak perkara pahit yang terpaksa aku hadapi sepanjang bergelar mahasiswi universiti. Mungkin bagi adik-adik sekarang ni, kehidupan universiti itu sangat lah best dan menyeronokkan tapi korang tak tahu betapa seksanya hidup bergelar pelajar universiti ni. Kalau hati tu tak sado, alamaknya tersungkur lah korang sebelum sampai ke penamatnya. Setelah 3 tahun diploma seterusnya sambung pula ijazah dalam jurusan yang sama di UITM Kota Bharu. Boleh dikatakan sepanjang bergelar pelajar universiti, airmata adalah sahabat sejati aku. Tetapi, dari airmata lah aku belajar untuk menjadi kuat, sabar, tabah dan cekal. 

Sebenarnya bukan nak cerita sangat pun. Cuma nak bagitahu aku belajar kat mana je. Hahaha. Walau apa pun, terima kasih buat semua cikgu-cikgu, ustaz ustazah serta para pensyarah yang tak jemu-jemu memberi ilmu buat diriku ini. Terlalu banyak jasa kalian dalam berusaha untuk melahirkan generasi yang berjaya pada hari ni. Terima kasih atas segala nasihat serta tunjuk ajar yang diberikan selama diriku ini menjadi anak murid kalian. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kalian. Guru yang paling penting dalam hidupku tentu sekali mak ayah yang sentiasa menyokong diri ini. Terima kasih semua. Selamat Hari Guru. 




Saturday, May 14, 2016

Segmen Bersama Amirah Azman & Sponsor


Assalammualaikum dan salam sejahtera

http://eira-shamiera.blogspot.my/2016/05/segmen-bersama-amirah-azman-dan-sponsor.html
 ( CLICK banner atau SINI untuk Join sekali )


TAMAT : 31/05/2016
UMUM PEMENANG : 01/06/2016


Jangan lupa untuk join First Giveaway By Izzati Suhaide jugak yerrr..




Friday, May 13, 2016

HARGA RUNTUH Shawl Exclusive by Papaglamz

Assalamualaikum semua. Kepada semua pencari shawl secara online, tentu sahaja ramai yang akan membandingkan harga. Harga yang murah dan shawl yang berkualiti tinggi akan menjadi pilihan ramai. Tentu semua nak tahu berapakah harga shawl labuh chiffon exclusive by Papaglamz ni kan? Memandangkan shawl PapaG baru sahaja menjengah market fesyen Malaysia, sudah pasti PapaG akan menawarkan harga yang paling terbaik untuk anda semua. Sesuai dengan kualiti shawl itu sendiri.
harga-shawl-labuh-chiffon

Harga jualan Shawl Chiffon Exclusive by Papaglamz

Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari PapaG, jadi beliau menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.
1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 
Haa reasonable tak? Jadi apa tunggu lagi? Cepat PM PapaG cepat-cepat. Nanti dia poskan kat korang. Ingat Shawl PapaG ni limited tau. Yela tak buat banyak sangat. Plays safe katanya. Hehehe

5 Pilihan warna Shawl Exclusive by Papaglamz

Basicaly, Shawl Exclusive by Papaglamz adalah ilham dari PapaG dan wife sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari KL tempoh hari. Entah macam mana tetiba terkeluar pula idea tentang nak buat shawl ni kan. Dari situlah mereka mula membuat sedikit kajian tentang material kain, potongan shawl yang menjadi kesukaan ramai, kos dan macam-macam lagi. Alhamdulillah perancangan mereka berjaya dan terhasillah shawl yang SANGAT EKSKLUSIF ni. 
KONSEP shawl yang mereka ketengah ialah shawl yang mempunyai ciri-ciri lebar dan labuh. Sebab tu shawl yang mereka keluarkan ini agak panjang dan lebar. Panjangnya lebih kurang 1.95 meter dan lebarnya 0.9 meter. Semoga shawl ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 
Dalam pemilihan material, mereka menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Antara sebab mereka menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang LEMBUT dan MUDAH BERALUN serta TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu kain Chiffon jenis ni sama seperti kain Chiffon bubble, tetapi bubblenya adalah sangat sangat sangat halus. Sebab itulah ianya sangat lembut. Kelebihan lain ialah kain dia seakan-akan dwi tone. jika kita lihat dari sisi yang berbeza samada kiri atau kanan, PROJECTION warna kain ada sedikit perbezaan. Menarik kan? Sebab tu lah kain ini dipilih untuk di jadikan shawl eksklusif mereka.

Detail Shawl Exclusive by Papaglamz

Saiz : 1.9 meter X 0.85 meter (Labuh tau)
Jenis kain : Chiffon moist crepe (Macam chiffon bubble tapi bubble dia sangat sangat sangat halus dan lembut serta sejuk dipakai. Yang penting TAK JARANG)
Warna pilihan : 
ukuran-wide-shawl-terkini
Pink Belacan + Basic White (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Blue + Gold Yellow (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Brown + Gold Yellow (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Purple + Elegance Silver (Dwi Tone)
Green Emerald + Gold Yellow (Dwi Tone)
CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!
Limited edition sebab Papaglamz tak buat banyak. Ye la, new baby kan..? Hehehe
Wassap : 0196141393
Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau. Ig : exclusive_by_papaglamz FB : Papaglamz Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz -sekian-

Wednesday, May 11, 2016

Tips Untuk Orang Bujang Membeli Pangsapuri Pertama

Tips Untuk Orang Bujang Membeli Pangsapuri Pertama


Adakah anda bujang dan sedang mencari untuk membeli rumah atau pangsapuri pertama anda? Membeli rumah pertama anda sebagai orang bujang mempunyai beberapa faedah. Sebagai contoh, anda boleh membeli sebuah rumah yang lebih kecil dan lebih banyak menjimatkan wang dalam pembayaran gadai janji, cukai, insurans dan utiliti. Anda juga boleh gunakan untuk memperibadikan rumah anda, kerana anda tidak perlu kesepakatan dengan pasangan atau rakan kongsi dari segi apa yang anda inginkan di rumah pertama anda.

Tips Untuk Orang Bujang Membeli Pangsapuri Pertama

Walau bagaimanapun, membeli rumah sendiri mempunyai pelbagai cabaran. Sebagai contoh, awak mengambil semua tanggungjawab kewangan membeli dan memelihara rumah tersebut. Anda juga memerlukan sebuah pekerjaan yang mencukupi dan sejarah kredit untuk layak mendapat pinjaman penginapan luas. Ia adalah lebih sukar untuk melayakkan diri bagi pinjaman dengan satu pendapatan dan bukannya dua. Ianya juga lebih sukar untuk simpan pembayaran muka, memakan masa bagi mencari pakar hartanah dan pindah masuk dan membaiki rumah baru dan pangsapuri anda sendiri.

Walau bagaimanapun, jika anda telah bersedia untuk membeli dan berpindah ke rumah anda sendiri, pujian kepada anda! Baca tips ini untuk mengetahui bagaimana untuk menjadikan ia sebagai pemilik rumah tunggal.


Lihatlah Impian Anda

Adakah anda mempunyai impian kehidupan yang dipenuhi dengan perjalanan dan hobi?  Jika ya, anda mungkin mahu menyimpan sebahagian besar daripada wang anda untuk usaha-usaha ini. Lihatlah sebahagian kecil pembelian pangsapuri, rumah kecil atau kondo. Ianya juga, menentukan sama ada anda akhirnya mahu memelihara haiwan peliharaan, pasangan atau keluarga? Jika sebuah keluarga di masa depan anda, anda mungkin ingin melabur di dalam rumah yang lebih besar daripada rumah anda  yang kini untuk menampung bakal anak-anak anda. Sebaik sahaja menentukan impian dan matlamat yang paling penting kepada anda, anda boleh mula membuat rancangan kewangan untuk mencapai matlamat tersebut.

Lihatlah sumber anda 

Adakah anda menyelidik dan mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar kewangan dan perumahan? Pusat Perumahan atau bukan berasaskan keuntungan tempatan boleh menawarkan pinjaman rumah, pendidikan pembeli rumah, kaunseling kredit dan sumber-sumber lain. Cari melalui talian untuk melihat jika terdapat pemilik rumah bukan berasaskan keuntungan tempatan berhampiran anda. Mungkin ada! Mengikut laman TIME, mereka boleh membantu anda memahami pelan kewangan anda,.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai pinjaman pelajar, anda mungkin perlu membayar mereka untuk bayaran pertama, kemudian simpan sehingga bayaran muka yang besar dalam usaha untuk meningkatkan julat harga rumah anda. Pilihan anda untuk melakukan pembayaran sekurang-kurangnya 20 peratus bayaran pendahuluan untuk membuat pembayaran gadai janji masa depan anda agar ianya lebih mudah diurus. Menurut AS News & World Report, bayaran lebih besar ke bawah boleh menjimatkan banyak wang dalam jangka masa panjang,.

Di samping itu, untuk mencukupi pembayaran pendahuluan, anda juga perlu mempunyai tabung kecemasan serta tambahan untuk pembaikan rawak yang pasti akan muncul di sana sini. Kusyen kewangan ini adalah sangat penting bagi pembeli rumah tunggal. Walaupun menjimatkan wang dengan satu sumber pendapatan sememangnya sukar, ia adalah sangat penting bahawa anda mempunyai simpanan yang cukup sebelum membeli rumah baru anda.

Sebelum anda memilih ejen hartanah, anda seharusnya memilih tempat untuk pemberi pinjaman. Berbicara dengan seberapa banyak pemberi pinjaman yang boleh, sekurang-kurangnya tiga atau empat, dan menyelidik pelbagai jenis produk pinjaman yang mereka tawarkan. Menentukan produk pinjaman yang sesuai untuk anda menjimatkan wang dalam jangka panjang Apabila anda memilih ejen hartanah, cari seseorang pembeli rumah tunggal yang telah bekerja dengan kali pertama sebelum ini dan memastikan bahawa mereka mempunyai pengalaman mencari rumah atau pangsapuri dalam julat harga anda. Ini adalah penting untuk pembeli tunggal, kerana terdapat sedikit rumah yang sedia dijual untuk orang perseorangn. Melihat juga dalam menggunakan sumber-sumber seperti PropertyGuru Malaysia untuk mencari rumah-rumah dan pangsapuri untuk dijual.

Bajet dengan Matlamat Kewangan Anda di Minda

Sebaik sahaja anda mampu untuk menangani  dengan baik  dalam mencapai matlamat kewangan anda dan berapa banyak anda perlu simpan untuk mencukupi bayaran muka yang besar, simpanan dalam tabung kecemasan dan simpanan tambahan untuk pembaikan, anda boleh mula belanjawan. Anda akan teruja untuk berusaha ke arah satu matlamat yang dapat membuat anda lebih menyeronokkan untuk menyimpan wang.

Membayar balik hutang lapuk anda adalah satu langkah pertama yang baik untuk mencapai kebebasan kewangan dan impian anda untuk membeli rumah pertama anda sebagai pembeli rumah yang tunggal. Ini bermakna membayar sebarang pinjaman pelajar dan bil kad kredit. Membayar balik hutang tersebut akan membolehkan anda untuk mendapatkan kadar faedah yang lebih baik dan lebih besar pinjaman, kerana anda akan mempunyai skor kredit yang lebih baik. Jika perlu, anda boleh mengambil aliran tambahan pendapatan untuk mengesan pembayaran balik hutang anda dengan sangat cepat dan menyelamatkan.

Membina Sistem Sokongan

Sebagai pembeli rumah yang bujang, ia adalah sangat penting bagi anda mempunyai sistem sokongan yang kuat. Cari orang yang anda kenali dan percayai untuk membantu anda sepanjang proses membeli rumah, ini bermaksud sama ada ia membantu anda yang  sukar membuat keputusan serta datang bersama anda untuk melihat beberapa rumah. Keresahan anda membeli rumah sendiri boleh menjadi sukar, jadi pastikan bahawa anda mempunyai sokongan emosi sepanjang proses tersebut.




Tuesday, May 10, 2016

Resepi Ayam Masak Ros

Hari ni aku nak kongsikan satu lagi resepi yang baru je aku cuba buat. Nampak tak betapa rajinnya aku sekarang ni untuk memperbaiki skill memasak aku. Hahaha.. Orang kata yang penting ada minat nak masak tu. Tak pandai takpe. Janji rajin nak masak. Betol tak? Hehehe. Mak aku la dah berapa hari asyik sebut nak buat ayam masak ros. Pada mulanya aku ingatkan dia yang nak buat. Tapi hari ni dia suruh aku buatkan. Mula-mula tu macam malas jugak tapi rajinkan lah diri jugak untuk memasak tu. Haaa, nak tahu macam mana aku buat Ayam Masak Ros tu? Ok.. Untuk korang aku kongsikan resepinya.


Resepi Ayam Masak Ros


Resepi Ayam Masak Ros



Bahan-bahannya:
2 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sehelai daun pandan (disimpul)
Sebatang serai (diketuk)

1 inci halia
1 inci lengkuas
Santan
Sos tomato
Cili giling
Cili merah
Gula melaka (ikut citarasa anda nak letak berapa banyak)
2 biji tomato
Rempah 4 beradik

Ayam goreng separuh masak

Cara membuatnya:
Kisar sebiji bawang besar, bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi bersama rempah 4 beradik, serai dan daun pandan sehingga garing. Selepas itu, masukkan gula melaka dan 4 sudu besar cili giling. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan ayam goreng dan kacau hingga sebati. Kemudian, masukkan santan pekat dan sedikit air. Jika ingin banyak kuah, boleh tambah air mengikut citarasa anda. Biarkan hingga menggelegak dan selepas itu masukkan garam secukup rasa. Masukkan sebiji bawang besar yang dipotong, buah tomato dipotong 4 dan cili merah. Gaul hingga rata. Lepas itu tutup api dan hidanglah untuk sesi menjamu selera. 


Senang sangat resepi ni. Korang boleh buat bila-bila masa yang korang suka. Selamat mencuba uollsss.. Babai..

Giveaway FV oleh Mieza Suhaini

Giveaway FV oleh Mieza Suhaini

Giveaway FV oleh Mieza Suhaini
Klik SINI untuk join


Jom join giveaway dari Mieza Suhaini. Hari ni dah last hokeyy.. Nasib hakak sempat join last minit... Hihihi

Sunday, May 8, 2016

Senarai Peserta First Giveaway By Izzati Suhaide

Senarai Peserta First Giveaway By Izzati Suhaide

Seperti yang dijanjikan aku sediakan Senarai Peserta First Giveaway By Izzati Suhaide. Jadi, korang boleh la blogwalking sesama peserta lain sementara menunggu giveaway ni tamat..

Senarai Peserta First Giveaway By Izzati Suhaide



Berikut adalah Senarai Peserta First Giveaway By Izzati Suhaide:

1) http://hiphiphorray15.blogspot.my/2016/05/first-giveaway-by-izzati-suhaide.html
37) http://www.syahidahfadilah.com/2016/05/first-giveaway-by-izzati-suhaide.html

Happy Blogwalking