Monday, June 27, 2016

Cara Merawat Masalah Kulit Muka Berminyak

Sudah menjadi idaman setiap gadis untuk memiliki kulit yang cerah dan segar. Sape tak nak cantik kan? Semua orang nak cantik. Aku pun nak miliki kulit muka yang cantik, licin tanpa jerawat dan putih gebu gitu. Cewahh. Bagi aku yang ada masalah kulit muka berminyak ni memang la sentiasa mencari jalan untuk sentiasa tampil dengan kulit muka yang segar. Malu oii kulit muka berminyak ni. Nampak cam tak bersih kulit muka kita ni. Sudah berbagai cara yang aku gunakan untuk mengatasi masalah ini. Sebenarnya ada beberapa cara untuk merawat masalah kulit muka berminyak. Meh aku kongsikan beberapa cara mudah untuk merawatnya.

Cara Merawat Masalah Kulit Muka Berminyak

Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk merawat masalah kulit muka berminyak antaranya ialah dengan menggunakan buah kiwi sebagai scrub pada muka kita tapi takkan la nak beli buah kiwi hari-hari kan. Mahal jugak buah kiwi tu. Selain itu juga, kita boleh juga menggunakan teh chamomile kerana ia mengandungi khasiat yang dapat menguatkan kulit seperti antibakteria, antiseptik, dan antioksidan. Teh chamomile membantu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat pada muka.

Cara Merawat Masalah Kulit Muka Berminyak

Tetapi kalau aku, aku gunakan cara yang mudah sahaja. Nak tahu tak? Cara aku ialah dengan menggunakan Nanowhite Fresh. Baru-baru ni ada seorang kawan aku memperkenalkan produk Nanowhite Fresh yang mana produk ni memang sangat sesuai untuk gadis remaja macam aku yang mempunyai masalah kulit muka berminyak. Nak tahu macam mana aku guna produk Nanowhite Fresh ni? Ok, meh aku tunjukkan cara-caranya. Ada 3 cara mudah untuk yang perlu dilakukan iaitu:


1. Nanowhite Fresh Foam Cleanser

Cara Merawat Masalah Kulit Muka Berminyak

Gunakan Nanowhite Fresh Foam Cleanser untuk mencuci muka. Macam yang korang selalu pakai pencuci muka tu. Basuhkan muka terlebih dahulu, kemudian sapukan Nanowhite Fresh Foam Cleanser pada muka. Urut-urut sikit pada muka kemudian bilaskan dengan air bersih. Selepas guna pencuci muka ni, ia membuatkan muka lebih segar dan bersih.

Cara Merawat Masalah Kulit Muka Berminyak

2. Nanowhite Fresh Miracle Mist

Cara Merawat Masalah Kulit Muka Berminyak

Selepas itu, semburkan Nanowhite Fresh Miracle Mist pada muka. Korang spray Miracle Mist ni tapi pastikan tutup mata yer. Nanti pedih pulak mata kalau masa dok spray tu terkena mata. Nanowhite Fresh Miracle Mist ini mengandungi Vitamin C, sea alga dan tea tree oil yang mana ianya mempunyai 9 kelebihan dalam 1 botol. 

Antaranya kelebihannya ialah untuk mengurangkan kesan minyak pada muka dan mengurangkan jerawat. Bila korang spray je Miracle Mist ni kat muka, korang akan kulit muka korang tu segar. Hilang kesan minyak tu. Bila kesan minyak pun takde, jerawat pun kurang lah kat muka kita. Jadi, memang sesuai lah dengan masalah kulit muka aku yang berminyak ni. Lepas guna tu, aku  rasa kulit muka aku lebih segar dan nyaman. 

Cara Merawat Masalah Kulit Muka Berminyak

3. Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector

Cara Merawat Masalah Kulit Muka Berminyak

Akhir sekali, picitkan sedikit Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector pada jari dan sapukan terus ke tempat yang korang rasa akan tumbuh jerawat. Aku sapukan kat kawasan yang selalu menjadi kawasan popular jerawat tumbuh. Hehehe.. Jadi, ianya dapat membantu untuk mengecutkan jerawat di muka kita.
Cara Merawat Masalah Kulit Muka Berminyak


Mesti korang tertanya-tanya kan berapa lah harga Nanowhite Fresh ni? Harga Nanowhite Fresh ni takde la mahal sangat pun. Semua orang boleh beli.  Meh aku bagitahu yer. Senang korang nak pergi beli nanti. 
  • Nanowhite Fresh Foam Cleanser 100g - RM15.90
  • Nanowhite Fresh Miracle Mist 125ml - RM20.50
  • Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector gel 15ml - RM18.50


Cara Merawat Masalah Kulit Muka Berminyak

Haaa, lupa pulak nak bagitahu korang. Aku ada ternampak dekat facebook yang nanowhite sedang menjalankan kontest. Jom lah korang join. Mana lah tahu ada rezeki nak menang. Hadiah pun lumayan jugak wooo. Korang boleh tengok info kontest tu dekat link yang aku sediakan di bawah.

https://www.facebook.com/nanowhite/photos/a.10150182564123434.303349.130416903433/10153747858128434/?type=3&theater

Sunday, June 26, 2016

Tips Melegakan Sakit Belakang Ketika Datang Haid

Mungkin sesetengah wanita sering mengalami sakit pinggang atau sakit belakang semasa nak datang haid. Bila duduk lama kat kerusi mesti akan rasa lenguh di sekitar tengah pinggang atau disebut lower back pain. Masa tu nak bangun pun rasa cam nak patah pinggang tu. Betul tak? Aku sering mengalami situasi begitu terutama ketika nak datang haid. Bila duduk lama mesti akan rasa sakit sangat di sekitar tengah pinggang tu. Nak bangun pun susah aihhh. Jadi, apa yang perlu kita lakukan kalau sakit pinggang ketika datang bulan ni?

Tips Melegakan Sakit Belakang Ketika Datang Haid


Aku nak tanya korang. Korang pernah dengar tentang Biobax Cool Theraphy? Tak pernah dengar? Haaa, kalau tak pernah dengar meh sini aku nak cerita dekat korang semua. Baca leklok tau sebab ni info penting untuk korang yang sering mengalami sakit pinggang atau sakit belakang ketika datang haid.

Tips Melegakan Sakit Belakang Ketika Datang Haid


Biobax Cool Theraphy

Anda ingin tahu apa kelebihan Biobax ni? Bukan spray biasa tau. Untuk pengetahuan korang, Biobax Cool Theraphy merupakan spray yang dibuat khas untuk mengurangkan rasa sakit belakang dan sendi. Bukan itu sahaja, malahan anda yang ada resdung atau selsema, boleh menggunakan Biobax ni untuk melegakan resdung atau selsema anda. Sekiranya dipakai secara berterusan, dengan izin Allah sakit tu boleh sembuh kerana ia mengandungi bahan organik seperti Habbatus Sauda, Minyak Zaitun dan Eucalyptus Oil. Lagipun, ianya sangat senang meresap dalam kulit untuk memberikan kelegaan dalam masa yang cepat.

Tips Melegakan Sakit Belakang Ketika Datang Haid


Jadi, bagi anda yang sering mengalami sakit pinggang atau lower back pain ni amat lah digalakkan menggunakan Biobax Cool Theraphy ini kerana ia membantu untuk melegakan kesakitan yang kita alami. Hanya spray sahaja di tempat yang rasa sakit itu. InsyaAllah, kesakitan yang di alami tu dapat dikurangkan. 

Selain itu juga, Biobax ini sangat sesuai untuk ibu-ibu yang hamil. Ibu hamil pastinya sering mengalami sakit-sakit belakang kan? Apabila anda menggunakan Biobax ni, ia mampu melegakan sakit belakang anda. Jangan risau,ia tidak membahayakan kandungan anda. Anda boleh gunakannya dengan selamat dan tanpa ragu. Sudah ramai ibu-ibu mengandung yang menggunakan Biobax ni dan kalau korang nak tahu juga, Irine Nadia blogger yang popular tu pun juga menggunakan Biobax ni semasa dia mengandung. Anda tidak perlu lagi meragui keberkesanannya. 

Petua sakit pinggang semasa mengandung



Kandungan Biobax Cool Theraphy

Bahan-bahan yang terkandung dalam Biobax Cool Theraphy adalah 100% organik. Jadi, Biobax Cool Theraphy sesuai untuk ibu mengandung dan juga ibu berpantang. Antara bahan yang terdapat dalan Biobax Cool Theraphy ialah:
  • Eucalyptus Oil
  • Habbatussauda Oil
  • Olive Oil
  • Za'faran
  • Lemon Grass
  • Halia Bara
  • Kaffir Lime
  • Pappermint
  • Menthol Crystal

Kegunaan Biobax Cool Theraphy

Biobax Cool Theraphy dapat membantu untuk kelegaan segera, sakit-sakit biasa, sakit otot dan sendi yang biasa seperti:
  • Sakit Belakang 
  • Ketegangan
  • Terseliuh
  • Lenguh-lenguh
  • Selsema/resdung
Selain lenguh-lenguh, Biobax Cool Theraphy boleh melegakan selsema. Spray biobax pada tangan. Kemudian gosok kedua belah tangan dan sedut bau di tapak tangan sehingga hilang bau. 

Kelebihan Biobax Cool Theraphy

Antara kelebihan menggunakan Biobax Cool Theraphy ialah:
  • Melegakan lenguh leher dan sendi
  • Segera melegakan sakit belakang dengan kesan sejuk
  • Tahan sehingga 5 jam
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu melegakan lenguh bahu dan leher
  • Terbukti berkesan untuk kelegaan belakang
  • Sesuai untuk melegakan selsema dan resdung

Jadi, apa yang anda tunggu lagi. Jom dapatkan Biobax Cool Theraphy sekarang. Dengan hanya sebotol Biobax Cool Theraphy ini, ia boleh digunakan seisi keluarga. Harga untuk sebotol Biobax ialah hanya RM80 untuk Semenanjung Malaysia dan RM85 untuk Sabah Sarawak. Sebotol Biobax Cool Theraphy ni boleh digunakan sehingga 3 bulan dengan 500 semburan.

Sekiranya berminat anda boleh whatsapp atau telegram kepada Zati (agent sah Biobax) - 0139285042.

Saturday, June 25, 2016

Lirik Lagu Raya Hang Pi Raya - Khalifah

Dah masuk hari ke 20 kita berpuasa ni, stesen radio pun dok mainkan lagu raya je pagi petang siang malam. Yelah kan, nak bagi rasa kemeriahan untuk sambut raya. Betul tak? Tapi dalam menanti kemeriahan nak sambut raya pun, jangan dilupa sisa-sisa ramadhan yang tinggal ni. Manfaatkan sebaiknya. Peringatan untuk diri sendiri jugak. Huhuhu.. Ok laa. Korang sebelum ni pernah dengar kan lagu Hang Pi Mana oleh kumpulan Khalifah? Haaa, kali ni mereka tampil dengan single lagu raya pulak hokey. Tajuk lagu dia Hang Pi Raya. Muzik yang sama tapi lirik je lain. Dah dengar ke belum lagu raya terbaru dari Khalifah ni? Sedap jugak tau. Meh aku belanja lirik lagu Hang Pi Raya untuk korang ehhh..

Lirik Lagu Raya Hang Pi Raya - Khalifah


Lirik Lagu Raya Hang Pi Raya - Khalifah

Pulang raya
Nak pi raya 6x
Pulang raya

Hari raya tiba
Sebulan puasa tertunai sudah
Duit yang ada
Cukup cukup saja
Buat belanja
Ada kereta yg aku bawa
Jenama malaysia
In sya allah
Jumpa mak ayah
Dan sanak saudara

Pulang raya
Nak pi raya 6x
Pulang raya

Takbir bergema indah dipagi raya
Syahdu terdengar iramanya dijiwa....
Syawal mulia ampun maaf dipinta
Pada ibu ayah dan juga sanak saudara

Abang-abang akak-akak duit raya jangan lupa
(Abang-abang akak-akak duit raya jangan lupa)
Anak-anak bergembira sebab dapat duit raya
(Anak-anak bergembira sebab dapat duit raya)
Kuih raya semua ada juga macam-macam ada
(Kuih raya semua ada juga macam-macam ada)
Nak pi raya mana tunggu lepas solo guitar...

Ceq pi raya ceq pi ziarah sini sana
Jumpa kawan lama buka macam macam cerita
Sedih gembira kita kongsi bersama
Selamat hari raya ampun maaf dipinta....

Pulang raya
Nak pi raya 6x
Pulang raya




Kalau korang dah suka dengan lagu Hang Pi Mana, korang mesti akan suka jugak dengan lagu Hang Pi Raya ni. Ok lah. Jom layan lirik video lahu Hang Pi Raya. Babai..






Perasaan Berbuka Puasa Seorang Diri

Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 20 kita berpuasa. Dah banyak hari tak update blog. Padahal aku takde idea nak update apa. Hahaha.. Tetiba pulak aku teringat kenangan berpuasa semasa belajar dulu. Banyak kenangan pahit manis dalam bulan puasa masa belajar dulu. Perkara lucu pun ada tapi ada ke eh benda lucu? Aku pun dah lupa. Hahaha. Yang aku ingat benda sedih dan hepy je. Hehehe.. Korang pernah tak rasa berbuka puasa seorang diri kat bilik terutama masa zaman belajar dulu? Bukan zaman kerja yer. Zaman belajar? Apa perasaan korang berbuka puasa seorang diri kat bilik? Sedih tak? 






Aku pernah merasai berbuka puasa seorang diri kat bilik masa zaman belajar dulu. Masa tu zaman degree. Boleh dikatakan memang kerap jugak la berbuka puasa sorang-sorang ni. Beli makanan pun sorang-sorang. Sedih? Sudah tentu sedih weii. Tengok orang lain berbuka puasa dengan kawan-kawan atau dalam kelompok ramai sedangkan aku berbuka sendirian dalam bilik menghadap dinding. Hahaha. Perasaan cemburu tu terbit juga di hati bila tengok kawan-kawan upload gambar kat IG dan FB bila mereka berbuka puasa dalam kelompok yang ramai. Aku pulak krik krik krik dalam bilik. Huhuhu. 

Kalau rumah aku dekat pada waktu tu, memang aku akan balik bukak puasa kat rumah la dari bukak puasa sorang-sorang tu. Dok layan jiwa sorang-sorang lepas tu sedih. Orang lain mana tahu. Aku je yang rasa. Hahaha. Tapi aku buat rilek je. Yelah. Takkan lah asyik nak dok dalam kelompok yang ramai je kan. Kadang-kadang kena lah juga merasai nikmat berbuka sendirian.. Haa gituuu. Sedapkan hati je tu. Hahahaha. Tetapi itulah hakikatnya. Ada orang rasa lost bila sendirian tapi aku tak nak layan sangat perasaan tu. Tipu lah kalau tak rasa kan tapi kena pandai kawal lah. Kang jadi lain pulak. Hehehe..

Namun itu semua adalah kenangan buat aku. Bermula puasa tahun lepas dan tahun ni, tidak lagi keseorangan sebab dah habis belajar. Masa tu banyak dihabiskan di rumah bersama keluarga. Takde dah nak layan jiwa sorang-sorang lagi tu. Yelah kan. Mana la tahu kot tahun depan berbuka puasa dengan suami pulak. Ehh. Hahaha. InsyaAllah, jika Allah sudah mempertemukan jodoh aku. Hehe.. Korang pulak macam mana? Pernah ke bukak puasa sendirian masa zaman belajar dulu? Apa yang korang rasa? Hehe. Ok lah. Bai..


Gambar dari Facebook Buasir Otak: The Komik



Monday, June 20, 2016

Resepi Sup Ayam Mudah

Dah banyak hari tak update blog. Takde mood sebenarnya. Hahaha. Jadi, hari ni aku nak kongsikan dengan korang resepi sup ayam mudah dari aku. Mudah je buat sup ayam ni sebenarnya. Campak-campak je pastu jadi la sup tapi yang penting kena masak dengan kasih sayang la yer. Itu lah kunci utama untuk hasilkan sesuatu masakan yang lazat dan enak. Betul tak korang? Sup ayam yang aku buat ni takde la guna banyak bahan sangat pun. Mudah sahaja. Jom tengok resepi khusus dari aku. Hehehe..

Resepi Sup Ayam Mudah

Resepi Sup Ayam Mudah

Bahan-bahan:
Setengah ekor ayam
5 biji bawang merah (di hiris nipis)
3 ulas bawang putih (di hiris nipis)
1/2 halia (di hiris nipis)
3 biji kentang
Rempah 4 sekawan (buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih)
Serbuk perasa
Garam
Sup bunjut
Minyak

Cara menyediakan:
1) Panaskan sedikit minyak, kemudian tumiskan rempah 4 sekawan bersama bawang merah, bawang putih dan halia yang telah di hiris tadi. Tumis sehingga garing.
2) Setelah garing, masukkan ayam dan sedikit air serta garam secukup rasa. Biarkan sehingga mendidih.
3) Selepas itu, masukkan sup bunjut dan kentang yang di belah empat. Tambahkan lagi air dan biarkan sehingga kentang empuk. 
4) Tambah sedikit serbuk perasa dan tunggu sehingga sup menggelegak. 
5) Bila dah masak tutup api dan hidang untuk dimakan bersama nasi panas. 
6) Nak lagi sedap, taburkan daun sup dan bawang goreng. Aku tak bubuh sebab tak makan benda tu. Hahaha.

Mudah je kan. Korang yang dok bujang tu kalau tak tahu nak masak apa, boleh la cuba resepi ringkas dari aku ni untuk masak buka puasa nanti.. Selamat mencuba. Bai..




Saturday, June 18, 2016

Adakah Sesuai Sandals Digayakan Untuk Pelbagai Majlis?

Wanita sangat gemar mengumpul kasut ataupun sandals. Kalau boleh pada rak kasut tu penuh dengan koleksi kasut orang perempuan. Boleh dikatakan setiap kali masuk kedai kasut, di belinya dalam 2 atau 3 pasang. Hahahaha. Aku dulu pun camtu jugak. Kalau boleh nak sambar 2 3 pasang sekaligus tapi tengok bajet jugak laa. Lagipun aku ni jenis suka pakai sandals dari kasut tertutup sebab lagi senang dan mudah. Mungkin bagi korang sandals ni hanya sesuai dipakai atau digayakan bila nak pergi kenduri ataupun keluar dengan kawan-kawan tapi sandals ni boleh dipakai bila-bila masa je dan sesuai untuk pelbagai majlis. Mungkin korang tak percaya kan? Percayalah yang sandals ni sesuai dipakai untuk menghadiri pelbagai majlis atau acara. 


Adakah Sesuai Sandals Digayakan Untuk Pelbagai Majlis?

Adakah Sesuai Sandals Digayakan Untuk Pelbagai Majlis?

Secara umumnya, wanita terbahagi kepada 2 kategori. Kategori pertama adalah wanita yang tidak akan keluar rumah tanpa memakai high heels dan satu lagi kategori adalah wanita yang lebih gemar memakai sandals atau flat shoes sebagai kasut harian mereka. Jadi anda yang mana satu? Sebenarnya ramai yang menganggap bahawa sandals bukanlah jenis kasut yang versatile (boleh dipakai ke mana sahaja). Namun hakikatnya ialah sandals merupakan jenis kasut yang paling mudah digayakan dan sesuai untuk pelbagai majlis. Jom kita tengok betul ataupun tidak. 

1. Casual Outings
Hujung minggu bersama rakan-rakan atau hanya sekadar ke café yang berhampiran rumah anda? Tiada pakaian yang lebih selesa berbanding jeans dan tshirt. Apa lagi? Tentu sekali pemakaian sandals yang cukup selesa dan tidak menyakitkan kaki anda untuk hari yang panjang. 

Adakah Sesuai Sandals Digayakan Untuk Pelbagai Majlis?


2. Pejabat
Masih teragak-agak untuk memakai sandals ke pejabat? Apa yang paling penting adalah percaya pada diri dan yakin dengan diri anda. Jika anda yakin anda boleh tampil bergaya walau hanya dengan memakai sandals. 

Adakah Sesuai Sandals Digayakan Untuk Pelbagai Majlis?


3. Majlis perkahwinan
Sudah tentu di Malaysia, majoriti daripada wanita akan memakai baju kurung untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan-rakan yang berbangsa Melayu. Baik dress atau baju kurung, kedua-dua jenis pakaian ini boleh anda gayakan bersama koleksi sandals.

Adakah Sesuai Sandals Digayakan Untuk Pelbagai Majlis?


Kalau korang tanya aku, sudah tentu aku lagi selesa pakai sandals sebab bila pakai sandals terasa kaki lebih kemas nak jalan. Tak payah risau nak tercabut ke apa. Nampak ayu gitu haaa. Memandangkan sekarang ni dah nak masuk musim perayaan, korang mesti teragak-agak kan nak beli sandals ke tidak? Sebenarnya lagi mudah pakai sandals ni. Senang. Sesuai dengan semua baju yang korang kenakan. Jadi, kalau masih ragu-ragu nak beli sandals tu korang boleh tengok dekat laman web ZALORA. Banyak wooo pilihan sandals yang cantik patut korang pilih. Aku sendiri pun rambang mata nak pilih yang mana satu tambah lagi nak dekat raya ni. Hehehe..

Kesimpulannya, jangan takut nak pakai sandals walau apa jua aktiviti yang korang lakukan. Yang penting yakin dengan sendiri. Betul tak? 

Friday, June 17, 2016

Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016

Hye hye salam perkenalan . 
Kami adik beradik Ema & Lisa ingin mengucapkan SALAM SAYANG salam Ramadhan . Blog VetoVirago sudah pun 1 tahun 4 bulan & ini merupakan first giveaway kami , dengan harapan agar semua bloggerian senyum selalu dan happy-happy ajerrr ...
KLIK GAMBAR UNTUK JOIN GIVEAWAY
Hadiah yang ditawarkan untuk
Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016
ini adalah :- jengg , jengg , jenggg !!!
Untuk SEORANG yg bertuah sahaja ... (pemenang dipilih oleh adik kembar kami berusia 9 tahun) :
  • 1 x T-shirt Exclusive Sabun Sejuk Sedap berharga RM 58
... dan +10 hadiah menarik yg lain , iaitu :
  • 2 x Sabun Sejuk Sedap berharga RM 35 
  • 2 x Sampul Duit Raya Sabun Sejuk Sedap
  • 2 x Tapak iklan di Top Sponsor Blog selama sebulan
  • 2 x Duit Raya RM 5 / boleh tukar ke topup
  • 2 x Beg Tote Bercorak - tinggi 44cm x lebar 37cm
(boleh pilih design kegemaran)
Tarikh Mula :15.06.16 *Rabu Tamat : 30.06.16 11.59 mlm *Khamis Tarikh keputusan diumumkan pada : 02.07.16 *Sabtu - - - - - - - - - - - Terima kasih kerana sudi menyertai Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016 . Semoga anda bertuah dan berjaya - - - - - - - - - - - Senarai peserta di SINI [tekan sini]

Wednesday, June 15, 2016

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016

Hai korang. Aku nak tanya ni. Korang nak duit raya tak? Nak ke tak ni? Kalau nak jom join giveaway ni. Giveaway ni dianjurkan oleh www.nile.com.my. Mereka menawarkan hadiah berupa wang tunai RM1000 tau. Apa lagi korang, jom lah join,...







Nak pilih 5 item ni yang buat aku rambang mata. Tak tahu nak pilih. Kalau boleh nak semua. Ehh. Tamak betul aku ni. Hehe. Ok lah. Jom tengok item pilihan aku  yerr..


ProductFashion 6-in-1 Women Bag
JLM2016 Harga Jualan : RM 42.90
Tarikh : 20/06/2016
Waktu bermula : 11.00 am
Waktu tamat : Apabila limited quantity sold out
Limited Quantity : 300 unit sahaja

ProductMixed Color Purse/ Wallet
JLM2016 Harga Jualan : RM 10.50
Tarikh : 21/06/2016
Waktu bermula : 3.00 pm
Waktu tamat : Apabila limited quantity sold out
Limited Quantity : 290 unit sahaja



ProductBow Design Princess Flats
JLM2016 Harga Jualan : RM 12.50
Tarikh : 23/06/2016
Waktu bermula : 4.00 pm
Waktu tamat : Apabila limited quantity sold out
Limited Quantity : 250 unit sahaja

ProductKorean Style Long Blouse
JLM2016 Harga Jualan : RM 14.90
Tarikh : 23/06/2016
Waktu bermula : 2.00 pm
Waktu tamat : Apabila limited quantity sold out
Limited Quantity : 400 unit sahaja

ProductWaterproof Backpack
JLM2016 Harga Jualan : RM 22.90
Tarikh : 27/06/2016
Waktu bermula : 4.00 pm
Waktu tamat : Apabila limited quantity sold out
Limited Quantity : 100 unit sahaja


Hadiahnya ialah:
  (i)   RM300 Duit Raya Winner:  

  (ii)  RM200 X 2 Pemenang 

  (iii)  RM100 X 3 Pemenang

Jom join sekarang. Tarikh tamat ialah pada 30 Jun 2016 jam 11:59PM.. Nak join boleh tengok sini yerr..
  

Tanda-Tanda Munculnya Lailatul Qadar

Menemui Lailatul Qadar adalah harapan kita semua umat Islam yang sedang menjalankan ibadah puasa. Hal ini kerana, kemuliaan malam tersebut akan membawa kepada keberkatan yang abadi kerana malam itu lebih baik dari 1000 bulan. Namun, tidak semua dari kita akan menemui malam tersebut kerana hanya insan terpilih dan benar-benar bersungguh dalam menjalankan ibadah akan berjaya mendapatkannya. Malam Lailatul Qadar hanya terdapat pada 10 malam terakhir Ramadhan dan Rasulullah SAW ada meriwayatkan tentang tanda-tanda malam Al-Qadar.


Rasulullah saw. bersabda, “Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (H.R  Bukhari). 

Dalam riwayat lainnya, disebutkan sebagai berikut:


“Carilah lailatul qadar di sepuluh malam terakhir, namun jika ia ditimpa keletihan, maka janganlah ia dikalahkan pada tujuh malam yang tersisa.” (HR. Muslim)

Tanda-Tanda Munculnya Lailatul Qadar

Tanda-Tanda Munculnya Lailatul Qadar

1) Terbitnya cahaya matahari yang lembut pada waktu pagi. Sinaran cahaya matahari kelihatan cerah tetapi tidak panas.

2) Udara sejuk dan tenang
Ibnu Abbas radiallahuanhu berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Lailatul qadar adalah malam yang tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar tidak terlalu cerah dan terlihat berwarna merah" (Hadith Hasan)

3) Pada waktu malam, bulan kelihatan separuh bulatan

4) Suasana pada waktu malam lebih terang,  udara sejuk, tidak berawan, tidak hujan dan angin berhembus lembut.

5) Orang yang melakukan ibadat pada malam tersebut akan merasa ketenangan serta nikmatnya bermunajat dan berdoa jika dibandingkan dengan malam yang lain.

Sesungguhnya amatlah beruntung jika dapat dipertemukan dengan malam lailatul qadar kerana sesungguhnya Allah mengabulkan doa-doa hambaNya pada malam tersebut. Semoga kita semua berkesempatan untuk bertemu dengan Lailatul Qadar pada Ramadhan kali ni. Jom sama-sama meningkatkan lagi amalan di bulan yang mulia ini. 



Monday, June 13, 2016

Lirik Lagu Raya Terbaru Dato' Siti Nurhaliza - Hari Kemenangan

Hari ni dah masuk hari yang kelapan kita berpuasa. Macam mana puasa korang? Ok tak? Diharap semuanya ok lah yer untuk meneruskannya hingga ke penghujung Ramadhan. InsyaAllah. Lepas tu boleh la raya. Ehh.. Sebut pasal raya ni kan, aku ada bukak youtube, saja la nak cari lagu raya. Ambik mood orang kata. Hahah. Aku terjumpa satu rakaman terbaru dari Dato' Siti Nurhaliza. Rakaman lagu raya terbaru dari dia tau. Maknanya tahun ni Dato' Siti Nurhaliza akan tampil dengan lagu raya terbaru la. Tajuk dia adalah Hari Kemenangan. Aku dah dengar dan memang sedap lagu raya yang baru ni.  Lagu Hari Kemenangan ini mendapat sentuhan karya dari Pak Ngah manakala liriknya pula di tulis oleh Siso Kopratasa. Best jugak lirik dia. Meremang bulu roma aku dengar lagu ni. Meh tengok lirik lagu Hari Kemenangan oleh Dato' Siti Nurhaliza. 

Lirik Lagu Raya Terbaru Dato' Siti Nurhaliza - Hari Kemenangan

Lirik Lagu Raya Terbaru Dato' Siti Nurhaliza - Hari Kemenangan

Dilangit dibumi bertasbih
Memuji kebesaran
Mengalir air mata ini
Sedari keagungan Maha Esa

Jendela dan pintu dihati
Terbuka seluasnya
Memohon meminta menanti
Keampunan dariNya
Oh.. Oh... Oh..

Inilah hari kemenangan
Inilah hari keberkatan
Sebulan kita berpuasa
Menewaskan semua godaan

Inilah hari kemenangan
Inilah hari kemaafan
Antara kita dan Yang Esa
Juga kita sesama insan


Best kan lirik dia. Boleh la masuk dalam senarai lagu raya tahun ni kat henpon masing-masing. Hehehe. Korang nak dengar tak? Aku belanja video teaser ehh. Hehehe.. Babai..





Saturday, June 11, 2016

Giveaway Ramadan 2016 By NurAlja

Hari minggu tak tahu update apa, aku nak join giveaway laa. Giveaway kali ni dari blog NulAlja. Terima kasih jemput kite yer.. Hehehe.. Jom join Giveaway Ramadan 2016 By NurAlja.

Klik banner untuk join giveaway

Giveaway Ramadan 2016 Oleh NurAlja adalah satu cara untuk mengenali blogger lain disamping merapatkan ukhwah terutama pada blogger baru. Jom meriahkan lagi Giveaway ni yang berlangsung dari 10-13 June 2016 sahaja

Alja ada meminta pendapat tentang blog dia. Ok pendapat peribadi dari Zati ialah, blog Alja cantik. Warna pink gituu. Maklumlah kita ni suka warna pink. Memang akan terpesona la tengok blog yang tema warna pink ni. Hehehe..  

Ok lah korang. Kalau nak join boleh klik banner kat atas yerr. Giveaway ni akan tamat pada 13 Jun 2016. Jadi, cepat-cepat lah join yerr.. Babai..


Friday, June 10, 2016

Resepi Ayam Masak Kicap Mudah

Setelah beberapa hari tidak dapat beraksi di dapur, hari ni aku dapat jugak beraksi seperti sediakala. Haaa kau.. Beraksi gituuu. Hahaha. 3 4 hari lepas aku kena gastrik teruk. Memang tak larat la nak masak nya. Terpaksa la mak aku jugak yang masak. Hehehe. Tetapi hari ni aku rasa macam dah ok dan tak sakit lagi, mak aku pun memang suruh aku laa yang masak untuk berbuka puasa hari ni. Memandangkan aku rasa macam dah lama tak makan ayam masak kicap, jadi rasa nak masak benda tu. Masak ala kadar je untuk 5 orang makan. Cukup lah untuk sampai sahur nanti. Resepi ayam masak kicap mudah je. Tak susah pun. Meh tengok resepi ayam masak kicap mudah versi Izzati Suhaide. Hehehe..

Resepi Ayam Masak Kicap Mudah

Resepi Ayam Masak Kicap Mudah

Bahan-bahan:
1 biji bawang besar*
3 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
*kisarkan bahan tersebut

6 ketul ayam yang sudah di goreng kunyit
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 sudu besar cili kisar
Sos tiram
Sos cili
Kicap manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Garam dan gula 
Cili hijau

Cara membuatnya:
Panaskan minyak dan tumis buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis bersama bahan yang sudah dikisar tadi sehingga garing. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga ianya pecah minyak. Tambah sedikit air. Ikut citarasa anda. Jika inginkan kuah yang banyak, tambah air lebih sikit. Masukkan sos tiram, sos cili serta kicap. Tambah gula dan garam secukup rasa. Selepas itu masukkan ayam yang sudah digoreng kunyit dan gaulkan hingga sebati. Kemudian masukkan bawang besar yang dipotong bulat bersama cili hijau yang dipotong kecil. Kacau lagi hingga sebati kemudian tutup api dan boleh di hidang untuk menjamu selera bersama keluarga tersayang. 


Mudah je kan resepi ayam masak kicap versi aku ni. Takde la susah sangat pun. Bila-bila masa pun boleh buat. Ok lah korang. Selamat mencuba.. Babai..



Tips Mencegah Gastrik Di bulan Puasa

Gastrik menyerang di bulan puasa memang tak dapat nak dipisahkan. Kena menahan lapar kot. Macam mana tak kena gastrik. Betul tak? Tetapi jangan disebabkan gastrik, korang nak skip puasa pulak. Jangan jadikan alasan gastrik untuk korang tidak perlu berpuasa sedangkan inisiatif perlu di cari untuk mencegah perut kita dari terkena gastrik. Aku sendiri pun ada gastrik tapi aku cuba kuatkan diri agar dapat berpuasa sepenuhnya. Tak perlu nak berpuasa sekerat hari je. Kan jadi rugi. Tak pasal-pasal kena ganti. Hehe. Tetapi jika gastrik korang teruk, jangan paksa diri tau. Kesihatan juga perlu dijaga. Korang yang ada gastrik tu, meh tengok tips mencegah gastrik di bulan puasa.

Tips Mencegah Gastrik Di bulan Puasa

Tips Mencegah Gastrik Di bulan Puasa

1) Bersahur
Sahur adalah penting yer. Tolong jangan skip sahur. Korang takde selera macam mana pun kena paksa jugak bangun sahur. Bila bersahur ia akan memberi sedikit tenaga untuk kita dapat menahan lapar sehingga waktu berbuka. Korang boleh ambik kurma dan segelas susu semasa sahur. Itu pun sudah memadai. Korang juga boleh amalkan menu sahur yang sihat. Itu pun sudah boleh mengenyangkan. 

2) Makan sederhana
Sewaktu berbuka elakkan makan berlebihan. Makan lah secara bersederhana. Perut kita tidak menerima sebarang makanan selama lebih kurang 12 jam. Bila waktu berbuka, korang makan banyak. Perut boleh mengalami kejutan kerana terpaksa kandungan makanan yang berlebihan. Perkara ini sangatlah tidak elok untuk sistem penghadaman kita.

3) Tidak makan pedas atau berminyak 
Bagi anda yang sememangnya ada gastrik, elakkan pengambilan makanan yang pedas atau berminyak. Mungkin bagi anda makanan tersebut tidak terlalu pedas tetapi ia boleh menghakis dinding perut sehingga menyebabkan kesakitan.

4) Tidak tidur dengan perut kenyang
Seeloknya selepas makan jangan lah terus tidur. Sekurangnya biarkan makanan yang berada dalam perut di proses terlebih dahulu.

5) Tidak merokok selepas berbuka
Merokok juga boleh menyebabkan gastrik. Jadi, tinggalkan amalan merokok selepas berbuka agar anda terhindar dari terkena gastrik yang teruk.

Gastrik ni ada ubatnya jika kita sentiasa menjaga pemakanan kita. Tapi aku sendiri pun bukan lah jenis seorang yang jaga pemakanan jugak. Kalau aku lapar, aku rela tahan dari makan sesuatu. Sebab tu terkena gastrik yang teruk. Sebelum terkena kepada penyakit yang lebih serius, seeloknya kita menjaga pemakanan kita lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Semoga tips ini dapat membantu kalian. Selamat berpuasa..




Thursday, June 9, 2016

Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru

Malam ni rasa nak join giveaway lagi.. Support sesama blogger. Hehehe.. Ok. Jom join Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru

Klik banner untuk join


Jom korang join jugak. Tarikh tutupnya ialah pada 28 Jun 2016 jam 11:59PM. 








Wednesday, June 8, 2016

Gastrik Teruk Di Bulan Puasa

Dugaan betul awal Ramadhan kali ni. Tak pernah aku kena gastrik teruk camni sampai tak boleh nak buat kerja. Kerja aku tidur je laa. Tidur pun tak lena sangat sebab asyik jaga je. Sakitnya memang menyucuk-nyucuk ulu hati. Pedih tu memang tak boleh nak cerita kat orang. Selera makan pun jadi hilang bila dah kena gastrik camni. Aduhaiii. Bila dah kena gastrik memang terpaksa la ambik ubat kan. Kalau tak memang aku tak nak dah ambik ubat gastrik ni. Huhu. Dah kena gastrik ni puasa ke tak? Korang rasa aku puasa tak? Hahahaha..

Gastrik Teruk Di Bulan Puasa






Kebetulannya kena gastrik masa aku tengah period tapi bukan di awal period laa. Senggugut pun dah habis. Aku pun macam tak sangka jugak nak kena gastrik tahap teruk camni sampaikan dok terbaring je. Tidur malam pun tak lena sebab rasa pedih sangat kat ulu hati. Nikmatnya sakit tu aku je la yang tahu. Huhuhu. Sehari sebelum puasa aku ingatkan dah ok sikit. Siap pergi pasaraya haaa beli barang nak sambut Ramadhan. Tetapi rupanya malam itu aku kena lagi teruk. Terpaksa la ayah aku keluar pergi beli ubat kat klinik. 

Bertahan laa lebih kurang 2 hari makan ubat tu tapi tak tahan jugak. Dok asyik pedih je kat ulu hati. Asid banyak sangat dah dalam perut. Angin pun tak nak keluar. Aku tak muntah sepanjang sakit tu cuma rasa nak muntah tu ada. Isinya tak keluar. Kiranya kalau aku makan, segala makanan aku tu selamat sampai ke perut la gamaknya. Boleh dikatakan bila orang bangun sahur, perut aku mula menunjukkan tanda-tanda sakit. Masa tu nak makan pun takde selera tapi aku paksa jugak la makan biskut sekeping dua camtu. Dan yang paling penting, aku terpaksa telan air susu sepanjang sakit gastrik. Hahaha. Sebenarnya aku bukanlah penggemar susu. Bila mak aku buat susu, aku suruh dia letak gula dalam susu tu. Hahaha. Maklumlah, aku ni tak suka benda tawar. Kena rasa jugak sedikit gula tu. Dah namanya mek kelate kan. Mesti la suka makan makanan yang manis. Hahahaha..

Oleh sebab perut pun macam tak tahan sangat, ayah aku pun ajak pergi klinik. Aku pun pergi je laa. Doktor pun bagi la ubat gastrik yang aku biasa dok makan. Ubat tu kena kemam dulu lepas tu telan. Sekarang ni alhamdulillah dah kurang sikit rasa sakitnya. Harapnya dapat la berpuasa dengan sempurna nanti tanpa masalah gastrik. Nampaknya memang kena jaga makan betul la kali ni. Tak boleh biarkan perut lapar lagi. Uhukk. Mak aku pun dah pesan, kena minum susu tu hari-hari sebab nak jaga perut. Tak nak bagi sakit lagi. Terpaksa lah aku akur kali ni untuk minum susu. Hahaha..

Sebelum aku terlupa. Sepatutnya aku dah pos hadiah untuk pemenang First Giveaway By Izzati Suhaide isnin lepas tapi sebab aku sakit, aku terpaksa lewatkan sikit proses pengeposan itu. InsyaAllah, aku akan pos mulai ahad ini. Bungkus pun tak siap lagi. Maafkan aku yerr. Perkara ini tak dapat nak di elakkan. Huhu. Apapun nanti aku akan update kat FB Page yer. Jangan risau ok.

Ok lahh. Pesanan untuk korang, sila jaga makan yer terutama di bulan puasa ni. Jangan nak makan ikut nafsu sangat. Nanti tubuh yang merana. Jangan biarkan perut anda terkejut dengan menerima makanan yang banyak setelah dibiarkan kosong berjam lamanya. Tu pun boleh menyebabkan gastrik jugak tau. Huhuhu.. Ok lah.. Babai..