Wednesday, July 27, 2016

Segmen Sesuci Lebaran By Hani Rahman

Selamat pagi. Hari ni aku nak join Segmen Sesuci Lebaran By Hani Rahman. Korang dah join ke belum? Kalau dah join bagus lah. Kalau belum join, meh laa join cepat-cepat. Hehehe..


Klik banner untuk join


Jom korang join sama-sama. Nak join klik banner kat atas yer.. Bai..




Friday, July 22, 2016

Merawat Semput, Asma dan Lelah Dengan Minyak Herba Asma Mujarab

Bagi mereka yang mengalami semput, asma dan lelah sering mengalami sesak nafas dan batuk berkahak. Perkara ini boleh menyebabkan mereka rasa tidak selesa untuk bernafas akibat pernafasan yang sering tersekat-sekat. Akhirnya, bila terlampau banyak kahak dalam tekak terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. Aku masih ingat semasa adik bongsu masih kecik dahulu, dia menghidap penyakit lelah dan boleh dikatakan setiap minggu mak ayah akan bawa dia pergi hospital untuk membuat rawatan sedut kahak. Walaupun kini umurnya sudah mengjangkau 20 tahun dan penyakit lelahnya sudah hilang tetapi dia sering mengalami selsema dan hidung sering tersumbat. Sudah berbagai cara dilakukan untuk merawatnya tapi ianya tidak memberi apa-apa kesan pada adik aku sehinggalah kami sekeluarga diperkenalkan dengan Minyak Herba Asma Mujarab.


Merawat Semput, Asma dan Lelah Dengan Minyak Herba Asma Mujarab

Minyak Herba Asma Mujarab

Semasa aku mengalami selsema, aku cuba menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab dengan menyapunya pada hidung. Ubat ni tidak la rasa panas tetapi akan rasa berangin bila kita menyapunya. Kita akan rasa lebih selesa untuk bernafas selepas menyapu Minyak Herba Asma Mujarab ni. 

Adik aku juga menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab dengan menyapu di sekitar hidung dan leher semasa dia mengalami selsema dan hidung tersumbat. Ternyata ianya membantu mengurangkan masalah selsema dan hidung tersumbat yang dihadapinya.

Untuk pengetahuan semua, Minyak Herba Asma Mujarab ini adalah buatan tradisional kampung yang mana ianya sesuai untuk semua jenis peringkat bermula dari bayi sehinggalah golongan dewasa. Jadi, minyak ini dijamin halal dan selamat untuk digunakan.

Pada mulanya aku ingatkan ubat ini sesuai untuk orang yang ada penyakit asma sahaja tetapi ia juga sesuai untuk mereka yang mengalami selsema, batuk, lelah,semput, menghilangkan perut kembung, sakit perut, luka, terkena api, digigit serangga berbisa, sakit gigi dan lain-lain penyakit. Pendek kata serba guna lah minyak ni.

Merawat Semput, Asma dan Lelah Dengan Minyak Herba Asma Mujarab

Ramuan yang terkandung di dalam Minyak Herba Asma Mujarab ni adalah rahsia kerana ia merupakan warisan turun temurun oleh seorang Pak Cik tua di sebuah kampung. Ubat ini diproses secara "HOME MADE" sejak 40 tahun yang lalu.


Perbezaan Antara Produk Tiruan dan Asli Minyak Herba Asma Mujarab


Setelah minyak herba ini mendapat tempat di mata masyarakat, terdapat segelintir golongan telah mengeluarkan Minyak Herba Asma Mujarab yang palsu. Perkara ini dapat dibuktikan dengan warna seal pembalut atas adalah warna merah sedangkan warna seal pembalut yang original adalah warna hijau. Aku sendiri dapat seal pembalut yang berwarna hijau. Selain itu juga, bau produk tiruan seperti asap rokok dan tidak berangin. Jadi, awas yer ketika mendapatkan produk ini agar korang tidak tertipu dengan produk tiruan. Untuk memastikan supaya korang tidak tersalah beli produk tiruan, korang boleh tengok gambar-gambar dibawah.



Namun, setelah itu mereka mengeluarkan seal pembalut yang berwarna hijau juga untuk menyerupai produk yang asli tetapi dapat dikesan produk ini adalah tiruan apabila mempunyai nombor telefon seakan-akan hologram. Boleh tengok gambar di bawah.







Cara Mengenalpasti Produk Asli


Korang nampak pelekat hologram berserta QR Code seperti gambar di atas? Bagi memudahkan supaya para pembeli tidak tertipu dengan produk tiruan, korang boleh scan QR Code  dengan menggunakan smartphone korang. 






Testimoni Pengguna

Kita hanya berusaha untuk mencari penawar bagi merawat penyakit tetapi yang memberi kesembuhan semuanya dengan kuasa Allah SWT. Sudah ramai yang menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab ni dan ternyata mereka yang menggunakan minyak ini sangat berpuas hati dengan keberkesanannya.









Yang aku tunjuk ni hanyalah beberapa testimoni sahaja. Ada banyak lagi testimoni yang menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab ni. Nak tengok lagi korang boleh belek facebook Penawar Semput, Asma Dan Lelah.


Jika dalam kalangan ahli keluarga korang ada masalah semput, lelah dan asma, amat lah sesuai untuk menggunakan minyak mujarab ini. Harga bagi sebotol Minyak Herba Asma Mujarab ini ialah RM39 sahaja dan tambah RM10 untuk kos penghantaran. 

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Minyak Herba Asma Mujarab ini boleh layari atau hubungi di talian berikut:

Puan Nurul:  017 6239935 ( Produk Owner)  atau En. Hafis  013 480 6787 (Bahagian Pemasaran)




Tuesday, July 19, 2016

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com



MINYAK WANGI BRAVEHEART


Braveheart merupakan minyak wangi lelaki khusus untuk memberi motivasi golongan ini supaya berani berhadapan dengan kehidupan, kenyataan dan segala kemungkinan.

Ia tampil menguasai seluruh jiwa pemakainya. Membangkitkan iltizam seorang lelaki  yang sempurna. Haruman penuh imaginasi. Gandingan aroma anggur yang menggiurkan, membawa mesej tersendiri pada diri pemakai. Haruman ini membawa dimensi baru untuk lelaki urban yang masih tersimpan ke jiwa kedesaannya. Ekstrak anggur, musk dan casmerewood memberi percikan nota-nota haruman yang penuh maskulin dan ikonik.

Komposisi segar ini mampu memperkasakan penampilan jejaka yang memakainya. Gabungan ramuan inilah yang diperlukan setiap lelaki hebat dalam misi berinspirasi. Lelaki di sebalik Braveheart berjiwa pelindung, gagah, penuh wibawa dan kekal romantik.



MINYAK WANGI SWEETHEART


Haruman yang telah memukau ribuan pencinta dan pengumpul minyak wangi. Diinspirasikan dengan bau tumbuhan dan boleh dibawa solat.

Sweetheart digambarkan ibarat semanis bayangan wajah, kesempurnaan dan keanggunan. Haruman ini dirumus khas dengan pati segar yang memukau kalbu berunsur haruman terpilih seperti vanilla, rose, buah plum dan mandarin.

Aroma sweetheart menjanjikan kepuasan, keseronokan dan keindahan. Setiap nota haruman ini memberikan keasyikan berbeza. Vanila mengusik peribadi pemakai dengan gaya feminin. Manakala mandarin melayangkan kesegaran, menitip kecergasan. Nota haruman buah plum membangkitkan energi dan kemanisan.

Kelebihan & Keunikan Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart

Minyak wangi keluaran DD Cosmetics diinspirasi dengan bau tumbuhan dan semulajadi serta boleh dibawa solat. Pati minyak wangi Braveheart dan Sweetheart diimport dari Paris. Kemudian, ekstrak haruman ini diformulasikan mengikut kesesuaian dan cita rasa pengguna Malaysia. 

Haruman ini mampu bertahan 12 hingga 24 jam sehari dan bergantung dengan aktiviti yang dilakukan.

Harga mampu milik juga ditawarkan kepada pengguna iaitu hanya RM49.90 sebotol yang berukuran 30 ml manakala untuk Sabah Sarawak hanya RM59.90.

PEMBELIAN SECARA ONLINE VIA STOKIS KERINCHI – KIOSK ONLINE TERMURAH

Kerinchi.com merupakan pemborong, pengedar dan penjual online pelbagai produk kecantikan, kesihatan bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan seluruh Malaysia.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Kerinchi.Com ini ialah D’Herbs, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Jamu Ratu Dara, Jamu Mirafica Plus dan DD Cosmetics

Instagram : @KerinchiDotCom
WhatsApp: 018-233 1211


DD Cosmetics sangat mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mendaftar menjadi stokis dan ejen. Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi:-

WhatsApp: 019-2018 014





SILA JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT
  1. Umur anda? 25 tahun 
  2. Jantina anda? Perempuan
  3. Saya patut dipilih oleh DD Cosmetics dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review minyak wangi Braveheart / Sweetheart berdasarkan pengalaman saya kerana saya ingin mencuba dan merasai keharuman bau perfume Sweetheart yang dikatakan boleh memberikan kepuasan, keindahan serta keseronokan dan mampu bertahan selama 24 jam apabila memakainya.

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 19 hingga 29 Julai 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama DD Cosmetics dalam mencari 15 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Sunday, July 17, 2016

Daehan Minguk Giveaway By Siti Yang Menaip

Petang-petang ni tak tahu nak buat apa sambil tunggu buat puasa, aku nak join giveaway laa. Giveaway ni dari blog Siti Yang Menaip. Jom lah join Daehan Minguk Giveaway By Siti Yang Menaip.

*Klik banner untuk join*



Maka dengan ini aku nak tag adik manis Sayidah Napisah

Bai..


Friday, July 15, 2016

Kucing Aku Dah Sembuh

Korang ingat lagi tak aku pernah cerita pasal sekor kucing aku yang luka teruk kaki dia? Itu pun kalau korang ada baca la entri aku sebelum ni. Kalau belum baca boleh tengok SINI. Kaki kucing aku masa tu memang teruk sangat lukanya. Nasib baik tak berulat je cuma lalat asyik hinggap di kawasan luka. Ermm, kesian sangat. Menangis jugak la aku bila tengok dia sakit masa tu. Tetapi sekarang setelah beberapa bulan, kucing aku tu dah kembali sihat dan pulih. Kaki dia pun dah tak luka lagi dan dia pun dah kembali seperti kucing-kucing aku yang lain.



Haaa. Korang boleh nampak kan perbezaan kaki kucing aku semasa luka teruk dan keadaan kaki dia yang sekarang ni. Dah pulih dan tumbuh daging baru. Cuma parut tu masih ada sikit. Tambahan pulak kucing aku ni aktif sangat kot. Kalau berlari tu laju macam pelesit. Tak terkejar oii. Memang laju kucing aku ni bila dia jalan. Hahaha. Seronok bila tengok dia kembali aktif dan boleh bermain seperti sediakala cuma cara dia jalan macam tempang sikit lah. Kaki dia yang sebelah tu macam tak berpijak sangat masa jalan. 

Tengok lah gambar kat bawah ni. Bukan main lagi dia dok landing atas katil aku. Kucing aku ni memang manja sangat tau. Kalau panggil terus datang dekat kita dan nak duduk atas riba. Sabar je la. Hehehe..





Minggu lepas kaki dia luka balik. Dah la baru je baik luka tu tiba-tiba tengok berdarah tempat bekas luka tu. Rupanya dia kena kacau dengan kucing jahat. Kucing jahat tu cakar dia. Adoii. Nasib baik spray yang adik aku beli tu ada lagi. Bila nampak je luka tu, adik aku spray terus di tempat yang luka tu. Kalau korang nak tahu spray apa yang kami guna untuk rawat kucing ni, boleh rujuk entri aku yang sebelum. Klik je SINI. Senang. Hehehe..

Sebenarnya minggu lepas ada 2 ekor kucing aku mati. Sekor tu kena langgar dengan kereta dan sekor lagi keracunan. Kesian anak kucing aku yang sekor lagi tu takde kawan sebab kawan dia dah mati. Sampai demam anak kucing aku tu. Monyok je. Tak nak main pun. Beberapa hari ni baru ok balik lepas ayah bawak pergi klinik. Kucing-kucing ni la peneman aku kat rumah ni. Tidur malam pun mesti aku bawak kucing masuk bilik. Hehehe. Korang pun mesti camtu jugak kan? Ok lah. Bai..



Wednesday, July 13, 2016

Resepi Daging Goreng Kicap

Dah lama dok peram resepi ni dalam draft tapi tak sempat nak taip sampai habis. Hahaha. Jadi, hari ni aku nak kongsikan satu lagi resepi yang berjaya aku masak semasa bula Ramadhan hari tu. Korang boleh guna resepi ni untuk hidangan buka puasa nanti. Puasa enam bulan syawal kan. Ada yang dah mula puasa ke? Kalau belum jom mula puasa esok. Ambil keberkatan bulan syawal ni dengan melakukan ibadah puasa enam pulak. Ok lah. Berbalik kepada cerita asal. Kali ni aku nak kongsikan resepi tentang daging pulak. Sejujurnya, aku tak pandai masak lauk daging ni sebab macam susah gitu nak tunggu daging tu empuk di tambah pulak aku ni bila buat kerja nak cepat siap. Tak menyabar langsung. Hahaha. Masa bulan puasa hari tu teringin nak makan daging goreng kicap. Mak aku pun suruh aku masak sendiri. Aku pun cuba la. Nasib baik menjadi tau. Hehehe. Percubaan yang bagus jugak la dari aku yang memang tak pakar sangat bab memasak daging ni. Hihihi. Ok. Jom tengok resepi daging goreng kicap dari Izzati Suhaide.


Resepi Daging Goreng Kicap


Resepi Daging Goreng Kicap

Bahan-bahan:
Daging dihiris nipis (diperap dengan garam kunyit)
1/2 inci halia (dimayang halus)
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
2 ulas bawang merah (dimayang halus)
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
1 biji lada hijau
Kicap
Sos tiram
Garam


Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging yang diperap garam kunyit tadi. Goreng sehingga daging empuk. Kena selalu tambah air supaya daging mudah empuk.
2. Setelah daging empuk, masuk halia, bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang halus tadi. Kacau hingga rata.
3. Kemudian, masukkan sos tiram dan kicap serta garam secukup rasa. Tambahkan air jika inginkan kuah yang banyak. Kacau sehingga sebati dengan daging. 
4. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dipotong bulat  berserta lada hijau yang dihiris nipis. Gaul sekejap kemudian tutup api dan sedia untuk dihidang bersama nasi panas. 


Takde lah susah mana pun nak masak daging ni. Kena sabar je sebab nak bagi daging tu betul-betul empuk agar tidak liat masa kita nak makan tu. Korang boleh la cuba resepi simple dari aku ni yer. Ok lah. Bai..









Tuesday, July 12, 2016

Kau Aku Kita Raya

Musim raya ni kalau tv tak tayang cerita best memang takde maknanya la aku nak bukak tv. Hahaha. Semalam TV3 menayangkan drama Kau Aku Kita Raya. Sape layan cerita tu sila angkat tangan. Hehe. Aku pun layan jugak tau. Bukan aku je, mak ayah aku pun turut sama layan jugak. Mereka suka tengok gandingan Saharul Ridzwan dan Janna Nick. Serasi tengok mereka digandingkan dalam drama tu. Kau Aku Kita Raya merupakan kesinambungan dari drama Kau Aku Kita yang pernah ditayangkan di slot Lestary TV3 sebelum ni. Apa yang menariknya Kau Aku Kita Raya ni yer? Ok. Meh aku cerita sikit ehh. Kot la ada yang tak sempat nak tengok semalam. Hihi..


Sinopsis Kau Aku Kita Raya

Aus teruja sangat bila dapat tahu yang Iman mengandung. Kemain lagi Aus jaga Iman supaya Iman tidak melakukan kerja berat tapi Iman ni keras kepala. Suka sangat bangkang cakap Aus. Sehingga lah pada satu ketika Iman keguguran. Dari situ lah dia sedar  segala yang dilakukan oleh Aus itu untuk kebaikan Iman dan kandungannya. Iman dipaksa oleh Daddy Aus untuk mengikuti ke mana sahaja Aus pergi termasuk lah ikut Aus pergi shooting. Iman kalau boleh memang dia tak nak ikut Aus sebab bagi dia, industri hiburan bukan lah dunia dia. Cukup lah hanya sekadar Aus bersama Mus sahaja. Tapi Iman sentiasa cuba untuk jadi isteri yang baik buat Aus. Dia cuba memahami karier suaminya sebagai seorang pelakon popular dan sentiasa dikerumuni peminat. Nak tahu lagi korang tengok la sendiri. Kalau aku cerita dari A sampai Z memang tak syok laa. Hehehe..

Pendapat Aku Tentang Kau Aku Kita Raya

Kau Aku Kita Raya bagi aku jalan cerita dia sangat simple. Takde dah konflik yang banyak tu. Telemovie ni lebih berkisarkan kehidupan Aus dan Iman yang saling sayang menyayangi antara satu sama lain walaupun panggilan antara mereka masih lagi ber "kau" dan "aku". Bunyi macam kasar tapi hati sayang. Aus pun tak paksa Iman untuk panggil dia dengan panggilan "abang" jika Iman belum ikhlas untuk memanggil Aus dengan panggilan tersebut. Bagi Aus cukup lah dia mengetahui yang Iman tu sayangkan dia. Alahaii. Cair jugak lah aku menengoknya. Teringat kat buah hati. Ehhh. Hahaha..

Tambah lagi, aku suka tengok Aus yang sangat gemar menyakat Iman lepas tu Iman tu suka marah-marah dan merajuk. Mungkin nampak macam mengada-ngada kan tapi sebenarnya wujud je perangai perempuan macam tu. Aku pun camtu jugak tapi kurang sikit la dari Iman tu. Hahaha. Iman cepat nangis tapi aku susah nak nangis. Ehh. Yeke ekk? Hahaha. Alahhh. Biasa la kan kalau perempuan suka nangis. Dah nama pun perempuan. Kena marah pun nangis oiii. Hehehe.. Watak Iman tu garang tapi sebenarnya dia seorang yang manja. Cepat sentap. Sebab tu kalau silap sikit je nak merajuk lepas tu nangis. Hahaha.. Adoii. Sabar je lahh laki kalau dapat bini perangai cam Iman tu. 

Aku pun tak nak komen panjang-panjang. Semua ni hanya pendapat aku sahaja yer. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Kalau nak tahu tahap mana sweetnya cerita ni, korang kena lah tonton sendiri yer. Hehehe.. Apa pun tahniah buat semua krew yang terlibat dalam menjayakan telemovie Kau Aku Kita Raya. Kalau TV3 ulang balik pun, aku akan tengok balik cerita ni. Hahahaha. Ok lah. Baii..


Monday, July 11, 2016

Cerita Raya Izzati Suhaide

Hai semua. Selamat hari raya. Rasanya belum terlewat lagi kan untuk aku mengucapkan selamat hari raya buat korang. Hari ni baru raya ke enam. Masih lagi dalam mood raya kan walaupun ada yang dah masuk kerja. Raya kan sebulan. Hahaha. Macam mana suasana hari raya korang? Meriah ke tidak? Suasana hari raya aku untuk tahun ni seperti tahun yang sebelumnya. Maklum lah masih lagi beraya sebagai gadis single tanpa suami di sisi. Ehh. Hahaha. Tahun depan harapnya boleh la beraya berdua kan. Hikhikhik.


Raya tahun ni aku tak pakai baju baru pun sebab takde baju baru. Sedih kan. Hehe. Ok. Tipu je. Sebenarnya aku ada baju baru tapi baju tu kena baiki sikit sebab labuh dan orang yang baiki baju aku tu pun bukannya orang lain. Mak saudara aku jugak. Dia sibuk sebab banyak sangat tempahan tapi aku tak kisah pun kalau tak pakai baju baru tu. Takde la sampai nak nangis keluar air mata darah bagai tu. Dah besar panjang kot. Aku pakai je la baju yang ada walaupun baju yang aku pakai tu memang orang dah selalu tengok. Hahahaha.

Sebenarnya raya tahun ni boleh dikatakan murah sangat rezeki untuk aku. Pada mulanya aku fikirkan yang aku takkan ada baju baru tapi tak sangka pulak ada rezeki aku untuk dapat baju raya free. Syukur alhamdulillah. Aku pun bukan lah berharap sangat nak dapat baju raya free tapi kalau ada itu sudah cukup untuk aku. Aku terima seadanya. Hihihi. Tapi takde lah gambar pakai baju baru. Gambar yang ada semuanya pakai baju lama. Sampaikan kawan aku pun dah kenal baju-baju aku. Hahaha. Hari raya pertama lagi lah tak sempat nak bergambar sebab dok dapur je kan. Aku pakai je jubah yang ada. Tak sempat dah nak lilit-lilit shawl bagai ni. Hehe..

Raya tahun ni di sambut dengan penuh sederhana. Keluarga aku pun bukan lah dari golongan orang yang ada-ada. Sekadar cukup hanya untuk menjamu ahli keluarga dan saudara-mara terdekat yang datang beraya. Yang paling penting ialah aku dapat duit raya. Itu pun sepupu aku yang bagi. Orang tak nak bagi dah duit raya kat aku ni. Tak layak dah nak dapat duit raya. Sepatutnya aku yang bagi duit raya tapi belum ada rezeki nak bagi duit raya kat budak-budak. Jadi, orang lain lah yang kena bagi aku duit raya. Hahahaha..

Sempena syawal yang mulia ini, aku ingin memohon kemaafan andai aku ada melakukan salah dan silap hingga membuatkan korang terasa hati semasa membaca entri aku. Salah silap ni bukan dari pertuturan sahaja malahan melalui penulisan pun orang boleh terasa hati dengan kita. Aku memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Meh la aku belanja sikit gambar raya. Tak banyak mana pun. Tak semeriah korang punya. Hehehe.. Ok lah. Bai..









Friday, July 1, 2016

Rambang Mata Pilih Barang Di ZALORA

Beberapa minggu lepas aku dapat baucer dari Zalora. Alhamdulillah, rezeki pada bulan ramadhan tahun ni melimpah ruah untuk aku. Dapat juga merasai sesuatu hasil dari blogging. Terima kasih buat semua yang sentiasa doakan aku. Hehe.. Ok lah. Bila dah dapat baucer Zalora ni memang aku dah set dalam kepala aku barang apa yang aku nak beli. Sudah tentu la yang menjadi keinginan aku ialah handbag. Dah lama aku tak beli handbag baru. Teringin jugak raya tahun ni ada handbag baru. Haaa gituu. Ada la dalam lebih kurang 2 minggu camtu aku dok dating dengan web Zalora. Dok pilih beg punya pasal kan. Habis setiap pelusuk page Zalora aku tengok. Hahaha. Biasa lah bila perempuan shopping ni. Mesti lama.. Hehe..

Aku sangat lah cerewet dalam bab memilih barang terutama beg dan kasut. Jadi, memang aku ambil masa jugak la nak pilih barang yang aku betul-betul berkenan di web Zalora ni. Naik juling mata aku menengoknya satu persatu. Tetapi akhirnya aku berjaya juga memilih barang yang aku suka dan bayar dengan menggunakan baucer yang diberikan. Baru je isnin lepas aku menebus baucer Zalora ni dan semalam telah pun selamat sampai ke tangan aku. Tak sangka pulak cepat. Aku ingatkan mereka tak proceed lagi pesanan aku ni sebab tak dapat pun no tracking parcel aku ni. Hahahaha.. Tapi takpe. Yang penting barang dah selamat sampai. 


Rambang Mata Pilih Barang Di ZALORA
Taraaaa. Jom tengok apa isi dalam ni


Tengok bungkusan ni. Betapa terujanya aku bila pihak Gdex call aku cakap nak hantar barang dari Zalora kat rumah aku. Memang dok tunggu la jugak pihak Gdex sampai rumah aku. Teruja oiii nak tengok beg baru. Tah camne la rupanya beg aku tu. Bila dah sampai dan barang tu ada di tangan aku, terus aku buka plastik bungkusan tu dan hasilnya ialah.... Lihat gambar di bawah. Hihihi..



Satu handbag dan dua helai tudung Aidijuma. Kali pertama ni beli tudung Aidijuma. Amacam? Cantik tak barang yang aku pilih? Tolong cakap cantik yer. Hehehe. Nak pilih tudung tu pun sehari suntuk dok ngadap laptop. Berkenankan shawl tapi tak lepas nak bayar dengan baucer. Jadi, ambik la 2 helai Aidijuma. Boleh la pakai raya nanti. Sakan la raya tahun ni tudung baru ada 3,4 helai tapi baju raya takde lagi ni. Ada tak yang nak sponsor baju raya kat aku? Sempat lagi ni kalau nak pos. Muahaha. 

Korang yang masih tak tahu nak shopping online kat mana tu, boleh laa masuk tengok di laman web Zalora. Aku pasti korang akan rambang mata dan tak tahu nak buat pilihan sebab barang-barang yang terdapat di Zalora memang cantik belaka. Aku sendiri pun berhari-hari masuk tengok web Zalora semata-mata nak pilih barang yang aku suka. Selagi tak jumpa yang berkenan di hati, selagi tu aku belek tengok dan cari sampai jumpa. Hahaha. Nasib baik shopping online. Kalau shopping kat mall, mau nya patah kaki aku dok menjelajah dalam mall tu. Hehehe.. Ok lahh. Babai..