Wednesday, August 31, 2016

Rejuvenating 30-Day Travel Essentials Organic Bath Care Series Dari Ecowell

Kalau pergi melancong mesti terfikir-fikir kan nak bawak mandian sekali ke tak. Kadang-kadang tu tak bawak pun sebabnya tak muat nak isi dalam beg. Maklum lah, baju pun dah penuh beg. Inikan pulak nak isi set mandian bagai. Betul tak korang? Hehehe. Tetapi kini korang tak perlu nak risau lagi. Dengan Rejuvenating 30-Day Travel Essentials Organic Bath Care Series dari Ecowell ni korang boleh bawa set travel ni ke mana saja yang korang yang inginkan. Jadi, tak perlu nak risau lagi tentang tak muat beg ke apa nanti. Rejuvenating 30-Day Travel Essentials Organic Bath Care Series ni memang mudah di bawa. 



Rejuvenating 30-Day Travel Essentials Organic Bath Care Series Dari Ecowell



Rejuvenating 30-Day Travel Essentials Organic Bath Care Series


Bagi korang yang suka travel pastinya jarang membawa set mandian bersama. Betul tak? Sekadar guna yang hotel je kan. Hehehe. Ecowell kini memperkenalkan set mandian travel khusus untuk anda seorang kaki travel. Set mandian travel ini mengandungi Shower Gel, Body Lotion, Shampoo dan juga Hair Conditioner. Termasuk bonus lagi span mandian yang comel molek tu. Set mandian ni berada dalam satu pakej bersama beg kecil yang pastinya muat untuk anda masukkan di dalam bagasi anda. Jadi, takde la makan ruang banyak sangat beg korang tu nanti. 



Rejuvenating 30-Day Travel Essentials Organic Bath Care Series Dari Ecowell



Shower Gel 50ml


Bahan kandungan yang terdapat di dalam Shower Gel ini merupakan bahan organik seperti Organic Myrtus dan Chamommile yang membantu menjadikan kulit anda lebih lembut dan segar sepanjang hari.


Rich Moisturizing Body Lotion 50ml


Mengandungi bahan organik seperti shea butter dan apricot oil yang membantu melembapkan dan melembutkan kulit.

Shampoo 50ml


Mengandungi Organic Myrtus dan Chamommile yang membantu menjadikan rambut anda lebih mudah mudah diurus, bersinar dan sentiasa sihat.


Hair Conditioner 50ml


Kandungan organic yang terdapat dalam Hair Conditioner ialah Shea Butter yang membantu memulihkan rambut rosak dan menggalakkan pertumbuhan rambut


Dengan adanya set travel ni, lagi mudah bagi aku untuk membawanya apabila aku ingin bercuti bersama kawan-kawan nanti. Tak payah la nak bawak set mandian yang besar-besar. Bawak yang ni pun dah cukup. Nak simpan dalam beg pun mudah. 

Rejuvenating 30-Day Travel Essentials Organic Bath Care Series Dari Ecowell



Segmen Bloglist By Akupenghibur.com

Jom korang join segmen dari blog Acik Aku Penghibur ni..


{ Click banner di atas untuk sertai }


Hadiah :
Bloglist untuk blog akupenghibur.com selama 1tahun
1 Blogger bertuah Feed Blog di Blog akupenghibur.com


Mula : 25 Ogos 2016 | Tamat :1 Sept 2016

Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk  Segmen Bloglist By Akupenghibur.com

2. Letakkan blog acik di bloglist blog kamu

3. Follow instagram  :
@acik21,

4. Copy code di bawah dan paste ke ruangan html di blog kamu









Kata Carian Di Blog Izzati Suhaide

Hai korang. Salam kemerdekaan untuk korang. Salam sehati sejiwa buat korang yang masih sudi singgah di blog buruk aku ni. Hihihi. Hari ni aku nak cerita pasal kata carian yang muncul di blog aku pada beberapa hari yang lepas. Sebenarnya macam lucu sikit kata carian di blog aku kali ni. Ok. Korang leh tengok gambar di bawah yer.




Bila aku nampak keyword ni memang aku gelak laa. Ada jugak orang cari kat blog aku cara nak sakitkan hati aku orang. Adoyai. Hahaha. Setahu aku la kan, aku tak pernah buat entri macam tu. Entri tentang Cara Menghadapi Orang Yang Suka Sakitkan Hati kita tu ada laa. Hahaha. 

Tetapi mungkin akan dipertimbangkan. Tiba-tiba macam datang idea nak buat entri tajuk tu. Hahaha. Harapnya orang tu datang la singgah lagi yer. Hihihi.. Ok lah korang. Babai.



Miliki Koleksi Barangan Pokemon Go dari In The Shirt

Sekarang ni orang tengah dok menggila main game Pokemon Go. Boleh dikatakan di mana-mana sahaja orang dok cari Pokemon. Nasib baik henpon aku tak support game Pokemon Go tu. Kalau tak dengan aku sekali dok cari Pokemon. Hahahaha. Bagi korang yang terlalu meminati game Pokemon Go, pastinya ingin memiliki sesuatu barangan Pokemon Go kan? Mungkin korang tak tahu kan macam mana la nak dapatkan barangan Pokemon Go ni. Kalau korang teringin memiliki koleksi Pokemon Go, korang leh dapatkan melalui In The Shirt (ITS). Baru-baru ni aku saja la godek-godek koleksi Pokemon Go di Instagram, lepas tu aku terjumpa laa Instagram In The Shirt ni. Mereka menjual koleksi Pokemon Go  seperti sticker, buku dan juga t-shirt. T-shirt tu pulak korang boleh pilih berdasarkan team Pokemon Go korang sendiri yer.

Miliki Koleksi Barangan Pokemon Go dari In The Shirt


Tentang In The Shirt (ITS)


In The Shirt (ITS) menyediakan khidmat mencetak baju hasil rekaan kreativiti pengasas ITS sendiri. Setiap rekaan yang direka adalah merupakan hasil lukisan pemilik ITS sendiri. Koleksi tshirt yang dikeluarkan oleh ITS mempunyai kualiti kain yang tinggi. Pelbagai jenis koleksi sudah pun mereka pasarkan seperti tshirt panda, mini dress serta yang terbaru koleksi Pokemon Go. Terbaru, mereka telah mengeluarkan produk Pokemon Go seperti sticker, buku serta t-shirt berkolar bagi korang yang meminati game Pokemon Go.

Miliki Koleksi Barangan Pokemon Go dari In The Shirt

Miliki Koleksi Barangan Pokemon Go dari In The Shirt


Miliki Koleksi Barangan Pokemon Go dari In The Shirt


Barangan yang dikeluarakan oleh ITS sememangnya berkualiti. Aku sangat sukakan tshirt Pokemon Go dari ITS ni. Kain dia ala-ala jersi gitu. Rasa sejuk bila memakainya. Tambahan pula, kita boleh pilih tshirt Pokemon Go berdasarkan team Pokemon Go kita tau. Haaa, korang mesti nak tahu aku beli tshirt team warna apa kan? Jeng jeng jeng. Hehehe..


Miliki Koleksi Barangan Pokemon Go dari In The Shirt


Taraaaa. Aku memilih team warna merah iaitu team Valor. Korang sama tak dengan team aku? Angkat tangan sikit aku nak tengok. Hihihi. Selain itu juga, ada sticker pokemon serta buku nota. Semakin bertambah laa koleksi buku nota aku. Hihi. Sticker pokemon tu boleh laa aku lekatkan di almari aku nanti. Comelkan sticker tu? Aku memang suka la kumpul-kumpul sticker ni.


Sertai Contest ITS Pokemon



Aku ada berita gembira buat korang. Korang juga berpeluang untuk memiliki produk Pokemon Go ni dengan menyertai contest yang dianjurkan oleh ITS. Korang berpeluang untuk memenangi hadiah seperti sticker Pokemon, buku nota serta t-shirt Pokemon Go. Cara untuk menyertai contest oleh ITS ialah:

  • Follow instagram @itsintheshirt dan like facebook page In The Shirt
  • ITS akan memuat naik sekeping gambar Pokemon dan akan menyatakan berapa bilangan CP di dalam posting berkenaan (contoh: Pikachu CP 200)
  • Sepanjang tempoh selepas posting berkenaan (akan ditentukan dalam posting), anda boleh menyertai contest tersebut dengan memuat naik gambar Pokemon tertentu (contoh: Pikachu) dengan menunjukkan CP yang hampir sama dengan pihak ITS dan tag @itsintheshirt  serta hashtag #ITSxPokemon di dalam posting anda
  • Seorang yang mempunyai bilang CP dari Pokemon tersebut akan berpeluang untuk memenangi hadiah yang di tawarkan. Sekiranya terdapat lebih dari seorang yang mempunyai bilangan CP terdekat, orang yang membuat post terawal akan dikira sebagai pemenang.
  • Contest ini akan dijalankan dari semasa ke semasa. Jadi, pentingnya untuk anda mengikuti instagram dan facebook ITS.



Promo Mystery Egg 


Selain itu, ada berita gembira buat korang jugak tau. Pihak ITS telah mengadakan promo Mystery Egg. Apakah itu? Terdapat berupa RM50 dan RM100 Mystery Egg. Anda hanya perlu memaklumkan pada pihak ITS saiz baju anda dan pihak ITS akan menghantar produk In The Shirt yang masing-masing bernilai RM60 dan RM120.


Harga Produk In The Shirt


Mesti korang tertanya-tanya kan, berapakah harga setiap barangan Pokemon ni? Haaa, meh aku bagitahu korang yer.

  • 1 set sticker Pokemon - RM12
  • 1 buku nota - RM18
  • 1 set sticker dan 2 buku nota - RM45
  • T-shirt - RM99

Pihak In The Shirt juga telah bermurah hati untuk memberikan tawaran untuk korang pembaca blog aku ni haa. Korang akan dapat diskaun sebanyak 10% apabila korang menggunakan kod diskaun ITSIZZATI10 semasa membuat pembayaran. Jadi, korang yang ingin mendapatkan dari ITS kena lah gunakan kod diskaun yang aku nyatakan tadi. 


Untuk segala maklumat lanjut mengenai produk keluaran In The Shirt, korang boleh mengikuti laman sosial berikut:

Instagram@itsintheshirt
Facebook PageIn The Shirt








Monday, August 29, 2016

Lipas Sudah Mengganggu Masa Tidur Aku

Sebelum aku taip panjang lebar, aku harap korang jangan gelakkan aku. Tapi aku tahu korang mesti akan gelakkan aku punya lepas baca tajuk entri aku ni. Gila kan. Haaa, memang gila pun. Lipas punya pasal, aku tak boleh nak tidur. Aduhai. Ok. Sila gelak lagi. Aku tak marah pun. Huhhh. Aku memang takut kan lipas. Dari kecik lagi kot. Sekarang umur dah masuk 25 pun aku masih takut akan lipas. Lipas adalah sejenis binatang kecil yang paling aku takut selepas pacat. Hahahaha. Ok. Aku pulak yang gelak. Ohoiii. Gila weiii tak takut. Geli tuuuu. Dan aku pasti korang pun takut lipas jugak kan. Hihihi..


Lipas Sudah Mengganggu Masa Tidur Aku

*Gambar dari Mr. Google*

Sabtu malam hari tu aku tidur di rumah nenek aku sebab giliran aku untuk teman dia. Nak dijadikan cerita, entah dari mananya datang pulak lipas. Siap terbang lagi haaa. Mau nya dengan aku sekali rasa nak terbang jugak. Mak ayah aku biasa laa.. Tolong gelak tengok aku yang dah tak tentu arah sebab takutkan lipas punya pasal. Sabar je laaa. Kucing yang ada kat rumah nenek aku tu macam nak tak nak je main lipas tu. Lagi stress aku dibuatnya. Hahaha.. Kalau kucing aku memang dah ngap lipas tu. Lepas tu mak aku pun ambik penyapu dan buang lipas tu keluar rumah.

Aku ingatkan aku dah boleh rasa aman sebab lipas dah takde tetapi rupanya ada lagi. Entah dari mana la pulak dia muncul. Aku pun cuba la berani kan diri untuk buang lipas tu dengan penyapu. Hahaha.. Hurmm. Mungkin orang lain akan ajar aku supaya pijak lipas tu. Ohoiii. Memang tak laa aku nak pijak. Geli wehhh. Grrr.

Aku masih ingat masa aku tidur di rumah arwah mak sedara aku. Malam aku tidur di rumah dia tu lipas banyak gila. Dah la dok terbang merata-rata. Lampu pulak tutup. Maunya tak lena tidur aku sebab takutkan lipas punya pasal. Siap nangis weiii. Hahahaha. Aduyaiii. Tetapi lepas tu aku pun bangun dan bukak lampu. Sikit demi sikit lipas tu pun hilang. Lipas tu kan macam tahu-tahu je yang aku ni memang takut kat dia,, Hahaha. Perkara ni dah lama. Masa tu aku masih di zaman sekolah. Hihihi..

Hanya orang yang fobia dengan lipas je boleh paham macam mana perasaan aku. Haihh. Memang aku takut sangat laaa dengan lipas tu. Aku nampak je lipas, aku yang lari dulu. Kalau kucing aku main lipas pun, aku tak bagi kucing aku masuk dalam bilik. Aku halau lagi kucing suruh main jauh-jauh. Tapi kucing aku pulak suka sangat bawak balik binatang lepas tu nak main dalam bilik aku. Haihh.. Sabar je laaa. Hahahaha.. Ok lah korang. Babai..




Sunday, August 28, 2016

Tuala Wanita Amez Care Memberi Keselesaan Ketika Datang Bulan

Perempuan bila bulan tengah mengambang, boleh nampak keserabutan yang melanda. Lebih-lebih lagi aku la. Hahaha. Ada je benda yang tak kena. Asyik nak marah orang je. Nasib laa siapa yang selalu kena tu. Hihihi.. Perempuan ni masa tengah datang bulan sangat lah tidak selesa. Nak duduk tak selesa. Nak baring pun tak selesa. Tambah lagi kalau yang jenis senggugut je memanjang. Nak buat kerja pun susah.  Pemilihan dalam memakai tuala wanita pun penting juga untuk memberi keselesaan pada kita ketika datang bulan. Aku nak tanya korang. Korang pernah dengar tak tuala wanita yang berjenama Amez Care? Aku pun baru pertama kali dengar pasal jenama tuala wanita ni. Buat pengetahuan korang, tuala wanita Amez Care bukan lah tuala wanita biasa kerana ia adalah sejenis tuala wanita herba. Haaa. Mesti korang nak tahu kan? Baca sampai habis yerr. 


Tuala Wanita Amez Care Memberi Keselesaan Ketika Datang Bulan



Amez Care Bio Herbal Sanitary Pad

Tuala wanita Amez Care Herbal merupakan tuala wanita yang berkualiti tinggi direka untuk memberi keselesaan direka untuk memberikan tahap keselesaan dan kesihatan yang tinggi pada wanita ketika haid. Tuala wanita mengandungi kandungan herba seperti aloe verra, pappermint, tea plant, chamomile dan lavender yang berfungsi untuk menghilangkan bau yang tidak selesa ketika haid. 

Semasa buka bungkusan tuala wanita Amez Care ni, memang dah boleh bau herba yang wangi dan berangin sikit. Masa pakai tu lagi la selesa sebab bau-bau yang kurang menyenangkan tu hilang. Ada 3 jenis tuala wanita Amez Care ni iaitu  Amez Care Day, Amez Care Overnight, dan Amez Care Pantyliner



Amez Care Day


Amez Care Day ni sangat sesuai di gunakan pada waktu siang hari atau pada pengaliran yang normal. Mempunyai ukuran sepanjang 240mm, ianya sangat membantu untuk meresap dan tidak mudah bocor. Jangan risau. Tuala wanita ni ada sayap. Jadi, ianya sangat selesa untuk digunakan bagi korang yang sering melakukan aktiviti dan risau akan kebocoran.


Tuala Wanita Amez Care Memberi Keselesaan Ketika Datang Bulan


Tuala Wanita Amez Care Memberi Keselesaan Ketika Datang Bulan

Amez Care Overnight


Selalunya masa nak tidur mesti kita akan alas kain lain pada cadar untuk mengelakkan kebocoran. Tetapi, dengan Amez Care Overnight ni korang tak perlu risau tentang kebocoran ketika waktu tidur kerana tuala wanita overnight ni memang panjang dengan ukuran sepanjang 290mm. Amez Care Overnight juga mempunyai sayap. Jadi, nak tidur tak perlu lah nak lapik kain yang banyak lagi. 


Tuala Wanita Amez Care Memberi Keselesaan Ketika Datang Bulan


Tuala Wanita Amez Care Memberi Keselesaan Ketika Datang Bulan


Amez Care Pantyliner


Pantyliner sangat sesuai digunakan pada penghujung haid ataupun mereka yang sering mengalami keputihan. Dengan menggunakan pantyliner dari Amez Care ni dapat membantu mengurangkan keputihan yang melanda diri korang tu. Korang pun akan rasa lebih segar dan bersih sepanjang hari. Bau-bau yang kurang enak dapat dielakkan dengan memakai Amez Care Pantyliner ni. 


Tuala Wanita Amez Care Memberi Keselesaan Ketika Datang Bulan

Tuala Wanita Amez Care Memberi Keselesaan Ketika Datang Bulan


Kelebihan Amez Care Bio Herbal


  • Mengelakkan pertumbuhan bakteria 
  • Cepat menyerap
  • Mempunyai pelekat yang kuat
  • Mengelakkan keputihan
  • menghilangkan senggugut
  • Tahan dari kebocoran

Kalau korang nak tahu, aku memang suka produk Amez Care ni sebabnya ialah pelekat dia memang kuat. Tak mudah tertanggal. Aku paling suka pantyliner. Stok Pantyliner memang sentiasa ada dengan aku. Keputihan pun kurang bila aku pakai pantyliner ni. Aku pun rasa selesa. Memang best. 

Bagi korang yang ingin mengetahui secara lebih lanjut lagi mengenai tuala wanita Amez Care ataupun teringin mencuba produk dari Amez Care ni, korang boleh dapatkannya secara online melalui beberapa cara berikut:


Websitewww.AmezCare.com
Facebook: Amez Care
Instagram@amezcare


Thursday, August 25, 2016

Cara Untuk Lelaki Buktikan Rasa Sayang

Masih ingat lagi kisah sweet couple Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina? Yang mana Hafiz membawa Aina menaiki kereta Limousin (tah betul ke tak ejaannya) untuk menyambut hari lahirnya. Mewah kau. Siapa tak nak kan? Hafiz cakap dia buat camtu untuk membuktikan rasa kasih sayang terhadap kekasihnya itu yang mana Aina antara insan yang sentiasa bersama dia di saat susah dan senang. Lepas tu ramai lah si gadis-gadis dok tag pakwe masing kat video tersebut. Aku tak buat la camtu yer. Tak kuasa. Dari dok tag gitu baik bagitahu direct. Lagi senang oii. Hahaha. Ok. Persoalannya di sini, perlukah seorang lelaki bermewah-mewah semata-mata untuk menunjukkan atau membuktikan rasa sayangnya pada seorang perempuan? Apakah cara yang perlu dilakukan oleh seorang lelaki untuk buktikan rasa sayang pada seorang perempuan? Hurmmm...

Cara Untuk Lelaki Buktikan Rasa Sayang
*Gambar dari Google*

Cara Untuk Lelaki Buktikan Rasa Sayang

1. Tunjukkan kesungguhan
Kesungguhan macam mana yang aku maksudkan? Kesungguhan untuk menjadikannya seorang isteri. Teman istimewa dalam hidup korang. Korang cakap nak dia jadi bini korang tapi kesungguhan untuk memiliki dia tu tak ada. Buat sikap acuh tak acuh gitu. Takkan laa orang perempuan  nak tanya pulak bila nak masuk meminang. Beb, malu beb. Kalau semua benda nak orang perempuan yang mulakan dulu, baik kau tak payah kawen laa. Membujang la sampai ke tua. Korang tu lelaki. Bersungguh la sikit untuk jadikan si dia halal di sisi mu.

2. Berusaha gembirakan dia
Ni lagi satu masalah. Kadang-kadang korang ni tak peka sangat bila masa orang perempuan ni tengah moody. Kalau dah sayang, nampak je awek tu dok bersedih cuba lah gembirakan dia. Belikan aiskrim ke, gula-gula ke dan apa-apa laa. Orang perempuan ni kalau dengan orang yang paling dia sayang, dia akan rasa lebih gembira. Segala kesedihan yang dia alami tu, boleh hilang camtu je. Tapi jangan lah pulak korang pegi tambah kesedihan dia pulak. Nanti habis semua benda sedih dia ingat. 


3. Hargai dia
Ini adalah point paling penting. Hargai lah orang perempuan yang sanggup bersusah payah dengan kau. Dia tak mintak pun segala kemewahan yang kau ada tetapi apa yang dia minta hanyalah sebuah perhatian dan kasih sayang. Penghargaan yang diberikan tidak semestinya dalam bentuk material, cukuplah dengan cara kau menyayangi dan menghargai dia. Itu sudah cukup memadai bagi seorang perempuan.


Nampak je macam mudah kan. Tapi nak buatnya punyalah susah. Aku pun pelik laa. Susah sangat ke nak tunjukkan rasa sayang tu? Asyik nak kena beli hadiah yang mahal-mahal je baru boleh buktikan kasih sayang. Bagi orang yang mampu untuk berbelanja lebih, biar lah dia dengan caranya yang begitu. Apa yang aku tekankan ialah pada korang yang mungkin kurang berkemampuan. Dia dah pilih kau. Maknanya dia tidak kisah walau macam mana korang sekali pun, dia akan menerimanya asalkan dia juga mendapat pembalasan yang sama dari korang si lelaki ni. Aku harap korang paham lah yerr. Okbaii.. 


Tuesday, August 23, 2016

Kulit Lebih Menyegarkan Dengan Ecowell Shower Gel

Siapa tak nak memiliki kulit cantik, putih mulus macam artis tu. Setiap wanita mengimpikannya. Kulit yang bersih dan segar boleh menjadikan seseorang itu lebih selesa untuk membuat aktiviti harian. Apabila mempunyai kulit yang sihat dan segar, mereka akan rasa lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang sekeliling. Kulit yang sihat juga melindungi kita daripada sinaran matahari dan bahan-bahan lain yang boleh memasuki badan. Kulit kita ialah sistem pertahanan badan, jadi jagalah ia dengan baik. Penggunaan mandian yang mempunyai kandungan baik juga amat penting untuk kulit kita. Satu lagi produk dari Ecowell iaitu Shower Gel amat baik untuk mereka yang inginkan kulist sentiasa segar dan cantik. Ecowell Showel Gel ni diperbuat dari bahan organik dan ianya amat bagus untuk penjagaan kulit kita. 


Kulit Lebih Menyegarkan Dengan Ecowell Shower Gel




Ecowell Shower Gel 


Shower Gel ini mengandungi myrtle water dan campuran chamomile untuk membantu memulihkan dan menyegarkan kulit kita. Kandungan ini mudah dibilas dan kulit tidak akan kering. 

Myrtus (Myrtle) merupakan bahan semula jadi untuk menguatkan kulit dengan ciri-ciri antiseptik, anti-radang dan astringen. Ianya mdengan embantu mengetatkan dan mengimbangkan kulit dan juga amat berkesan untuk mengurangkan masalah kulit berminyak dan pembesaran liang. 

Chamomile sangat sesuai untuk semua jenis kulit kerana ia mempunyai ciri-ciri yang baik seperti  anti-radang, anti-kulat, anti-bakteria, antiseptik, mengandungi pati minyak dan antioksidan. Di samping itu, ia juga merupakan hypoallergenic dan membantu untuk mengurangkan iritasi kulit dengan meneutralkan radikal bebas. 


Kelebihan Ecowell Shower Gel 


  • Mengembalikan kelembapan semulajadi kulit
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Membantu menyembuhkan luka terbakar

Bagi aku, Shower Gel ni amat bagus bagi korang yang mempunyai masalah kulit kering atau kulit sensitif kerana ia membantu menyegarkan kembali kulit korang yang rosak tu. Baunya juga harum dan sangat menyegarkan.



Cara Penggunaan


Buihkan Shower Gel dengan menggunakan atau dengan menggunakan span mandia. Ratakan pada sekitar badan anda dan akhir sekali bilas dengan air bersih,





Sunday, August 21, 2016

Design Banner Pinjaman Peribadi

Hai korang. Buat apa tu pada malam minggu camni? Kali ni aku nak kongsikan satu lagi tempahan banner dari Blogger Azlinda Alin. Kalau sebelum ni dia telah menempah banner iklan yang bersaiz 125x125, tetapi kali ini dia telah menempah banner panjang pula yang bersaiz 728x90. Alhamdulillah, rezeki untuk penganggur seperti aku ni. Hehehhe..








Kak Lynda ni ada menyediakan servis untuk sesiapa yang membuat pinjaman peribadi. Haaa, kalau korang teringin nak buat pinjaman peribadi tu, boleh la contact kak Azlinda Alin. Terima kasih kita ucapkan buat kak Lynda kerana sudi menempah banner dengan kita. Semoga bisnes akak berjalan dengan lancar dan dimurahkan rezeki olehnya. 


Ok lah. Kalau korang berminat untuk menempah banner iklan seperti di atas, boleh la whatsapp aku di 0139285042 (Zatie) atau PM ke facebook Izzati Suhaide. InsyaAllah, aku akan cuba berikan servis yang terbaik untuk korang.

Saturday, August 20, 2016

Design Banner Produk Kurus

Salam ceria buat korang yang sudi membaca story kat blog aku ni. Hehehe. Ok lah. Kali ni aku dapat lagi tempahan dari Blogger Khaty Aiman ataupun kak Khaty. Kak Khaty telah meminta pada aku untuk buatkan satu banner yang bersaiz 728x90. Banner panjang ni adalah untuk diletakkan di bawah header. Kak Khaty ni dah lama minta aku buatkan banner iklan untuk bisnes dia tapi masa tu aku masih di KL. Jadi, aku terpaksa la tangguhkan dulu untuk membuatnya. Bila aku dah balik rumah, aku teruskan buatkan banner iklan seperti yang dia minta.






Banner iklan untuk bisnes Kak Khaty pun aku buatkan dalam bentuk gif juga. Alhamdulillah, dia berpuas hati dengan servis yang aku berikan. Kalau korang nak tahu, kak Khaty buat bisnes jual produk kurus tau. Korang yang teringin nak memiliki tubuh badan yang kurus dan langsing tu, boleh contact kak Khaty atau boleh juga tengok di blog dia khatyaiman.com.


Ok lah. Kalau korang berminat untuk menempah banner iklan seperti di atas, boleh la whatsapp aku di 0139285042 (Zatie) atau PM ke facebook Izzati Suhaide. InsyaAllah, aku akan cuba berikan servis yang terbaik untuk korang.

Design Banner Iklan Kecil Untuk Blogger Azlinda Alin

Hai korang. Untuk pertama kalinya aku mengambil tempahan untuk design banner iklan. Tempahan ini adalah dari Blogger Azlinda Alin ataupun aku panggilnya dengan panggilan kak Lynda. Dia meminta aku untuk buatkan banner iklan yang bersaiz 125x125. Kotak iklan yang kecik-kecik tu. Dia telah menempah sebanyak 7 jenis design dengan aku. Aku cuba turutkan permintaan dia. Korang boleh tengok gambar di bawah.


 




Semua design yang aku buat untuk banner iklan ni dalam bentuk gif atau lebih senang lagi gambar gerak-gerak gitu. Kak Lynda ni ada banyak bisnes tau korang. Nanti korang boleh la ushar-ushar di azlindalin.com yer.

Ok lah. Kalau korang berminat untuk menempah banner iklan seperti di atas, boleh la whatsapp aku di 0139285042 (Zatie) atau PM ke facebook Izzati Suhaide. InsyaAllah, aku akan cuba berikan servis yang terbaik untuk korang.

Friday, August 19, 2016

GIVEAWAY : 1st Anniversary Blog & My Birthday

Hai.. Tak tahu nak buat entri apa hari ni, aku rasa nak join giveaway. Giveaway kali ni dari blogger Bonde Zaidalifah. Jom korang join GIVEAWAY : 1st Anniversary Blog & My Birthday.

Klik banner untuk join


Jadi, kita nak ucapkan selamat hari Bonde. Semoga panjang umur murah rezeki dan hepy sokmo.. Love U Bonde.. Mmmuahhhh.. 


Maka, dengan ini aku nak tag Lea Azleeya, Sayidah Napisah dan Shahida Dzulkafli






Thursday, August 18, 2016

Rambut Kembali Bersinar Dengan Ecowell Shampoo

Rambut kusam dan tidak bermaya bikin wanita jadi resah. Mestilah resah kalau rambut asyik gugur dan kering je. Lepas tu mula lah nak cuba guna pelbagai jenis syampu supaya rambut kembali sihat dan kuat. Dari korang dok beli syampu yang pelik-pelik, apa kata korang cuba guna Ecowell Shampoo ni. Aku pun baru jugak tahu tentang Ecowell Shampoo ni dan aku sendiri pun dah guna syampu ni.


Rambut Kembali Bersinar Dengan Ecowell Shampoo


Ecowell Shampoo

Melindungi rambut dengan menggunakan pembersih rambut yang penuh khasiat dapat membantu kita mengekalkan kelembapan semula jadi pada rambut. Ecowell Shampoo boleh membantu menyuburkan kulit kepala dan memastikan rambut lebih berkilat, kuat dan segar. 

Ecowell Shampoo merupakan tonik semula jadi yang kuat untuk kulit dengan ciri-ciri antiseptik, anti-radang dan astringen. Ianya boleh mengetatkan dan mengimbangkan kulit dan amat berkesan digunakan untuk mengurangkan kulit berminyak dan liang-liang yang besar. Ecowell Shampoo juga dapat membantu untuk menyegarkan dan membersihkan kulit kepala agar lebih lembut dan rambut lebih sihat.

Kelebihan Ecowell Shampoo


  • Rambut lebih bersinar dan kuat
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Mengembalikan kelembutan pada rambut
  • Mengurangkan kekeringan dan kerosakan rambut
  • Rambut lebih mudah diurus

Ecowell Shampoo ni memang membantu mengembalikan kekuatan pada rambut aku ni. Rambut pun mudah di urus selepas guna syampu ni ditambah lagi dengan Ecowell Hair Conditioner

Cara Penggunaan


Tuangkan syampu pada jumlah yang mencukupi di tapak tangan dan sapukan pada rambut yang basah. Biarkan ia berbuih dan kemudian bilas dengan sehingga bersih.








Giveaway Dan Pencarian Bloglist by Jepun Mari

Hai semua. Hari ni aku nak join giveaway lagi. Saja je la nak memeriahkan giveaway yang dianjurkan oleh blogger. Jom korang join Giveaway Dan Pencarian Bloglist by Jepun Mari ni. 


giveaway dan pencarian bloglist
Klik banner untuk join



Siap dah. Jom korang join jugak. babai..



Wednesday, August 17, 2016

Wordless Wednesday | Perempuan Suka Berkira?

Ada orang kata, perempuan ni golongan yang suka berkira. Boleh terima ke kenyataan tu? Kejap aku fikir. Haihhh. Betul ke perempuan ni suka berkira? 




Perempuan takkan berkira tanpa sebab. Korang kena tahu, yang orang perempuan ni kalau dah mula berkira tu mesti dia dah terlalu sakit hati dengan perangai lelaki. Bila dia dah mula berkira, habis segala mak nenek dia bangkitkan. Masa tu korang tadah telinga je laa yerr. Okbai..




Kulit Halus dan Mulus Dengan Rich Moisturizing Body Lotion

Memiliki kulit halus dan mulus seperti bayi sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Sanggup ni haaa beli berbotol-botol lotion semata-mata nak memiliki kulit halus dan lembut gitu. Tak payah cakap orang lain laa, aku pun camtu jugak. Hehehe. Berbicara tentang losyen, aku ada menggunakan satu losyen keluaran dari Ecowell. Nak tahu ke? Rich Moisturizing Body Lotion adalah losyen terbaru yang aku gunakan. Rich Moisturizing Body Lotion ini merupakan produk keluaran dari Ecowell juga. 

Kulit Halus dan Mulus Dengan Rich Moisturizing Body Lotion

Rich Moisturizing Body Lotion

Ecowell Rich Moisturizing Body Lotion mengandungi apricot oil dan shea butter yang kaya dengan pelembap yang mendalam.  Losyen badan ini amat sesuai untuk semua jenis kulit walaupun mereja yang mempunyai jenis kulit kering. Ia boleh menyembuhkan, memperbaharui dan memberi kesimbangan pada kulit. Ecowell Rich Moisturizing Body Lotion juga boleh melindungi kulit daripada penuaan dan menghilangkan kedutan agar kulit lebih sihat.


Kelebihan Rich Moisturizing Body Lotion

  • Melindungi dan menyihatkan kulit
  • Menghasilkan semula sel-sel kulit
  • Merangsang pembentukan kolagen
  • Memberi aktioksidan kepada kulit

Kalau korang nak tahu, wangi bau losyen ni. Bila aku pakai pada tangan aku, terasa kelembutan seperti menyentuh kulit bayi. Memang wangi sangat. Aku suka dengan bau nya yang lembut tu. Korang yang ada masalah kulit kering tu, memang sesuai guna losyen ni sebab ia boleh memberi kelembapan pada kulit kita. Kulit pun akan rasa lebih lembut dan sihat. 

Cara Menggunakannya

Picitkan Rich Moisturizing Body Lotion pada tapak tangan dan sapukan di sekitar kulit pada waktu pagi dan petang. Gunakan setiap hari untuk hasil yang terbaik. 





Kulit Halus dan Mulus Dengan Rich Moisturizing Body Lotion