Thursday, September 29, 2016

De'Wajah Membantu Menyelesaikan Masalah Jeragat

Produk penjagaan kulit muka keluaran De'Wajah sudah tidak asing lagi di Malaysia. De'Wajah bukan sahaja mengeluarkan produk penjagaan muka sahaja malahan terdapat juga produk untuk penjagaan rambut dan tubuh. Produk ini sudah pun berada di pasaran lebih dari 20 tahun dan masih kukuh hingga kini. Produk keluaran De'Wajah sudah menghasilkan banyak testimoni dari pengguna yang menggunakan rangkaian produk ini. Rata-rata mereka amat berpuas hati selepas menggunakan De'Wajah. Korang ada masalah jeragat? Jangan risau kerana De'Wajah boleh membantu menyelesaikan masalah jeragat yang melanda korang.



De'Wajah Membantu Menyelesaikan Masalah Jeragat

Set penjagaan muka De'Wajah ini amat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit normal atau mempunyai masalah kulit kering yang kusam dan juga masalah jeragat tebal. Set penjagaan ini mengandungi  5 item iaitu:
- Sabun muka
- Susu pembersih
- toner
- sunblock
- nightcream

Ingin tahu bagaimana untuk menggunakan produk ini? Aku akan ajarkan pada korang cara untuk menggunakannya dan kesan yang akan dialami setelah menggunakan Set Penjagaan Muka De'Wajah.

1 minggu pertama

Apabila anda memakai set ni secara konsisten, akan terjadinya sedikit peeling atau pengelupasan pada kulit. Tapi jangan panik yer, ia hanya pengelupasan yang halus sahaja. Peeling itu adalah untuk mengeringkan dan membuang jeragat-jeragat serta pigment pada permukaan kulit muka.

Bagi item yang lain-lain seperti sabun, toner, dan DAYCREAM,  masih perlu digunakan untuk kebersihan muka. Daycream amat penting untuk proses pemulihan kulit muka. Anda perlu mengelakkan kulit anda dari berjemur  di bawah sinararan matahari. Jika anda terpaksa keluar dan perlu terdedah dbawah sinaran matahari yang terik, lebihkan sedikit penggunakan DAYCREAM.

2-3 bulan berikutnya

Pada tahap ini, anda akan merasakan kulit semakin selesa dan serasi dengan produk ini. Pada tahap ini juga, sudah kurang peeling pada kulit tidak seperti permulaan ketika menggunakan dulu. Hal ini kerana, sudah banyak sel-sel kulit mati dan jeragat yang telah dibuang.  

Namun begitu, anda masih juga perlu menyambung pemakaian produk ini secara konsisten.

Cuma, anda sudah boleh maintain menggunakan nightcream itu seminggu 3-4 kali saja. Anda sudah tidak perlu memakainya pada tiap-tiap malam seperti pada permulaan dahulu.

Apabila kulit sudah mula menggelupas, anda  jangan menggosokkannya  atau digaru pada kulit itu. Pada waktu ini, anda boleh lebihkan penggunaan susu pembersih. Susu itu boleh neutralizekan kulit semula dan melembutkan kulit. Jadi, kulit yang kering setelah menggelupas tadi, akan tertanggal secara natural. Bila dah tanggal kulit yang menggelupas itu, kulit yang baru tumbuh nanti akan lebih fresh, bersih dan lebih halus. Kalau sentuh pun rasa lembut je.

1 bulan berikutnya

Pada waktu ini, kulit sudah semakin serasi dengan produk. Teruskan pemakaian secara konsisten sehingga hilang semua pigment, jeragat, bekas parut dan lain-lain lagi. Pada tahap ini masih berlaku pengelupasan tetapi ia hanya pengelupasan yang halus sahaja. Biarkan, jangan usik atau garu pada bahagian kulit yang menggelupas itu.

Jika rasa tidak selesa akibat kulit menggelupas, anda boleh gunakan susu pembersih untuk melembapkan kulit muka. Kalau perlu ke function dan dinner, boleh gunakan pelembap atau essence untuk moistkan kulit itu supaya tidak nampak peeling sangat pada kulit anda. 

Haaaa. Menarikkan set penjagaan muka dari De'Wajah ini. Anda yang mempunyai masalah jeragat atau kulit kering, bolehlah mencuba set penjagaan muka ini. Harga set penjagaan ini sememangnya mampu milik. Nak tahu harganya? Ok. Meh aku bagitahu yer harga setiap item set penjagaan muka De'Wajah ini. Anda boleh rujuk gambar dibawah. 



Bagi anda yang ingin mendapatkan produk De'Wajah ini bolehlah menghubungi talian berikut:

Hotline : 03-5511 8519
Whatsapp 1 : 019-317 8007
Whatsapp 2 : 019-2028 983
Whatsapp 3 : 016-2250 686
FB 1 : De'Wajah HQ
FB 2 : De'Wajah Online
Insta : @dewajah_online

#dewajah
#katalogdewajah
#dewajahonline
#dewajahonlinemarketing
#dewajahskincare
#serlahkankejelitaan

Giveaway Redmoon Clothpad

Hari ni aku nak join giveaway dari blog Emi Izzeyda. Rasa macam lama dah tak join pape giveaway ni. Jadi kali ni aku join Giveaway Redmoon Clothpad. Jom korang join jugak. 


Klik banner untuk join



Korang kalau nak join, boleh tekan banner kat atas tau. Tarikh tutup giveaway ni 30 September 2016. Cepat korang join sekarang. 



Wednesday, September 28, 2016

8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8

Hai korang. Aku nak cerita dekat korang ni tentang satu smartphone terbaru keluaran Huawei iaitu Honor 8. Tak pernah dengar jenama Huawei? Alahaiii. Jenama ni semakin terkenal hokeyyyy. Kalau korang ingat laa kan lagu yang Bunkface nyanyi masa keluar iklan di TV tu yang berbunyi, "Huawei Best Wei" . Tu je lah yang aku ingat. Hahahaha. Kalau korang nak tahu, aku memang sedang tergila-gilakan jenama Huawei sekarang ni. Sampai termimpi-mimpi dok pegang henpon tu. Hehehe. Apa istimewanya Honor 8 ni sebenarnya sampaikan aku teringin sangat nak memilikinya? Semuanya selepas aku dok godek-godek di web Lazada tentang smartphone ni. Korang boleh tengok SINI. Ok lah. Meh aku bagitahu korang 8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8. Mana lah tahu kan, nanti korang pulak yang jatuh cinta dengan Honor 8 ni.



8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8


1) Reka Bentuk Yang Lebih Cantik

Apa yang menariknya Honor 8 ni, reka bentuk dia sangat lah cantik. Reka bentuknya yang nipis dan di lengkapi dengan lapisan kaca tu menarik perhatian aku. Lagipun sekarang ni memang aku suka smartphone yang jenis nipis sebab dia ringan. Nak bawak pun takde lah susah sangat. Sumbat je dalam beg. Kalau korang nak tahu jugak, Honor 8 ini juga mempunyai 15 lapisan Craftmanship yang menampakkan lagi kecanggihan smartphone ni. Menarikkan? 



2) Mempunyai 2 Kamera Dibahagian Belakang

Fuyoooo. Honor 8 ni ada 2 kamera di bahagian belakang. Pertama kali aku dengar tentang smartphone yang ada dua kamera di bahagian belakang. Kedua-dua kamera bahagian belakang ni mempunyai lens bersaiz 12MP yang boleh membantu kita untuk memfokuskan sesuatu objek dengan lebih jelas dan terang. Memang puas hati laa kalau guna kamera Honor 8 ni. 



3) Kamera Depan Yang Cantik Untuk Selfie

Sape kaki selfie angkat tangan plisss. Aku angkat tangan. Kamera depan Honor 8 ni mempunyai lens bersaiz 8MP tau. Memang cantik laa oiii kalau nak selfie nya. Fungsi beautify yang ada pada kamera depan Honor 8 ni pastinya akan lebih mencantikkan lagi gambar apabila berselfie nanti.. Memang penuh la memori telefon dengan gambar selfie. Hehehe..




4) Pengimbas Cap Jari 3D

Honor 8 ini mempunyai kecanggihan dengan fungsi pengimbas cap jari 3D untuk memastikan telefon kita selamat dari diceroboh oleh orang lain. Pengimbas cap jari ini berfungsi sebagai untuk membuka kunci telefon. Pengimbas cap jari tu hanya tuan punya telefon je tau boleh sentuh. Orang lain nak sentuh untuk buka kunci telefon tu memang tak berjaya laa sebab ia sudah dilengkapi dengan sistem algorithm 3D yang mengumpul maklumat cap jari kita. 



5) Mempunyai Paparan Skrin Resolusi Tinggi

Satu lagi kelebihan Honor 8 yang menarik perhatian aku adalah mempunyai paparan skrin yang besar. Dilengkapi dengan paparan skrin resolusi tinggi yang bersaiz 5.2-Inch membolehkan kita berasa lebih selesa untuk menonton video atau bermain game. Kalau paparan yang kecik ni, sakit mata nak menengoknya lagi-lagi kalau tengok video. Tambahan lagi aku ni dah la rabun. Kalau nak tengok benda-benda yang bersaiz kecil ni, memang buat aku sakit mata laa oii.



6) Pengecasan Yang Pantas

Korang percaya tak yang Honor 8 mampu mengecas dalam masa yang singkat? Percaya la yer. Honor 8 ni memang cepat bila cas. Dalam masa 30 minit sahaja sudah 47% kuasa bateri yang kita cas. Cepat kan. Jadi, kalau kita dalam keadaan nak cepat tu tak payah nak tunggu lama sangat untuk bateri penuh. Sangat cepat. Yang paling bateri telefon Honor 8 memang tahan lama kerana ia mempunyai kuasa 3000mAh yang boleh tahan hampir 2 hari. Best kan?



7) Akses Aplikasi Dengan Lebih Pantas

Salah satu sebab untuk dapatkan Honor 8 jugak ialah ia mempunyai kelajuan seperti cahaya untuk mengakses aplikasi. Takde la asyik hang je kalau nak bukak game atau whatsapp tu. Hehehe. Dilengkapi dengan kuasa 2.3 GHz octa-core CPU memang akan membolehkan kita mengakses aplikasi dengan lebih cepat dan pantas tanpa sebarang halangan.



8) Mempunyai 2 Antena

Paling istimewanya Honor 8 ialah mempunyai dua antena. Lain dari yang lain kan? Antena ini membantu dalam melancarkan untuk kita memilih isyarat komunikasi yang kuat dan ia juga memastikan agar kita sentiasa mempunyai penerimaan internet yang terbaik.





Jadi, kalau korang nak dapatkan smartphone Honor 8 ni boleh laaa tengok di laman web Lazada sebabnya Honor 8 ni dah ada di Lazada sekarang. Korang boleh dapatkan Honor 8 ni dengan harga RM1699 lepas tu siap ada free gift lagi tau iaitu Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass. Aduh, best wei. Untuk maklumat  lanjut korang boleh tengok SINI.


*Boleh juga klik banner dia atas*



Lazada's My Cybersale is happening on 26 - 30 Sept. Check it out!







Thursday, September 22, 2016

Adat Melayu Yang Bertentangan Dengan Islam

Melayu dan adat resam tidak dapat dipisahkan. Perkara ni bermula dari zaman nenek moyang kita terdahulu. Bagi mereka adat resam ini merupakan tradisi turun temurun yang harus diikuti oleh setiap masyarakat melayu. Namun begitu, tahukah anda bahawa ada sesetengah adat melayu yang bertentangan dengan islam dalam soal kematian masih diteruskan hingga kini? Mungkin selama ini kita tidak mengetahui dan menyedari bahawa semua yang dilakukan itu hanyalah adat sahaja bukan lah ajaran dari agama islam. Jom kita tengok antara adat Melayu yang bertentangan Islam tetapi masih diteruskan hingga kini.



1. Mendengar berita kematian:
Melayu : Alfatihah
Islam : Innalillahi wa inna ilaihi rojiun


2. Usung jenazah
Melayu :
Baca al fatihah sambil usung jenazah. Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di Sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.

Islam :
Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.


3. Tanam jenazah
Melayu :
– Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
– Tabur bunga
– Tabur batu

Islam :
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.


4. Kubur jenazah
Melayu :
– Kubur dihias bagai pengantin
– Kubur ada bangunan
– Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
– Ada pakej upah baca Al Quran
– Batu nisan 2
– Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
– Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
– Perlu beri wang kepada penggali kubur
– Perlu sediakan wang sekurang kurangnya $ 1000…MasyaAllah.

Islam :
– Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
– Kubur tiada bangunan
– Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
– Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan
– Batu nisan 1
– Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
– Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah FARDHU KIFAYAH bagi umat islam.


5. Kenduri arwah
Melayu :
Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.

Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.
Ritual seperti ini adalah milik agama HINDU
Islam :
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu ( jenazah lelaki )Allahummafirlaha warhamha waafihi wa’fuanha ( Jenazah wanita)
Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

6. Talqin
Melayu :
Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.

Islam :
Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.

Berlapang dada , renungkankah…Melayu sekadar bangsa dan islam itu akidah kita..
Jadikan pesan Nabi SAW dlm hadis sebagai panduan:-
“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak” (HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua antara adat yang bertentangan dengan Islam.

Monday, September 19, 2016

Isi Masa Lapang Dengan Bermain Game Online JSPuzzles

Hai semua. Kalau korang nak tahu, aku dari kecil suka main Jigsaw Puzzle. Permainan ni sebenarnya menguji minda untuk lebih berfikir dan ketajaman mata kita terhadap sesuatu perkara. Kalau zaman dulu selalu dok beli Jigsaw Puzzle di kedai, tapi sekarang tak payah susah-susah nak beli semua tu. Main melalui online je. Segalanya senang bila main puzzle online di JSPuzzles ni. Klik-klik je. Aku pun sekarang ni kalau bosan, bukak laman web JSPuzzles untuk mengisi masa lapang aku. 




Kalau korang nak main untuk hilangkan rasa bosan atau stress, cuba la main Jigsaw Puzzle Online ni. Korang klik di link ni http://www.jspuzzles.com/. Nanti dia akan keluar macam gambar yang aku tunjukkan di atas. Korang pilih laa gambar yang korang nak main tu. Lepas tu korang pilih pulak kategori pieces yang korang nak main.



Haaa. Ada sampai 225 pieces nak main. Memang jenuh la kan nak selesaikan puzzles ni. Maunya berjam-jam. Kalau aku mungkin sehari kot. Sebab tu aku ambik yang mudah je. Senang sikit nak main. Takde la menambahkan rasa stress nak selesaikan benda tu. hehehe..



Bila dah keluar camni, korang selesaikanlah puzzles tersebut. Senang je kan kalau nak selesaikan yang 25 pieces ni. Kalau yang 225 pieces mau pecah otak rasanya. Hahahaha.. 



Dah siap main keluar laa masa yang di ambil oleh korang untuk selesaikan puzzles tersebut. Jangan gelakkan aku pulak yer sebab ambil masa seminit untuk selesaikan 25 pieces puzzles ni. Hahahaha..


Lepas tu korang tengok laaa kot-kot nama korang tu tersenarai ke tak antara score yang tertinggi untuk kategori 25 pieces. Hehehe.. Mudah je kan..

Kalau rasa bosan tak tahu nak buat apa tu, korang boleh laa main benda ni di smartphone korang tu. Sambil-sambil dok tunggu makanan sampai ke, bukak je lawan web JSPuzzles ni. Boleh la hilangkan sikit rasa bosan korang tu. Hehehe..Ok lah korang. Babai..


Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com


3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS

Adakah anda ingin kulit wajah bebas tanpa jeragat, parut dan pori-pori terbuka? Adakah anda inginkan kedut di muka hilang sedikit demi sedikit dan anda inginkan semua masalah kulit muka hilang dengan hanya satu rawatan yang tidak melibatkan kos yang mahal? 

3D Gold Stemcell Serum akan menjadi jawapan atau solusi untuk permasalahan anda. PARUT JERAWAT, JERAGAT yang mula berkampung di muka dan yang sudah berkerak, KEDUT di muka yang menjadi teman apabila usia semakin bertambah adalah penyebab hilang keyakinan diri untuk bersosial.

Jangan biarkan masalah ini menghantui anda setelah sekian lama anda berada di dalam dilema dan malu bertemu janji. Kini My Beauty Herbs mengembalikan kejelitaan anda tanpa perlu melakukan laser dan kos-kos perubatan yang mahal. Beralihlah kepada 3D Gold StemCell Serum yang bakal mengubah kulit muka anda dari biasa menjadi luar biasa…Sangat hebat dengan hanya calit-calit merecik... Wow...


"Penyanyi/Pengacara Feeya Iskandar antara pengguna setia 3D GOLD STEMCELL SERUM. Beliau berjaya kekalkan kulit gebu semasa mengamalkan 3D GOLD STEMCELL SERUM dengan sapuan treatment cream di waktu malam."


Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!

3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.

3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
  1. Hilangkan parut hitam 
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten 
Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari

Harga
RM150 Semenanjung RM159 Sabah/Sarawak $65 Brunei $65 Singapore. Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai rm69.90. 

Video Eksklusif Feeya Iskandar


Soalan yang kerap ditanya :
  1. Adakah 3D Gold Stemcell Serum ini berkesan ke? InsyaAllah berkesan, kerana dah lebih 1002 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus sebelum dilancarkan.
  2. Kenapa ramai yang order 3D Gold Stemcell  Serum iniKesan dapat dilihat seawal 10 hari, 100% diperbuat dari bahan semulajadi, tiada kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan, 100% lulus KKM, harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik,  mempunyai kandungan pure stemcell yang sangat tinggi, tiada pantang larang semasa pemakaian, sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan, tahan lama dan untuk sebulan, terbukti secara klinikal, tiada bahan kimia, kualiti bertaraf antarabangsa, majoriti pengguna berpuas hati.
  3. 3D Gold Stemcell Serum ni boleh tahan berapa lama? 3D Gold Stemcell Serum 20ml boleh tahan selama sebulan.
  4. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, kerana ada kandungan Lepitium Sativum Sprout Extract, Pure argania stemcell,Hydrolyzed Wheat Protein, Lepituim Sativum Sprouts Extract & Dermacom  yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau pori-pori besar. Jangan lupa sapu treatment krim di waktu malam.
  5. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh, tiada masalah.
  6. Ada kesan-kesan sampingan tak? Tiada kesan sampingan. 3D Gold Stemcell Serum, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit.
  7. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  8. Bagaimana nak dapatkan 3D Gold Stemcell Serum? Dapatkan dari kami My Beauty Herbs Hq +6011 28090446 atau beli online di website www.mybeautyherbs.com.my



Sila jawab soalan-soalan berikut :
  1. Siapakah pengguna yang akan mencuba? (sendiri/suami/isteri/lain-lain : Sendiri)
  2. Kondisi Kulit Pengguna Sekarang (berjerawat/pigmentasi/jeragat/kulit tidak sekata/ berminyak/lain-lain : jeragat, berminyak, berparut)
  3. Saya patut dipilih oleh My Beauty Herbs dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review 3D Gold StemCell Serum berdasarkan pengalaman pengguna kerana saya ingin menyelesaikan masalah kulit muka saya yang berminyak, berparut serta berjeragat dan akan cuba membantu orang lain dengan mencadangkan produk ini kepada mereka yang mempunyai masalah yang sama seperti saya.

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 16 hingga 25 September 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama My Beauty Herbs dalam mencari 40 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Sunday, September 18, 2016

Tak Nak Makan Daging Dah

Hai korang. Mesti dah ada pulang bandar kan untuk mula masuk kerja esok. Kalau kat Kelantan hari ni dah mula kerja dan sekolah. Macam mana cuti raya dan cuti hari Malaysia korang? Best tak? Ataupun korang dah pening makan daging banyak sangat ni. Jaga-jaga hokeyyy. Jangan sampai darah naik pulak yer. Risiko besar tu. Tak pasal-pasal kena darah tinggi.. Kang naya tu.. Aku pun dah naik muak makan daging tiap hari. Sampaikan hari ni aku rasa cam tak nak dah makan daging. Jadi hari ni aku tukar selera. Nak tahu? Tengok kat bawah yer...




Taraaa. Hari ni aku makan nasi dengan telur mata letak kicap. Hahaha.. Sedap oii. Takde la rasa muak asyik dok makan daging je hari-hari. Tekak aku pun macam dah tak nak makan daging. Jadi, memandangkan di rumah aku takde lauk lain aku pun goreng telur je laaa. Aku hanya tolong masakkan sahaja lauk daging tu tapi aku tak makan pun. Hehehe. Korang pun sama macam aku jugak ehh? Kalau sama boleh geng lah kita yer. Hehe.

Korang jangan terliur pulak tengok telur mata yang aku goreng tu. Dah selamat masuk perut aku haaa petang tadi. Hahahaha.. Apa boleh buat sebab lapar kan. Tak nak makan daging, kita goreng telur je laaa. Hihihi.. Ok lah korang.. babai..



Cetak Gambar Dengan Menggunakan Servis Dari WePrint

Aku dah lama tak cetak gambar. Yelah sejak ada smartphone ni, aku hanya tahu ambil gambar lepas tu upload di instagram dan facebook. Bila memori telefon dah penuh, aku simpan gambad-gambar tu ke dalam laptop. Kalau nak di ikutkan memang beribu jugak la gambar-gambar aku tu. Teringin jugak nak mencetaknya tapi leceh la sikit nak kena angkut cable usb pergi kedai. Tapi sekarang aku dah jumpa cara terbaru untuk cetak gambar. Aku cetak gambar dengan menggunakan servis dari WePrint. Korang pernah dengar tak cetak gambar dengan menggunakan aplikasi WeChat? Sekarang ni tak payah dah susah-susah nak angkut cable usb pergi kedai sebab nak cetak gambar. WePrint menyediakan servis mencetak dengan menggunakan aplikasi WeChat

Cetak Gambar Dengan Menggunakan Servis Dari WePrint


WePrint | Cetak Gambar Dengan Mudah Dan Cepat

WePrint adalah mesin percetakan gambar segera berkualiti tinggi yang disambungkan melalui aplikasi WeChat yang telah diperkenalkan oleh Liberty Printing. WePrint semakin popular di pameran dan pameran bergerak sejak ia dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 2015. Mesin percetakan ini telah mencetak beribu gambar di setiap pameran yang disertainya. Nak tengok mesin WePrint? Ok, tengok gambar di bawah yerr.


Taraaaa.. Itulah mesin WePrint nya. Korang kalau nak cetak gambar dengan mudah, boleh la menggunakan mesin WePrint ni. Tak tahu macam mana nak guna mesin ni? Ok, meh aku ajar korang yer. Jangan risau hokeyy..




  1. Buka aplikasi WeChat melalui smartphone korang
  2. Scan QR Code dari mesin pencetak
  3. Muat turun gambar yang ingin dicetak melalui telefon korang
  4. Masukkan kod ID yang tertera pada mesin
  5. Tunggu sehingga gambar siap dicetak dalam masa 60 saat

Nak lagi mudah dan senang faham, korang boleh tengok video di bawah.








Bagi yang ingin mengadakan sebarang majlis atau acara, WePrint juga menyediakan perkhidmatan untuk mencetak gambar, button badge, magnetic paper dan juga phone casing. Korang juga boleh menggunakan servis dari WePrint sebagai alat pemasaran untuk mengiklankan bisnes korang. WePrint menyediakan template gambar mengikut latar belakang syarikat korang. Pendek kata masa korang tengah dok tunggu gambar dicetak, akan terpampang lah iklan berkenaan syarikat korang tu. 

Selain itu juga, bagi korang yang berminat untuk menempah personalized gift korang boleh terus order melalui websiti ini http://www.tboox.com/.



Korang pun nak cetak gambar dengan menggunakan mesin WePrint? Ni dia berita baik untuk korang. Korang boleh gunakan code nn1003 untuk mencetak gambar dan dapatkan potongan sebanyak 10% apabila menggunakan kod tersebut. Apalagi korang, jom lah cetak gambar dengan mesin WePrint ni. Tawaran ini akan berakhir 30 November 2016 yer. Jadi, cepat-cepat lakukan sekarang untuk dapatkan hasil gambar yang berkualiti dan cantik. Sangat tepat lah dengan slogan WePrint iaitu What can we print for you? Free instant high quality photos!


Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai WePrint, boleh hubungi talian berikut:

Alamat: Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T)
Add: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang, Selangor.

Contact number: 019-985 8151 (Elaine)
Email: order@libertyprinting.com.my

Business hours: Monday to Saturday (9am to 6pm)
Web: http://www.weprint.asia
Facebook: https://www.facebook.com/weprintmachine

Thursday, September 15, 2016

Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu Kini Berwajah Baru

Menjaga kebersihan di bahagian intim amat lah penting untuk setiap wanita. Hal ini kerana, di tempat tersebut terkumpulnya bakteria yang boleh menyebabkan kita merasa tidak selesa untuk melakukan aktiviti harian. Lengkapkan rutin penjagaan peribadi anda dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Selari dengan peredaran masa, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar. Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated.


Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu Kini Berwajah Baru

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian enam wangian yang menarik dan pelbagai. Produk ini di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah. Antara enam wangian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ialah:


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid

Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.



Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Mawar

Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis.



Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Floral

Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.


Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Musk

Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.


Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir

Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.


Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Fruity

Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.


Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu Kini Berwajah Baru


Best ke Sumber Ayu ni? Mungkin ada antara korang belum menggunakan lagi Sumber Ayu ni kan. Sumber Ayu ni memang best. Ia membantu menyegarkan bahagian intim kita dari bauan yang kurang menyenangkan. Bahagian sulit pun penting jugak yerr supaya ia sentiasa bersih dari sebarang bakteria yang boleh membahayakan diri kita. 


Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun SirihSUMBER AYU boleh didapati pada harga RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Produk-produk SUMBER AYU kini terdapat di semua pasaraya utama, dan farmasi.






Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!

Hai korang semua. Kali ni aku rasa nak join giveaway lagi. Giveaway kali ni dari blog Sally Samsaiman. Giveaway kali ni memang best sebab menawarkan sebuah beauty box yang mana ianya mengandungi produk kecantikan. Wah, lagi teruja laa aku nak join giveaway ni. Ok korang. Jom join Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!

Klik banner di atas untuk join



Dulu-dulu aku ni bukan lah seorang yang gemar pakai make up sebab aku rasakan kalau aku pakai make up, ia akan melambat proses untuk aku menyiapakan diri. Jadi adalah lebih baik aku hanya memakai lipstik di bibir sahaja. 

Sebenarnya aku paling suka pakai lipstik. Lipstik adalah benda wajib yang harus ada dalam handbag aku. Aku rasa kalau aku tak pakai lipstik, bibir aku nampak pucat dan lesu. Jadi, kalau nak pergi mana-mana, lipstik memang wajib aku pakai di bibir walaupun sedikit sahaja aku pakainya. 

Ok lah korang.. Kalau nak join giveaway ni boleh klik banner di atas yer. Babai..



Wednesday, September 14, 2016

Pesanan Untuk Bakal Pengantin

Sekarang ni boleh dikatakan musim orang kahwin. Untuk musim raya ni, aku ada menerima beberapa jemputan dari kawan-kawan dan saudara-mara. Turn aku bila laa pulak yer? Ehhh. Takpe, sabar sabar. Masanya akan tiba jua nanti. Hihihi. Ok lah. Memandangkan sekarang ni musim orang kahwin, di sini aku kongsikan beberapa pesanan khusus untuk bakal pengantin atau yang sudah lama menjadi pengantin. Pesanan ini bukan untuk yang baru nak kahwin je tau, tapi yang dah lama kahwin perlu baca juga pesanan ini.  

Pesanan Untuk Bakal Pengantin


Pesanan Untuk Bakal Pengantin

Murid-muridku Bakal Pengantin: Inilah Wasiatku
Lafaz Alhamdulillah kami rafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada-Nya atas pelbagai limpahan nikmat daripada-Nya.
Warkah kali ini ditujukan kepada bakal pengantin dalam kalangan muridku, antaranya:
Ustazah Nur Izzati Ilias
Abdul Khalilullah Najmi Mohd Sobri
Muhammad Amjad Che Azahar


yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam minggu ini.
Kami noktahkan wasiat seperti berikut:

• Sentiasalah bertaqwa kepada Allah iaitu rasa takut kepada Allah, beramal dengan al-Quran, redha dengan rezeki Allah dan persediaan untuk hari akhirat. Inilah takrifan Saidina Ali RA berkenaan taqwa.
• Mengikut sunnah para Rasul. Daripada Abu Ayyub RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda:

                     أَرْبَعٌ مِنْ سُنَنِ الْمُرْسَلِينَ الْحَيَاءُ وَالتَّعَطُّرُ وَالسِّوَاكُ وَالنِّكَاحُ
Maksudnya: “Empat perkara yang merupakan sunnah para rasul, iaitu sifat malu, berwangi-wangian, bersugi dan nikah.” Riwayat al-Tirmizi (1080)


Nas ini menunjukkan perkahwinan atau pernikahan merupakan sunnah para Nabi dan Rasul. Justeru, mengikutnya bermakna mengikut semua Nabi sudah pasti membawa banyak kelebihan dan kebaikan.

• Bangunlah solat malam walaupun dua rakaat, kerana besar keberkatannya.
• Bermusyawarahlah dengan cara yang baik.
• Ingatlah masing-masing mempunyai banyak kelemahan, Cuma redha dan lihatlah kelebihan masing-masing, begitu juga lihatlah kelemahan dari sudut positif.
• Makanlah rezeki Allah mengikut seadanya, itulah keberkatan.
• Elakkan daripada berhutang supaya mungkin ini kerana merungsingkan jiwa dan menggerhanakan kehidupan.
• Lazimilah majlis ilmu walau sekali seminggu. Inilah muhasabah diri secara tidak langsung dan menambahkan ilmu makrifat dalam kehidupan.
• Cubalah kaki kita menapak ke masjid walaupun seminggu sekali, antara nikmat indah hidup berkeluarga dapat menapak kaki ke masjid dengan keluarga.
• Bacalah al-Quran setiap hari walaupun satuayat Cuma, lebih baik fahamilah maksud dan maknanya untuk dijadikan pedoman dalam hidup.
• Kepada bakal Isteri jadilah isteri yang solehah penyejuk mata hati suami. Daripada Abu Umamah RA, Rasulullah SAW bersabda:

مَا اسْتَفَادَ الْمُؤْمِنُ بَعْدَ تَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ، خَيْرًا لَهُ مِنْ زَوْجَةٍ صَالِحَةٍ، إِنْ أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ، وَإِنْ نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ، وَإِنْ أَقْسَمَ عَلَيْهَا أَبَرَّتْهُ، وَإِنْ غَابَ عَنْهَا نَصَحَتْهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهِ
Maksudnya: “Seseorang lelaki itu tidak akan mendapat apa-apa kebaikan selepas takwanya kepada Allah SWT lebih dari isteri yang solehah. Jika disuruh oleh suami, ia taat, jika suaminya melihat kepadanya, ia menyenangkannya, jika bersumpah, nescaya ia dapat membuktikannya dan jika di tinggalkan pergi oleh suaminya, ia menjaga diri dan menjaga hartanya.” Riwayat Ibn Majah


Dan daripada Abdullah bin Amr RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda:

                           الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
Maksudnya: “Dunia merupakan keseronokan yang bersifat sementara dan keseronokan yang paling baik di dunia ialah wanita yang solehah.” Riwayat Muslim (1467)

Sesungguhnya, mereka yang mempunyai isteri yang solehah sudah pasti mendapat ketenangan dalam jiwa sebagaimana yang terdapat dalam banyak nas al-Quran dan hadis. Hadis seterusnya pula menunjukkan sebaik-baik perhiasan ialah isteri yang solehah.
Akhir kalam, sekali lagi kami ucapkan dengan lafaz:

                                 بَارَكَ اللهُ لَكُمْوَبَارَكَ عَلَيْكُمْ وَجَمَعَ بَيْنَكُمْ فِي خَيرِ
                         رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
                             رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


GURUMU,
SS USTAZ DATUK DR ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI
MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
5 ZULHIJJAH 1437H BERSAMAAN DENGAN
7 SEPTEMBER 2016M
1100 PAGI- DESA JATI BANDAR BARU NILAI


Pesanan ini aku ambil dari facebook Mufti Wilayah Persekutuan. Semoga ianya memberi manfaat untuk kita semua. 



Monday, September 12, 2016

Salam Aidiladha 2016

Assalamualaikum. Selamat hari raya Aidiladha semua. Macam mana raya hari ni? Ok ke tidak korang? Banyak ke makan daging? Aku hari ni takde la makan banyak sangat tapi dapat la jugak merasa daging fresh tu. Hehe. Kalau tiap-tiap hari makan daging mau muntah rasanya aku ni. Hahahaha. Korang ada yang menjalani ibadah korban ke? Hehe. Jika ada, tahniah di ucapkan buat korang. 



Kalau korang yang sering masuk blog aku ni, mesti akan perasan perubahan blog aku ni. Blog aku berubah wajah lagi. Hahaha. Blog aku pun ada baju raya jugak hokeyy. Tetapi tuannya takde baju raya pun. Sedihhh. Hahaha.. Tuan dia recycle je baju lama-lama. Takpe la. Janji hadooo. Kan. Hehehe. 

Jika sebelum ni tema blog aku serba putih, tetapi kali ni aku gabungkan putih dan pink. Kalau korang yang tak suka pink tu harapnya jangan lah rasa sakit mata pulak tengok blog aku ni. Aku dan warna pink memang tak dapat dipisahkan. Hahaha. Kalau boleh background blog ni pun aku nak buat warna pink tapi takut nanti nampak macam keterlaluan pulak. Hehehe. 

Aku baru je tukar template baru untuk blog aku ni. Semalam aku memulakan operasi untuk proses make over blog aku ni. Hahaha. Pukul 3 lebih haaa aku tidur. Buat nya kejap je tapi idea tu tarakk. Itu yang jadi lama proses make over nya. Hehehe..

Ok lah korang. Entri ni aku buat sempena hari raya aidiladha. Tapi sebab tak tahu nak cerita pasal apa, jadi cerita pasal background blog pulak. Hahaha. Selamat hari raya aidiladha buat semua kenalan blogger dan pembaca blog www.izzatisuhaide.com. Babai..


Friday, September 9, 2016

Membeli Belah Secara Online Dengan Harga Murah di ezbuy.my

Sekarang ni banyak sangat laman web yang muncul untuk kita membeli belah secara online. Bukan satu dua tapi banyak sampai aku pun tak tahu berapa banyak yang ada. Hahaha. Korang mesti suka kan shopping online ni? Sama la macam aku pun. Pantang ada duit sikit, mula lah nak membuka web shopping untuk meninjau-ninjau cari barang yang barang berkenan. Dan yang terbaru aku cuba la godek web ezbuy.my. Perghh. Murah weii barang-barang kat ezbuy.my ni. 

Membeli Belah Secara Online Dengan Harga Murah di ezbuy.my


Kalau korang yang suka sangat shopping online ni, bila masuk je laman web ezbuy.my tu memang akan jadi rambang mata. Tambahan lagi, barang-barang yang dijual memang murah sangat. Berbaloi tau. Belum ada akaun ezbuy.my? Nak daftar? Ok. Meh aku tunjukkan cara-cara untuk daftar akaun ezbuy.my dan cara nak membeli di situ. 


Cara Membeli Barang di ezbuy.my


Mula-mula sekali korang masuk di laman web ezbuy.my. Boleh klik link ini http://bit.ly/2bOn1Ua. Nanti dia akan keluar macam gambar di bawah.

register ezbuy.my

Korang masukkan lah maklumat korang tu seperti emel, password, user id dan nombor telefon korang. Bila korang register untuk kali pertama, korang akan voucher RM15 dan ianya automatik terus dimasukkan ke dalam akaun ezbuy yang korang daftarkan. Dah siap daftar, korang pilih la kategori barang yang korang nak tengok. 

Dah jumpa barang yang berkenan tu, korang klik je lepas tu add to chart. Nanti barang yang korang pilih tu akan keluar dekat shopping cart yang ada icon troli di bahagian atas sebelah kanan. Dan juga secara automatik barang yang korang pilih tu akan keluar di sebelah kanan seperti nombor 2 di dalam gambar yang aku tunjukkan. Korang boleh tengok gambar di bawah yer. 



Berita baik untuk korang ni. Semasa korang nak buat bayaran, korang boleh gunakan code voucher ezfriend15 yang mana korang akan dapat potongan sebanyak 15% untuk kos postage. Korang boleh masukkan code voucher tu di tempat nombor 3 seperti yang aku tunjukkan dalam gambar di bawah. Lepas tu korang boleh check out order korang tu. Jangan lupa gunakan voucher ezfriend15 untuk dapatkan potongan yer.





Bila dah check out, jangan lupa isikan maklumat korang untuk proses penghantaran seperti nama, alamat dan nombor telefon. Kemudian save kan maklumat korang tu.




Nanti akan keluar maklumat penghantaran korang tu seperti dalam gambar di atas. Dah ok semua, korang klik lah next untuk proses seterusnya.




Akhir sekali, korang boleh la membuat bayaran dengan klik pay now seperti gambar di bawah pada nombor 6. Lepas tu korang tunggu je barang korang tu sampai depan rumah. Mudah je kan.


Membeli Belah Secara Online Dengan Harga Murah di ezbuy.my


Aku yang menengok ni pun memang rambang mata oii. Kalau boleh semua benda nak beli. Cantik dan murah-murah pulak tu barang di ezbuy.my. Diskaun yang ditawarkan pun memang banyak oii.. Memang habis duit laa. Hahaha. 


Prime - Unlimited Shipping


Ada satu lagi tawaran hebat untuk korang dari ezbuy.my. ezbuy.my menawarkan Prime untuk korang. Apa itu prime? Prime ni  ialah unlimited shipping dengan hanya bayaran RM8.80 sahaja. Korang shopping la banyak mana pun tapi bayar RM8.80. Mula-mula korang daftar dulu sebagai ahli Prime dengan bayaran RM18.80 untuk sebulan atau RM188.00 untuk setahun. Lepas dah daftar tu, setiap pembelian yang korang lakukan di ezbuy.my ni korang hanya perlu bayar untuk kos shipping sebanyak RM8.80 sahaja. Korang yang belum daftar sebagai pengguna Prime, cepat-cepat lah daftar yer. Korang boleh isi borang di link ini https://goo.gl/7eXgQs. Terhad untuk 100 orang terawal yang mendaftar sahaja tau.  Untuk maklumat lanjut berkenaan Prime ni, korang boleh tengok di link ini http://marketing.ezbuy.my/prime_land/


prime-unlimited shipping

Jadi, apa lagi korang tunggu. Jom serbu ezbuy.my sekarang dan shopping la korang puas-puas yer. Jangan lupa gunakan code voucher ezfriend15 untuk dapatkan diskaun 15% kos penghantaran. Segalanya hanya di https://ezbuy.my/. Ok lah korang. Babai..