Monday, October 31, 2016

Kad Nama Percuma Dari Pixajoy

Fuhh, baru sempat nak buat entri pasal kad nama aku. Haaa korang, aku dah ada kad nama tau. Bisnes kad aku sendiri. 6 tahun jadi blogger baru nak buat bisnes kad. Hahaha. Dulu-dulu takde pendedahan sangat pasal bisnes kad ni tapi sekarang bila ramai blogger otai bagitahu seorang blogger perlukan bisnes kad, jadi aku rasa aku pun perlu buat bisnes kad aku sendiri. Bisnes kad yang aku buat ni simple je korang tapi comel la jugak. Upss, perasan pulak. Hahaha. Mesti lah comel kan sebab aku design sendiri kot. Hehehe. Yang penting aku print bisnes kad ni percuma je tau. Nak tahu buat kat mana? Aku buat di Pixajoy. Pixajoy menawarkan servis mencetak bisnes kad dengan percuma. 

Kad Nama Percuma Dari Pixajoy



Dah tengok kan bisnes kad aku. Lawa tak? Lawa kan. Hahaha. Maaf la terperasan pulak. Jangan marah yer. Hehehe. Korang nak buat jugak ke? Ok ok ok. Meh aku ajarkan macam mana nak buat bisnes kad di Pixajoy ni. 

Kad Nama Percuma Dari Pixajoy

Cara Membuat Kad Nama di Pixajoy

1) Mula-mula sekali bukak laman web Pixajoy

2) Korang boleh daftar akaun di Pixajoy macam biasa la. Klik sign up, masukkan apa-apa butiran yang diperlukan

3) Selepas itu, klik PRODUCTS dan pilih Name Card

4) Akan keluar pilihan untuk korang pilih. Ada dua tau. Free Personalised dan Standard Personalised. Pilih yang Free ok. Kalau korang pilih yang Standard kena bayar la caj printing tu. 

5) Korang boleh mana design yang korang suka. Nak yang readymade pun boleh. Customade pun boleh. Nanti korang hanya edit letak nama dan detail korang je. Sangat mudah.


Bila dah selesai semua proses tersebut, boleh la check out. Korang hanya caj postage je tau. Caj postage RM8 sahaja. Cetak bisnes kad ni free sahaja. Jimat kan. Lupa pulak nak cakap, bisnes kad ni ada satu page je. Page belakang kosong. Hehehe. Biasa lah, bila barang free kan.

Jadi, korang yang belum ada lagi bisnes kad ni boleh la buat di Pixajoy ni. Memang puas hati. Kualiti dia memang tip top. Penghantaran pun cepat. Nantikan entri aku yang lain tentang Pixajoy ni yer. Babai..

Kad Nama Percuma Dari Pixajoy



Dapatkan Diskaun Barangan Kecantikan Dengan Harga Murah

Korang suka shopping barang kecantikan tak? Mestilah suka kan. Kalau dah namanya perempuan memang suka sangat lah shopping barangan kecantikan ni. Macam aku lah. Aku memang suka sangat shopping barang kecantikan ni. Sejak dah menginjak alam dewasa ni kan, makin suka pulak mengumpul barang-barang kosmetik. Hehehe. Pantang nampak barang murah dan ada diskaun sikit, mesti aku nak beli barang tu. Bila bercerita tentang diskaun ni kan, korang tahu tak yang korang boleh dapatkan diskaun apabila membeli barang kecantikan di Paylesser Malaysia? Mesti baru tahu kan. Aku pun baru tahu jugak. Buat pengetahuan semua, korang boleh membeli barangan kecantikan dengan harga diskaun di Paylesser Malaysia seperti barangan dari Sephora, Althea dan lain-lain lagi. 

Dapatkan Diskaun Barangan Kecantikan Di Paylesser Malaysia


Dapatkan Diskaun Barangan Kecantikan Di Paylesser Malaysia

Korang pernah dengan tentang Paylesser Malaysia? Mesti tak pernah kan. Sama la macam aku. Aku pun baru tahu tentang kewujudan Paylesser Malaysia ni. Di Paylesser Malaysia, korang tak perlu bayar lebih pun. Segalanya mempunyai diskaun. Apa saja barangan yang korang inginkan dsediakan kupon diskaun. Fuhhh, menarik wei. 

Pertama sekali aku masuk web Paylesser Malaysia ni, aku rasa WOW sangat sebab banyak diskaun yang boleh kita dapati di sini. Apa yang menarik perhatian aku ialah diskaun yang ditawarkan di Sephora. Mak aihhh. Memang gila la weii menengoknya. Di tambah lagi aku memang minat dengan alat make up ni. Nasib baik sekarang ni aku tengah proses membuat penjimatan dari shopping, kalau tidak memang aku dah sambar salah satu alat make up di Sephora. Banyak diskaun weiii. Sape la yang tak nak kan. Hihihi. Jadi, korang pun kalau nak shopping barangan kosmetik Sephora ni boleh la menggunakan Sephora Promo Code tu. Jimat tau. Boleh shopping banyak uiii.. Silap haribulan habis licin duit dalam akaun korang. Upssss. 

Dapatkan Diskaun Barangan Kecantikan Di Paylesser Malaysia


Selain dari Sephora, korang boleh dapatkan juga diskaun apabila membeli barang di Althea. Di Althea juga, kita boleh dapatkan pelbagai jenis barangan kecantikan. Tengok barang di Althea ni pun dah buat aku naik juling. Maklum lah kan. Dah nama nya perempuan. Pantang tengok barang make up. Kalau boleh semua nya nak di beli. Sabar je la.  Jawabya, makin pokai la duit lepas ni bila dah tahu boleh dapat diskaun di Paylesser Malaysia ni. Diskaun oiii. Kena simpan banyak duit la kalau nak shopping ni. Hehehe.. Bukan setakat Althea dan Sephora je yang ada. Hermo, Fashion Valet, Hawoo dan lain-lain lagi barangan kecantikan yang ada.  Memang banyak. 


Dapatkan Diskaun Barangan Kecantikan Di Paylesser Malaysia

Selain dari shopping barangan kecantikan, terdapat juga rangkaian online shopping yang lain seperti Lazada, Zalora, Ezbuy, Shopuu, Mothercare dan macam-macam lagi lah. Pendek kata korang boleh dapatkan kupon diskaun bila nak shopping di web berkenaan. Yang penting sediakan duit lebih je. Hehehe. Nasib baik aku baru tahu pasal kupon diskaun semua ni. Aku ni memang suka shopping online ni. Senang kot. Kalau tahu dari dulu lagi, memang habis duit aku dok membeli tiap hari. Pantang ada duit sikit, mesti aku klik klik je barang yang aku nak beli. Hahaha. 


Dapatkan Diskaun Barangan Kecantikan Di Paylesser Malaysia

Korang yang jenis suka shopping online tu, jangan risau nak tunggu diskaun bagai lagi. Semuanya dah ada ni. Tunggu korang pilih je nak guna rangkaian online shopping yang mana. Menarikkan. Jadi, tak perlu lagi berbelanja lebih apabila membuat pembelian. Semuanya ada diskaun ni haa. Segalanya hanya di Paylesser Malaysia.



Sunday, October 30, 2016

7 Punca Hilang Keberkatan Dan Rezeki

Assalamualaikum. Rezeki seseorang itu tertakluk kepada setiap usaha dan kesungguhan seseorang hamba dalam doa-doanya, solat 5 waktu yang tidak pernah tinggal, solat-solat sunat hajat atau tahajjud setiap malam sering di'top-up’ untuk menyatakan pada Dia betapa hamba ini memerlukan pertolongan dan kuasa dariNya untuk menjadikan impian seseorang hamba ini menjadi kenyataan. Mungkin ada yang terlupa bahawa rezeki seseorang itu sudah ditentukan oleh Allah sejak azali. Pernahkah kita terfikir kenapa rezeki sering lari dan kenapa hidup kita tidak mendapat keberkatan dariNya? Mari kita selidik antara 7 Punca Hilang Keberkatan Dan Rezeki.

7 Punca Hilang Keberkatan Dan Rezeki
Gambar dari FB Imuslimshop.com

7 Punca Hilang Keberkatan Dan Rezeki


1) Sering Bergaduh
Selama ini adakah kita sering bergaduh dengan pasangan berkaitan soal duit? Salah satu punca hilangnya keberkatan hidup adalah sering bergaduh dengan pasangan. Sebaiknya cuba elakkan dari bergaduh perkara yang remeh-temeh. Elakkan bergaduh kerana duit tidak cukup. Semua itu rezeki dari Allah. Dia yang menentukannya.

2) Menganggap Anak Sebagai Beban
Anak itu adalah anugerah dari Allah. Jangan lah kita menganggap itu adalah beban untuk kita. Setiap anak yang dilahirkan, sudah terselit rezeki yang Allah tetapkan. 

3) Banyak Mengeluh
Mengeluh. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita banyak mengeluh. Tahukah anda Allah paling tidak menyukai pada manusia yang suka mengeluh? Mengeluh ini tanda orang yang berputus asa. Jadi, jangan cepat mengeluh. Sentiasalah bergantung pada Allah.

4) Terlalu Berkira Dan Kedekut
Allah paling tidak menyukai manusia yang mempunyai sifat kedekut. Rezeki itu tidak akan beroleh keberkatan jika kita mempunyai sifat kedekut. Rezeki yang diperolehi seharusnya dikongsi bersama keluarga kerana setiap rezeki yang kita perolehi seharusnya dikongsi bersama keluarga. 

5) Gagal Mengawal Emosi
Sebagai manusia yang hidup dimuka bumi ini, kita takkan terlepas dari mengalami masalah.. Setiap masalah yang di hadapi perlulah kita tangani dengan baik agar ia tidak mengganggu emosi. 

6) Kurang Sabar
Kita seharusnya bersabar dalam mencari rezeki. Bukannya sentiasa merungut dengan setiap rezeki yang Allah berikan. Allah boleh menarik bila-bila masa sahaja rezeki yang ada jika kita kurang bersabar dalam menanti rezeki yang lebih banyak. 

7) Kurang Berdoa
Sentiasa lah berdoa pada Allah agar dimurahkan lagi rezeki untuk keluarga dan dapat menikmati hidup dalam kebahagiaan dan ketenangan. 

Apakah maksud rezeki yang berkat? "Sedikitnya cukup, banyaknya boleh diagih-agihkan. Manakala rezeki yang tidak berkat, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas. Rezeki yang tidak berkat umpama meminum air laut, semakin diminum semakin haus."


Sebagai hambaNya, kita seharusnya bersyukur dengan setiap rezeki yang diperolehi. Jangan mudah berputus asa kerana setiap rezeki untuk kita sudah Allah tetapkan. Semoga perkongsian kali ni dapat meberi manfaat buat semua. Wassalam.

Hilangkan Jerawat Dengan 3D Gold Stemcell Serum Dari My Beauty Herbs

Jerawat ni kan suka sangat main cikucak di muka aku. Bila muka tumbuh jerawat je, mula la aku nak rasa stress. Stress weh bila tengok muka ada jerawat ni. Walaupun jerawat tu tak besar sangat tapi tetap rasa tak selesa bila tengok muka sendiri di cermin. Aku cuba la jugak mencari penyelesaian untuk menghilangkan jerawat di pipi dan aku berjaya tau. Caranya ialah aku menggunakan 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs. Aku pun baru je berkenalan dengan 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs ni selepas dok godek IG Feeya Iskandar deejay Sinar FM tu. Bila tengok muka dia yang cun tu, aku pun nak cuba laa. Agak-agak korang berjaya tak produk ni hilangkan jerawat di pipi aku? Jeng jeng jeng. Hehehe..

Hilangkan Jerawat Dengan 3D Gold Stemcell Serum Dari My Beauty Herbs

Hilangkan Jerawat Dengan 3D Gold Stemcell Serum Dari My Beauty Herbs

Aku cuba guna 3D Gold Stemcell Serum ni lebih kurang 2 minggu dan ianya sudah berjaya menghilangkan jerawat di pipi aku dalam tempoh aku menggunakannya. Best wuuu. 3D Gold Stemcell Serum ni sudah berjaya kecutkan jerawat yang ada pada muka aku. Jadi, tak nampak dah bintik-bintik merah di pipi aku.  Tak percaya? Nanti aku tunjukkan gambar sebelum dan selepas aku menggunakan 3D Gold Stemcell Serum ni.

Hilangkan Jerawat Dengan 3D Gold Stemcell Serum Dari My Beauty Herbs

Taraaa. Nampak tak perbezaan antara sebelum dan selepas. Gambar yang sebelum ada sedikit jerawat merah yang sesat di pipi aku. Gambar selepas tu pulak, setelah aku menggunakan 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs. Ternyata memang berkesan. Masalah jerawat di pipi aku dapat di atasi. 3D Gold Stemcell Serum ni juga boleh cerahkan kulit wajah juga tau. Ada kelebihan lain tak 3D Gold Stemcell Serum ni? Mesti lah ada kan. Kalau korang nak kulit flawless pun boleh gunakan 3D Gold Stemcell Serum ni. Nanti boleh la jadi flawless macam artis Korea tu. Hihihi..


Hilangkan Jerawat Dengan 3D Gold Stemcell Serum Dari My Beauty Herbs


Korang nak tahu petua kulit flawless, cara hilangkan parut hitam, cara nak hilangkan jeragat, cara melembapkan kulit muka, cara hilangkan garis halus dan kedutan muka, kawal minyak muka atau ingin dapatkan kulit tona yang sekata? Korang boleh dapatkan semua tu dengan hanya menggunakan 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs ni. Sangat mudah dan jimat.

Kelebihan Menggunakan 3D Gold Stemcell Serum

- Menghilangkan jeragat
- Menghilangkan parut hitam di muka
- Melindungi kulit dari sinaran UV
- Membantu anjalkan kulit muka
- Menghilangkan garis halus dan kedutan pada muka
- Membantu kecilkan liang pori
- Membantu tegangkan kulit muka yang menggeleber
- Mengawal kesan muka yang berminyak
- Mencerahkan kulit wajah
- Membantu hilangkan gelap bawah mata

Best kan 3D Gold Stemcell Serum ni? Memang hot la muka lepas pakai 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs ni. Aku baru pakai 2 minggu pun dah nampak kesannya. Kalau pakai 2 bulan macam mana eh? Hehehe. 


Hilangkan Jerawat Dengan 3D Gold Stemcell Serum Dari My Beauty Herbs

Cara Menggunakan 3D Gold Stemcell Serum

Sekarang ni aku akan tunjukkan cara untuk menggunakan 3D Gold Stemcell Serum oleh My Beauty Herbs ni. Senang je korang. Semudah satu dua tiga je. 

1) Pertama sekali, cuci muka terlebih dahulu supaya bersih.

2) Tekan 2 kali 3D Gold Stemcell Serum pada tapak tangan atau pada tangan anda




3) Sapukan 3D Gold Stemcell Serum pada wajah anda. Ratakan pada setiap wajah anda sama ada di pipi, dagu, hidung serta bawah mata.

4) Untuk kesan yang maksimum, gunakan 3D Gold Stemcell Serum secara konsisten



Bagi anda yang ingin kelihatan 'hot' pada wajah, anda juga boleh mendapatkan 3D Gold Stemcell Serum ini dengan melayari dan menghubungi talian berikut:

Facebook : My Beauty Herbs HQ
Instagram@mybeautyherbs 
No. Tel+601128090446 /+60122239447





Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs :  Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.




Saturday, October 29, 2016

HCG | Program Mudah Kurus Untuk Mengurangkan Kadar Obesiti

Kegemukan atau obesiti sememangnya tidak asing di negara kita. Boleh dikatakan negara kita mempunyai ramai individu yang mengalami obesiti. Bila badan sudah obesiti, berbagai penyakit bahaya boleh datang seperti serangan jantung, darah tinggi serta kencing manis. Ketiga-tiga penyakit ini boleh menyerang diri seseorang sekiranya ia tidak mengawal pemakanan yang di ambil seharian. Justeru itu, satu program Mudah Kurus telah di anjurkan  untuk memberi rawatan dan mengurangkan kadar obesiti pada diri seseorang yang mengalaminya. HGC adalah program mudah kurus yang di anjurkan oleh Dr Malinda untuk merawat penyakit obesiti ini. Apa itu HGC? Nanti aku terangkan pada korang. Sebelum tu, jom kita kenali obesiti. Adakah anda tergolong dalam golongan obesiti?


HCG | Program Mudah Kurus Untuk Mengurangkan Kadar Obesiti

HCG | Program Mudah Kurus Untuk Mengurangkan Kadar Obesiti


OBESITI


OBESITI adalah sejenis ‘penyakit’. Obesiti adalah masalah dunia moden. Ia hampir tidak wujud 50 tahun dahulu. Antara penyebab yang menyebabkan fenomena ‘Obesogenic’ adalah – Pemakanan yang tinggi karbohidrat terproses, makanan tinggi gula, nutrisi yang rendah dan kurang aktiviti fizikal.

Metabolisme kacau. Hormon tak seimbang. All haywire. Pengurangkan kalori sahaja pun kadang-kadang tidak dapat membantu menurunkan berat badan yang terus meningkat naik. Peperangan Alaf Baru!

ANDA BERISIKO TINGGI JIKA :
BMI > 23
Ukuran Lilitan Pinggang Melebihi
> 102 cm (40 inch) – Lelaki
>  80 cm (35 inch) - Wanita

Obesiti adalah peratusan lemak badan yang berlebihan dalam badan seseorang individu.
Anda dikatakan obese apabila :
Wanita : Peratusan lemak badan >32%
Lelaki : Peratusan lemak badan >25%

BAHAYA OBESITI
Obesiti berkait rapat dengan pelbagai jenis penyakit :
-          Diabetes (Kencing manis)
-          Hipertensi (Darah Tinggi)
-          Kolestrol Tinggi
-          Penyakit jantung koronari
-          Stroke (Angin Ahmar)
-          Batu hempedu
-          Kanser Payudara
-          Kanser Prostat
-          Kanser kolon (usus besar)
-          Masalah pernafasan (respiratori)
-          Masalah muskuloskeletal
-          Vena varikos
-          Masalah kulit
-          Osteoarthritis
-          Penyakit Alzheimer’s
-          Gout
-          Sleep Apnea
-          Infertility (Ketidaksuburan)
-          Masalah psikologi (kurang keyakinan diri)
-     Depresi

Bila dah kena penyakit bahaya macam ni, lagi lah kita tak senang duduk kan? Oleh itu, anda perlu bermula dari sekarang untuk mengawal obesiti pada badan anda. Macam mana? Program mudah kurus boleh membantu anda melalui HGC. Aku akan terangkan pada korang tentang HGC.

APA ITU hCG?
hCG adalah Human Chorionic Gonadothrophin, sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil, ia memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hypothalamus memberi ransangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan digunakan sebagai sumber tenaga.

hCG juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan ‘kebuluran’ dimana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.

Ia bukanlah ‘sex hormon’. Ia mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita. Ia bertindak sebagai ‘Kunci’ untuk menggerakkan lemak yang  tersimpan dalam badan.

BAGAIMANA hCG BERFUNGSI UNTUK RAWATAN OBESITI?

Rawatan hCG untuk Obesiti ini telah dimulakan oleh Dr. Simeons, seorang doktor perubatan British. HCG memainkan peranan penting  dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus.

Hipothalamus berfungsi untuk keseimbangan badan (homeostasis). Ia bolah mengawal semua kelenjar endokrin dalam badan dan ia juga akan membantu untuk mengawal tekanan darah, suhu badan, keseimbangan cecair badan, selera makan dan berat badan.

Obesiti berlaku apabila berlaku hypothalamus gagal  berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan metabolism, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan yang tidak terkawal, pembakaran lemak yang tidak effektif dan pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut, peha, punggung dan lengan.

Kerosakan hypothalamus biasanya berlaku disebabkan oleh stress, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk pemakanan yg mengandungi banyak lemak trans, gula dan bahan pengawet. hCG akan memberi signal kepada hypothalamus untuk mengerakkan lemak-lemak degil yang tersimpan lama di dalam badan – lemak yang berkumpul di perut, punggung, peha dan lengan. Lemak jenis ini sangat susah untuk dibuang kerana badan akan menyimpannya sebagai ‘survival stratergy’. Apabila kita berdiet biasa, apa yang pertama akan hilang dari badan adalah air, otot dan ‘subcutanoeus fats’ iaitu lemak yg memberi bentuk muka dan payudara. Kerana itu kebanyakkan diet boleh menyebabkan kulit menjadi kendur.

APAKAH PRINSIP YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?

hCG akan kombinasikan bersama-sama dengan diet rendah kalori dan prinsip pemakanan diet sihat. Ini akan memberikan ‘trick’ kepada hypothalamus dan membantu ‘membuka kunci’ lemak di mana seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan ‘lemak jenis 3’ atau lemak abnormal  digerakkan. Pergerakan lemak ini akan membekalkan 1,500 – 4,000 kcal sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormal.

DIET RENDAH KALORI & PRINSIP DIET SIHAT? MACAMANA TU?

Jangan Risau.
Semua manual dan menu pemakanan akan disediakan untuk anda!
Kebaikan program ini adalah ia seperti ‘DETOX’ program. Dan diet yang anda perlu ambil adalah – Diet yang sihat, Tanpa Gula, Karbohidrat yang sihat, Tanpa Makanan segera atau terproses, Rendah Lemak dan Tiada minuman berkarbonat. Ini sangat penting untuk memastikan kejayaan anda dalam program – Ia adalah proses ‘membersihkan sel-sel badan’ bukan sekadar diet untuk kurus sahaja.

Melalui  proses cleasing  dengan pengurangan kalori (calories restriction) dilakukan – Anda akan rasa lebih sihat dan tiada lagi masalah ‘food craving’ atau ‘food addiction’ ! Anda tidak lagi terpenjara dalam nafsu dan tabiat buruk pemakanan sendiri. Dan ini akan menyebabkan anda lebih mudah untuk membuat pembaharuan seterusnya dalam cara hidup untuk jangkamasa panjang selepas ini.

ADAKAH BERAT BOLEH MENDADAK NAIK SETELAH BERHENTI PROGRAM INI?

BONUS dari program ini adalah ia membantu keseimbangan metabolism badan. Jika anda mematuhi program ini, anda akan meningkatkan metabolism badan ke satu ‘setting’ yang baru dan keadaan ini akan mengelakkan berlakunya Kesan ‘YoYo’ – kenaikkan mendadak setelah berhenti rawatan program.

BERAPAKAH DOS hCG YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?
Wanita yang mengandung menghasilkan 500,000IU – 1,000,000 IU semasa hamil. Dalam rawatan kesuburan pula, pakar O&G menggunakan 5,000 – 10,000 IU dalam rawatan kehamilan. Tetapi, dalam program ini hanya 125-200IU hCG digunakan didalam rawatan.

Semua hCG ( dalam bentuk injection dan homeopathy)  dihasilkan di makmal daripada sel sterile. hCG bukan di ekstrak daripada wanita hamil – fakta yang sering di salah ertikan (common misconception).

ADAKAH SAYA AKAN LAPAR SEPANJANG PROGRAM INI?

Walaupun anda mengambil kalori yang rendah dalam program ini, anda  akan kurang merasa lapar kerana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.

Anda akan merasa lebih bertenaga kerana program ini akan membekalkan supplement sebagai nutrisi tambahan anda.

BERAPA BERAT YANG SAYA BOLEH TURUN?

Potensi berat yang boleh turun adalah 0.5kg sehari. Bergantung pada individu, tetapi potensi biasanya antara 6-8kg dengan penurunan 1-2 saiz baju, hanya dalam masa 23 hari!

Rawatan ini boleh disambung terus untuk cycle ke dua (46 hari) dengan potensi utk penurunan sehingga 15-20 kg.

TAK BAHAYA KE TURUN BERAT MENDADAK?
Kajian terbaru menunjukkan pengurangan yang lebih cepat akan memberi motivasi lebih kepada client. Penurunan dalam program hCG ini adalah antara 0.3-0.5kg sehari dan apabila disertakan dengan nutrisi yang cukup dan pemantauan doktor. Ia adalah penurunan yang selamat dan tidak akan mengganggu metabolisme atau sistem badan.

APAKAH KEBAIKAN PROGRAM INI BERBANDING PROGRAM DIET YANG LAIN?

Perbezaan rawatan hCG adalah ia bukan sahaja membantu membuang lemak-lemak lama tetapi ia akan membantu untuk badan menjadi lebih pejal dan padat (tidak menggeleber setelah kurus). Ia hanya akan menggerakkan lemak abnormal tanpa menggangu tulang dan otot.  Selain penurunan berat badan,  kesan yang lebih ketara adalah ‘Inch Loss’. Saiz baju biasanya akan berkurangan antara satu atau dua saiz yang lebih kecil.

APAKAH KEBAIKAN LAIN PROGRAM INI?

Selain dari penurunan lemak badan, anda juga akan dapat memperbaiki tahap kesihatan keseluruhan. Tahap gula dan tekanan darah lebih stabil, penurunan tahap kolestrol, tiada lagi masalah sakit sendi dan lutut, tidur lebih baik, tenaga meningkat, complexion dan tone kulit yang lebih cantik dan tiada lagi ‘food craving’ terhadap karbohidrat dan gula atau nafsu makan yang hodoh. hCG akan membantu untuk seimbangkan sistem endokrin, menghasilkan endorphin yang akan membantu untuk emosi yang lebih baik, fokus dan bertenaga.

Apabila lemak ditukarkan kepada tenaga – ini akan mengurangkan radang didalam badan. Obesiti dan penyakit kronik sangat berkait rapat dengan tahap radang yang tinggi dan pengurangan lemak badan akan memperbaiki tahap radang dan banyak masalah metabolisma lain. Tidak hairan jika ramai yang dapat menurunkan tekanan darah, kolestrol, gula dalam darah, sakit sendi, jerawat, tiada lagi masalah sakit kepala, allergic, dan banyak masalah sistem imun yang lain.
Rawatan hCG adalah transformasi baru dalam dunia pelangsingan!

ADAKAH RAWATAN hCG INI SELAMAT?

Rawatan ini selamat. Wanita boleh mempunyai tahap hCG yang jauh lebih tinggi tanpa ada sebarang kesan sampingan negatif. hCG juga biasanya digunakan sebagai rawatan kesuburan oleh pakar O&G. Dengan mengambil program hCG untuk menurunkan berat badan, anda sebenarnya juga meningkatkan tahap kesuburan anda dimana ramai client mengalami masalah kesuburan dan telah  mengambil program ini juga  berjaya hamil.

Pada tahun 2004, Kajian klinikal (double blind studies) oleh Dr. Belluscio yang melibatkan 6,540 patient telah membuktikan bahawa hCG effektif dan selamat dalam rawatan obesiti.

KESAN SAMPINGAN RAWATAN hCG?


Rawatan hCG yang dipantau oleh doktor adalah selamat. hCG tidak mempunyai kesan sampingan yang serius (jika tidak wanita yang mempunyai 1,000,000 IU hCG dalam badan ketika hamil juga akan mengalami masalah yang serius)!

Akan tetapi antara kemungkinan kesan adalah seperti sembelit, lapar, letih, pening, cramps atau hypoglycaemia yang berkait rapat dengan pengambilan kalori yang rendah. Walaubagaimanapun, pengambilan air yang banyak dan supplement akan membantu.

Kajian Dr. Simeon terhadap 10,000 pesakitnya membuktikan bahawa diet program dengan rawatan hCG mempunyai kesan yang lebih baik dari segi pengurangan lemak badan dan pengekalan berat badan dalam jangkamasa panjang berbanding client yang hanya mengambil diet sahaja.


BOLEHKAH SAYA BERJAYA SEPERTI YANG LAIN?


Kejayaan program ini sangat bergantung kepada disiplin, keyakinan, konsistensi & kekuatan impian anda untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik! SET MINDA ANDA– 23 atau 46 Hari ini adalah waktu membersihkan diri (cleansing program), pembuangan lemak & detoksifikasi. Sediakan satu baju yang lebih kecil dari saiz anda sekarang.

Matlamat bukan sekadar untuk kurus sahaja tetapi Lebih Sihat untuk jangkamasa panjang.
Kuatkan semangat untuk melawan nafsu & keinginan – Ini adalah proses untuk ‘RESET’ Hipothalamus.


Testimoni

Masih meraguinya? Di sini aku sertakan beberapa testimoni yang sudah pun berjaya menurunkan berat badannya setelah mengikuti program yang di anjurkan oleh Dr Malinda.





Untuk info lagi berkenaan testimoni , boleh tengok di SINI

Bagi anda yang yang berminat dengan program ini dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi dan lawati talian berikut:

No. Tel: +6017 508 4430  (Dr. Malinda)


Friday, October 28, 2016

Wangian Enchanteur Paris Yang Lebih Memukau

Enchanteur Paris bukan lagi jenama asing dalam mengeluarkan produk wangian mewah di Malaysia. Wangian jenama ini setanding dengan wangian jenama antarabangsa. Wangian dari Enchanteur sememangnya wangi dan memukau. Pakai pagi, malam pun bau lagi tau. Tak mandi pun takpe. Eh. Hahaha. Kalau korang nak tahu, Enchanteur Paris juga telah mengeluarkan wangian deodoran, losyen serta serum khusus bagi wanita agar sentiasa tampil segar dan lebih berkeyakinan untuk melakukan aktiviti harian. 

Wangian Enchanteur Paris Yang Lebih Memukau


Wangian Enchanteur Paris Yang Lebih Memukau

Enchanteur Paris telah mengeluarkan 3 wangian yang berbeza harumannya. Aku pun tak melepaskan peluang untuk mencuba ketiga-tiga jenis wangian ini. Memang wangi. Wangian dia memang tahan lama. Sampai ke malam. Memang best. Jom berkenalan dengan 3 wangian dari Enchanteur Paris.


Enchanteur Paris Mon Amie

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat-saat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan. Wangian Mon Amie ni memang best. Ia diperkaya dengan kandungan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie


Wangian Enchanteur Paris Yang Lebih Memukau

Best ke Deodoran Wangian Anti-Peluh Mencerah & Menyegar Mon Amie ni? Jawapan aku memang best. Wangi sangat bau dia. Boleh tahan sehingga 72 jam tau korang. Tak nak mandi seharian pun takpe aihhh. Hahaha. Kalau tak percaya, korang cuba la guna. Hihihi. Selain Deodoran Wangian Anti-Peluh Mencerah & Menyegar Mon Amie, terdapat jugak produk lain di bawah rangkaian Mon Amie ni iaitu Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar, Serum Wangian Lembapan Berganda dan Semburan Pewangi Deodoran


Enchanteur Paris Belle Amor

Rangkaian ENCAHNTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang. Untuk rangkaian Belle Amor ni, aku suka Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan. Losyen dia memang best. Wangi dan kulit jadi lembut bila pakai losyen ni.


Wangian Enchanteur Paris Yang Lebih Memukau

Selain itu juga ia mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour.


Enchanteur Paris Adore

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga-bungaan dan buah-buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat yang merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting

Wangian Enchanteur Paris Yang Lebih Memukau


Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan. Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya memelihara bawah lengan dengnan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar. Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan. 

Korang boleh dapatkan serum dan losyen didalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang mudah dibawah mudah dibawa bersama ketika menikmati aktiviti luar untuk melindungi kulit di samping mengekalkan penampilan yang mempesona dan sentiasa berbau harum dengan wangian memukau. 

Harga bagi setiap produk Enchanteur Paris ini adalah:

Serum dan Losyen (Tiub) : RM 7.90 / RM 7.50 (85ml / 100 ml)
Serum dan Losyen (Botol) : RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml)
Deodoran Wangian Anti - Peluh (50ml) : RM8.70 
Semburan Pewangi Deodoran (100ml) : RM10.10



Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari www.ENCHANTEUR.com.my atau lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY
 

Thursday, October 27, 2016

Kelebihan Ketawa Dari Perspektif Kesihatan


Ketawa adalah penawar semulajadi bagi kesihatan kita. Ianya dapat mengatasi tekanan, sakit dan konflik. Ketawa dapat meringankan beban, memberi harapan serta menyokong kesihatan mental dan fizikal. Ketawa akan menjadikan kita lebih gembira dan bersemangat dalam menghadapi apa jua dugaan yang datang. Banyak kelebihan ketawa ni sebenarnya. Jangan korang fikir ketawa ni tiada kelebihan. Jadi, kali ni aku nak kongsikan beberapa kelebihan ketawa dari perspektif kesihatan. 


Kelebihan Ketawa Dari Perspektif Kesihatan

Kelebihan ketawa Dari Perspektif Kesihatan


Mengurangkan Stres
Menurut Dr. Dhilip Kumar seorang pakar perubatan semulajadi, apabila seseorang ketawa kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun. Hormon-hormon inilah yang memberi tekanan terhadap sistem ketahanan tubuh yang boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kesihatan yang tidak baik. Kajian menunjukkan bahawa ketawa membantu mengurangkan stres dan meningkatkan daya ketahanan tubuh secara semulajadi.

Memperbaiki aliran dan tekanan darah
Telah terbukti bahawa ketawa dapat menurunkan atau mengimbangkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah vaskular. Ianya dapat membantu untuk melancarkan kembali  peredaran darah dan meningkatkan oksigen di dalam darah. Selain dari itu ketawa merupakan terapi terbaik memerangi penyakit jantung

Penyembuhan semulajadi
Ketawa akan menyebabkan pengeluaran banyak hormon endorfin yang berfungsi meninggatkan kelegaan dan kesejahteraan diri. Apabila anda ketawa ianya akan melegakan ketegangan fizikal dan tekanan otot santai sehingga 45 minit. Dengan banyak ketawa dapat mengurangkan stres dan akan meningkat daya mencegah penyakit. Malah ianya sangat bermanafaat untuk rawatan penyakit kanser dan HIV.

Memperbaiki pernafasan dan sebagai urutan
Menurut Dr. Dhilip Kumar lagi, individu yang selalu rasa tertekan, bimbang dan marah kebiasaannya mengalami pernafasan laju dan pendek. Ini akan memudaratkan tahap kesihatan mereka. Ketawa dapat membaiki cara pernafasan dan menyediakan urutan sitematik pada otot abdomen, limpa, hati, buah pinggang serta usus. Ianya juga meningkatkan sistem pernafasan, peredaran darah dan saraf.

Merupakan satu senaman
Kajian menunjukkan 100 kali ketawa adalah bersamaan dengan tenaga 10 minit mendayung atau 15 minit mengayuh basikal. Kerana itu selepas ketawa anda akan sering terasa penat sebab ketawa mengunakan tenaga yang banyak.

Untuk tujuan penyembuhan ketawa dengan mudah dan kerap adalah sumber terbaik bagi bagi menyelesaikan banyak masaalah bekait dengan kesihatan. Ianya pengubatan semulajadi yang dianugerahkan tuhan kepada manusia secara percuma.

Namun seperti ubat-ubat yang lain ianya perlu diambil dengan betul dan tidak melebihi had. Jika ketawa secara melampau dan tidak dilakukan secara sepatutnya ianya tidak lagi menjadi ubat sebaliknya menjadi mudarat.
- Dikongsikan oleh Tuan Abd Rahman Bin Mat Yasin


Dah tahu kan yang ketawa juga ada kelebihan. Jangan takut untuk ketawa. Jangan tahan untuk ketawa. Kita berhak untuk gembira dalam hidup ni. Tetapi jangan terlebih ketawa pulak tau. Nanti dikatanya kita ni gila pulak. Hihihi.. Ok lah. Babai.



Tuesday, October 25, 2016

Jus Qalbi Al-Ehsan Membantu Mengurangkan Masalah Kolestrol

Kolestrol yang tinggi sangat bahaya untuk kesihatan. Seseorang yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi boleh menyebabkan terjadinya serangan jantung. Takut kan. Kolestrol ni tak semestinya ada pada individu yang bertubuh besar, individu yang bertubuh kecil molek pun boleh mempunyai kolestrol yang tinggi jika dia tidak menjaga di dalam soal pemakanan. Dalam pemilihan pemakanan yang baik untuk mengurangkan kolestrol, korang patut cuba Jus Qalbi Al-Ehsan. Jus Qalbi Al-Ehsan diformulasikan dari 5 bahan semulajadi yang terpilih dan 100% asli tanpa bahan pengawet. 



Jus Qalbi Al-Ehsan Membantu Mengurangkan Masalah Kolestrol

Jus Qalbi Al-Ehsan diformulasikan dari 5 bahan asli semulajadi seperti bawang putih, halia, lemon, cuka epal dan madu boleh membantu melancarkan peredaran darah serta mengurangkan risiko yang berkaitan dengan komplikasi jantung, stroke, sakit dada, darah tinggi dan kebas anggota badan jika diamalkan secara berterusan. 

Jus Qalbi Al-Ehsan yang juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk kecantikan kulit serta sistem imunisasi dan penghadaman malahan ia juga mampu melancarkan saluran pernafasan serta mengurangkan risiko asma dan semput selain juga berfungsi sebagai agen pencair kahak degil.

Cara pengambilan Jus Qalbi Al-Ehsan

Nak tahu macam mana nak minum Jus Qalbi Al-Ehsan ni? Sebelum minum, korang goncang dulu botol jus ini. Minum 1 sudu makan sebelum sarapan pagi dan 1 sudu makan sebelum tidur. Maknanya kena minum 2 kali sehari la yer. Korang dikehendaki menggunakan sudu plastik sahaja tau. Jangan guna sudu besi dan di syorkan untuk menyimpan jus ini di dalam peti sejuk setelah ianya dibuka.

Jus Qalbi Al-Ehsan Membantu Mengurangkan Masalah Kolestrol


Kelebihan Jus Qalbi Al-Ehsan

  • Mencuci dan Membuang Kolesterol
  • Merawat Masalah Saluran Jantung Tersumbat
  • Mencegah kompilasi jantung
  • Menyingkirkan Toksin Dalam Badan
  • Melancarkan Peredaran Darah
  • Menurunkan tekanan Darah Tinggi
  • Melancarkan sistem pernafasan
  • Menghindari Penyakit Strok
  • Mencairkan lemak
  • Mengurangkan Serangan Gout
  • Membuang Angin dalam badan
  • Mengatasi Masalah Selsema
  • Meningkatkan Daya Pemikiran dan Minda
  • Melegakan sakit-sakit badan dan sendi
  • Kaya dengan Vitamin C
  • Menurun dan melangsingkan badan
  • Menambah tenaga
  • Meningkatkan sistem immunisasi badan
  • Kesihatan yang berpanjangan

Apa Rasa Jus Qalbi Al-Ehsan Ini?

Haaaa, mesti korang nak kan macam mana la rasa Jus Qalbi ni. Pahit ke, masin ke, masam ke, tawar ke, manis ke. Hehehe. Semasa aku membuka penutup Jus Qalbi, kita akan rasa bau bawang putih. Tak minum lagi tau. Cium penutup botol je. Memang bau bawang putih. Pada mulanya aku bau dia macam pencicah keropok lekor.. Hihihi.. Korang yang sememangnya penggemar bawang putih, aku rasa takde masalah untuk minum Jus Qalbi ni. Tetapi tidak bagi aku. Hahaha. Oleh kerana aku tidak boleh menelan jus ini begitu sahaha, aku campurkan ia bersama air masak. Lepas tu minum. Berjaya jugak aku menelannya. Hihihi. Nak sihat kena laa telan kan. Masa menelan Jus Qalbi ni, kita akan rasa macam bergas gitu di tekak dan sedikit masam. Jadi, jangan takut jangan risau ok.


Jus Qalbi Al-Ehsan Membantu Mengurangkan Masalah Kolestrol


Harga Jus Qalbi Al-Ehsan

Tertanya-tanya lah jugak kan berapa harga sebotol Jus Qalbi Al-Ehsan ni. Buat pengetahuan korang, Jus Qalbi Al-Ehsan ni didatangkan dalam dua jenis saiz iaitu satu botol mengandungi 250ml dan satu botol lagi mengandungi 500ml. Harga untuk kedua botol ini sudah pastinya berbeza. Harga Jus Qalbi Al-Ehsan ialah:

Jus Qalbi Al-Ehsan 250ml : RM79.00
Jus Qalbi Al-Ehsan 500ml : RM149.00


Bagi korang yang berminat untuk mendapatkan Jus Qalbi Al-Ehsan ni, boleh melayari laman web dan menghubungi talian berikut:

Instagram : @qalbialehsan
Facebook : Jus Qalbi Al-Ehsan
No. Telefon Office : 03-5511 4366
No. H/P : 017-7300366 & 017-3730366