Wednesday, November 30, 2016

Diskaun Murah Jus Qalbi Al-Ehsan Di MAHA 2016 BOOTH D18 HALL C

Hai korang.. Kali ni aku nak buat satu pengumuman terbaik untuk korang. Sila baca dengan teliti tau. 1 Disember hingga 11 Disember 2016 merupakan pameran MAHA 2016. Apa yang menarik di MAHA 2016, MAEPS Serdang ini? Kalau aku dok dekat dengan Serdang, aku memang tak akan lepaskan peluang ke MAHA 2016 Booth D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.

Diskaun Murah Jus Qalbi Al-Ehsan Di MAHA 2016 BOOTH D18 HALL C

MAHA 2016, MAEPS Serdang

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA 2016 kini kembali bersempena tepat pada cuti sekolah tahun ini. Pameran MAHA 2016 akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor mulai dari 1 Disember sehingga 11 Disember 2016. Pameran ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kepada para ibu bapa yang tidak tahu untuk pergi ke mana-mana pada bulan hadapan, inilah kesempatan yang terbaik untuk membawa anak-anak berjalan-jalan sewaktu cuti sekolah.

SEBAB APA HARUS KE BOOTH D18, HALL C (International Hall) MAEPS, SERDANG SELANGOR?

⇒Sementara offer, boleh belikan untuk yang tersayang, mak, abah. Sebagai hadiahkan buat mereka sebotol satu Jus Al Ehsan. Alhamdulillah mereka dah pekena sebotol, nampak efeknya.
⇒Semasa program MAHA 2016 ini berlangsung. Ada harga istimewa potongan DISKAUN sehingga RM73. Banyak tu RM73. Rugi tak grab !
⇒Dan, selain itu ada banyak VOUCHER potongan diskaun untuk pembelian lain.





KENAPA PERLU JUS QALBI AL-EHSAN?

Ada banyak kelebihan dan kebaikan Jus Qalbi Al-Ehsan.

FAKTA !!! SETIAP 1 JAM 6 ORANG RAKYAT MALAYSIA KENA SERANGAN JANTUNG DAN STR0K

KOLESTEROL tinggi memang masalah yang amat ditakuti kerana ia boleh menyebabkan penyakit jantung, stroke dan sebagainya tanpa kita sedari.. Ingat, orang yang kurus juga berisiko mempunyai kolesterol tinggi jika tidak mengawal pemakanan mereka.

TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI

👉Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
👉Timbul bintik-bintik putih (biji kolesterol) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
👉Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
👉Sering berasa sakit kepala.
👉Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
👉Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
👉Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat.
Ini menunjukkan kadar kolestro terlampau tinggi. Jadi, jika ada mempunyai tanda-tanda seperti ini.

Jom cepat lakukan pemeriksaan doktor dengan segera. Sebaiknya lakukan lab Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.

Kawal KOLESTEROL... baru sihat!

Jangan lupa tunjukkan VOUCHER ini juga ketika ke Booth Jus Qalbi Al-Ehsan di D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.

Keterangan lanjut boleh layari atau hubungi :
Telefon / Whatsapp : 018-373 9021 / 017-730 0366 / 012-6460421
Ig @qalbialehsan : www.instagram.com/qalbialehsan



Bersantai Di Idaman Villa Homestay Melaka

Hai korang. Sebenarnya dah lama aku nak buat entri ni tapi tak menyempat. Tak tahu la dok sibuk kan apa sampai kan tak sempat nak buat entri yang ni. Dah nak masuk akhir bulan 11 kot. Sepatutnya dari awal lagi aku siapkan entri ni. Aduhai. Ok lah. Pada awal 5 November yang lepas, aku pergi Melaka. Alaa saja je jalan-jalan kejap tapi takde la jalan-jalan sangat pun. Sekejap je. Banyak lepak kat homestay. Upsss.. Homestay? Haaaa.. Yang ni la aku nak cerita dengan korang semua. Aku lepak di Idaman Villa Homestay Melaka. Besar weiii Idaman Villa Homestay ni. Aku masa mula-mula sampai kat sana macam teruja jugak la tengok rumah yang besar tu. Memang sesuai laa buat aktiviti santai di Idaman Villa Homestay Melaka ni. Menarik sangat ke Idaman Villa Homestay ni? Kena la baca sampai habis yer. 


Bersantai Di Idaman Villa Homestay Melaka


Idaman Villa Homestay Melaka

Lokasi Idaman Villa Homestay ni sangat bersesuaian untuk dijadikan tempat bermalam sekiranya korang bercuti ke Melaka kerana ianya terletak di Taman Kota Syahbandar dan lokasinya berada di tengah-tengah bandar Melaka. Best kan. Lokasi Idaman Villa ni sangat strategik kerana hanya 5 minit untuk ke Jonker Walk, 8 minit ke Taming Sari, 9 minit ke Dataran Pahlawan, 11 minit ke The Stadthuys, 12 minit ke A'Famosa dan pelbagai destinasi bersejarah di Melaka. Jadi, takde la jauh sangat kalau korang nak ronda bandar Melaka tu dari Idaman Villa Homestay ni.

Bersantai Di Idaman Villa Homestay Melaka


Kemain haaa kami berselfie kat depan Idaman Villa Homestay ni. Abadikan kenangan la kan sekali-sekala. Laman rumah ni memang luas. Budak-budak nak main pun selesa. Idaman Villa Homestay ini dilengkapi dengan 7 bilik tidur, 6 tandas dan mempunyai TV dengan 50 lebih siaran di ruang tamu. Selain itu juga, TV dengan 20 lebih siaran turut disediakan untuk bilik master di tingkat 1 dan tingkat 2. Korang yang memang kaki online tu jangan risau tentang kemudahan internet di Villa ini kerana di Idaman Villa Homestay ini juga menyediakan kemudahan Wifi yang mempunyai kelajuan internet 30Mbps. Wahhh. Best la kan.


Tak lepaskan peluang untuk selfie di ruang tamu. Di setiap sudut dalam rumah tu kami berselfie. Hahahaha.. Nanti korang tengok je laa yer.. Hihihi..


Ruang tamu Idaman Villa Homestay Melaka

Ruang tamu pun luas. Memang best bila dok bersantai-santai di ruang tamu sambil tengok TV dan berborak dengan kawan-kawan. Memang enjoy laaa..

Ruang dapur untuk memasak juga turut disediakan. Segala kelengkapan cukup lengkap. Pinggan mangkuk gelas sudu garfu semuanya ada. Korang hanya menyediakan bahan-bahan untuk memasak sahaja.

Meja di ruang dapur yang ala-ala bar


Sebenarnya kan kerusi tu tinggi sangat. Kemain aku usaha nak duduk atas kerusi tu. Ada sesi panjat memanjat sikit semata-mata nak duduk di kerusi tinggi tu. Hahahaha..


Korang yang nak buat aktiviti masak memasak di Idaman Villa ni sangat lah dialukan. Segalanya sudah disediakan. Dapur gas, periuk nasi, kuali, pemanas air, peti sejuk serta lain-lain peralatan dapur. Pendek kata memang mudah untuk korang memasak sebab semuanya ada.

Ruangan untuk makan juga disediakan. Set meja makan makan ni boleh muat untuk 8 orang. Besar la kan. Macam-macam makanan boleh dihidangkan di atas meja. Jadi, jangan risau kalau takut meja ni kecik. Hehehe..



Jangan terliur yer tengok makanan yang dimasak oleh kami ni. Ramai chef yang masak untuk hidangan makan malam kami ni. Hehehe..

Selain itu juga, kalau korang merancang untuk mengadakan aktiviti BBQ di Idaman Villa Homestay ni pun boleh sebabnya di sini turut disediakan tapak untuk korang mengadakan aktiviti tersebut. Boleh laa nak bakar ayam, sate, sosej dan lain-lain lagi.



Ok lah. Aku dah habis cerita tentang keadaan sekeliling rumah. Mesti korang teringin nak tegok kamar beradu kami. Cewahhh. Kamar beradu gitu. Seperti yang sudah aku maklumkan tadi, Idaman Villa Homestay ni mempunyai 7 bilik tidur. Banyak woo. Dan setiap bilik mempunyai aircond dan kipas. Best wooo..



Haaa.. Ini adalah bilik 1-1 yang mana bilik ni terletak di tingkat bawah berdekatan dengan dapur. Bilik ini mempunyai sebuah katil queen, almari loker dan juga bilik air.


Ini pula adalah bilik 2-1 iaitu master bedroom yang berada di tingkat 1. Bilik ni mempunyai 2 katil queen, almari, serta bilik air. Istimewanya bilik master ni kerana ia mempunyai TV. Nak rehat sambil bersantai dalam bilik memang best laa kan. Tambahan lagi bilik ini juga mempunyai ruang balkoni.

Bilik 2-2

Bilik 2-3

Bilik 2-2 dan 2-3 ini juga terletak di tingkat 2. Bilik ini dilengkapi dengan 2 set katil single dan juga almari. Bilik ini juga mempunyai sebuah bilik air.



Haaa... 2 set katil queen ni pulak berada di master bedroom tingkat 3. Bilik 3-1 ini juga mempunyai sebuah bilik air, meja kecil di ruang balkoni, iron board  berserta seterika dan juga almari.


Dan ini pula ialah set meja yang berada di ruang balkoni dalam bilik master tingkat 3. Boleh laa kan petang-petang sambil bersantai tu minum kopi dan makan biskut.. Hihihi..


Ehhh. Jangan terkejut pulak yer. Aku pun tak melepaskan peluang untuk berselfie atas katil empuk ni. Tumpang la kejap walaupun bukan aku yang tidur atas katil tu. Hahahaha.. Nanti korang tengok pulak bilik tempat aku beradu. Haaa gituu. Hehehe..



Inilah dia bilik aku. Bilik orang bujang kan. Bilik 3-2 ni aku kongsi bersama Blogger Inani Hazwani. Aku tidur di katil hujung sekali berdekatan dengan almari tu. Hehehe. Memang syok sangat la aku tidur sampaikan rasa macam tak nak bangun je. Hahahaha.. Bilik ini mempunyai sebuah almari serta meja solek dan sebuah bilik air yang berkongsi dengan bilik 3-3. Hehehe..


Last sekali ialah bilik 3-3. Bilik ini mempunyai sebuah katil queen, almari dan juga set meja berserta kerusi di sudut balkoni.





Macam biasalah juga, sempatlah juga kami berposing di sini. Mana sempat kami bergambar, memang kami takkan lepaskan peluang yang ada..Hihihihi..


Kerusi ini pula terletak di ruang balkoni tingkat 3. Masa naik tangga tu, memang akan nampak kerusi ini dulu. Boleh la nak berehat seketika di luar bilik haaa. Hehehe..



Sebelum balik, kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama di hadapan Idaman Villa sebagai tanda kenang-kenangan. Bukan senang tau nak berkumpul macam ni. Masak sama-sama, makan sama-sama. Memang best sangat lah. 

Jadi, kalau korang ingin bercuti ke Melaka dan mencari tempat penginapan untuk seisi keluarga yang ramai Idaman Villa Homestay ini adalah pilihan terbaik untuk korang. Untuk sebarang maklumat lanjut atau ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi dan layari talian berikut:

Website: http://idamanvilla.com/idaman-villa-malacca/
Nombor telefon: 012211826 / 016-2098623
Email: support@idamanvilla.com

Friday, November 25, 2016

Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy

Hai korang. Hari ni aku tak tahu nak buat apa, jadi aku nak join segmen la. Segmen ni dari blog Kak Sue. Jom join Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy.


Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy
Klik banner untuk join


Haaa.. Jom la join yer. Kita sama-sama tambah follower blog. Babai..



Thursday, November 24, 2016

Box Of Joy | Barangan Misteri Sempena Lazada Online Revolution

Baru-baru ini aku ada menerima satu bungkusan yang mana dalam bungkusan itu mengadungi sebuah kotak. Nak kata kotak tu besar, takde la besar sangat. Tapi kotak tu boleh memuatkan dalam 7 hingga 8 jenis barang bergantung pada saiz barang tersebut. Punya lah teruja kan bila dapat kotak tu. Nak tahu kotak apa? Semestinya Box Of Joy dari Lazada sempena Lazada Online Revolution yang sedang berlangsung sekarang. Apa yang menariknya Lazada Online Revolution ni? Haaa.. Nanti aku akan ceritakan pada korang yer. Sebelum tu meh aku tunjuk Box Of Joy yang aku dapat dari Lazada ni. 

Box Of Joy | Barangan Misteri Sempena Lazada Online Revolution



Box Of Joy dari Lazada

Dah tengok kan Box Of Joy yang aku dapat dari Lazada. Comel sangat kotak dia ni. Dalam kotak ni ada macam-macam hadiah misteri tau. Nak tahu apa dia? Jeng jeng jeng. Sabar tau. Nanti aku akan tunjukkan pada korang apa yang ada dalam Box Of Joy ni. Hehehe.. Korang jangan terkejut hokeyy.


Box Of Joy | Barangan Misteri Sempena Lazada Online Revolution


Haa, ni lah dia antara barang yang aku dapat dalam Box Of Joy. Ada macam-macam produk tau antaranya produk Nestle, Tefal, L'oriel, Sandisk, Logitech, Mamy Poko, Milo Ola Bola, Maggi, Cerelac, Lactokid dan juga Nescafe. Meriah haaa barang-barang yang aku dari Lazada Online Revolution ni. Nanti aku akan ceritakan pada tentang beberapa barang yang aku dapat ni. Hehehe.. Antara barangan yang aku dapat ialah: 



Tefal Manual Chopper


Kalau sebelum ni nak masak je mesti nak kena tumbuk bawang bagai kan tapi sejak ada Tefal Manual Chopper ni memang memudahkan dan mempercepatkan lagi kerja aku kat dapur. Guna Manual Chopper dari Tefal ni memang terbaik sebab ia sangat mudah dan cepat. Main tarik tarik je dah cincang halus bawang aku. Hehe. Nak dapatkan Manual Chopper dari Tefal ni, korang boleh klik SINI yer. 

Box Of Joy | Barangan Misteri Sempena Lazada Online Revolution



Rasa Pandan Nescafe White Coffee


Ni kali pertama aku rasa Nescafe White Coffee Rasa Pandan. Memang sedap. Masa bancuh tu dah boleh bau aroma pandan yang menusuk. Wangi. Dalam tin ini mengandungi 8 sachet Nescafe 3 in 1. Untuk dapatkan Rasa Pandan Nescafe White Coffee ni boleh klik di SINI



Nestle Just Milk


Korang nak tahu tak, aku berjaya minum susu dari Nestle ni. Full Cream Milk ni memang sedap. Habis sekotak aku minumnya. Kalau tak selalunya jangan harap la aku nak minum susu cream camni. Kirim salam je laaa.. Hehehe.. Nak beli Nestle Just Milk ni boleh klik di SINI.



Beg Ola Bola dari Milo


Haaa.. Cantik tak beg Ola Bola ni? Cantikkan. Besar jugak tau beg ni. Boleh la kalau nak pergi jalan jauh-jauh untuk 3 hingga 4 hari bawak beg ni. Muat la nak simpan banyak baju. Hehe. Nak jugak beg Ola Bola ni? Korang kena dapatkan Milo Promotion Bundle yang mana ia mengandungi Milo 2kg X 1 Milo 3in 1 X 2 Milo NutriG 190ml X 2 FOC Delivery X Ola Bola Bag. Jimatkan. Beli Milo banyak banyak dan dapatkan percuma beg Ola Bola serta percuma untuk servis penghantaran. Korang boleh klik SINI tau untuk buat pembelian. 




Maggi Royale White Tom Yam


Mee segera Maggi ni merupakan makanan sampingan yang wajib ada di rumah aku. Yelah kan, kalau takde makanan lain di rumah aku masak je mee Maggi. Terbaru aku mencuba Maggi Royale Tom Yam. Sedap wehh. Rasanya masam-masam dan pedas sikit. Memang ala-ala tom yam Thai gituu. Korang kena la cuba. Jom dapatkan Maggi Royale Tom Yam di SINI.




Logitech Wireless Speaker

Barang yang ni memang best. Speaker wuu. Memang best la pasang lagu guna speaker ni. Speaker ni wireless dan boleh disambungkan dengan menggunakan sistem bluetooth. Speaker ni kecik je korang tapi dia punya sound tu memang kuat sangat. Hehe.. Nak dapatkan speaker macam aku ni? Boleh klik SINI



Sebenarnya ada lagi barang yang aku dapat. Ada MamyPoko Baby Wipes,Cerelac NutriPuffs, cenderamata dari Lactokid, SanDisk Flash Drive dan Mythic Oil dari Loreal. 






Lazada Online Revolution

Kalau korang nak tahu, korang boleh dapatkan barangan yang aku senaraikan tu di laman web Lazada sempena  Lazada Online Revolution ni dengan harga yang sangat istimewa. Banyak lagi tawaran menarik sempena Lazada Online Revolution yang telah pun bermula pada 11.11.2016 yang lepas. 



Lazada Online Revolution ini berlangsung dari 11.11.2016 hingga 14.12.2016. Jadi, memang sempat lagi la kalau korang nak shopping sepuasnya di Lazada. Harga pun memang menggoda laaa oii. Aku pun dah rasa nak pengsan tengok diskaun yang ditawarkan sempena Lazada Online Revolution ni. Mau habis duit aku camni kalau asyik dok tengok je web Lazada ni. Hahahaha.. 


Box Of Joy | Barangan Misteri Sempena Lazada Online Revolution


Bagi korang yang baru pertama kali ingin shopping di Lazada, boleh la menggunakan code diskaun seperti yang terpapar dalam banner di atas. 20% wei diskaun yang boleh korang dapatkan. Jadi, buat yang baru ingin shopping di Lazada dan inginmendapat diskaun seperti yang aku nyatakan, boleh klik banner tersebut yer. 

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan pelbagai barangan  di Lazada. Segalanya sangat mudah. Jom pakat pakat serbu http://www.lazada.com.my/online-revolution/ sekarang dan meriahkan Lazada Online Revolution kali ni.














Saturday, November 19, 2016

Hadiah Untuk Top Commentators

Hai korang. Ingatkan nak buat entri ni semalam tapi dah banyak hal lepas tu nak tengok Anugerah Skrin, terus tak jadi buat. Makanya aku biarkan sahaja la entri ni jadi pekasam kejap. Hahaha.. Seperti yang aku janjikan tempoh hari, hari ni aku nak tunjukkan pada korang hadiah yang bakal dimenangi oleh top commentators blog Izzati Suhaide. Aikkk. Tak tahu aku sedang mencari top commentators yer? Ok, boleh rujuk entri SINI. Hadiahnya ialah... jeng jeng jeng..


Hadiah Untuk Top Commentators


Aku ingin berikan Nivea Make Up Starter untuk seorang top commentators blog aku. Make Up Starter ni boleh di pakai sebelum kita nak pakai mekap. Kiranya benda ni sebagai serum untuk muka kita. Nak ke? Kalau nak meh komen cepat kat blog aku ni. Komen banyak banyak hokeyy biar dok nombor satu dalam carta. Hehehe..

InsyaAllah, jika ia mendapat sambutan aku akan bagi lagi hadiah untuk bulan yang seterusnya. Korang doakanlah semoga aku dimurahkan rezeki yer. Hehehe.. Ok lah korang. Babai..



Wednesday, November 16, 2016

GIVEAWAY SALAM SIHAT BERSAMA MASHITAH MAMAT

Hai korang. Tak tahu nak update apa kat blog hari ni , aku nak join giveaway laa.. Giveaway ni dari blog Mashitah Mamat. Jom join GIVEAWAY SALAM SIHAT BERSAMA MASHITAH MAMAT.

Klik banner untuk join.


Jom korang join jugak. Tarikh tutup giveaway ni ialah 15 Disember 2016. Good luck korang.. 



Jenis-Jenis Budak Pandai Masa Belajar

Siapa kat sini budak pandai masa zaman belajar dulu? Angkat tangan plisss.. Hihihi.. Mesti la pandai kan... Semua orang pandai kot. Hihihi. Aku pun pandai.. Pandai la kan dapat belajar tinggi tinggi sampai masuk universiti. Pandai la sangat. 😆 Hahaha.. Kalau korang ni budak pandai mesti korang suka buat 4 benda ni. Apa dia ehhh? Tengok gambar di bawah..Hihihi..


Gambar dari FB Apakes

Haaa.. Mesti korang penah buat semua tu dulu kan? Budak pandai kan. Tak belajar pun takpe.. Tidur je. Sebab tu result exam pun "hebat".. Hahahaha.. Tapi aku dulu paling suka buat nombor 3 dan 4. Bila bosan je mesti lapar. Lepas tu cari makanan. Makan. Makan makan dan makan. Itu la kerja aku zaman belajar dulu. Sama jugak kalau sedih, aku ambik keputusan untuk tidur. Kalau aku study pun bukannya masuk sangat pun dalam kepala otak aku. Benda lain yang aku dok pikirkan. Hihihi..

Gitu lah adat sebagai seorang pelajar. Semuanya akan mengalami. Haa.. Korang macam tu jugak ke ehhh? Baik ngaku cepat. Hehehe.. Ok lahh.. Babai..

Tuesday, November 15, 2016

Mencari Top Commentators November

Hai korang. Kali ni aku rasa nak bagi hadiah pada insan yang setia dan rajin singgah blog aku. Bukan rajin singgah je tau malahan yang rajin tinggalkan komen pada blog aku ni. Jadi, untuk kali ni aku ingin memberi hadiah pada top commentators di blog Izzati Suhaide. Ada yang sudi ke? Hehehe.. 

Mencari Top Commentators November


Aku akan mengambil 5 top commentors sahaja. Korang boleh tengok widget top commentators aku di sidebar blog aku ni. Tetapi hanya seorang sahaja yang akan menerima hadiah dari aku. Hadiah apa tunggu aku update pada entri seterusnya. Hehehe.. 4 orang lagi akan berada dalam bloglist aku dan bila dah dalam bloglist aku ni semestinya aku akan rajin blogwalking dan singgah blog korang. Hehehe.. 

Aku tak letak pape syarat khusus pun. Asalkan komen korang tu ada kaitan dengan entri blog aku je. Bukan komen yang langsung takde kaitan dengan entri tersebut. Jadi, komen la sepuas-puasnya. Hehehe.. Kalau ada yang belum follow, sudi-sudikan lah follow aku jugak yer.. Hihihi.. Ok lahh. Babai..



Monday, November 14, 2016

Manjakan Kulit Dengan NIVEA Skin Delight Body Milk

Kulit cantik dan mulus menjadi idaman wanita. Sape tak nak kulit lembut kan. Kulit yang lembut seperti bayi gitu. Tapi sekarang ni kalau nak manjakan kulit mudah je. Sapu je losyen kat tubuh. Senang. Bila dah sapu kulit pun akan rasa lembut, segar dan sihat. Kalau korang nak tahu, sekarang ni aku manjakan kulit aku dengan NIVEA Skin Delight Body Milk. Dengan NIVEA Skin Delight Body Milk, sebuah produk berinovasi terbaru keluaran NIVEA, memastikan korang menikmati sesi memanjakan diri yang akan menaikkan “mood” korang semasa berada di kamar mandi. Seindah namanya, NIVEA SKIN DELIGHT direka dengan satu tujuan utama – memberilkan kenikmatan buat deria dengan sentuhan, penglihatan dan wangian yang membuat korang berasa istimewa semasa memanjakan diri. 

Manjakan Kulit Dengan NIVEA Skin Delight Body Milk

Manjakan Kulit Dengan NIVEA Skin Delight Body Milk

Ditakrif sebagai rawatan terulung bagi kulit yang kering, minyak badan berfungsi sebagai pembekal keanjalan dan seri kepada permukaan kulit anda bermula dari dalam. Kulit akan menyerap serta menikmati segala kebaikan yang terkandung dalam minyak tanpa berasa melekit, kerana NIVEA Skin Delight mengandungi nutrisi penjagaan terbaik dari minyak badan dalam bentuk “body milk” yang mudah untuk disapukan.  

Seperti minyak badan, susu juga diperkaya dengan manfaat menyubur dan mencerahkan kulit. Sejak berabad lamanya, golongan wanita sering menggunakan susu segar sebagai bahan mandian selain air bagi mengekalkan kecerahan kulit mereka. Ini kerana kandungan asid laktik yang terdapat dalam susu menguraikan protein yang menyatukan sel-sel kulit mati, lantas memberi ruang kepada kulit baru yang lembut serta bertekstur licin dan halus untuk tumbuh. Susu ini juga mengalir lembut di atas kulit apabila ia dioleskan lantas menjadikan kulit anda lembut dan berseri-seri.

Manjakan Kulit Dengan NIVEA Skin Delight Body Milk


Kalau korang nak tahu, NIVEA Skin Delight mempunyai dua haruman bunga yang berbeza iaitu bunga mawar dan lavender. Baunya memang harum dan bila pakai pada kulit kita akan merasakan kulit kita lebih lembut dan licin. 


NIVEA Skin Delight glowing rose (bunga mawar)

Bunga mawar bukanlah satu bahan asing dalam dunia kosmetik. Penggunaanya amat menyeluruh samada secara sepenuhnya ataupun sebahagian daripada asas campuran dalam produk wangian mahupun manfaat rawatan. Wanita-wanita Yunani kuno dan Rom dikatakan menggunakan kelopak-kelopak segar dari bunga mawar untuk mewangikan air mandian mereka. Pada masa yang sama, minyak pati yang terkandung dalam bunga mawar mampu mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit.

Manjakan Kulit Dengan NIVEA Skin Delight Body Milk

NIVEA Skin Delight relaxing lavender (lavender)

Lavender atau nama saintiifknya Lavandula Angustifolia juga mempunyai reputasi yang mengagumkan dalam dunia aromaterapi. Sejenis tumbuhan herba berbunga dan tergolong dalam keluarga pudina, lavender boleh didapati di setiap pelusuk dunia bermula dari benua Afrika hingga ke kawasan pergunungan di Asia, Terkenal dengan profil wangiannya, lavender telah digunakan secara meluas di kebanyakan negara sebagai bahan untuk menenangkan stress dan kelesuan. Selain itu, ia juga dapat meredakan iritasi serta kekeringan pada kulit.  

Manjakan Kulit Dengan NIVEA Skin Delight Body Milk

Mulakan ritual memanja diri NIVEA Skin Delight selepas anda menikmati mandian air panas yang menyegarkan. Oleskan “body milk” yang mewah ini ke seluruh badan anda semasa kulit anda masih lembap dan biarkan minda merasa tenang dengan wangian floral yang mengasyikkan. Oleskan “body milk” ke seluruh tubuh anda dengan lembut dan rasai kelembutan dan kehalusan yang tidak terhingga pada kulit anda. Ini membolehkan anda menikmati rawatan badan yang holistik di mana ia meliputi tubuh serta minda. 

Dengan dua wangian yang lembut untuk dipilih – Glowing Rose yang memberikan kulit anda wangian feminine dan Relaxing Lavender yang menenangkan deria anda – NIVEA Skin Delight terdapat dalam dua saiz dan dijual pada harga pengenalan iaitu RM11.90 (Harga Runcit RM16.50) bagi saiz 250ml dan RM17.50 (Harga Runcit 21.90) untuk saiz 400ml.