Tuesday, January 24, 2017

Bengang Gila!

Hai korang. Aku dah lama tak bebel kat sini. Kali ni aku rasa nak buat curahan rasa sikit. Ada rasa sakit hati, bengang, marah geram dan macam-macam lagi lah. Ada tak antara korang ni join mana-mana dropship jual barang? Aku yakin dan   pasti korang ada join dropship kan? Aku pun sama la jugak. Join dropship jugak. Bukan jual satu barang tapi macam-macam barang cuma yang aku aktif buat jualan hanyalah satu barang sahaja. Yang lain suam-suam kuku sahaja. Hikhikhik. Apa yang buat aku sakit hati ialah bila barang lambat sampai tapi yang kena adalah seller. Ya Allah. Sakitnya hati aku. Geram wehhh. Bajet seller ni pos laju kot.. Grrrr..


Sebenarnya ini adalah pengalaman pertama aku kena marah dengan customer. Bukan setakat customer sendiri, dia siap suruh orang lain gertak aku. Bajet nak suruh aku takut la kekononnya. Padahal bukan salah aku pun. Orang tu siap cakap nak buat report IG shop aku kat polis. Memang gila la dia tu kan. Rasa cam sakit hati jugak laa masa tu. Lagipun aku dah bagi tracking number kat dia cuma masalahnya masa tu tracking tak dapat di kesan. Sistem tak update. Aku dah bagitahu dia dan sudah terangakan pada dia. Tapi yelah kan. Bajet dia tu tahu sangat bab sistem pos laju ni. Kononnya kalau barang dah pos mesti pos laju akan update dalam sistem.

Oleh kerana dia nak report ig shop aku kat polis, aku pun cakap la kat dia lebih baik berhubung dengan ejen aku. Dah dia tak percaya sangat kan. Aku pun bagi je la nombor whatsapp ejen aku tu kat dia. Mungkin ejen aku dah jelaskan pada dia tapi yelah kan. Dasar orang tak reti bahasa. Benda tu dari sistem kot. Kalau sistem down, pos laju tak boleh nak update jugak. Alahai. 

Aku pun ada juga pesanan buat sesiapa yang jadi ejen ataupun stokis besar ni. Tolong lah yer update tracking number kat dropship korang tu. Kesian tau kat dropship ni. Dah la bersusah payah cari pelanggan dan bila dah dapat pelanggan pihak ejen pulak lambat bagi tracking number. Yang kena menjawab dengan pelanggan adalah di dropship ni tau. Haihh. 

Tapi sebenarnya ini adalah pengalaman juga buat aku. Saja je la kan nak bebel curahan rasa kat sini. Jangan anggap aku meroyan pulak. Aku tahu orang lain lagi dasyat pengalamannya jika nak dibandingkan dengan aku ni yang masih baru setahun jagung kan. Sabar je la. Hehehe. Ok lah korang. Letih dah nak menaip ni. Babai. 


12 komen

Harap-harap tak jumpala customer camtu .. haha tapi tula, geram kat pos laju lambat update. Customer risau , kita lagi la serabut.

Pasal wang semua org boleh naik berang. Kita ni sbg dropshipper sebaik mungkin buat kerja utk melancarkan proses. Dapat komisyen tak banyak mana pun tapi bila kerja mcm ni dah suka kita buat dgn hati terbuaka. Bila kena marah dgn pelanggan itu perkara biasa. Anggap itu cabaran dan dapat pengalaman utk hadapi masalah yg lebih besar nanti. . Selamat maju jaya Zati. All the best. Pengalaman terbaik kena marah pelanggan !

Sabar ya...sabar..mungkin cabaran ini menjadi titik permulaan sebuah kejayaan Izzati masa mendatangkan..insyaAllah.

Betul, sistem pos laju bukannya perfect jangan, memang tak patutlah kalau customer nak blame seller pula..itulah cabarannya berbisnes kak zati, bukan semua suka bertindak pakai otak, bertabahlah.

Semoga urusan Kak Zati dipermudahkan.

ha jun buat dropship ni, nasib spnjg jd seller xjmpa lg cstmr mcm ni huhu

biasa la tu sistem pos laju kdg2 lambat update

cabaran berniaga gitu lah kan..staakt ni belum lg kena cmni..tak tahu la cmne kalau dpt. matilanak

adat berniaga...mesti ada dugaan dan cabaran

Cabaran menjadi dropship.
Bersabarlah ya

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon