Monday, January 16, 2017

Dapatkan Kembali Duit Anda Apabila Membeli-Belah Di Shopback

Aku pasti ramai yang suka membeli-belah secara online. Shopping online ni mudah sebenarnya. Cari dan pilih je barang yang kita suka tu. Dah jumpa yang berkenan di hati terus bayar. Lepas tu tunggu je parcel sampai depan tangga. Tak payah dah susah-susah nak keluar pergi bandar cari barang yang kita nak tu. Segalanya di hujung jari sahaja. Paling penting membeli-belah secara online jimat hokeyy. Bila sebut pasal jimat ni kan, korang mesti suka apabila selesai sahaja membuat pembayaran tetapi korang boleh dapatkan kembali duit korang tu. Haaa.. Macam mana tu yer? Korang boleh dapatkan kembali duit korang apabila membeli-belah di Shopback. Menarik bukan? Aku akan terangkan pada korang macam mana untuk dapatkan kembali duit korang tu apabila membuat pembelian di Shopback. 

Dapatkan Kembali Duit Anda Apabila Membeli-Belah Di Shopback


Dapatkan Kembali Duit Anda Apabila Membeli-Belah Di Shopback


Mesti korang tak percaya kan apabila membeli-belah di Shopback, korang akan dapat kembali duit korang tu. Melalui Shopback ini, ia akan memberikan pulangan tunai sehingga 30% kepada pelanggan apabila anda membeli-belah di 1000 stor online. Jadi, Shopback telah menghubungkan penjual dan pembeli dengan sistem ganjaran yang menguntung kedua belah pihak. Menariknya lagi apabila membeli-belah di Shopback ni, penjual online yang membuat keuntungan dari pembeli akan memberi komisyen kepada ShopBack. Kemudian, ShopBack akan berkongsi komisyen ini dengan pembeli, yang akan menerimanya dalam bentuk pulangan tunai. Best kan kalau dapat balik pulangan tunai yang sudah kita gunakan itu? 



Terdapat pelbagai perkhidmatan secara online yang terdapat di Shopback seperti Hotels.com, AirAsia, eBay, HipVan dan banyak lagi rangkaian online shopping serta perkhidmatan yang bekerjasama dengan Shopback ini. Nak tahu macam mana cara nak membeli-belah di Shopback? Aku akan tunjuk cara-cara untuk membeli-belah di Shopback ini. 


Cara-cara Membeli-Belah di Shopback


Mula-mula sekali korang kena Sign Up Shopback terlebih dulu dan selepas itu korang boleh membeli-belah dari pelbagai kategori seperti Fashion, Travel, Food & Beverage, Electronics, Lifestyle dan macam-macam lagi. Terdapat lebih dari 500 kedai online di Shopback ini. Korang boleh pilih mana-mana sahaja yang korang suka. 



Korang pilih mana-mana perkhidmatan online yang ingin digunakan. Sebagai contohnya, untuk membeli tiket flight aku memilih AirAsia dan hanya klik sahaja di kotak kecil AirAsia. Selepas itu ia akan keluar kotak kecik dan korang klik "Shop Now". Seterusnya, ia akan dibawa ke laman web AirAsiaGo.




Bila sudah ke halaman tersebut, boleh la nak booking tiket flight mengikut tarikh yang kita nak. Senang kan? 



Setelah membuat pembayaran di laman web tadi, rebat tunai anda secara automatik akan dimasukkan ke dalam akaun ShopBack anda dalam masa beberapa hari. Setelah ditebus, duit anda tadi boleh "cashed out" melalui pemindahan ke akaun bank tempatan anda.

Untuk lebih detail lagi mengenai cara menggunakan Shopback ini, korang boleh tengok video di bawah.




Menarikkan membeli-belah melalui Shopback ni. Boleh dapat balik duit kita tu. Korang yang berminat untuk menggunakan Shopback ni boleh daftar akaun anda di SINI.


8 komen

terbaekk! sapa xnak dapat duit...

Dah shopping tapi dapat duit balik? Wahh menarik sangat ni. Hehe

Dah register dan dah dpt duit balik.... Memang Best....

dah register juga.. :) pasni nak try book flight pulak...

Amboi syoknya macam tu, hahaha...

Terbaik la sy pun selalu shopping online tapi kali ni nk try shopback pulak.. (Tapi rumah saya xde tangga luar la nk tggu parcel) 😀

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon