Wednesday, January 4, 2017

Lirik Lagu Menanti Janji (OST Biar Aku Jadi Penunggu) - Ronnie Hussien

Hai korang. Korang tengok drama terbaru TV3 di slot akasia? Alaaa, drama baru yang menggantikan 7 Hari Mencintaiku tu. Tengok tak? Drama terbaru sekarang ni ialah Biar Aku Jadi Penunggu yang merupakan adaptasi dari novel juga. Drama ini telah dilakonkan oleh Janna Nick dan Asyraf Muslim sebagai pelakon utama. Aku tengok jugak la cerita ni. Macam sedih sikit jalan cerita Biar Aku Jadi Penunggu ni. Drama yang penuh dengan emosi gituuu. Wahhh. Kemain aku ni. Hahaha. Tapi aku bukan nak cerita pasal drama ni kat korang. Yang aku nak cerita ialah OST Biar Aku Jadi Penunggu ni haaa. Lagu dia pun sedih oiii.. Lagu Menanti Janji ini telah dinyanyikan oleh Ronnie Hussien merupakan OST Biar Aku Jadi Penunggu. Jadi, aku nak kongsikan dengan korang lirik lagu Menanti Janji ni. Sila lah hayati lirik ini yer. 


OST Biar Aku Jadi Penunggu

Lirik Lagu Menanti Janji (OST Biar Aku Jadi Penunggu) - Ronnie Hussien


Telah lama ku rasa sebegini
Meniti masa silih berganti
Ku harapkan engkau datang
Kepadaku walau sekadar mimpi

Ku coba untuk mengejar kamu
Makin ku genggam ia terlerai
Sedari diri kian menjauh 
Jauh.. Terpisah dari diri kamu

Biar hatiku menanti
Biar ku terus menunggu
Di dalam kegelapan hariku
Tanpa cinta kamu

Biar jiwa terus mati
Menanti janji kamu
Biar aku jadi penunggu


Best kan lagu ni. Sedih lirik dia. Macam kena pulak dengan jiwa aku yang menanti janji ni. Ehh. Hehehe. Tetapi memang lagu ni best sangat. Mendayu  dayu. Terbuai jiwa aku dengar lagu ni. Korang yang nak layan lagu ni, boleh la tengok video lagu Menanti Janji kat bawah yer.. Babai..






4 komen

sekrang tgh popular cerita pukul 7 tu..layan jugak

dah lama tak layan drama ni. tataw dah update pasal drama melayu

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon