Sunday, January 1, 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Assalamualaikum dan hai semua. Selamat tahun baru 2017. Alhamdulillah kita sudah pun melangkah masuk ke tahun baru 2017. Macam mana hari baru korang? Ok ke? Kalau aku pulak tak tahu nak cakap ok ke tak sebab Kelantan hujan lebat sekarang ni. Beberapa kawasan  rendah sudah pun banjir. Harapnya tidak berlaku banjir besar seperti tahun 2014 yang lepas. Huhuhu.. Seperti yang aku janjikan, aku nak ceritakan berkenaan impian aku untuk tahun 2017 ni. Harapnya dapat lah aku mencapainya. Hihihi.


Selamat Tahun Baru 2017



Impian yang paling aku ingin capai adalah tukar henpon baru. Hahahaha.. Macam pelik ke impian aku hehh? Tak pelik kot rasanya. Hahaha.. Aku dah setia guna Oppo R1L selama 2 tahun. Masuk tahun 2017 ni maknanya 3 tahun lah aku guna henpon tu. Hahaha. Sebenarnya henpon aku tu elok lagi je tapi saja la teringin nak pakai henpon satu. Untuk buat bisnes. Hehe. Senang la aku nak uruskan IG aku yang banyak akaun tu. Hahahaha. Korang nak tahu henpon apa yang aku nak pakai? Ofkos la Iphone 7. Punya tinggi gila angan-angan aku.  Tapi tu hanyalah angan-angan je laaa. Tak mampu nak beli Iphone 7 weiii. Henpon harga seribu pun belum tentu aku mampu beli walaupun sebenarnya henpon harga seribu tu laa yang masuk dalam list aku. Hihihi.. 

Untuk tahun 2017 ni jugak aku harap bisnes yang aku buat makin maju. Korang nak tahu aku buat bisnes apa? Korang boleh tengok IG penawarsakitpinggang dan IG contactlenscantik. Nanti aku akan bukak satu lagi kedai online.. Kalau nak tahu kena la tunggu yer. Hehehee.. Maklumlah, aku ni hanya buat bisnes kecil-kecilan melalui dropship sahaja. Korang doakan lah aku supaya satu hari nanti aku boleh buat produk aku sendiri. Tapi kan aku paling teringin nak buat bisnes kek. Hehehe. Sebab aku suka makan kek. Sambil buat kek untuk makan kat diri sendiri boleh la buat untuk cari rezeki sikit. Boleh tak gitu? Hehehe.. 

Selain itu juga, aku ingin mantapkan lagi blog aku. Nak la jugak buat income yang banyak hasil dari blog sendiri kan. Mana la tahu hasil dari blog ni boleh kumpul untuk kahwin nanti. Ekkk. Tapi nak kahwin dengan sape yer? Hahaha. Yang ni termasuk jugak dalam impian aku untuk tahun. Hahahahaha. Impian untuk bertemu putera idaman. Haaaa gituuu. Jangan korang rasa nak muntah pulak. Umur dah masuk 26 tahun kan walaupun belum lagi sebenarnya. Hahaha. Perasaan nak tu ada lah kan. Hihihi..

Kalau nak ikutkan banyak lagi impian aku tapi biarlah rahsia. Hehehe. Hanya Tuhan yang tahu selebihnya. Walau apa pun impian kita, kita juga harus tanamkan impian dalam diri untuk jadi lebih baik dari sebelum ni. Dan sedaya upaya untuk mengubah nasib kita serta keluarga. Semoga impian dan hajat korang untuk tahun ni tercapai hendaknya. Kalau tak tercapai lagi, jangan sedih yer. Allah itu punya perancangan yang lebih hebat untuk kita. Ok lah korang. Jumpa lagi. Babai.. Selamat Tahun Baru 2017.. 





4 komen

Banyak tu impian, insyaAllah dengan usaha akan tercapai. All the best, Mai akan support blog ni sokmo. hihi

Selamat tahun baru 2017... moga tercapai segala impian dan terus sukses hendaknya... aamiin :)

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon