Family Day Idea Master Di Swiss Garden Beach Resort Lumut Perak

4:46:00 PM
Hai korang. Wuhuuu. Baru sempat nak update blog. Maklumlah, sibuk sikit. Hehehe. Aku nak cerita sesuatu kat korang ni. Minggu lepas, company tempat aku kerja iaitu Idea Master, telah mengadakan family day. Destinasi yang dituju ialah Swiss Garden Beach Resort Lumut Perak. Memang enjoy habis family day kali ni yang mana ini adalah kali pertama aku join family day Idea Master. Hihihi. Tak sangka juga sebenarnya sudah hampir sebulan aku menjadi sebahagian dari team Idea Master Holdings. Macam tak sangka pulak kan yang aku dah kerja hampir sebulan. Macam cepat je. Hihihi. Mungkin korang tak tahu kan yang aku dah mula kerja di Shah Alam sebab aku tak cerita kat orang sangat pun. Orang yang terdekat je yang mengetahuinya. Hehehe. Ok lah. Mesti korang nak tahu kan cerita selanjutnya tentang Family Day Idea Master di Swiss Garden Beach Resort Lumut ni. Aku sambung ceritanya.


Family day ni telah diadakan pada 10-12 Feb yang lepas. Aku sebagai staff yang junior memang tak sangka akan turut serta family day kali ni dan juga annual dinner yang turut diadakan sekali. Perasaan teruja tu memang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Haaa gitu. Kami bertolak pagi jumaat secara konvoi melebihi 5 buah kereta. Jumlah yang sebenar aku tak ingat. Tapi yang pasti memang lebih 5 buah kereta. Hahahaha. Konvoi secara ramai siap kat kereta masing-masing ikat riben haaa. Dah macam konvoi nak pergi kenduri kahwin je. Hahahaha. 

Kami sampai di Swiss Garden Beach Resort dalam pukul 3 lebih gitu. Dan selepas itu terus check in bilik masing-masing. Haaa. Nak tengok bilik aku? Tapi aku sempat ambil gambar katil je laa yer. Sebab dah nampak katil terus pikir nak tidur padahalnya tak tidur pun. Hahahaha. Selepas solat dan rehat sekejap, aktiviti pertama kami pun bermula. Aktiviti petang tu lebih pada santai je. Ikut suka nak buat apa. Hahaha. Geng lelaki main bola tampar dan geng perempuan pulak lebih pada jalan-jalan sekitar pantai. Aku pun tak ingin lepaskan peluang untuk jalan-jalan sekitar pantai di resort itu. Yang penting sesi berselfie harus menjadi aktiviti wajib bila holiday. Hahahaha..




Sesi malam pula bermula lah aktiviti berkumpulan. Ada beberapa permainan yang kami main yang mana setiap game memang mencabar minda untuk berfikir. Tapi bagi aku game paling best berita berkepala tiga tapi tak berkepala tiga pun sebab ahli kumpulan lebih dari tiga orang. Hihihihi. Kenapa aku cakap game tu paling best? Sebabnya game tu kena keluarkan satu perkataan secara spontan. Ingat senang ke. Aku main cakap je. Hahahaha. 

Hari kedua pula bermula lah acara sukaneka. Ada lebih dari 5 permainan kalau tak silap aku. Lupa dah sebab aku tak main pun. Aku tukang sorak je. Hahahaha. Dan rezeki kumpulan aku iaitu kumpulan merah berjaya memenangi 2 acara. Alhamdulillah, dapat la jugak hamper kemenangan walaupun tak banyak. Kihkihkih. Selepas acara sukaneka, aktiviti seterusnya ialah amazing race. Untuk permainan ni, kumpulan kami kalah. Takde rezeki nak menang. Huhuhu.







Selesai sahaja acara aktiviti amazin race, kami terus balik ke bilik untuk rehat dan bersiap sedia untuk majlis Annual Dinner Idea Master Holdings di Restoran Horizon Garden yang bertemakan hitam putih. Bila ada event camni aku mula lah nak melaram sikit. Sekali-sekala kan. Hahahaha. Makanan yang dihidangkan untuk makan malam memang sedap terutama sekali tomyam. Tomyam adalah makanan kegemaran aku. Kalau makan kat kedai, aku akan order tomyam ni. Hahahaha. Ada 7 jenis hidangan termasuk pencuci mulut tapi aku lupa nak snap gambar pencuci mulut. Hihihi..Bukan apa, takut korang terliur pulak nanti. Hahahaha..






Bagi aku ini adalah pengalaman yang terindah buat aku untuk permulaan tahun 2017. Lagi best bila mereka nyanyikan Allah Selamatkan Kamu sempena hari lahir aku dan sorang lagi kawan aku yang lahir pada bulan 2. Terharu beb. Hahaha. Walaupun befday aku tu macam dah basi laa jugak. Hihi. Terima kasih pada ajk yang terlibat serta bos bos bagi menjayakan family day ini. Ok lah korang. Aku pun dah letih menaip panjang berjela ni. Cramp dah jari aku. Babai.. 



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
Shesyira As
AUTHOR
February 19, 2017 at 11:01 PM delete

seronoknya ada fmily day mcm ni. airah keje pn tak lagi :(

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon