Friday, February 17, 2017

Minuman Jus Ostania® Diekstrak Dari Buah Manggis

Korang peminat buah manggis? Pernah dengar tak minuman jus yang di ekstrak dari buah manggis? Kali ni aku kongsikan dengan korang satu lagi produk keluaran Furley Bioextract iaitu jus Ostania® Manggis Amrita. Aku pasti korang pun baru pernah dengar pasal jus ini kan? Apa yang istimewanya jus ini adalah, ianya diperkaya dengan pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh badan kita. Ia mampu memberikan tenaga pada setelah melakukan aktiviti harian. Yang penting rasa Ostania® Manggis Amrita ni memang sedap.



Minuman Jus Ostania Diekstrak Dari Buah Manggis

Ostania® Manggis Amrita ialah satu minuman yang di formulasi dari buah manggis termasuk puri dan kulitnya dan menjadikan Ostania® kaya dengan Xanthones. Minuman ini diperkaya dengan pelbagai khasiat baik khusus untuk kesihatan anda. Sesuai dengan gelaran manggis sebagai “ratu buah” , minuman ini penuh dengan antioksidan dan di tambah baik dengan campuran epal, roselle, acai beri, anggur dan delima.


Kelebihan Jus Ostania® Manggis Amrita

  • Membaiki sistem pencernaan dan mengurangkan berat
  • Meneutralkan radikal bebas dalam badan
  • Tiada gula tambahan iaitu pemanis semulajadi (buah)
  • Mengembalikan tenaga untuk kekal cergas sepanjang hari
  • Kaya dengan antioksidan dengan nilai ORAC 14186.98 (National University Singapore).
  • Menentang radikal bebas untuk menghalang penuaan dan inflamasi

Golongan Yang Sesuai Minum Jus Ostania® Manggis Amrita

  • Semua, tidak mengira umur dan jantina
  • Ahli sukan yang mempunyai rutin senaman yang ketat
  • Mereka yang mahu sistem pencernaan yang lancar
  • Mereka yang ingin kekal sihat

Cara Minum Jus Ostania® Manggis Amrita

Ambil 30ml Jus Ostania® Manggis Amrita atau anda boleh juga campurkannya dengan air sejuk (Ratio 1:1). 

Aku sendiri telah pun mencuba jus Ostania® Manggis Amrita dan rasanya memang sedap. Ada rasa masam manis gitu. Jadi, cadangan aku adalah semasa korang nak minum jus ini adalah lebih korang campurkannya dengan air sejuk supaya rasa masam manis jus ini lebih seimbang. 



Cara Untuk Dapatkan Jus Ostania Manggis Amrita

Korang boleh dapatkan Ostania® Manggis Amrita ini melalui laman web Furly Bioextract. Korang boleh SINI ok. Harga Ostania® Manggis Amrita ni pula adalah RM49.90. Tetapi khusus untuk korang pembaca blog aku, ada diskaun untuk korang tetapi korang haruslah menggunakan kod FBIO-C1Q ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Furley Bioextract, boleh layari laman berikut:

Website: https://store.furleybio.com/
Facebook: https://www.facebook.com/furleybio

4 komen

arrr.. sedapnya.. dah tu ada bnyk kelebihan. buah manggis mmg buah no 1 favorite busyra. hehe

Fav saya lah buah manggis ni, first time jumpa jus manggis, hahaha, unik & berkhasiat pula tu.

mesti sedap rasanya kan...hadoi..nak try jugak

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon