Selamat Hari Lahir Izzati Suhaide

11:34:00 PM
Hai korang. Bila masuk bulan februari ni aku memang teruja sangat lah sebab bulan ini merupakan bulan kelahiran aku. Haaa gituu. Dan hari ini sudah genap umur aku yang 26. Huwaaa. Dah 26 tahun rupanya aku ni. Tapi rasa macam baru umur 6 tahun. Hahahaha. Umur pun semakin bertambah ni tapi berat badan tak bertambah lagi. Acano ni? Hahaha.  Jadi, seperti orang lain aku juga takkan melepaskan peluang untuk mengabadikan coretan sempena hari lahir aku hari ini.





Aku tak sangka sebenarnya tahun ni merupakan hari lahir yang paling bermakna bagi aku. Ingatkan pagi tadi aku sambut hari lahir sorang-sorang je kat rumah tapi lepas tu adalah seorang insan yang istimewa ni ajak aku keluar. Eh, jangan salah paham pulak hokeyyy. Bukan seseorang yang 'istimewa tu tau. Haaa. Sape agak-agak nya yer? Hihihi. Orang tu tak lain dan tak bukan sudah semestinya Mommy Irra. 


Pada mulanya dia mengajak aku untuk melawat sebuah pusat jagaan orang tua di Puchong. Aku sebenarnya kerja hari ni tapi separuh hari je la. Ingatkan macam nak rehat camtu lepas habis kerja. Jadi macam tak sangka jugak la yang dia akan ajak aku sebab aku ingatkan dia nak pergi waktu pagi. Rupanya lepas asar baru gerak. Hihii. Rezeki aku kan. Dan kalau korang nak tahu, sebenarnya itu adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke pusat jagaan orang tua. Sebelum ni aku hanya tengok di TV. Pertama kali sampai kat sana aku tak rasa pape lagi tapi bila aku masuk dan tengok sendiri penghuni pusat jagaan itu, aku jadi sebak. Tak terkata. 

Kebanyakan penghuni pusat jagaan itu adalah baya nenek aku je. Automatik teringat nenek aku kat kampung. Dan secara tiba-tiba aku rasa nak menangis. Fuhh. Aku ni sebenarnya bukan lah seorang yang mudah menangis tapi bila tengok sesuatu yang meruntun jiwa, hati aku jadi tersentuh. Memang konfirm aku akan nangis tapi tadi aku tahan je la sebab malu depan Kak Irra. Hahaha.

Apa yang paling buat aku terharu ialah, bila Kak Irra dan suaminya belanja aku makan dan raikan befday aku. Dah lama aku tak rasa orang sambut hari lahir aku. Seingat aku last sambut hari lahir pun masa diploma. Aku pun dah tak ingat. Hahahaha. Terharuuu weiii. Ingatkan lepas habis keje tadi, aku akan habiskan masa aku di rumah dengan melepak tengok tv sambil makan maggi je. Sedih betol kan. Hahahah. Takde lah. Tak sedih pun. Aku dah biasa lalui semua ini. Terima kasih kak irra sebab sudah menceriakan hari kita hari ni. Hehehe..





Walau macam mana pun terima kasih pada semua rakan-rakan yang wish hari lahir aku hari ini. Geng KBBA9, AFB, rakan-rakan Idea Master dan kawan-kawan yang masih ingat tarikh 4 Februari adalah tarikh hari lahir aku. Hihihi. Terima kasih sebab korang sentiasa sokong dan beri kata-kata semangat untuk aku terus berjaya menggapai impian. Tak lupa juga buat keluarga tersayang yang sentiasa menjadi tulang belakang. Cuma tahun ni dah takde someone special laa. Say goodbye dah. Hahahaha. Whatever lah yang tu. Hhihi. Ok lah korang. Sekian sudah coretan hari ini. Nanti aku akan ceritakan pada korang berkenaan pusat jagaan orang tua tu ya.. Babai. 


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

7 komen

Write komen
Seorang Syed
AUTHOR
February 4, 2017 at 11:54 PM delete

Happy birthday! May Allah bless you.
Salam kenal, blogwalking dan follow blog ni ye. jemputla singgah blog baru saya :)

Reply
avatar
Mimi Here
AUTHOR
February 5, 2017 at 12:24 AM delete

happy birthday..wahhh..sama la..saya pun bulan 2 jugak..wkwkw..cuma tarikh je beza..wkwkw

Reply
avatar
Noor Maizan
AUTHOR
February 5, 2017 at 2:32 AM delete

Selamat Ulangtahun Kelahiran Kak Zati, keep calm and stay gorgeous! hihi. Sama birthday dengan adik saya :D

Reply
avatar
irra yyan
AUTHOR
February 5, 2017 at 6:15 AM delete

https://youtu.be/S1MNUU4e9w8 for u

Reply
avatar
CikLa Shahril
AUTHOR
February 5, 2017 at 12:43 PM delete

Happy belated birthday... comel sokmo...

Reply
avatar
Ummul Azkee
AUTHOR
February 5, 2017 at 4:57 PM delete

ohoi melampau 6thn hihihi.. happy birthday zatie

Reply
avatar
Shikin Razali
AUTHOR
February 22, 2017 at 10:25 AM delete

Selamat hari lahir, Izzatie.. Semoga awak dikurniakan kesihatan yang baik, semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan awak dan semoga apa yang awak impikan Insha Allah akan dimakbulkan.. =)

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon