Tiada Lagi Si Kucing Bulu Lebat

9:05:00 AM
Hai korang. Hari nak kongsi cerita sedih sikit dengan korang. Memang masih lagi dalam mood sedih. Kucing kesayangan aku si Uyen dah mati. Sedih sangat. Bila aku dapat berita dari adik aku pasal uyen dah mati, terus aku nangis. Berjuraian air mata aku. Sedih gila kot. Lagi sedih dari hilang pakwe. Ekkk. Dah la tu satu-satunya kucing bulu lebat yang ada kat rumah aku. Mahunya tak sedih. Tambahan lagi uyen tu kucing kesayangan keluarga aku.. Huhuhu.. Walaupun dah dua hari tapi kesannya masih terasa sampai sekarang. Bila tengok gambar ni buat aku rasa sebak. Nak nangis. Hati tisu camni laa. Mudah tersentuh. Huhuhu..




Haihhh. Nak taip entri ni pun aku dah rasa sebak cuma nasib baik la dapat kawal perasaan dah. Masa mula-mula aku dapat tahu berita pasal dia dah mati, aku memang susah jugak la nak move on tu. Tengok gambar dia je automatik hati aku jadi sebak lepas tu terus nangis. Jadi, aku tunggu masa yang sesuai jugak laa untuk menaip entri ni sampai habis. Sekarang ni emosi aku dah ok. Rasa sedih tu masih ada cuma boleh kawal laa. Macam hari tu memang langsung tak boleh nak kawal. Sedihh weii.. 

Uyen ni asalnya kucing sepupu aku yang kecik tu. Tapi dia tinggal kat rumah nenek aku. Oleh kerana tak nak susahkan nenek aku, ayah aku mintak nak bawak balik ke rumah. Biar kami yang jaga sebab memang suka telatah dia yang melucukan. Aktif pulak tu. Kalau ikutkan sepupu aku tu memang tak nak bagi la sebab dia sayang kucing ni. Dia kutip kat pasar malam je tapi ayah aku ambil senyap-senyap. Hahaha. Rasanya belum sampai setahun lagi kami jaga kucing ni. Memang kami sayang sangat la dengan uyen ni. Lagipun aksi dia bersahaja. Tak hirau sangat kat kucing lain. Dia buat hal dia sendiri je. Kucing lain pun tak berani kacau dia walaupun budak-budak kecik. 

Lagi satu perangai uyen ni suka makan. Asyik lapar je kucing ni. Pantang tengok orang bangun sikit mesti suruh kami bagi dia makan. Kalau dulu nak panggil dia senang je, goncang je bekas makanan dia. Mesti dia datang dekat kami. Alahai. Tetiba cam berkaca pulak mata aku nak menaip ni. Huhuhu. Uyen ni jugak tak suka orang kacau bulu dia lagi-lagi kalau dia tengah bersihkan bulu dia. Memang dia jilat balik laa. Hahaha. Biasalah kan. Kucing hensem. Camtu lah perangainya.

Korang nak tahu kenapa dia mati? Dia bukannya sakit tapi kena langgar kereta. Sebab tu macam sedih sangat bila tahu dia mati. Macam susah juga la nak terima kenyataan ni. Mungkin kalau dia sakit aku boleh terima hakikat tu tapi ni kena langgar kereta. Sampai hati kereta tu langgar kucing aku. Hurmm. Tapi itu dah ajal dia. Kena belajar menerima hakikat. Huhuhu. Lepas ni aku dah tak boleh nak tengok dia merayu mintak makanan lagi.. Huhuu. 




Walaupun kat rumah aku masih ada banyak kucing tapi si uyen akan tetap aku ingati. Uyen tetap di hati aku. Cewahhh. Macam hilang kekasih dah aku. Hahaha. Hilang kekasih pun takde la sampai macam ni. Ok merapu kejap. Hihihi.. Aku pun tak nak dah sedih-sedih lagi. Ada seekor lagi kucing kesayangan aku kat rumah tu. Yang tu memang kucing kesayangan aku sebelum si uyen ni. Hehe. Ok lah korang. Babai..







Artikel Terkait

Previous
Next Post »

8 komen

Write komen
Lea Azleeya
AUTHOR
February 27, 2017 at 10:28 AM delete

lahai siannye.. kene carik pengganti tu izzati..

Reply
avatar
Seorang Syed
AUTHOR
February 27, 2017 at 11:08 AM delete

hmmmm betul tu. kalau mati sebab sakit takpa, boleh diterima lagi. kalau sebab kena langgar ni memang sedih :( semoga kuat ya.

Reply
avatar
Eeca Shyaa
AUTHOR
February 27, 2017 at 2:41 PM delete

Sedihnya :( Tak pernah lagi ada pengalaman kehilangan kucing mcm ni. Tp kalau sy dlm situsi mcm ni mmg confirm menangis jugak.

Reply
avatar
amira faqihah
AUTHOR
February 28, 2017 at 3:21 AM delete

sedihnya tgok muka kucing tuu

Reply
avatar
Noor Maizan
AUTHOR
March 2, 2017 at 10:37 PM delete

Sedihnyaa . Uyen sebijik macam kucing adik mai, jantan tapi nama dia Memey.

Mai memang faham perasaan patah hati kehilangan kucing ni, sebab kita dah anggap macam family.

Sakit sangat bila dia pergi mengejut. Sebab kita tak sangka dan tak bersedia untuk itu.

Reply
avatar
Maria Firdz
AUTHOR
March 8, 2017 at 10:23 AM delete

Pernah merasai perasaan tu.. Mmg sedih..sbb kita dh syg kan..

Reply
avatar
Shikin Razali
AUTHOR
March 13, 2017 at 12:11 AM delete

Sedihnya... ;( dahlah tue comel pulak.. Harap awak tabah yea..

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon