Thursday, February 2, 2017

Webfilm Cooking Hustle Dari TNB Sempena Tahun Baru Cina 2017

Hai korang. Selamat datang Februari dan Selamat Tahun Baru Cina buat anda yang meraikannya. Aku rasa masih belum terlambat untuk aku mengucapkannya kan. Betul tak? Hehehe.. Bila tiba musim perayaan sudah pasti pelbagai iklan yang dihasilkan untuk membawa mesej-mesej yang positif kepada kita. Seperti tahun ni, TNB telah membawakan satu webfilm Cooking Hustle sempena perayaan Tahun Baru Cina 2017 tahun ini.  Korang dah tengok belum webfilm Cooking Hustle yang dibawakan oleh TNB ini? Kalau belum tengok lagi, meh tengok meh. 


Webfilm Cooking Hustle Dari TNB Sempena Tahun Baru Cina 2017


Haaa. Dah tengok kan? Mesti korang rasa kelakar kan webfilm ni. Aku pun pada mula tengok webfilm ni memang rasa kelakar jugak. Nak masak pun siap berkung fu bagai semua tu. Memang kena la kan dengan tajuknya "Cooking Hustle". Memasak ala-ala kung fu gituuu. Webfilm ini mengisahkan seorang ibu mertua yang meminta 3 orang menantunya memasak juadah untuk tahun baru Cina. Mereka bertiga diuji untuk menunjukkan kebolehan Kung Fu masing-masing melalui masakan. Mereka bertiga memasak juadah yang berlainan dengan harapan ibu mertua akan menyukai masakan yang telah disediakan namun ibu mertua mereka tidak berpuas hati dengan makanan yang mereka sediakan. Tetapi hasil kreativiti bapa mertuanya yang telah menggabungkan ketiga-tiga makanan tersebut telah membuatkan si ibu mertua berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan. Haaa. Apa pengajaran dari cerita ini ya? Korang rasa?

Apa yang ingin dipaparkan dalam webfilm ini ialah Tahun Baru Cina adalah masa untuk keluarga mengenepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan. Tak kisah la apa latar belakang korang sekalipun. Korang berpangkat besar ke atau pangkat kecil, semua benda tu harus ditolak tepi supaya wujud keharmonian dalam kekeluargaan. Jangan pula pada musim perayaan, korang nak bermegah dan bangga diri dengan kehebatan masing-masing.

Seharusnya pada musim perayaan sebeginilah, kita harus merapatkan lagi ikatan yang kian jauh. Seperti yang kita semua tahu, bila tiba Tahun Baru Cina upacara 'makan besar' sangat sinonim bagi kaum cina. Jadi, ahli keluarga yang hadir untuk makan besar adalah jauh lebih penting daripada apa yang terhidang di meja. Walau sesedap mana sekalipun makanan yang terhidang tu, silaturahim antara ahli keluarga adalah paling penting.

Sebagai manusia kita seharusnya membuang perasaan dengki atau tidak puas hati sesama ahli keluarga kerana sikap masing­-masing itulah mungkin menjadi punca pertelagahan di musim perayaan, apatah lagi dalam keluarga yang ramai. Sepatutnya perbezaan diraikan, bukan diketepikan seperti hidangan Tahun Baru yang beraneka jenis saiz, rasa dan rupa, begitulah juga ahli keluarga kita. Bak kata pepatah melayu "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh" dan kebahagiaan tercipta apabila kita semua bersatu hati dan mesra antara satu sama lain.


Table Of Harmony


Sekarang ni aku nak ajak korang main satu game. Mesti korang akan suka main benda ni. Game yang aku maksudkan ialah Table Of Harmony. Macam mana main benda ni? Meh aku tunjukkan cara-caranya ya. 


⇒ Kemudian, klik di "UNVEIL MYTERY DISHES"



⇒ Selepas itu, klik "Discover What Mystery Dish You Are & Join The Table"



⇒ Lepas tu korang jawab soalan mudah ni


Untuk soalan ni aku pilih  jawapan B tau. Hehehe..


⇒ Kemudian, klik "Unveil Your Dish"



Dan keluarlah keputusan seperti ini:


Keputusan untuk aku adalah "Always willing to experiment with fashion, you constantly set trends among your family and friends." Korang pulak macam mana? Jom la main juga ok. Jangan lupa share result korang ya. 

Jangan lupa juga untuk like dan follow:


6 komen

takut tengok makmertua dia..penat menantu tunjuk skill memasak..ehhe

Wahh nak cuba la game tu.

Iklan tu memang terbaik, dalam kelakarnya ada nilai murni terselit kat situ. Terbaiklah

bagus iklan ni, ada mesej yang baik disamping menghiburkan.. :)

amboii zatie nampaknya 'fashion trendsetter' nampaknya.. wahh, boleh buat tutorial fesyen2 pula la lepas ni kat blog ekk.. hehehehehe..

...

Mak mertua garang no..nanti nak try lah Mystery Dish tu..

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon