Bulan Rejab Bulan Yang Diagungkan

11:22:00 PM 11
Pejam celik pejam celik kita dah masuk bulan Rejab. Hari ni dah 1 rejab rupanya kan. Lagi 2 bulan kita bakal masuk bulan Ramadhan. Haaa macam mana korang? Dah habis ganti puasa ke belum? Kalau belum habis, cepat-cepat lah gantikan ya. Tak lama dah ni nak masuk bulan Ramadhan ni. Bulan rejab ni banyak keistimewaannya. ‘Rejab’ bererti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah S.W.T. Bulan ini diagungkan kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, damai dan selamat. Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud;
“Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…” Surah at-Taubah:36

Bulan Rejab Bulan Yang Diagungkan

Bulan Rejab Bulan Yang Diagungkan


اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”


Terdapat beberapa peristiwa penting dalam bulan Rejab antaranya ialah ialah peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab. Juga berlakunya Perang Tabuk, peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah S.A.W. Selain itu, pada bulan Rejab juga berlakunya hijrah pertama dalam Islam.

Digalakkan kepada kita umat Islam untuk memperbanyakkan berzikir, istighfar, berpuasa serta melakukan amal kebajikan dalam bulan Rejab. Juga digalakkan untuk kita melazimkan doa berikut;
“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”


Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam dikabulkan doa sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
“Lima malam doa tidak ditolak, iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, malam Hari Raya Eidulfitri, malam hari raya Eiduladha.”Hadis Riwayat Al-Baihaqi.

Al-Quran tidak menyebut secara terperinci mengenai bulan Rejab dan kelebihannya. Akan tetapi terdapat dua surah al-Quran yang menyebut mengenainya secara tidak langsung, iaitu surah al-Baqarah ayat 194 dan 217 dan surah at-Taubah ayat 2, 36 dan 37.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua yang membaca blog aku ini untuk merebut keistimewaan bulan Rejab ini. Bahkan, bulan Rejab ini juga menjadi penanda aras atau tanbih (ingatan) kepada umat Islam agar bersedia untuk menghadapi bulan Ramadan dimana ianya bulan yang di dalamnya terkandung 1001 rahmat dan maghfirah (keampunan) daripada Allah S.W.T.


Cara Nak Kurangkan Stress

9:02:00 AM 5
Stress. Aku pasti setiap orang akan alami rasa stress. Kalau tak hari-hari, pasti akan datang perasaan stress tu tiap minggu atau tiap bulan. Stress sebab apa? Macam-macam boleh buatkan kita ni stress. Sebab orang sekeliling kita, stress sebab desakan hidup, stress dengan kerja. Ehh. Hahaha. Biasa la tu kalau stress kan. Normal bagi seorang manusia biasa macam kita ni. Cuma apa yang perlu kita buat untuk kurangkan stress. Setiap orang ada cara tersendiri nak kurangkan stress. Ikut cara masing-masing la kan. Korang tak tahu cara nak kurangkan stress? Meh aku bagitahu korang macam mana cara nak kurangkan stress. 

Cara Nak Kurangkan Stress

Cara Nak Kurangkan Stress


1) Jauhkan diri daripada orang buat kita stress
Aku yakin mesti akan ada orang yang selalu bikin korang jadi stress. Cara yang terbaik adalah dengan menjauhkan diri mereka yang serinh buat korang stress. Tak payah duduk dekat dengan mereka. Kalau boleh takyah dekat terus lah sebab bila kita makin dekat dengan mereka, tahap stress tu akan jadi lebih tinggi. Jadi, jauhkan lah dari makhluk yang selalu bikin korang stress tu.

2) Belanja diri makan makanan kegemaran
Yang ni paling aku suka. Kalau aku stress aku memang ingat nak makan benda sedap je. Hahaha. Dah aku memang suka makan pun. Jadi, aku dan makanan tu tak dapat dipisahkan. Kalau korang sedang stress, apa kata korang belanja diri korang makan makanan yang korang suka. Masa ni lah kita nak belanja perut sendiri tu. Makan je apa yang diinginkan asalkan rasa stress dalam diri tu boleh kurang. Hehehe..

3) Tidur
Cara yang paling best adalah tidur.. Hahahaha. Tidur ni sebenarnya terapi. Bila dah stress sangat, adalah lebih baik korang tidur je. Tak payah nak kusutkan otak fikir pasal benda yang boleh menambahkan stress. Jadi, bila korang rasa stress ke korang terus cari bantal dan tidur dengan harapan bila korang bangun je dari tidur rasa stress tu boleh kurang. Hihihi..


Ini hanyalah beberapa cara yang pernah aku lakukan. Setiap orang ada cara masing-masing. Tapi kalau ketiga-tiga yang aku senaraikan tu tidak berkesan juga, adalah lebih baik ambil wudhuk dan lakukan solat sunat serta berzikir. Jangan lupa juga mengaji Al-Quran. Hati kita akan lebih tenang selepas lakukan semua tu. Rasa stress yang melanda korang pun akan hilang. InsyaAllah. Tiada masalah tiada jalan penyelesaian. Betul tak? Allah pasti akan tunjukkan jalan pada kita.. Percayalah. Sebenarnya itu pun peringatan untuk aku juga. Aku sendiri pun kadang-kadang terlupa. Huhuhu.. Ok lah korang. Babai..




Serikan Wajah Dengan Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte

12:19:00 AM 4
Perempuan sentiasa inginkan wajah yang berseri, cantik, putih dan licin. Pendek kata bagi wanita bila muka nampak cantik tu akan menambahkan lagi kekuatan dalam diri. Haa gitu. Tampil cantik dan menawan sudah menjadi lumrah bagi kaum wanita. Sebab tu pemilihan barangan kosmetik sangat lah penting. Kalau dulu aku ni bukan lah sejenis yang suka pakai make up walaupun hanya nak calit bedak kat muka. Tahap kemalasan tu memang tinggi sangat la. Tapi sejak dah meningkat dewasa ni, bagi aku penampilan kita seharian amat penting untuk meningkatkan keyakinan dalam diri. Oleh itu, untuk memastikan kulit muka sentiasa berseri aku telah pun mencuba Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte SPF29/PA+. Sebenarnya Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte SPF29/PA+ telah didatangkan khas bersama Lazada Surprise Box yang aku dapat tempoh. Boleh tengok entri SINI yer. 

Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte SPF29/PA+


Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte SPF29/PA+


Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte ini dirumus khas untuk menjadikan kulit lebih berseri dan ianya boleh bertahan sehingga 12jam. Super BB Cushion Fresh Matte ini mengandungi bahan matte semulajadi yang boleh menjadikan muka lebih cerah, mengawal minyak malahan ianya mengandungi SPF25/PA+ dan ianya juga tidak melekit apabila dipakai pada sekitar wajah.



Pada mula aku cuba menggunakan Super BB Cushion Fresh Matte ini memang best. Sapukan sikit pada muka dan ratakan. Wajah akan nampak lebih cerah dari sebelumnya. Yang penting ianya dapat mengawal minyak pada wajah kita. Menariknya lagi BB Cushion ini, ia juga berfungsi sebagai untuk membuang solekan pada wajah, perangkap kotoran dan menyegarkan seperti toner. Tidak perlu di bilas.


Cara Menggunakan Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte


1) Ambil formula Super BB Cushion Fresh Matte dengan menekan secara perlahan pada permukaan span.
2)  Sapukan pada permukaan wajah anda dengan hanya 'tap tap' sahaja. Ratakan pada permukaan wajah agar ia kelihatan sempurna dan kemas.

3) Untuk kawasan wajah yang bermasalah, sapukan lebih banyak pada kawasan tersebut. 


Haaa. Best kan guna Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte ni. Wajah pun lebih ceria lepas menggunakannya. Korang boleh dapatkan Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte ini di Lazada dengan harga yang sangat istimewa sempena jualan ulangtahun Lazada yang Ke-5. Korang boleh dapatkannya di SINI. Korang kena cepat tau sebelum tawaran ini. Jangan cakap aku tak pesan awal-awal ya. 





Bateriku.com Penyelamat Wanita Zaman Moden

9:40:00 PM 10
Pernah tak korang keluar sampai tengah malam? Pernah tak? Pasti pernah kan. Tak kisah la sama ada keluar dengan kawan atau pulang kerja lewat malam. Maklum lah, kerja bertimbun kat pejabat. Terpaksa buat overtime sebab nak siapkan kerja. Bila nak balik pun terpaksa lah berseorangan tanpa kawan menemani. Tapi kan apa perasaan korang kalau tiba-tiba je kereta korang buat hal? Erkk tak boleh start pula kereta ni.. Bateri kereta kong ke? Masa tu korang sendirian tau. Tiada siapa pun temankan korang. Korang pula adalah seorang WANITA. Apa korang nak buat bila berada dalam situasi sebegitu? Takut tak? Kalau aku berada dalam situasi begitu, aku pun takut. Tapi sekiranya korang mengalami masalah bateri kereta kong pada waktu malam, korang boleh gunakan servis bateriku.com. Aku yakin mesti ada yang takut kan nak panggil orang yang tak dikenali datang servis kereta kita tambahan lagi kita ni perempuan. Risau jugak la takut orang ambil kesempatan ke atas kita. Jadi, adakah  bateriku.com selamat untuk wanita?


Bateriku.com Penyelamat Wanita Zaman Moden
Van Bateriku.com sedia membantu

Bateriku.com Penyelamat Wanita Zaman Moden

Bateriku.com boleh jadi penyelamat bila kereta kita mempunyai masalah terutama bagi wanita. Kadang-kadang wanita ni bukannya tahu sangat pasal kereta. Tahu naik je. Hal luar dalam bukan ambil kisah sangat pun. Paling menakutkan bila kena ketuk dengan 'operator servis' yang tak bertauliah atau paling tepat lagi adalah ambil kesempatan. Sampai kenakan caj untuk harga bateri perodua kancil sehingga RM300. Mahal kan?

Kenapa bateriku.com selamat?


  1. Korang tak perlu risau kalau perlukan bantuan pada waktu malam kerana bateriku.com mempunyai installer yang boleh dipercayai dan jujur. Mereka juga berpegalaman bab kereta ni. Korang boleh tanya apa sahaja pasal bateri kereta atau sebarang kemusykilan. Jangan risau.
  2. Perkhidmatan yang disediakan adalah secara PERCUMA. Betul ni. PERCUMA yer. Servis penghantaran, pemasangan serta pemeriksaan adalah percuma.  Jika bukan masalah bateri tiada caj dikenakan.
  3. Demi memastikan keselamatan kita orang perempuan ni, staff akan teman sehingga ada bantuan lain sampai. 
  4. Warranty boleh dibuat dimana-mana kawasan yang diliputi oleh bateriku.com. Sebagai contoh, jika anda beli bateri di cawangan bateriku.com Shah Alam dan kereta korang breakdown di Penang. Korang boleh rujuk pada cawangan Penang untuk membantu korang. Tak perlu balik ke Shah alam untuk membuat tuntutan. Semuanya mengikut terma dan syarat.
Jadi, tak perlu nak risau lagi bila berhadapan dengan situasi sebegini. Bateriku.com akan bantu korang. Yakin lah. Berita baik juga untuk korang, bateriku.com juga sudah ada aplikasi yang di muat turun melalui smartphone korang. Korang boleh download nya di http://apps.bateriku.com/. Haaa.. Makin mudah la kan bila dah ada aplikasi ni. 

Helpdesk yang kacak bergaya sedia membantu untuk menyelesaikan masalah anda


NAK TUKAR BATERI KERETA?
#JanganTukarDulu
MUNGKIN BATERI OK LAGI !
#DapatkanKepastian
#GetSecondOpinion
JIMATKAN DUIT ANDA

Panggil BATERIKU.COM @ Tol Free 1-800-22-2324 | Whatsapp 012-245-8027 & 019-699-8279

Mereka datang ke lokasi anda | Pemeriksaan PERCUMA | Tidak perlu beli bateri & DIJAMIN tiada sebarang caj sekiranya bateri anda masih elok.

Isnin ~ Ahad | 7am~1am | Johor ke Perlis

Anda berminat menyertai BATERIKU.COM di seluruh negara ?? Sila mohon secara on-line di www.bateriku.com >> Dealer >> Runner ( Full Time/Part Time/Freelance) >> Rakan Wokshop >> Rakan Tow Truck

Teruja Dapat Lazada Surprise Box Sempena Ulangtahun Lazada Ke-5

9:11:00 PM 4
Nama Lazada tidak asing lagi buat kaki shopping online terutama sekali aku. Hihi. Lazada akan mengadakan sale khusus untuk pelanggan setia Lazada sempena ulangtahun Lazada yang kelima. Korang mesti suka kan? Suka laa bila tahu ada sale ni. Dan buat pengetahuan korang juga, Lazada juga telah menghantar Suprise Box pada aku. Haaa, memang surprise sangat sebab aku sendiri pun tak tahu barang apa yang ada dalam Surprise Box. Teruja sangat oiiii..

lazada 5th anniversary sale
Klik Banner untuk shopping di web Lazada

Lazada Surprise Box


Jika sebelum ni, Lazada pernah muncul dengan Box Of Joy dan kini pula Lazada muncul kembali dengan Lazada Surprise Box yang mana box yang diterima lebih besar dari Box Of Joy yang pernah aku terima sebelum ni. Fuhh.. Memang teruja habis la bila tahu Lazada bagi box lagi pada kali ni. Terima kasih Lazada.




Korang mesti nak tahu kan barang apa yang ada dalam box ni. Haaaa. Jeng jeng. Surprise... Aku pun surprise tau bila tengok barang-barang yang ada dalam box ni.




Taraaaa. Ni dia barang yang aku dapat dari Lazada Surprise Box. Barangan yang aku dapat kali ni memang kena dengan jiwa aku sebab kebanyakannya adalah barang-barang wanita. Perghh. Memang best laaa. Ada sling bag, BB Cushion Maybeline, barangan daria Bonia, Levis, NYX dan lain-lain lagi. 

Korang juga boleh dapatkan semua tersebut di laman web Lazada Malaysia dan pastinya harga istimewa menanti korang yang membuat pembelian melalui web Lazada Malaysia ni. Aku sendiri pun dah naik juling mata tengok diskaun yang di tawarkan. Hahahaha..

Lazada 5th Anniversary Sale

Bersempena dengan ulangtahun Lazada yang ke-5, rangkaian online shopping terbesar ini bakal mengadakan jualan murah untuk korang yang setia bersama Lazada. Best kan? Lazada menawarkan diskaun sehingga 90% untuk setiap barangan yang terdapat di laman web Lazada seperti barangan aksesori wanita dan lelaki, barangan bayi, barangan kecantikan, elektronik, alatan rumah, barangan dapur dan banyak lagi. 

Lazada 5th Anniversary sale ni akan berlangsung bermula 22 ehingga 24 Mac 2017 bermakna ianya berlangsung selama 2 hari sahaja. Jadi, korang yang memang suka sangat shopping kat Lazada tu tidak boleh lepaskan peluang keemasan ini. 



Jom terjah laman web Lazada Malaysia sekarang. Nanti aku akan ceritakan apa barangan yang paling istimewa bagi aku dalam Lazada Surprise Box tu ya. babai..


A’Famosa Resort, Pengalaman Percutian Di Bandar Bersejarah

9:15:00 PM 11
Minggu depan cuti sekolah akan bermula. Mesti dah ada yang fikirkan tempat menarik untuk bercuti bersama keluarga kan. Masa cuti sekolah inilah waktu yang paling sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Korang dah pilih ke tempat yang menarik untuk bercuti bersama anak-anak nanti? Kalau belum aku nak cadangkan kat korang pergi bercuti ke tempat yang bersejarah iaitu Melaka. Melaka yang terkenal dengan jolokan bandaraya bersejarah ini sangat sesuai dijadikan tempat percutian bersama anak-anak. Kenapa? Supaya generasi hari ini dapat menambahkan lagi pengetahuan sejarah dalam diri mereka. Dan bila korang tak tahu nak menginap di mana bila ke Melaka, korang boleh menginap di A'Famosa Resort. Aku pasti A'Famosa Resort akan menjadikan pengalaman yang berharga sepanjang bercuti di bandar bersejarah itu.

A’Famosa Resort, Pengalaman Percutian Di Bandar Bersejarah

A’Famosa Resort, Pengalaman Percutian Di Bandar Bersejarah


Pasti korang semua pernah baca berkenaan A’Famosa dalam buku teks sejarah semasa sekolah dulu kan? So dengan kata lain korang tau A’Famosa tu dekat mana kan? Kat sini aku nak sharekan sebuah tempat yang dinamakan sempena kubu Portugis dulu iaitu A’Famosa Resort yang terletak di Melaka Bandaraya Bersejarah. Kalau nak tau lagi kat mana area A’Famosa Resort ni, korang lalu highway PLUS dari utara ke arah Melaka korang akan nampak di sebelah ada menara sliding yang tinggi. Ha yang tu lah. Menarik kan?

Di Resort ini ada pelbagai jenis bilik yang ada dari standard superior hinggalah ke suites yang selesa yang sesuai dengan bajet korang. A’Famosa Resort ini sesuai untuk percutian bersama keluarga atau kawan-kawan sekolah yang dah lama tak jumpa macam aku buat dulu, atau kawan-kawan yang jauh tapi nak mengeratkan silaturrahim.

Superior Room

Standard Room

Suite Room


Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah permainan dalaman seperti boardgame dan karom, kot-kot ada yang rindu game masa budak-budak dahulu, aktiviti berbasikal, kemudahan kerusi roda untuk orang kurang upaya, atau orang yang tidak larat tapi bukan untuk orang yang mengada-ngada ya gatal nak naik kerusi roda tu untuk buat racing. Perkhidmatan Internet juga ada untuk kegunaan korang tapi di kawasan lobby sahaja, tapi dah namanya bercuti, takkan nak bawa laptop duduk di lobby sambil bermain Dota kan? Bukan bercuti namanya tu. Kegunaan internet kot la korang nak update gambar kat Facebook atau Instagram ke. Haa, tu gunanya internet. Bukan untuk main game pulak ye. 

Yang syoknya di A’Famosa Resort ini, ada taman tema yang sesuai untuk kanak-kanak ke dewasa seperti Safari Adventure dimana korang boleh melihat berbagai jenis spesies haiwan jarang dapat tengok di bandar, Monkey Island, dimana korang akan dibawa ke sebuah pulau kecil yang penuh dengan spesies-spesies monyet dank orang dapat tengok dengan lebih dekat lagi waktu monyet-monyet itu diberikan makanan. Tapi diingatkan janganlah pula nanti korang bawa balik seekor dua nak tunjuk kat member-member korang nanti, tak pasal-pasal kena masuk mahkamah dituduh mencuri lak.


Ada juga Walk Thru Area, kat sini korang boleh beri makanan kepada haiwan di sini, seperti unta, burung unta, burung flamingo dan sebagainya. Tetapi hanya makanan yang dibenarkan, bukannya slurpee ya. Nanti haiwan-haiwan tu sakit perut pula disebabkan korang. Korang boleh juga singgah Farm House, dimana terdapat 10 jenis spesies ayam dan arnab, korang yang mana dah ada anak tu memang sesuai la ke sini supaya dapat memberikan pengalaman yang dapat menambah ilmu pengetahuan kepada anak-anak korang nanti.

Korang juga boleh enjoy dengan performance-performance yang menakjubkan contohnya Pertunjukkan Gajah, dan haiwan-haiwan lain yang menunjukkan skill persembahan mereka yang menarik da nada juga yang lucu, boleh dijadikan tempat untuk menghilangkan stress. Korang akan enjoy dengan kerenah-keranah haiwan itu semua, termasuklah pertunjukkan burung-burung yang cantik, spesies yang berlainan dan pelbagai jenis corak dan warna. Persembahan koboi juga takkan dilupakan, dengan jalan cerita yang menarik, aksi-aksi yang mendebarkan yang dipersembahkan atau dilakonkan oleh pelakon professional. Korang dilarang sama sekali meniru semua aksi itu tapi kalau nak ada extra income, silalah training dan minta kerja di situ kot-kot masyuk kan. Tempat ini dibuka setiap hari pada pukul 9.00 pagi hinggalah 5 petang.

Paling menarik di sini adalah taman tema air yang boleh dikatakan antara yang terbesar di Malaysia. Berbagai-bagai jenis permainan yang ada, dank orang boleh mencuba semua jenis gelongsor yang ada. Ada yang mencabar, ada yang membuat korang terketar-ketar tapi aku jamin, kalau korang try, memang keseronokkan dia susah digambarkan. Rugi kalau masuk taman tema air ini tapi tak cuba kesemuanya. Ada kemudahan bilik persalinan, surau dan kerusi roda. Korang terlupa bawa baju untuk mandi pon tidak apa kerana ada kedai yang jual pakaian mandi dengan syarat korang bawa duit sahaja.




Pada waktu malam korang boleh pergi ke Old West dimana ada pertunjukkan yang bertemakan koboi klasik dan red indian, bangunan-bangunan yang dihias berbentuk seperti zaman koboi di Amerika, koboi yang membuat aksi lasak di atas kuda dan sebagainya. Di dalam kawasan Old West juga ada taman tema untuk kanak-kanak, 4D teater, Bowling, Fun Fair, dan banyak lagi. Korang boleh juga shopping di shopping village yang mempunyai banyak jenis barangan yang sesuai untuk dijadikan sebagai memori. Karnival ini bermula pada pukul 6 petang hingga ke 12 tengah malam.



A’Famosa Resort ini juga boleh dijadikan destinasi percutian bersama keluarga dan untuk kaki-kaki main golf kerana mempunyai padang golf. Dari segi makanan pula, ada banyak pilihan di Golfer Terrace, dan Greenview Restaurant. Kepada korang yang nak buat majlis persandingan, event, majlis ulangtahun atau majlis hari kelahiran juga boleh diadakan di sini kerana pihak resort ada menawarkan perkhidmatan yang berkenaan. Untuk tahu lebih lanjut atau nak tahu great deal on A’Famosa Resort, boleh la usha website Traveloka.

Macam mana korang? Best kan A'Famosa Resort ni. Boleh la korang masukkan Melaka dalam senarai tempat percutian yang boleh korang lawati nanti. Kalau korang memilih A'Famosa resort sebagai destinasi percutian korang, aku pasti korang akan enjoy sepanjang percutian korang nanti. Kalau pergi A'Famosa Resort nanti, jangan lupa pula untuk kongsikan pengalaman korang ya. 

Jualan Murah Penghabisan Stok Di Butik Aqid Aqila Shah Alam

5:39:00 PM 8
Hai korang. Aku ada pengumuman istimewa ni. Khusus untuk korang yang kaki shopping dan sebagainya. Haaa. Aku yakin korang mesti suka laa dengan pengumuman yang aku buat ni. Cehhh. Dah macam nak buat press conference pulak ni. Hahahaha. Pengumuman ni khusus untuk korang yang teringin nak buat persiapan awal untuk raya nanti. Pengumuman yang aku maksudkan ialah ada jualan murah di butik Aqid Aqila Shah Alam bersempena Jualan Penghabisan Stok Gila-gila di Butik Aqid Aqila pada 1 hingga 31 Mac 2017. Aku tahu korang mesti teruja bila tahu ada jualan murah camni kan. Bukan korang je yang teruja, aku pun teruja jugak ni haaa. Sangat teruja bila tahu ada jualan murah ni.



Jualan Murah Sempena Penghabisan Stok Di Butik Aqid Aqila Shah Alam


Butik Aqid Aqila sekarang ni sekarang ni sedang mengadakan jualan murah untuk penghabisan stok. Kalau korang nak tahu, butik ni terletak di Space U8 Shah Alam. Ada macam-macam design baju kurung dan jubah terkini yang menepati citarasa wanita moden kini. Aku dah tengok koleksi gambar kat facebook Butik Aqid Aqila ni dan sememangnya koleksi baju yang terdapat di butik tersebut sangat lah cantik. Aku sendiri pun teruja dan rasa teringin sangat nak terjah Butik Aqid Aqila ni. 

Korang nak tahu tak berapa diskaun yang ditawarkan? Jangan terkejut ya kerana diskaun yang ditawarkan sehingga 75%. Aduhaii, memang kena dapatkan dengan segera baju-baju ni. Boleh beli untuk raya terus woooo. Hahaha. Jimat kan. Jadi, tak boleh lepaskan peluang keemasan yang ada ni. Bukan senang kot. Nanti kalau ada masa terluang, aku sendiri nak pergi ke butik Aqid Aqila ni. Nak tengok dan pilih sendiri baju yang aku nak. 










Cantikkan baju-baju yang ada di Butik Aqid Aqila ni? Ni baru sikit je yang aku tunjuk ni. Kalau korang nak tengok lagi kena terjah butik Aqid Aqila atau tengok je kat Facebook Butik Aqid Aqila. Jadi, korang kena cepat terjah sebab stok sangat terhad hokeyy. SIAPA CEPAT DIA DAPAT. Hihihi. 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman berikut: 

Facebook: Butik Aqid Aqila
Instagram: @aqid_aqila


Atau kalau korang walk-in sendiri ke Butik Aqid Aqila boleh kunjungi butik di alamat berikut; 

B1-19, First Floor, Space U8, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam