Monday, March 13, 2017

A’Famosa Resort, Pengalaman Percutian Di Bandar Bersejarah

Minggu depan cuti sekolah akan bermula. Mesti dah ada yang fikirkan tempat menarik untuk bercuti bersama keluarga kan. Masa cuti sekolah inilah waktu yang paling sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Korang dah pilih ke tempat yang menarik untuk bercuti bersama anak-anak nanti? Kalau belum aku nak cadangkan kat korang pergi bercuti ke tempat yang bersejarah iaitu Melaka. Melaka yang terkenal dengan jolokan bandaraya bersejarah ini sangat sesuai dijadikan tempat percutian bersama anak-anak. Kenapa? Supaya generasi hari ini dapat menambahkan lagi pengetahuan sejarah dalam diri mereka. Dan bila korang tak tahu nak menginap di mana bila ke Melaka, korang boleh menginap di A'Famosa Resort. Aku pasti A'Famosa Resort akan menjadikan pengalaman yang berharga sepanjang bercuti di bandar bersejarah itu.

A’Famosa Resort, Pengalaman Percutian Di Bandar Bersejarah

A’Famosa Resort, Pengalaman Percutian Di Bandar Bersejarah


Pasti korang semua pernah baca berkenaan A’Famosa dalam buku teks sejarah semasa sekolah dulu kan? So dengan kata lain korang tau A’Famosa tu dekat mana kan? Kat sini aku nak sharekan sebuah tempat yang dinamakan sempena kubu Portugis dulu iaitu A’Famosa Resort yang terletak di Melaka Bandaraya Bersejarah. Kalau nak tau lagi kat mana area A’Famosa Resort ni, korang lalu highway PLUS dari utara ke arah Melaka korang akan nampak di sebelah ada menara sliding yang tinggi. Ha yang tu lah. Menarik kan?

Di Resort ini ada pelbagai jenis bilik yang ada dari standard superior hinggalah ke suites yang selesa yang sesuai dengan bajet korang. A’Famosa Resort ini sesuai untuk percutian bersama keluarga atau kawan-kawan sekolah yang dah lama tak jumpa macam aku buat dulu, atau kawan-kawan yang jauh tapi nak mengeratkan silaturrahim.

Superior Room

Standard Room

Suite Room


Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah permainan dalaman seperti boardgame dan karom, kot-kot ada yang rindu game masa budak-budak dahulu, aktiviti berbasikal, kemudahan kerusi roda untuk orang kurang upaya, atau orang yang tidak larat tapi bukan untuk orang yang mengada-ngada ya gatal nak naik kerusi roda tu untuk buat racing. Perkhidmatan Internet juga ada untuk kegunaan korang tapi di kawasan lobby sahaja, tapi dah namanya bercuti, takkan nak bawa laptop duduk di lobby sambil bermain Dota kan? Bukan bercuti namanya tu. Kegunaan internet kot la korang nak update gambar kat Facebook atau Instagram ke. Haa, tu gunanya internet. Bukan untuk main game pulak ye. 

Yang syoknya di A’Famosa Resort ini, ada taman tema yang sesuai untuk kanak-kanak ke dewasa seperti Safari Adventure dimana korang boleh melihat berbagai jenis spesies haiwan jarang dapat tengok di bandar, Monkey Island, dimana korang akan dibawa ke sebuah pulau kecil yang penuh dengan spesies-spesies monyet dank orang dapat tengok dengan lebih dekat lagi waktu monyet-monyet itu diberikan makanan. Tapi diingatkan janganlah pula nanti korang bawa balik seekor dua nak tunjuk kat member-member korang nanti, tak pasal-pasal kena masuk mahkamah dituduh mencuri lak.


Ada juga Walk Thru Area, kat sini korang boleh beri makanan kepada haiwan di sini, seperti unta, burung unta, burung flamingo dan sebagainya. Tetapi hanya makanan yang dibenarkan, bukannya slurpee ya. Nanti haiwan-haiwan tu sakit perut pula disebabkan korang. Korang boleh juga singgah Farm House, dimana terdapat 10 jenis spesies ayam dan arnab, korang yang mana dah ada anak tu memang sesuai la ke sini supaya dapat memberikan pengalaman yang dapat menambah ilmu pengetahuan kepada anak-anak korang nanti.

Korang juga boleh enjoy dengan performance-performance yang menakjubkan contohnya Pertunjukkan Gajah, dan haiwan-haiwan lain yang menunjukkan skill persembahan mereka yang menarik da nada juga yang lucu, boleh dijadikan tempat untuk menghilangkan stress. Korang akan enjoy dengan kerenah-keranah haiwan itu semua, termasuklah pertunjukkan burung-burung yang cantik, spesies yang berlainan dan pelbagai jenis corak dan warna. Persembahan koboi juga takkan dilupakan, dengan jalan cerita yang menarik, aksi-aksi yang mendebarkan yang dipersembahkan atau dilakonkan oleh pelakon professional. Korang dilarang sama sekali meniru semua aksi itu tapi kalau nak ada extra income, silalah training dan minta kerja di situ kot-kot masyuk kan. Tempat ini dibuka setiap hari pada pukul 9.00 pagi hinggalah 5 petang.

Paling menarik di sini adalah taman tema air yang boleh dikatakan antara yang terbesar di Malaysia. Berbagai-bagai jenis permainan yang ada, dank orang boleh mencuba semua jenis gelongsor yang ada. Ada yang mencabar, ada yang membuat korang terketar-ketar tapi aku jamin, kalau korang try, memang keseronokkan dia susah digambarkan. Rugi kalau masuk taman tema air ini tapi tak cuba kesemuanya. Ada kemudahan bilik persalinan, surau dan kerusi roda. Korang terlupa bawa baju untuk mandi pon tidak apa kerana ada kedai yang jual pakaian mandi dengan syarat korang bawa duit sahaja.




Pada waktu malam korang boleh pergi ke Old West dimana ada pertunjukkan yang bertemakan koboi klasik dan red indian, bangunan-bangunan yang dihias berbentuk seperti zaman koboi di Amerika, koboi yang membuat aksi lasak di atas kuda dan sebagainya. Di dalam kawasan Old West juga ada taman tema untuk kanak-kanak, 4D teater, Bowling, Fun Fair, dan banyak lagi. Korang boleh juga shopping di shopping village yang mempunyai banyak jenis barangan yang sesuai untuk dijadikan sebagai memori. Karnival ini bermula pada pukul 6 petang hingga ke 12 tengah malam.



A’Famosa Resort ini juga boleh dijadikan destinasi percutian bersama keluarga dan untuk kaki-kaki main golf kerana mempunyai padang golf. Dari segi makanan pula, ada banyak pilihan di Golfer Terrace, dan Greenview Restaurant. Kepada korang yang nak buat majlis persandingan, event, majlis ulangtahun atau majlis hari kelahiran juga boleh diadakan di sini kerana pihak resort ada menawarkan perkhidmatan yang berkenaan. Untuk tahu lebih lanjut atau nak tahu great deal on A’Famosa Resort, boleh la usha website Traveloka.

Macam mana korang? Best kan A'Famosa Resort ni. Boleh la korang masukkan Melaka dalam senarai tempat percutian yang boleh korang lawati nanti. Kalau korang memilih A'Famosa resort sebagai destinasi percutian korang, aku pasti korang akan enjoy sepanjang percutian korang nanti. Kalau pergi A'Famosa Resort nanti, jangan lupa pula untuk kongsikan pengalaman korang ya. 

8 komen

melaka bnyk tempat best.. aka rindu mlaka.. good write up

Bestnya boleh menginap sini nt bila pi Melaka. Banyak yg menarik rupqnyq dlm Afamosa ni kan.

Bestnya..ni kalau afrina n adriana tau ni mesti eksited ajak pergi..

Waa..bestnya..byk aktiviti boleh buat kat sini..nnti bila2 nk bercuti ke melaka, boleh la masukkan hotel ni dalam list...

Setiap kali datang Melaka mesti ada benda baru yang boleh dilawati... Melaka memang tempat terbaik percutian sekolah... thanks info... sangt details...

Selalu pergi melaka sbb nak makan asam laksa nyonya! ;D

Woww best gilos tempat ni. Hope can go there one fine day :D

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon