Izzati Suhaide

A Malaysian Lifestyle Blogger

Tuesday, March 21, 2017

Bateriku.com Penyelamat Wanita Zaman Moden

Pernah tak korang keluar sampai tengah malam? Pernah tak? Pasti pernah kan. Tak kisah la sama ada keluar dengan kawan atau pulang kerja lewat malam. Maklum lah, kerja bertimbun kat pejabat. Terpaksa buat overtime sebab nak siapkan kerja. Bila nak balik pun terpaksa lah berseorangan tanpa kawan menemani. Tapi kan apa perasaan korang kalau tiba-tiba je kereta korang buat hal? Erkk tak boleh start pula kereta ni.. Bateri kereta kong ke? Masa tu korang sendirian tau. Tiada siapa pun temankan korang. Korang pula adalah seorang WANITA. Apa korang nak buat bila berada dalam situasi sebegitu? Takut tak? Kalau aku berada dalam situasi begitu, aku pun takut. Tapi sekiranya korang mengalami masalah bateri kereta kong pada waktu malam, korang boleh gunakan servis bateriku.com. Aku yakin mesti ada yang takut kan nak panggil orang yang tak dikenali datang servis kereta kita tambahan lagi kita ni perempuan. Risau jugak la takut orang ambil kesempatan ke atas kita. Jadi, adakah  bateriku.com selamat untuk wanita?


Bateriku.com Penyelamat Wanita Zaman Moden
Van Bateriku.com sedia membantu

Bateriku.com Penyelamat Wanita Zaman Moden

Bateriku.com boleh jadi penyelamat bila kereta kita mempunyai masalah terutama bagi wanita. Kadang-kadang wanita ni bukannya tahu sangat pasal kereta. Tahu naik je. Hal luar dalam bukan ambil kisah sangat pun. Paling menakutkan bila kena ketuk dengan 'operator servis' yang tak bertauliah atau paling tepat lagi adalah ambil kesempatan. Sampai kenakan caj untuk harga bateri perodua kancil sehingga RM300. Mahal kan?

Kenapa bateriku.com selamat?


  1. Korang tak perlu risau kalau perlukan bantuan pada waktu malam kerana bateriku.com mempunyai installer yang boleh dipercayai dan jujur. Mereka juga berpegalaman bab kereta ni. Korang boleh tanya apa sahaja pasal bateri kereta atau sebarang kemusykilan. Jangan risau.
  2. Perkhidmatan yang disediakan adalah secara PERCUMA. Betul ni. PERCUMA yer. Servis penghantaran, pemasangan serta pemeriksaan adalah percuma.  Jika bukan masalah bateri tiada caj dikenakan.
  3. Demi memastikan keselamatan kita orang perempuan ni, staff akan teman sehingga ada bantuan lain sampai. 
  4. Warranty boleh dibuat dimana-mana kawasan yang diliputi oleh bateriku.com. Sebagai contoh, jika anda beli bateri di cawangan bateriku.com Shah Alam dan kereta korang breakdown di Penang. Korang boleh rujuk pada cawangan Penang untuk membantu korang. Tak perlu balik ke Shah alam untuk membuat tuntutan. Semuanya mengikut terma dan syarat.
Jadi, tak perlu nak risau lagi bila berhadapan dengan situasi sebegini. Bateriku.com akan bantu korang. Yakin lah. Berita baik juga untuk korang, bateriku.com juga sudah ada aplikasi yang di muat turun melalui smartphone korang. Korang boleh download nya di http://apps.bateriku.com/. Haaa.. Makin mudah la kan bila dah ada aplikasi ni. 

Helpdesk yang kacak bergaya sedia membantu untuk menyelesaikan masalah anda


NAK TUKAR BATERI KERETA?
#JanganTukarDulu
MUNGKIN BATERI OK LAGI !
#DapatkanKepastian
#GetSecondOpinion
JIMATKAN DUIT ANDA

Panggil BATERIKU.COM @ Tol Free 1-800-22-2324 | Whatsapp 012-245-8027 & 019-699-8279

Mereka datang ke lokasi anda | Pemeriksaan PERCUMA | Tidak perlu beli bateri & DIJAMIN tiada sebarang caj sekiranya bateri anda masih elok.

Isnin ~ Ahad | 7am~1am | Johor ke Perlis

Anda berminat menyertai BATERIKU.COM di seluruh negara ?? Sila mohon secara on-line di www.bateriku.com >> Dealer >> Runner ( Full Time/Part Time/Freelance) >> Rakan Wokshop >> Rakan Tow Truck

10 comments:

  1. Betul2..bateriku.com ada ramai installer yg boleh dipercayai jadi jangan ragu2 guna servis dorang pada waktu kecemasan...

    ReplyDelete
  2. wahhh memang akan rasa selamat lah bila guna servis bateriku.com ni :D

    ReplyDelete
  3. Boleh datang tempat kita, selamat, siap free servis pulak tu.. adoi mana nak cari macam ni zaman sekarang ni...

    hebat2, semoga usaha mulia mereka diberkati.

    Wajib download ni, harap ada la kat kawasan Mai,haha.

    ReplyDelete
  4. Memang dah simpan no contact siap2

    ReplyDelete
  5. Sy mmg pelanggan bateriku ni. Harga & warranty mmg sgt ok klu compare dgn kedai di luar sana

    ReplyDelete
  6. Sangat membantu dikala kecemasan. Tak cukup tunai pun boleh bayarkan.

    ReplyDelete
  7. Bagus service bateriku.com. Kena simpan no tel dalam HP nih 😁

    ReplyDelete
  8. Bagus bateriku.com ni.. dah la dia bagi servis percuma, takde caj tambahan lagi tu..

    ReplyDelete

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)