Bulan Rejab Bulan Yang Diagungkan

11:22:00 PM
Pejam celik pejam celik kita dah masuk bulan Rejab. Hari ni dah 1 rejab rupanya kan. Lagi 2 bulan kita bakal masuk bulan Ramadhan. Haaa macam mana korang? Dah habis ganti puasa ke belum? Kalau belum habis, cepat-cepat lah gantikan ya. Tak lama dah ni nak masuk bulan Ramadhan ni. Bulan rejab ni banyak keistimewaannya. ‘Rejab’ bererti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah S.W.T. Bulan ini diagungkan kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, damai dan selamat. Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud;
“Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…” Surah at-Taubah:36

Bulan Rejab Bulan Yang Diagungkan

Bulan Rejab Bulan Yang Diagungkan


اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”


Terdapat beberapa peristiwa penting dalam bulan Rejab antaranya ialah ialah peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab. Juga berlakunya Perang Tabuk, peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah S.A.W. Selain itu, pada bulan Rejab juga berlakunya hijrah pertama dalam Islam.

Digalakkan kepada kita umat Islam untuk memperbanyakkan berzikir, istighfar, berpuasa serta melakukan amal kebajikan dalam bulan Rejab. Juga digalakkan untuk kita melazimkan doa berikut;
“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”


Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam dikabulkan doa sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
“Lima malam doa tidak ditolak, iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, malam Hari Raya Eidulfitri, malam hari raya Eiduladha.”Hadis Riwayat Al-Baihaqi.

Al-Quran tidak menyebut secara terperinci mengenai bulan Rejab dan kelebihannya. Akan tetapi terdapat dua surah al-Quran yang menyebut mengenainya secara tidak langsung, iaitu surah al-Baqarah ayat 194 dan 217 dan surah at-Taubah ayat 2, 36 dan 37.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua yang membaca blog aku ini untuk merebut keistimewaan bulan Rejab ini. Bahkan, bulan Rejab ini juga menjadi penanda aras atau tanbih (ingatan) kepada umat Islam agar bersedia untuk menghadapi bulan Ramadan dimana ianya bulan yang di dalamnya terkandung 1001 rahmat dan maghfirah (keampunan) daripada Allah S.W.T.


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

11 komen

Write komen
March 30, 2017 at 12:15 AM delete

follow my blog http://www.kmieyabdulrahman.net/ ...

Reply
avatar
Adam
AUTHOR
March 30, 2017 at 1:24 AM delete

Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan ini dan bulan2 seterusnya.

Reply
avatar
Unni Anje
AUTHOR
March 30, 2017 at 9:28 AM delete

Amin Ya rabbal... Moga kita bertemu pula dgn syahban dan ramadhan

Reply
avatar
March 30, 2017 at 11:28 AM delete

Ya allah, sempatkanlah kami dengan ramadhan

Reply
avatar
Noor Maizan
AUTHOR
March 30, 2017 at 7:27 PM delete

Semoga kita sempat bertemu ramadhan. Dah kena cepat2 ganti puasa ni siapa yang tak habis lagi. heheh

Reply
avatar
March 31, 2017 at 2:41 PM delete

smoga kita sama2 mendapat manfaatnyaaa. amin

Reply
avatar
Mar Mansor
AUTHOR
March 31, 2017 at 5:10 PM delete

amin..in sha Allah berjumpa bulan syaaban..ramadhan,,syawal..
Jemput Join Segmen Blogwalking Janji Kita

Reply
avatar
lokman amirul
AUTHOR
April 4, 2017 at 9:56 AM delete

kejap ja dh masuk rejab...petanda dh dekatnya ramadan.

Reply
avatar
Unni Anje
AUTHOR
April 4, 2017 at 10:59 AM delete

bulan keagungan..moga kita berjumpa dengan Ramdhan

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon