Cara Nak Kurangkan Stress

9:02:00 AM
Stress. Aku pasti setiap orang akan alami rasa stress. Kalau tak hari-hari, pasti akan datang perasaan stress tu tiap minggu atau tiap bulan. Stress sebab apa? Macam-macam boleh buatkan kita ni stress. Sebab orang sekeliling kita, stress sebab desakan hidup, stress dengan kerja. Ehh. Hahaha. Biasa la tu kalau stress kan. Normal bagi seorang manusia biasa macam kita ni. Cuma apa yang perlu kita buat untuk kurangkan stress. Setiap orang ada cara tersendiri nak kurangkan stress. Ikut cara masing-masing la kan. Korang tak tahu cara nak kurangkan stress? Meh aku bagitahu korang macam mana cara nak kurangkan stress. 

Cara Nak Kurangkan Stress

Cara Nak Kurangkan Stress


1) Jauhkan diri daripada orang buat kita stress
Aku yakin mesti akan ada orang yang selalu bikin korang jadi stress. Cara yang terbaik adalah dengan menjauhkan diri mereka yang serinh buat korang stress. Tak payah duduk dekat dengan mereka. Kalau boleh takyah dekat terus lah sebab bila kita makin dekat dengan mereka, tahap stress tu akan jadi lebih tinggi. Jadi, jauhkan lah dari makhluk yang selalu bikin korang stress tu.

2) Belanja diri makan makanan kegemaran
Yang ni paling aku suka. Kalau aku stress aku memang ingat nak makan benda sedap je. Hahaha. Dah aku memang suka makan pun. Jadi, aku dan makanan tu tak dapat dipisahkan. Kalau korang sedang stress, apa kata korang belanja diri korang makan makanan yang korang suka. Masa ni lah kita nak belanja perut sendiri tu. Makan je apa yang diinginkan asalkan rasa stress dalam diri tu boleh kurang. Hehehe..

3) Tidur
Cara yang paling best adalah tidur.. Hahahaha. Tidur ni sebenarnya terapi. Bila dah stress sangat, adalah lebih baik korang tidur je. Tak payah nak kusutkan otak fikir pasal benda yang boleh menambahkan stress. Jadi, bila korang rasa stress ke korang terus cari bantal dan tidur dengan harapan bila korang bangun je dari tidur rasa stress tu boleh kurang. Hihihi..


Ini hanyalah beberapa cara yang pernah aku lakukan. Setiap orang ada cara masing-masing. Tapi kalau ketiga-tiga yang aku senaraikan tu tidak berkesan juga, adalah lebih baik ambil wudhuk dan lakukan solat sunat serta berzikir. Jangan lupa juga mengaji Al-Quran. Hati kita akan lebih tenang selepas lakukan semua tu. Rasa stress yang melanda korang pun akan hilang. InsyaAllah. Tiada masalah tiada jalan penyelesaian. Betul tak? Allah pasti akan tunjukkan jalan pada kita.. Percayalah. Sebenarnya itu pun peringatan untuk aku juga. Aku sendiri pun kadang-kadang terlupa. Huhuhu.. Ok lah korang. Babai..




Artikel Terkait

Previous
Next Post »

5 komen

Write komen
Amanda Suria
AUTHOR
March 27, 2017 at 6:03 PM delete

Akak kalau stress makan...bila dah makan akak puas hati so hilang stress...kalau x nak stress akak pi shopping..hahaha...jahanam bag duit

Reply
avatar
Dedaun Comel
AUTHOR
March 28, 2017 at 8:28 PM delete

Tips yang nombor 2 tu memang menarik. Hari-hari stress, hari-hari makan haha..

Reply
avatar
March 31, 2017 at 2:46 PM delete

tq atas tipsnya.. busyra kalau stress diammm ja dan makannn.. hehe

Reply
avatar
lokman amirul
AUTHOR
April 4, 2017 at 9:59 AM delete

wow tips hilangkan stres...tq share...no 2 paling win!

Reply
avatar
May 6, 2017 at 9:18 PM delete

Terbaik tipsnya. Kena kaedah cuba jaya..haha

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon