Thursday, March 23, 2017

Serikan Wajah Dengan Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte

Perempuan sentiasa inginkan wajah yang berseri, cantik, putih dan licin. Pendek kata bagi wanita bila muka nampak cantik tu akan menambahkan lagi kekuatan dalam diri. Haa gitu. Tampil cantik dan menawan sudah menjadi lumrah bagi kaum wanita. Sebab tu pemilihan barangan kosmetik sangat lah penting. Kalau dulu aku ni bukan lah sejenis yang suka pakai make up walaupun hanya nak calit bedak kat muka. Tahap kemalasan tu memang tinggi sangat la. Tapi sejak dah meningkat dewasa ni, bagi aku penampilan kita seharian amat penting untuk meningkatkan keyakinan dalam diri. Oleh itu, untuk memastikan kulit muka sentiasa berseri aku telah pun mencuba Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte SPF29/PA+. Sebenarnya Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte SPF29/PA+ telah didatangkan khas bersama Lazada Surprise Box yang aku dapat tempoh. Boleh tengok entri SINI yer. 

Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte SPF29/PA+


Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte SPF29/PA+


Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte ini dirumus khas untuk menjadikan kulit lebih berseri dan ianya boleh bertahan sehingga 12jam. Super BB Cushion Fresh Matte ini mengandungi bahan matte semulajadi yang boleh menjadikan muka lebih cerah, mengawal minyak malahan ianya mengandungi SPF25/PA+ dan ianya juga tidak melekit apabila dipakai pada sekitar wajah.



Pada mula aku cuba menggunakan Super BB Cushion Fresh Matte ini memang best. Sapukan sikit pada muka dan ratakan. Wajah akan nampak lebih cerah dari sebelumnya. Yang penting ianya dapat mengawal minyak pada wajah kita. Menariknya lagi BB Cushion ini, ia juga berfungsi sebagai untuk membuang solekan pada wajah, perangkap kotoran dan menyegarkan seperti toner. Tidak perlu di bilas.


Cara Menggunakan Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte


1) Ambil formula Super BB Cushion Fresh Matte dengan menekan secara perlahan pada permukaan span.
2)  Sapukan pada permukaan wajah anda dengan hanya 'tap tap' sahaja. Ratakan pada permukaan wajah agar ia kelihatan sempurna dan kemas.

3) Untuk kawasan wajah yang bermasalah, sapukan lebih banyak pada kawasan tersebut. 


Haaa. Best kan guna Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte ni. Wajah pun lebih ceria lepas menggunakannya. Korang boleh dapatkan Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte ini di Lazada dengan harga yang sangat istimewa sempena jualan ulangtahun Lazada yang Ke-5. Korang boleh dapatkannya di SINI. Korang kena cepat tau sebelum tawaran ini. Jangan cakap aku tak pesan awal-awal ya. 





4 komen

xpernah try BB Cushion...masih setia dgn 2 way cake.

unni paling x pndai pakai bb creaam ni...

Kenapa makin femes pula Maybelline BB cushion ni, hahaha, adik ngan kakak mai baru je beli baru-baru ni. Haishhhh ni rasa nak try pulak ni...

Tapi murah lah harga bb cushion Maybelline ni kalau nak banding dengan jenama lain. Maybelline kot, mestilah berbaloi kan...

tak pernah pakai lagi yang ni..pakai yg nutrimetics je.

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon